Anda di halaman 1dari 14

Asas Sains

Asas sains penting bantu kenal pasti punca dan menangani masalah kesihatan 3 aspek biologi,psikologi,sosiologi

Sosiologi
Definisi SosiologiSosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi

Sosiolisasi proses di mana manusia mempelajari mengenai budaya serta bagaimana menjadi ahli dalam sesuatu kumpulan dalam masyarakat.

Proses sosiolisasi dalam Pendidikan jasmani berlaku menerusi dua cara; 1) Sosiolisasi kedalam PJ -Melibatkan diri ke dalam PJ kesan dari pengaruh,dorongan serta impak agen-agen sosiolisasi(cth:Keluarga, Lingkungan Tempat Tinggal, Agama,sekolah ,kelompok bermain.)Pengaruh agen-agen sosiolisasi ini membantu membentuk sikap,nilai dan pelakuan yang diperlukan.

.Sosiolisasi menerusi PJ
Elemen-elemen dalam sukan seperti sikap bekerjasama,toleransi,berdisiplin serta menghormati individu lain dan peraturan membantu dalam proses pembentukan sikap,nilai dan pelakuan individu.

Sosiologi dalam pendidikan jasmani


Bidang kajian yang mengaplikasikan konsep sosiologi untuk melihat dan memahami apa yang berlaku dalam sukan.Ini termasuklah usaha untuk memahami interaksi yang wujud antara individu,dalam pasukan dan mereka yang berkaitan dengannya seperti guru pendidikan jasmani , murid, penonton, pengurusan dan media.

Psiokologi dalam pendidikan jasmani


boleh ditakrifkan sebagai satu bidang kajian saintifik yang melihat kesan serta pengaruh sesuatu aktiviti terhadap perlakuan fizikal, efektif serta kognitif mereka yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung dengan aktiviti tersebut merupakan proses memilih dan memotivasikan atlet supaya atlet tersebut boleh bersaing atas usaha dan keupayaannya sendiri

juga dapat mencegah penggunaan dadah di kalangan atlet serta membina strategi berpasukan dan menerapkan pembelajaran kemahiran kepada atlet.

Kajian dalam psikologi sukan juga membolehkan kita : Menyatakan sesuatu tingkah laku
Menerangkan tingkah laku tersebut Membuat andaian tentang tingkah laku tersebut.

Pandangan-pandangan pakar psikologi


Cox (1998) merumuskan bahawa psikilogi sukan merupakan satu bidang yang luas dan terbuka sehingga ia memudahkan orang awam dan peminat sukan memberi komen berkaitan psikologi sukan. Menurut pakar psikologi sukan, (Wann, 1997), bidang ini membabitkan bidang sukan dan pergerakan.

Antaranya Cox (1998) menjelaskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang sains atau prinsip-prinsip psikologi diaplikasi dalam bidang sukan. Bagi Weinberg dan Gould (1999) pula meruskan bahawa psikologi sukan merupakan satu bidang kajian saintifik tentang manusia dan perlakuan mereka dalam konteks sukan dan pergerakan.

Contoh-contoh Psikologi dalam pendidikan jasmani


Memotivasi atlet sebelum, selama, dan setelah periode latihan maupun pertandingan Memberikan pengaruh positif terhadap pembentukan sikap atlet Memperbaiki citra diri dan keyakinan diri atlet Menjadi pimpinan yang baik untuk meningkatkan moral atlet

Memahami dan memnuhi kebutuhan atlet Mengenelpasti potensi dan mempromosikan perkembangan atlet Mempertahankan konsistensi performance atlet Membantu atlet mengatasi tekanan mental, kekecewaan, dan berbagai permasalahan yang berpotensi mengganggu performancenya kelak Mempersiapkan atlet dengan memberikan bekal keterampilan dan strategi bertanding.

Rujukan Anshel, M H. (2003). Sport Psychology: From theory to practice. USA: Pearson, Education, Inc. Shaharudin Abd. Aziz. (2001). Mengaplikasi teori psikologi dalam sukan. Kula Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Anda mungkin juga menyukai