Anda di halaman 1dari 17

1

Universiti Sains Malaysia


Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Sidang 2013/2014
HSI343 Sejarah Asia Barat
Wilma Binti Talib

Tokoh-Tokoh Pemikir dan Nasionalisme Arab yang wujud pada abad ke-19 merupakan
penentangan orang Arab terhadap pemerintahan Uthmaniyyah. Nilaikan.
Pengenalan
Nasionalisme Arab pada abad ke-19 dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu
nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian pada awalnya kemudian berkembang
kepada nasionalisma Arab yang dipelopori oleh Arab Islam dan juga nasionalisme Arab
setelah kemasukan kuasa asing. Nasionalisme Arab perlu difahami dengan meneliti terlebih
dahulu definisi Arab kerana ianya bukanlah merujuk kepada orang Arab badwi yang hidup
berpuak-puak dan menetap di semenanjung Arab sahaja, sebaliknya merujuk kepada
warganegara Arab yang luas yang mana seseorang itu menjadi Arab apabila tahu berbahasa
Arab dengan fasih dan mengamalkan adat tradisi orang Arab walaupun pada hakikatnya
seseorang itu bukan dari berketurunan Arab yang asli.
1
Oleh itu, nasionalisme Arab merujuk
kepada satu penyatuan bangsa Arab untuk bangkit mengangkat keagungan bangsa Arab
seterusnya menuntut penubuhan negara Arab sendiri.

1 It is no longer used solely to denote a member of the nomad tribes who peopled the Arabian Peninsula. It
gradually came to mean a citizen of that extensive Arad world not any inhabitant of it, but that great
majority whose racial descent, even when it was not of pure Arab lineage, had become submerged in the
tide of arabisation; whose manner and traditions had been shaped in an Arab mould; and, most decisive of
all, whose mother tongue is Arabic. The term applied to Christians as well as to Moslems, and to the off-
shoots of each of those creeds, the criterion being not islamisation but the degree of arabisation. George
Antonius, The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 18.
2

Era Tanzimat telah melahirkan ramai golongan pemikir dan nasionalis Arab seperti
Nasif al-Yaziji, Butros al-Bustani dan Faris al-Shidyaq, Jurji zaidan, Jamaluddin Al-Afghani
dan Abdul Rahman al-Kawakibi.
2
Pergerakan nasionalisme Arab yang wujud pada abad ke-
19 ini juga sebenarnya bukanlah satu bentuk penentangan terhadap kerajaan Uthmaniyah
semata-mata tetapi ianya juga merupakan penentangan terhadap campur tangan kuasa asing.
Kebangkitan Urabi misalnya yang merupakan kebangkitan menentang pemerintah
Muhammad Ali akhirnya berkembang menjadi penentangan terhadap kuasa penjajah dan
demikian juga di Palestin yang mana nasionalisme Arab ini merupakan penentangan terhadap
penjajah British dan Zionis.

Nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian
Nasionalisme Arab pada peringkat awal abad ke-19 dipelopori oleh tokoh-tokoh
pemikir Arab yang beragama kristian dan berasal dari Lubnan, antaranya adalah Nasif al-
Yaziji, Butros al-Bustani dan Faris al-Shidayq. Tokoh-tokoh pemikir ini banyak menekankan
kepada keagungan dan kebangkitan bangsa Arab di bawah pemerintahan kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Mereka banyak mengkaji tentang bahasa dan kebudayaan Arab sehingga
berjaya mencetuskan semangat nasionalisme Arab dalam diri orang-orang Arab. Tokoh-tokoh
pemikir Arab Kristian ini juga banyak menyumbang kepada dunia intelektual Arab seperti
menulis buku-buku untuk kegunaan di sekolah, menubuhkan institusi pendidikan dan telah
menyuburkan budaya Arab melalui penggunaan bahasa Arab.

2 Tanzimat merupakan satu pergerakan pembaharuan atau reformasi, khususnya yang dilaksanakan oleh
kerajaan Turki Uthmaniyah antara tahun 1839 hingga 1876 dan berlaku secara berperingkat-peringkat.
Prof. Madya Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Selangor:
Thinkers Librarys SDN BHD, 2000, m/s 124.
3

