Anda di halaman 1dari 4

ISL Minggu 2

STRATEGI
Strategi pengajaran ialah kepandaian guru membuat perancangan dan
pelaksanaannya
terhadap semua aspek pengajaran dan pembelajaran. Ini
termasuklah pemilihan dan pelaksanaan kaedah, teknik, akitiviti, bahan dan masa
yang digunakan .
Jenis Strategi
Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam ialah :

Strategi berpusatkan guru

Strategi berpusatkan murid

Strategi berpusatkan bahan

1) Strategi berpusatkan guru


Strategi ini melibatkan guru yang memainkan peranan yang utama. Di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas,
memberi penerangan, manakala murid hanya bertindak sebagai pendengar.
Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;
1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.
Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan
penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni
dan perkembangan emosi. Selain itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian
murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta teknik pengajaran guru
ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang demikian,
murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif
serta sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Demontrasi.

Syarahan/ Kuliah.

Bercerita.

Penerangan.

2) Strategi berpusatkan murid


Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Murid digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P&P dan guru
hanya sebagai pemimpin untuk membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama
ada secara berkumpulan atau individu. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran
lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran murid. Isi kandungan yang
disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual murid. Aktivitiaktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif.
Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Kumpulan.

Inkuiri penemuan.

Perbincangan.

Penyelesaian masalah.

Bermain.

Simulasi.

Sumbangsaran.

Projek.

Main peranan.

Penyoalan.

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani,


emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan
keputusan ujian kerap kali digunakan untuk mengesan kelemahan murid.
Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya
murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif
serta menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

3) Strategi berpusatkan bahan


Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada
penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio,
model, komputer dan sebagainya. Dalam strategi ini, guru menggunakan BBM
tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ia bertujuan supaya
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan penyampaian
maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan
bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan
lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan
lebih bermakan serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran secara individu datau
secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan yang digunakan perlulah
memenuhi ciri-ciri seperti berikut;

Ketepatan

Kejelasan

Keluasan

Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras


kebolehan

Berpusatkan murid.

Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.

Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.

Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini
adalah kaedah-kaedah seperti berikut;

Audio-visual.

Pengajaran terancang.

Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Modul.

Penggunaan buku teks dan rujukan.

4) PENDEKATAN BERSEPADU
Pendekatan bersepadu dalam mengendalikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran membantu murid memahami hakikat kehidupan sebenar. Dalam
kehidupan sebenar sesuatu itu saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya
sesuatu yang terpisah-pisah.
Pendekatan bersepadu melibatkan :

Kesepaduan antara komponen


Kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni
Kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
Kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
Kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik.

Anda mungkin juga menyukai