Anda di halaman 1dari 10

Pengadilan moral dalam sejarah bukanlah bertujuan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak.

Sebaliknya ia diperukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih tepat. Nilaikan pandangan ini.

Tugas ahli sejarah bukan sahaja melibatkan penyelidikan dan kajian mengenai peristiwa sejarah malah beberapa sarjana berpendapat bahawa pengadilan moral perlu dilakukan terhadap peristiwa sejarah. Pengertian Pengadilan Moral Dikatakan pengadilan moral dalam sejarah bukanlah bertujuan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak. Sebaliknya, ia diperlukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih tepat.

Melihat sejarah sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa. Beranggapan juga bahawa pemerintah bertanggungjawab ke atas tindakan mereka kepada orang awam. Bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa sejarah yang berasaskan kepada unsur kerasionalan boleh menbantuh masyarakat memerangi kejahatan . Mahukan pengadilan moral bertindak sebagai pembela keadilan dengan memuji mereka yang berjasa dan memalukan mereka yang berdosa. Memuji pendirian rahib-rahib Kristian pada zaman pertegahan yang bukan sahaja hidup secara sederhana bahkan pula sanggup bercucuk tanam untuk mencari rezeki. Mengutuk seorang maharaja Rom iaitu Diocletian kerana berlaku kejam terhadap para penganut Kristian. Bagi V, pengadilan moral bertujuan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak agar dapat dijadikan teladan.

Pengadilan moral hanya ke atas tindakan yang dibuat dengan penuh kesedaran Si pelaku sejarah tahu tentang kesan tindakannya Si pelaku mempunyai pilihan Contoh: J. W. W Birch - mempunyai pilihan untuk tidak campur tangan dalam urusan sistem perhambanan

Ahli sejarah dalam mengadili sepatutnya menilai antara apa yang telah dilakukan dan apa yang sewajarnya dilakukan Niat bukanlah kayu ukur kepada pengadilan moral tetapi kesan penderitaan akibat tindakan itu yang sewajarnya diadili. Niat hanya dapat diandaikan. Tiada siapa yang mampu mengetahui niat seseorang. Niat yang murni tidak menghalalkan tindakan yang terkutuk. Contoh 1; Kes pembunuhan J.W.W Birch Tindakan Birch pada tahun 1875 yang menberi perlindungan kepada tiga orang hamba yang melarikan diri ke rumahnya. Kita tidak mengetahui apa sebenarnya niat disebalik tindakan Birch, mungkin sahaja dia mahu menjadikan hamba-hamba itu sebagai perempuan simpanannya, mungkin juga Birch membantu atas sebab kemanusiaan. Bagi A. H, tindakan mengutuk Birch adalah tidak patut sebab kita tidak tahu niatnya tetapi kita sepatutnya menilai kesan daripada tindakannya dan dengan ini sejarah dapat ditulis dengan lebih tepat.

Menurut Hannah Arendt dalam bukunya Eichmann in Jerusalem telah menuduh bahawa para pemimpin Yahudi telah bersubahat dengan Nazi untuk menyelamatkan diri mereka dari maut serta-merta. Sesungguhnya Arendt mengakui bahawa keupayaan orang Yahudi untuk menentang Nazi adalah lemah kerana kaum itu tidak memiliki negeri, tentera atau senjata yang dikehendaki namun beliau menyatakan bahawa pertubuhan-pertubuhan Yahudi tetap wujud baik di negeri Jermen mahupun di negeri-negeri lain yang barangkali boleh digerakkan untuk menentang kekejaman Nazi. Oleh sebab para pemimpin Yahudi tanpa pengecualian telah bekerjasama dengan Nazi maka nasib orang Yahudi telah menjadi teruk sehingga antara empat setengah hingga enam juta telah di bunuh. Bagi Hannah Arendt, tiada pengecualian dalam pengadilan moral, semua tindakan harus diadili agar peristiwa tersebut dijadikan pengajaran agar perkara yang sama tidak berulang. Bagi H. A, terdesak itu hanya alasan Tindakan orang Yahudi harus diadili sebagai tali barut pihak Nazi