Nasif Yaziji (1800-1871) merupakan tokoh yang terawal dalam mencetuskan
nasionalisme Arab. Beliau mempunyai minat yang tinggi terhadap kajian kesusasteraan Arab
klasik dan kajiannya terhadap hal tersebut telah melahirkan semangat nasionalisme Arab
dalam dirinya. Beliau telah menghasilkan buku-buku tentang tatabahasa, logik, ritorik,
prosodi untuk dijadikan silibus pengajaran di sekolah-sekolah khususnya sekolah American
Mission.
3
Penulisannya tentang kajian-kajian dalam bahasa Arab dan kesusasateraan Arab
moden menjadi faktor perkembangan bahasa Arab kerana buku-buku penulisannya tentang
pengajian bahasa Arab ini menjadi rujukan orang-orang Arab pada ketika itu sekali gus
menjadi pencetus nasionalisme Arab. Seterusnya, Butrus al-Bustani (1819-1883) yang
dilahirkan di Beirut dan memegang jawatan sebagai penterjemah di Kedutaan Amerika.
Beliau dan anaknya juga melakukan kerja-kerja kewartawanan dan beliau kemudiannya
menjadi pelopor kepada penerbitan akhbar pertama pada tahun 1870 iaitu al-Jinan.
4
Idea
utama dalam akhbar ini adalah tentang perpaduan bangsa Arab demi kesejahteraan negara,
keadilan serta slogan cintakan tanah air. Ianya juga bersifat sekular yang mana taat setia
ditumpukan kepada tanah air bukannya kepada agama.
Penulisan tokoh-tokoh pemikir Arab ini banyak diterbitkan dalam bahasa Arab oleh
negara-negara Barat sehingga golongan orientalis juga menerbitkan penulisan mereka tentang
sejarah Arab. Kebudayaan Arab pada ketika itu menjadi tumpuan pengkajian dan hal ini telah
menambah bilangan penerbit buku sekali gus memberi pengaruh kepada kelahiran
nasionalisme Arab. Perkembangan nasionalisme Arab melalui penulisan kemudian
berkembang kepada penubuhan persatuan yang berorganisasi iaitu Oriental Society yang
diasaskan oleh al-Bustani dan Nasif al-Yaziji pada tahun 1850 telah membawa kepada

3 George Antonius, The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 46.
4 Al-Jinan memaparkan pemikiran dan kajian Al-Bustani tentang politik dan sastera yang dikeluarkan setiap
dua minggu dan disertakan dengan moto Patriotism is an article of faith pada tiap-tiap tajuk keluaran.
Ianya juga memuatkan penulisan dari penulis-penulis negara Arab yang lain seperti Syria dan hal
memperluaskan perkembangan idea nasionalisem Arab. George Antonius, The Arab Awekening, New York:
Capricorn Books, 1965, m/s 50.
4

perkembangan gerakan nasionalisme Arab walaupun tidak dapat bertahan lama. Pada tahun
1857, Syrian Scientific Society ditubuhkan dan menjadi aktif setelah pembunuhan beramai-
ramai di Syria berlaku pada tahaun 1860.
5
Pertubuhan ini menjadi satu pergerakan politik
baru yang menyuburkan kesedaran nasionalisme dalam kalangan orang Arab untuk berjuang
menentang kerajaan Turki Uthmaniyah dibawah Sultan Abdul Hamid yang gagal menunaikan
pembaharuan yang dijanjikan.
Sebagai contoh, salah satu pembaharuan dalam Tanzimat adalah persamaan hak
rakyat dalam hal percukaian, keadilan, keistimewaan dan kewajipan sebagai rakyat empayar
Turki Uthmaniyyah tanpa mengira agama. Namun demikian, hal ini tidak dilaksanakan
dengan adil yang mana para petani masih berjuang melepaskan diri dari bebanan sistem
feudal sedangkan sudah dinyatakan dalam tanzimat iaitu semua rakyat mempunyai hak yang
sama. Golongan bangsawan dalam sistem feudal masih lagi mempunyai keistimewaan
tertentu demikian tanggungjawab menunaikan bebanan sistem feudal masih menjadi tugas
para petani. Kesannya, pada tahun 1857 pemberontakan yang pertama di Lubnan tercetus
akibat bebanan yang ditanggung daripada sistem feudal.
6
Nasionalisme Arab yang muncul
pada abad ke-19 yang dipelopori oleh tokoh pemikir Arab Kristian lebih kepada mencetuskan
semangat nasionalisme Arab dalam diri bangsa Arab dan pergerakan nasionalisme pada
peringkat ini lebih kepada penentangan pemerintahan Turki Uthmaniyah yang gagal
melaksanakan pembaharuan yang telah diwar-warkan secara telus berikutan amalan rasuah
yang berleluasa.
Pada tahun 1875 pula, lima pelajar daripada fakulti Injil Syria telah menubuhkan satu
persatuan yang menuntut autonomi dan kemerdekaan untuk Syria dan Lubnan daripada
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Persatuan ini berkembang dan keahliannya bertambah lalu

