Anda di halaman 1dari 17

E.H Carr menyatakan bahawa penadilan dalam sejarah mencakupi individu,peristiwa ,institut dan dasar.

Ahli Sejarah menambah satu hal yang lain yang perlu diadilkan ,iaitu zaman

Individu

Hal yang paling kerap diadili oleh pengkaji sejarah adalah tindak tanduk individu atau tokoh yang menjadikan pelaku sejarah Dalam mengkaji niat seseorang pelaku sejarah ,ia secara tidak langsung berkaitan dengan soal nilai Misalnya seseorang yang bertindak baik akan dipuji manakala orang yang mementingkan diri ,melanar keadilan atau bertindak kejam akan dikutur

Tindakan ini akan menghasilakan wiradan pejahatdalam sejarah Misalnya ,Raja Iskandar Syah yang membangunkan Melaka dipuji sebagai tokoh yang handal manakala Francis Light yang memperdayakan Sultan Abdullah dianggap sebagai berdusta dan bertentangan dengan nialai Eropah

Para pengkaji sejarah turut melakukan pengadilan moral terhadap sesuatu peristiwa atau kejadian sejarah samada kejadian itu buruk atau baik Dalam peristiwa rancangan Sekatan Stevenson bagi meningkatkan harga getah di Tanah Melayu misalnya pengkaji sejarah melihatnya sebagai baik untuk menaikkan harga getah tetapi pada masa yang sama telah berlaku diskriminasi terhadap pengusaha tempatan yang terpaksa mengehad pengeluaran getah dan membekukan permohonan baru sedangkan pada masa yang sama pengusaha Eropah dilindungi

Institusi yang biasanya diadilkan oleh pengkaji sejarah adalah seperti institusi penghambaan ,kasta ,gereja dan sebagainya Dalam hal ini sesebuah institusi akan diadil samada buruk atau baik Misalnya , Aminuddin Baki ketika membuat penadilan moral mengenai institusi penghambaan dalam kalangan masyarakat Melayu sebagai bukan sahaja kejam ,tapi juga cabaran secara langsung kepada ajaranajaran Islam

Para sejarawan bertolak dari andaian bahawa sesuatu dasar yang bertujuan baik dan terbukti akan dipuji manakala dasar yang menindas akan dikutuk Misalnya, sejarahwan mengkutuk dasar Jepun semasa menduduki Tanah Melayu

Contoh zaman Rennaisance dipuji sebagai zaman kebangkitan Eropah manakala zaman pertengahan dikutuk sebagai zaman kegelapan kerana sistem politik yang rumit dan tidak mementingkan pendidikan

kriteria mengadili sesuatu tindakan sejarah ialah niat yang mencetuskannya. tetapi, juga mempunyai keadaan yang niat yang suci murni tidak disusuli oleh tindakan yang dari segi lahiriah boleh disifatkan sebagai baik.

cth: Pada tahun 1875, J.W.W. Birch memberi


perlindungan kepada tiga orang hamba yang melarikan diri ke rumahnya. Beliau membantu hamba-

hamba itu untuk berpindah ke Pangkor, sebuah tanah


jajahan British. Sebelum itu, Birch berjanji kepada Sultan Abdullah untuk menyerahkan semua hamba yang melarikan diri sehingga selesainya satu penyiasatan rapi terhadap institut perhambaan di

Perak.

Perlakuan JWW Brich dianggap jahat kerana dia telah memungkiri janji

Tindakan Birch ini adalah berniat baik , kerana menunjukkan belas kasihan kepada 3 orang hamba yang jika kembali kepada Sultan dan Syahbandar akan dihukum berat. Selain itu, beliau juga mensifatkan kejadian ini sebagai malang kerana Birch telah memungkiri jinjinya dan membawa kepada pembunuhannya.

Walaupun jelas bahawa niat Birch itu memang baik, namun ahli sejarah tetap boleh melihat tindakan lahiriahnya sebagai tidak baik. ini bukan sahaja Birch memungkiri janjinya bahkan pula beliau telah berbohong kepada wakil-wakil Sultan Abdullah dan Syahbandar yang datang ke rumahnya untuk mencari hamba-hamba yang melarikan diri itu.

Kerumitan bagi ahli sejarah juga berpunca dalam usahanya mengadili tindakan-tindakan tertentu yang dilakukan dalam keadaan paksaan. Walaupun pada lazimnya si pelaku dalam sejarah mempunyai kebebasan untuk mengambil sesuatu tindakan, yang mana pemilihan akan dibuat dari beberapa alternatif yang wujud, namun terdapat keadaan-keadaan tertentu yang mana kebebasan ini disekat.

Peristiwa ini berlaku semasa Perang Dunia Kedua yang berkaitan dengan nasib kaum Yuhudi di bawah kekejaman pemerintahan Nazi. Para pengkaji yang meninjau peristiwa sedih ini telah mencetuskan satu perbahasan hangat berkenaan peranan para pemimpin Yuhudi yang dikatakan telah berkerjasama dengan Nazi.

Beliau menyatakan gagasan kerjasama tidak boleh digunakan untuk memaparkan tindakan para pemimpin Yuhudi kerana ia bukanlah sesuatu yang dilakukan secara rela tetapi melalui paksaan dan takutan. Walaupun mereka cuba menentang secara passif iaitu melarikan diri dalam hutan ataupun membunuh diri, namun mereka tidak mempunyai kemampuan rohani untuk melakukan sesuatu yang boleh menyelamatkan nyawa kaun mereka. Beliau berpendapat bahawa orang Yuhudi telah berusaha setakat yang mampu untuk menggurangkan kesusahan mereka

Beliau menyatakan bahawa para pemimpin Yuhudi telah berkerjasama dengan Nazi untuk keselamatan diri mereka.
Unit-2 khas yang dipanggil Sonderkommandos dan dianggotai oleh pemimpin Yuhudi telah dituduh oleh Arendt sebagai ditugaskan oleh Nazi untuk melibatkan secara langsung dalam pembunuhan orang-2 Yuhudi.

Oleh kerana para pemimpin Yuhudi tanpa pengecualian telah bekerjasama dengan Nazi, maka nasib orang Yuhudi telah menjadi lebih teruk sehingga 6 juta orang telah dibunuh. Sungguhpun beliau mengakui bahawa keupayaan orang Yuhudi adalah rendah kerana kaum itu tidak memiliki tentera dan senjata yang dihendaki, namun beliau menyatakan bahawa pertubuhan-2 Yuhudi tetap wujud, baik di negeri Jerman mahu di negara-2 lain, yang barangkali boleh digerakkan untuk menentang kekejaman Nazi itu.

Anda mungkin juga menyukai