Menjelaskan bahawa tugas mengendalikan pengadilan moral akan menimbulkan kerumitan seperti ketidakupayaan para ahli sejarah untuk menilai dari segi nilai moral manusia dan keadaan ini akan menghasilkan pengadilan moral yang setengah masak dan palsu. menjadikan pengadilan moral alat untuk menjelaskan kesalahan lawan dan menutup kesalahan kawan. Para ahli sejarah hanya dikehendaki untuk mengisi ruang diskripsi dan penjelasan tetapi menjauhkan diri dari ruang pengadilan moral. Pengadilan moral adalah tidak bersangkut paut pada penyiasatan sejarah dan asing kepada ruang intelek sejarah saintifik. Pengadilan moral yang bersifat berat sebelah akan mencetuskan pertelingkahan kebangsaan dalam zaman tersebut. Contoh: Pengboman Jepun oleh Amerika telah menyebabkan berjuta-juta penduduk yang menderita secara langsung dan tidak lansung sehinggalah ke harini. Oleh itu sukar untuk kita menjatuhkan pengadilan terhadap tindakan Amerika kerana ini akan menimbulkan perasaan yang pelbagai sehingga berkemungkinan akan mencetuskan perbalahan dan pergaduahn. Perlu dilihat semula apa faedah yang diperolehi oleh seseorang pada hari ini dalam mengutuk tindakan Amerika? Bagi H. B, terpulang kepada pembaca untuk mengadili baik-buruknya, peranan ahli sejarah adalah melakukan untuk mengisahkan sesuatu peristiwa itu dengan jelas.

Menyatakan bahawa ahli sejarah tidak menpunyai keupayaan untuk menembusi ke lubuk hati manusia yang bertanggungjawab mencetuskan sesuatu kejadian sejarah tersebut dan kekurangan bukti serta ketidakmampuan untuk menbuat pengadilan yang dipersetujui oleh semua ahli sejarah. Menyangkal tanggapan yang melihat sejarah sebagai mahkamah tinggi ulung kerana sejarah mengadili mereka yang telah meninggal dunia dan tidak boleh membela diri sedangkan mahkamah mengadili mereka yang boleh membela diri. Pengadilan moral sepatutnya digunakan untuk kita memperjelaskan sesuatu peristiwa institusi atau dasar pada masa lalu. Contoh: Mengutuk perbuatan Hitler yang telah membunuh beribu-ribu orang Yahudi. Sepatutnya tidak menjatuhkan pengadilan moral menggutuk Hitler semata-mata kerana tindakannya tetapi ahli sejarah sepatutnya menilai dan menjatuhkan pengadilan terhadap peristiwa tersebut sama ada sesuatu yang baik atau buruk sekali gus melaluinya dapat diperolehi satu jalan peristiwa sejarah yang tepat.

Mendakwa bahawa pengadilan moral didorong oleh hasrat untuk mencari keadilan bahkan juga oleh perasaan membalas dendam. Tabiat buruk manusia untuk menbalas dendam boleh dikikis sekiranya para ahli sejarah tidak mengutuk orang sebaliknya memahami dan menjelaskan apa yang telah berlaku. Contoh: Mengutuk tindakan tentera Jepun. Sebab itulah tidak boleh jatuhkan hukuman ke atas sesorang sebaliknya pengadilan moral perlu untuk menjelaskan peristiwa sejarah itu dgn lebih tepat.

Pengadilan moral itu sememangnya tidak dapat dielakkan dalam mana-mana penulisan sejarah walaupun sejarawan cuba bersifat obejktif tetapi tetap tidak lari daripada melakukan pengadilan moral. Namun demikian, pengadilan tidak sepatutnya digunakan untuk menghukum atau memuji mana-mana pihak. Sebaliknya ia diperlukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih tepat. Wulaupun betapa kejam atau baik si pelaku sejarah, ahli sejarah bukanlah seorang hakim dan tidak berhak menjatuhkan pengadilan ke atas mereka sewenang-wenangnya. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh ahli sejarah adalah menggunakan pengadilan moral kearah yang lebih berfaedah iaitu mengadili peristiwa sejarah untuk menjelaskan hal tersebut dengan lebih tepat. Kami bersetuju pengadilan moral sepatutnya dilakukan untuk menjelaskan sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih tepat. Dan bukannya semata-mata menghukum atau memuji mana-mana pihak.

Anda mungkin juga menyukai