5 George Antonius, The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 53.
6 George Antonius, The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 57.
5

ditubuhkan cawangan-cawangan di beberapa tempat seperti di pelabuhan Mediterranean iaitu
Sadya dan di bandar purba di Utara Lubnan iaitu Tripoli.
7
Pada tahun 1895, sebahagian
nasionalis Arab yang telah berhijrah ke Perancis kerana mendapat sokongan daripada
daripada penaung penganut Kristian di Timur dan telah menubuhkan Persatuan Kebangsaan
Arab.
8
Persatuan ini menyeru kepada pembentukan sebuah empayar Arab yang diketuai oleh
pemimpin yang berbangsa Arab Quraisy dan mencadangkan pemisahan di antara agama dan
sivil, di dalam kongres pada tahun 1906 telah menegaskan bahawa mereka bukanlah
pergerakan keagamaan, bilangan anggota daripada orang Arab yang beragama kristian dan
Islam adalah seimbang dan menegaskan juga ikatan keagamaan tidak mampu mewujudkan
kesatuan politik.
9


Nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Islam
Perkembangan ilmu pengetahuan pada era Tanzimat menyebabkan peralihan daripada
nasionalisme Arab yang dipelopori oleh Arab Kristian kepada Arab Islam. Semasa
pemerintahan Sultan Abdul Aziz pada tahun 1868 misalnya, sebuah Maktab Diraja
Uthmaniyah telah dibina di Galatasaray dengan menggunakan bahasa Perancis sepenuhnya
kecuali dalam pengajian tentang kebudayaan Turki, dan kurikulum ala barat ini sangat
ditekankan.
10
Tokoh penulis dan pencetus nasionalisme Arab dalam kalangan Arab Islam
antaranya Jamaluddin al-Afghani dan Abdul Rahman al-Kawakibi.

7 Dr. Eeman Mohamed Abbas, Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam,
2002, m/s 386.
8 Dr. Eeman Mohamed Abbas, Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam,
2002, m/s 387.
9 Dr. Eeman Mohamed Abbas, Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2002,
m/s 388.
10 Prof, Madya Fadlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan Pergolakan, Selangor:
Thinkers Library SDN BHD, 2000, m/s 129.
6

Jamaluddin al-Afghani (1838-1839) merupakan tokoh pencetus nasionalisme Arab
yang mendapat pendidikan dari dalam negara dan juga dari luar negara sehinggakan beliau
mampu menuturkan enam bahasa dunia yang utama iaitu Arab, Inggris, Perancis, Turki,
Persia, dan Rusia. Beliau juga banyak mengunjungi negara-negara Islam dan menyeru agar
orang Islam memperbaiki kehidupan mereka agar dapat mengembalikan kegemilangan Islam.
Idea al-Afghani tentang Pan-Islam mencapai tahap kemuncak ketika beliau dijemput ke
Istanbul oleh Sultan Abdul Hamid yang berminat dengan idea Pan-Islam yang dibawanya.
Menurutnya, perubahan dan solidaritas Pan-Islam di atas ditanamkan pada gerakan-gerakan
kemerdekaan di negara-negara Muslim dan membangkitkan mereka dari kejumudan. Al-
Afghani yakin bahwa kestuan dalam ummah hanya dapat dicapai sekiranya umat Islam
kembali kepada penghayatan dan pelaksanaan ajaran Islam yang benar dalam kehidupan
mereka. Idea pemikiran al-Afghani ini kemudiannya diteruskan oleh muridnya iaitu
Muhammad Abduh (1849-1905). Menurut beliau, penyatuan bangsa hanya lebih berjaya
dilakukan melalui pertuturan bahasa yang sama berbanding melalui pegangan agama. Bahasa
penting dalam penyatuan orang Islam kerana melalui bahasa satu persefahaman dan
keserasian dapat dicapai dengan lebih mudah manakala ikatan agama pula hanya akan
menyekat perhubungan antara orang Islam dan mengongkong orang Islam dalam
kelompoknya yang tersendiri.
Abdul Rahman al-Kawakibi (1840-1903) bukanlah berasal dari bangsa Arab tetapi
beliau berasal dari Syria dan berbangsa Kurdi. Beliau berpendapat hanya orang Arab sahaja
yang boleh mengembalikan kegemilangan agama Islam dan beliau telah melarikan diri ke
Mesir untuk mendapatkan perlindungan daripada ancaman kekuasaan Sultan Abdul Hamid
II. Idea utama beliau dalam mencetuskan nasionalisme Arab adalah menggalakkan
pemulihan semula sistem khalifah Arab yang bertentangan dengan sistem khalifah
7

Uthmaniyah. Beliau telah menghasilkan buku-buku antaranya Umm al-Qura.
11
Dalam
penulisan buku ini, beliau mendakwa bahawa hanya orang Arab yang boleh mengembalikan
keagungan Islam dan mengantikan gelaran Sultan menjadi khalifah yang mana perlantikan
khalifah mestilah daripada bangsa Arab Quraisy yang memiliki ikatan istimewa dengan
sejarah Islam.
12

Idea Abdul Rahman al-Kawakibi ini secara beransur-ansur memindahkan kepimpinan
gerakan nasionalisme ketangan orang Arab Islam. Walaubagaimanapun, sebahagian pemikir
Arab menolak idea al-Kawakibi dan ianya dianggap sebagai suatu komplot untuk
menjatuhkan dan memecahbelahkan umat Islam. Hal ini demikian kerana, idea-idea
perjuangannya diragui memandangkan beliau bukanlah berasal daripada bangsa Arab. Beliau
sangat mengagungkan bangsa Arab kerana keistimewaan dari segi sejarah Islam yang
dimiliki oleh bangsa Arab ini misalnya bahasa yang digunakan dalam kitab suci orang Islam
iaitu al-Quran merupakan bahasa Arab dan tokoh pejuang Islam yang hebat serta khalifah-
khalifah pada zaman kegemilangan Islam merupakan orang Arab.
13
Oleh itu, al-Kawakibi
mendakwa Arab adalah bangsa terbaik untuk memegang tampuk pemerintahan empayar
Turki Uthmaniyyah.

Kebangkitan Urabi 1882
Muhammad Ali merupakan wakil kerajaan Turki Uthmaniyah telah bertindak
melantik dirinya sendiri sebagai Gabenor Mesir. Ketika Mesir berada dalam dalam keadaan
tidak stabil akibat kemasukan Perancis, Muhammad Ali mengambil kesempatan daripada
konflik politik yang dihadapi oleh Mesir dengan melakukan perlantikan tersebut. Akhirnya

11 Umm al-Qura merupakan gambaran beliau tentang satu persidangan di Mekah yang membincangkan
tentang kebangkitan Islam. The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 96
12 George Antonius, The Arab Awekening, New York: Capricorn Books, 1965, m/s 97
13 Haim Sylvia G, Arab Nationalisme, London: University of California Press, 1962, m/s 78.
8

selepas Perancis mengundurkan diri dari Mesir, beliau berjaya mengukuhkan kuasanya di
Mesir. Beliau telah membentuk sekumpulan pemerintah yang terdiri daripada bangsa Turki,
pasukan dan pegawai elit yang terpelajar untuk mengurus pentadbiran Negara dan mengutip
cukai di seluruh Mesir. Pemerintahan Muhammad Ali dari tahun 1805 hingga tahun 1848
adalah permulaan kepada sebuah dinasti yang memerintah Mesir.
Pentadbiran ekonomi yang teruk dan sikap tamak pemerintah yang menaikkan cukai
sesuka hati membawa kemelaratan kepada penduduk mesir, terutama golongan Petani yang
miskin. Dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Muhammad Ali seperti memilik-negarakan tanah
dan kerahan tenaga menyebabkan rakyat Mesir menderita. Ketegangan suasana dan
penderitaan yang dihadapi para petani khususnya telah menyebabkan orang Arab bangkit
menentang pemerintahan Muhammad Ali. Pemodenan dan pembangunan ekonomi Mesir
berada dibawah pengaruh Eropah dan pemerintahan selepas Muhammad Ali pula banyak
berhutang dengan kapitalis London dan Paris seterusnya membuka ruang kepada campur
tangan kuasa asing di Mesir. Keadaan ini melahirkan kesedaran dalam diri orang Arab untuk
menghalang kemaraan penjajah Eropah di Mesir serta mengembalikan maruah umat Islam.
Pemerintahan selepas Muhammad Ali iaitu Khedive Ismail misalnya banyak
berhutang dengan kapitalis-kapitalis Eropah dalam memodenkan Mesir menjadi seperti
negara-negara Eropah dengan mengupah ramai orang-orang Eropah memegang jawatan
pentadbiran.
14
Tindakan Ismail ini menimbulkan rasa tidak puas hati kepada orang Arab
tambahan pula jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran dan ketenteraan juga dipegang
oleh orang Turki, kolonel Ahmad Urabi yang menentang dasar pilih kasih dalam pelantikan
pegawai-pegawai ini kemudianya telah ditangkap pada tahun 1881 tetapi telah berjaya

14 Pada tahun 1876, lebih daripada ratusaan ribu orang Eropah telah diupah untuk bekerja di dalam
pentadbiran Mesir. Sebagai contoh, warga Perancis iaitu Dr Antoine B. Clot memegang kementerian
kesihatan dan perubatan manakala pegawai Amerika iaitu Jeneral Stone manjadi ketua kakitangan tentera
Mesir. Allen Richard, Imperialisme and Nationalisme in the Fertile Crescent, London: Oxford University
Press, 1974, m/s 163.
9

dilepaskan oleh unit tentera yang menyokong perjuangan beliau.
15
Kebangkitan
pemberontakan Urabi yang dimpinpim oleh kolonel Ahmad Urabi ini berlansung sepanjang
tahun 1881 hingga 1882 dan pemberontakkan ini adalah pergerakan politik oleh golongan
tentera menentang pemerintahan khedive yang dilantik oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah,
menuntut menghapusan cukai yang menindas dan penentangan terhadap diskriminasi
birokrasi Turco-Circassian.
16
Kebangkitan Urabi ini juga merupakan perjuangan untuk
memperbaiki kehidupan para petani dibawah kerjaan Turki Uthmaniyyah. Para petani ini
ditindas dan dihina oleh golongan Turco-Circassian elit, mereka memberi gelaran pis-
fellah yang bermaksud petani kotor.
17
Oleh itu, kebangkitan Urabi ini juga merupakan
perjuangan untuk memperbaiki kehidupan para petani yang ditindas oleh sistem feudal dan
sering dihina oleh orang-orang Turki gologan kelas elit ini.
Setelah Perang Dunia Pertama tamat, kuasa-kuasa Eropa semakin giat mendapatkan
wilayah jajahan dan kuasa-kuasa Eropah ini sudahpun menjajah sebagian besar dunia Arab
contohnya, Inggris menguasai Mesir, Palestin, Trans-Jordan, Irak, Teluk Arab, Anak Benua
India, dan Asia Tenggara manakala Prancis menguasai Afrika Barat dan Utara, Libanon dan
Syria. Perluasan kuasa asing ini telah melahirkan kesedaran kepada umat Islam lalu
membangkitkan nasionalisme Arab yang anti-Barat dan penjajahan. Untuk mencapai kejayan
dalam penentangan kemasukan penjajah maka stagnasi dalam Islam perlu dihentikan dan
kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi untuk melakukan modernisasi seperti yang telah
dilakukan negara-negara Eropah hendaklah dikembangkan. Hal ini bertujuan menutup ruang
dan peluang untuk kuasa penjajah yang cuba masuk dan campur tangan dalam politik negara
Islam. Kegagalan melepaskan diri dari stagnasi mengakibatkan kebergantungan kepada

15 Allen Richard, Imperialisme and Nationalisme in the Fertile Crescent, London: Oxford University Press,
1974, m/s 168
16 Sean Lyngaas, Ahmad Urabi: Delegate of the People Social Mobilization in Egypt on the eve of Colonial Rule,
al-Nakhlah, Medford: The Fletcher School, 2011, m/s 1.
17 Sean Lyngaas, Ahmad Urabi: Delegate of the People Social Mobilization in Egypt on the eve of Colonial Rule,
al-Nakhlah, Medford: The Fletcher School, 2011, m/s 3.
10

pemodenan dan pembangunan yang terikat di bawah pengarauh Barat dan hal inilah yang
akhirnya membawa kepada campur tangan kuasa asing.
Sebagai contoh, pemodenan dan pembangunan Mesir yang banyak dipengaruhi oleh
kuasa Barat yang mana ianya dilaksanakan dengan membuat pinjamnan kewangan daripada
negara luar menyebabkan negara terkongkong dan terikat dibawah kuasa Eropah.
Kebergantungan kepada kuasa asing ini mengakibatkan kuasa asing muda untuk campur
tangan dalam hal ehwal negara. Keadaan ini yang berlaku di Mesir sehingga menyebabkan
Kebangkitan Urabi 1882 bukan lagi penentangan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyah yang
diwakili oleh khedif-khedif di Mesir semata-mata tetapi juga merupakan penentangan
sepenuhnya keatas British. Pemberontakan yang tercetus di Alexandria pada bulan Jun 1882
telah membunuh ramai orang Eropah dan British menuduh tentera-tentera dan Ahmad Urabi
merupakan dalang kepada peristiwa tersebut. Hal ini dijadikan alasan oleh British untuk
campur tangan dan akibatnya Ahmad Urabi mengistiharkan perang ke atas British.
Walaubagaimanapun, British berjaya mengalahkan tentera-tentera dibawah pimpinan Ahmad
Urabi dan beliau telah dibuang ke Ceylon.

Sharif Hussein Sebagai Raja Hijaz
Kebangkitan Nasionalisme Arab selepas perang dunia ke-1 ini disebabkan oleh
penindasan yang melahirnya kesedaran dalam diri orang Arab. Perkembangan Sultan Abdul
Hamid pada akhir pemerintahannya telah membantu mempercepat orang-orang Arab bangkit
mencetuskan revolusi untuk memperbaharui kerajaan Turi Uthmaniyyah. Tuntutan untuk
melakukan pembaharuan adalah berupa pemberian autonomi ke atas wilayah-wilayah Arab
yang berada dalam lingkungan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Perjuangannya adalah untuk
11

menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan menubuhkan negara Arab dibawah
pimpinannya.
Sharif Hussein merupakan pemimpin yang dihormati dan berbangsa Arab Quraisy
daripada keturunan Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Sultan telah melantik beliau sebagai
wakil Amir kerajaan Turki Uthmaniyyah di Mekah dengan mengambil kira asal usulnya.
Namun demikian, beliau mengalihkan kesetiaanya kepada Sultan empayar Turki
Uthmaniyyah apabila mula mempunyai hubungan yang baik dengan pihak British setelah
British berjanji akan menjadikannya Raja Hijaz. Beliau telah melancarkan revolusi
menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah untuk mencapai cita-citanya sebagai Raja di Hijaz.
British berkerjasama dengan Sharif Hussein menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah dan
hasilnya revolusi yang dilancarkan oleh Sharif Hussein berjaya dengan penyerahan beberapa
wilayah Turki Uthmaniyyah kepada British. Sebagai contoh kehilangan wilayah Palestin
yang kemudiannya memberi kesan sehingga ke hari ini. Sharif Hussein yang menjaga
hubungannya dengan British demi kedudukannya tidak menentang perjanjian dalam
Deklarasi Balfour malahan menyeru agar orang Arab menerima kembali kedatangan orang
Yahudi.
Revolusi yang dilaksanakan pada tahun 1918 ini adalah sebagai tanda sokongan sharif
Hussein kepada British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmniyyah.
18
Setelah itu beliau
tidak juga dilantik sebagai Raja Hijaz maka beliau telah mengangkat dirinya sebagai Khalifat
umat Islam selepas kerajaan Turki Uthmaniyah dijatuhkan. Sharif Hussein telah termakan
tipu helah British yang juga telah menjanjikan wilayah Hijaz kepada Ibnu Saud dan British
tidak mengendahkan tuntutannya malah beliau telah dibuang ke Jordan dan Ibnu Saud pula
mendapat habuannya. Perjuangan menentang Turki Uthmaniyyah hanya sia-sia kerana pada

18 Louis A. Aroian & Richard P. Mitchel, Timur tengah dan Afrika Utara Moden, Kuala Moden: Dewan Bhasa
dan Pustaka, 1991, m/s 169.
12

akhirnya tidak mendatang apa-apa faedah kepada dirinya dan bangsa Arab. Orang Arab
berasa marah dengan tindakan British yang telah merampas wilayah-wilayah kerajaan Turki
Uthmaniyyah yang telah berjaya dipecahkan dan untuk meredahkan kemarahan orang Arab
ini, anak Sharif Hussein iaitu Raja Faisar dijadikan Raja Syria dan Abdullah pula menjadi
Raja Jordan.
Nasionalisme Arab yang muncul di Mekah ini merupakan satu bentuk nasionalisme
baru dipelopori oleh orang Arab Islam yang diterjemahkan dalam pergerakan politik dan
bukan lagi melalui penulisan-penulisan. Kebangkitan Sharif Hussein menantang kerajaan
Turki Uthmaniyyah ini merupakan hasil tipu helah British dengan menggunakan perjanjian-
perjanjian untuk mencapai matlamat mereka menjatuhkan empayah Turki Uthmaniyyah.
Perjanjian Sykes Picot yang ditandatangani oleh kuasa-kuasa besar dunia bagi membahagikan
dunia Arab dalam kalngan mereka pada tahun 1916 akhirnya telah memperlihatkan dengan
jelas matlamat mereka.
19
Namun demikian, pemimpin Arab telah pun termakan dengan Janji-
janji manis British dan British telah berjaya mendapatkan sokongan daripada orang Arab
untuk bekerjasama dengan mereka menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Orang Arab
yang termakan janji-janji manis British ini kemudiannya bangkit memperjuangkan
kemerdekaan dan penubuhan negara Arab. Nasionalisme Arab pada peringkat ini merupakan
penentangan terhadap kerjaan Turki Uthmaniyyah dengan bantuan kewangan dan peralatan
ketenteraan daripada British. Hal ini berbeza dengan di Mesir yang mana nasionalisme Arab
adalah anti kuasa asing dan penjajahan.


19 Perjanjian Sykes Picot ditandatangani oleh British, Perancis dan Rusia. Perjanjian ini membahagikan-
bahagikan negara-negara Arab yang terletak di antara Iran dan Laut Mediterranean kepada British dan
Perancis. Perancis mendapat mandat mentadbir Syria manakal British mendapat mandat mentadbir Utara
Iraq. Dr. Eeman Mohamed Abbas, Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah, Kuala Lumpur: Pustaka
Salam, 2002, m/s 397.
13

Nasionalisme Arab di Palestine
Wilayah Palestin merupakan sebahagian daripada wilayah kerajaan Turki
Uthamaniyah dan wilayah Palestin ini mempunyai kedudukan istimewaan kepada orang
Islam dan juga orang Yahudi. Bagi orang Islam, di Palestin inilah berlakunya peristiwa Isra
Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan juga tempat lahirnya Nabi Ismail. Manakala bagi orang
Kristian pula, Palestin juga merupakan tanah air bagi Nabi Isa A.S. Bagi orang Yahudi pula,
mereka mendakwa wilayah ini merupakan tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada Nabi
Ibrahim yang mana mereka dijanjikan akan dikurniakan tanah yang terletak di antara Sungai
Nil di Mesir sehingga ke Sungai Dajlah.
20

Kepentingan agama bagi ketiga-tiga bangsa yang terdapat di Palestin ini akhirnya
menimbulkan keinginan untuk menjadikan Pelastin sebagai tanah air mereka terutamanya
orang Yahudi. Mereka ini bersungguh-sungguh ingin mendapatkan wilayah Palestin dan telah
mendapat sokongan British dalam Deklarasi Balfour. Deklarasi Balfour yang diisytiharkan
oleh British pada tahun 1917 menawarkan Palestin sebagai a national home kepada bangsa
Yahudi.
21
Kuasa mandat juga diberikan oleh Pertubuhan Liga Bangsa kepada British untuk
mentadbir Palestin, Iraq dan Transjordan manakala Perancis diberikan mandat ke atas Syria.
Mandat ini sebenarnya adalah satu bentuk penjajahan yang tidak diakui oleh British sehingga
kini, hal ini berikutan British tidak mahu menunjukkan penaklukannya secara terang-terang
dan hanya memperlihatkan dirinya sebagai penaung dan pelindung negara-negara Arab ini.

20 Orang Yahudi berpendapat tanah yang dijanjikan itu dapat dijelaskan dalam kitab Bible; Pada hari tersebut
Tuhan telah memetraikan perjanjian dengan Ibrahim a.s dengan berkata: Untuk generasimu Aku
kurniakan bumi ini daripada sungai di Mesir sehingga ke sungai besar iaitu sungai Furat, Ismail Abdul
Rahman, Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, m/s 45.
21 His Majestys Government view with favour the establishment of a national home for the Jewish people
and will use their best endeavours to facilitate the achievement of this subject, it being clearly understood
that nothing shall be done which may prejudice the civil and religious rights of existing non-Jewish
communities in Palestine, or the rights and political status enjoyed by Jews in any other country. George
Antonius, The Arad Awakening, New York: Capricorn Books, m/s 266.
14

Deklarasi Balfour ini juga telah memberikan kebebasan politik kepada orang yahudi
di Palestin dan Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran
ke Palestin menyebabkan populasi orang Yahudi melebihi populasi orang Palestin. Bilangan
orang Yahudi di Palestin meningkat yang mana pada tahun 1878 sahaja bilangan mereka
mencecah 34000 berbanding pada tahun 1839 seramai 11000 sahaja.
22
Rakyat Palestin
menentang Deklarasi Balfour kerana telah mengakibatkan kemasukan orang-orang Yahudi
dan secara besar-besaran. Bantahan telah dibuat oleh ketua-ketua orang Arab yang berkumpul
di Kaherah namun pihak British tidak mengendahkan bantahan tersebut.
23
Akibatnya, rakyat
Palestin mengadakan mogok bagi membantah kemasukan zionis ke Palestin dan mogok
rakyat Palestin ini kemudiannya bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British.
Masyarakat Palestin bangkit menentang mandat British dan Zionis. Individu penting dalam
pemberontakan menentang zionis ini adalah Sheikh Izz ad-Din al-Qassam. Namun demikian,
Israel mendapat sokongan kuasa-kuasa besar dunia akhirnya berjaya menewaskan
pemberontakan orang Arab yang tidak putus-putus bangkit menentang pendudukan mereka di
Palestin.
Peperangan yang berlaku sepanjang tahun 1948 memusnahkan harapan orang Arab
Palestin untuk merdeka dan bebas berdiri sebagai negara Arab tanpa kewujudan Zionist.
Sehingga kini rakyat Palestin masih belum berjaya menghalau golongan Yahudi dan Zionis
keluar dari Palestin. Kekalahan rakyat Palestin dalam perang 1948 menyaksikan tertubuhnya
negara Israel. Wilayah Palestin semakin mengecil dan Israel pula semakin mara ingin
menunaikan hasratnya menguasai seluruh Palestin. Nasionalisme Arab yang wujud di
Palestin merupakan penentangan ke atas penjajahan British dan Zionis.


22 Steuart Erskine, Palestine Of The Arabs, London: George G. Harrap & Co, 1976, m/s 58.
23 George Antonius, The Arad Awakening, New York: Capricorn Books, m/s 267.
15

Kesimpulan
Nasionalisma Arab yang wujud pada abad ke-19 dipelopori oleh masyarakat Arab
Kristian di peringkat awal namun sepanjang era Tanzimat yang telah mengembangkan ilmu
pendidikan di dunia Arab telah menyebabkan nasionalisme Arab ini beralih dan mula
dipelopori oleh kelompok Arab Islam. Idea-idea mereka yang menyeru kepada penyatuan
bangsa Arab demi kesejahteraan negara adalah melalui proses Arabisasi dan bukan lagi
melalui proses Islamisasi. Sebagai kesannya, idea-idea tokoh pemikir ini membawa kepada
penubuhan pertubuhan gerakan nasionalisme, nasionalisme Arab tidak lagi hanya
diterjemahkan dalam penulisan tetapi mula diterjemahkan dalam bentuk gerakan politik
nasionalisme yang.
Gerakan nasionalisme Arab pada mulanya hanyalah menuntut pembaharuan dalam
pemerintahan Turki Uthmaniyyah yang banyak menindas akibat daripada amalan rasuah dan
karenah birokrasi Turco-Circassion. Kegagagal Kerajaan Truki Uthmaniyyah mengatasi
masalah ini menyebabkan tuntutan orang Arab berkembang kepada penentangan untuk
menjatuhkan pemerintahan empayar Turki Uthmnaiyyah dan mengembalikan pentadbiran
sistem khalifah menurut Islam yang orang Arab sebagai khalifah. Seterusnya, kemasukan
kuasa asing ke dunia Arab pula telah mengembangkan lagi nasionalisme Arab yang mana
kuasa-kuasa Eropah ini telah membantu pergerakan nasionalisme Arab untuk mencapai
matlamat mereka menjatuhkan empayar Turki Uthmaniyyah.
Penjajahan kuasa asing ke atas bumi Arab juga merupakan penentangan yang
diperjuangkan dalam nasionalisme Arab. Kesimpulannya, nasionalisme Arab yang wujud
pada abad ke-19 bukanlah penentangan terhadap kerajaan Turki Uthmaniyyah semata-mata,
faktor-faktor lain yang mendorong kepada nasionalisme Arab turut mewujudkan perjuangan
penentangan yang berbeza dalam nasionalisme. Oleh itu, nasionalisme Arab pada abad ke-19
16

juga merupakan penentangan kepada kuasa asing khususnya penentangan ke atas penjajahan
British dan Zionis di wilayah-wilayah Arab apabila situasi sudah berubah. Perkembangan
yang dialami dunia Arab pada abad ke-19 mengubahkan corak nasionalisme daripada hanya
menuntut perubahan yang lebih baik di bawah pemerintahan empayar Turki Uthmaniyyah
akhirnya berkembang kepada penentangan untuk menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah
dan menentang sepenuhnya campur tangan kuasa asing dalam hal ehwal negara.





Rujukan
Dr. Eeman Mohamed Abbas. Sultan Abd Al-Hamid II dan Kejatuhan Khilafah. Kuala Lumpur: Pustaka
Salam. 2002.
George Antonius. The Arab Awekening. New York: Capricorn Books. 1965.
Haim Sylvia G. Arab Nationalisme. London: University of California Press. 1962.
Ismail Abdul Rahman. Konsep dan Kedudukan Bangsa Pilihan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka. 1989.
Prof. Madya Fadhlullah Jamil. Islam di Asia Barat Moden Sejarah Penjajahan dan Pergolakan.
Selangor: Thinkers Librarys SDN BHD. 2000.
Steuart Erskine. Palestine Of The Arabs. London: George G. Harrap & Co. 1976.
17

Sean Lyngaas, Ahmad Urabi: Delegate of the People Social Mobilization in Egypt on the eve of
Colonial Rule, al-Nakhlah, Medford: The Fletcher School, 2011.

Anda mungkin juga menyukai