Anda di halaman 1dari 14

Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia

ERA PRA-KOLONIAL ( Sebelum penjajahan inggeris )

Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tidak ada pendidikan jasmani.

Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.

Kerja-kerja pertukangan dan berkebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.

Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layanglayang dan sepak raga.

Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.

Latihan jasmanidiperturunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa.

Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-

masing. Sebagai contoh golongan biasa bermain sepak raga,gasing, dan congkak. Golongan istana pula menunggang kuda, memanah dan memburu.

Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu aktiviti :-

1. Permainan masa lapang 2. Keperwiraan 3. Senaman tradisional

2) Era Penjajahan

a) Era Kolonial Inggeris Lama

Pendidikan Jasmani yang formalmasih tidak ada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah inggeris telah ditubuhkan semenjak 1821.

Permainan-permainan baru seperti bola sepak,hoki,ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.

Tujuan Pendidikan Jasmani pada masa ini adalah mengekalkan ststus quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi petani dan pesawah.

Sebelum mula pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.

Pada tahun 1890-an murid-murid perempuan mula diajar olahraga, sementara murid-murid lelaki diberi latihan tubi di sekolah-sekolah.

Pada tahun 1900-an pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan.

Pada 1913-an Maktab Perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.

1920-an Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan, kawad, dan permainan yang membawa pengaruh inggeris.

1922-an Maktab Perguruan Sultan Ideris di Tanjung Malim, latihanjasmani dan kesihatan dalam kurikulum diutamakan.

Tahun 1924 seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran Pendidikan jasmani belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.

Tahun 1930-an usaha rancangan pendidikan jasmani untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah latihan fizikal. Perancangan latihan guru PJ mula di lancarkan ke seluruh negara melalui

kursus perkhidmatan. Masyarakat mula menyedari kepentingan pendidikan jasmani.

1940-an Sukatan Pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.

Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan,taat kepada pemerintah dan berdidiplin.

Arahan diberi dalam bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramaisetiap pagi selama 30 minit.

Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latihan tubi beramai-ramai.

Pengajaran latihan jasmani pada era penjajahan jepun lebih bercorak ketenteraan.

Di sesetengah sekolah latihan berkawad diadakan di sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga latihan berkebun.

3) Era Kolonial ( Pemerintahan Inggeris Sebelum Merdeka )

Tujuan Pendidikan Jasmani sama dengan tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.

Sekolah dibuka semula dan latihan Jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah.

Senaman diadakan selama 30 minit setiap hari sebelum masuk ke kelas untuk belajar.

Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.

Tidak semua sekolah dapat menjalankan pendidikan jasmani sepenuhnya.

Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran pendidikan jasmani.

Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM Melaka untuk menambah bilangan guru pendidikan jasmani.

1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan formaluntuk sekolah rendah dan menengah.

1950an kepentingan pendidikan jasmani meningkat kerana diwajibkan di

semua sekolah.

Setiap hari persekolahan, latihan jasmani dan berkebun diadakan selama 30 minit sebelum masuk kelas.

Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.

1952, Guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang pendidikan jasmani.

4) Era Selepas Merdeka

1960an, sukatan pelajaran pendidikan jasmani dikaji semula.

1966, wujud sukatan pelajaran pendndikan jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tujuannya untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran pendidikan jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak dinegara kita.

Usaha meninggikan mutu pelajaran pendidikan jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK di Cheras.

Kursus tambahan 1 tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP pendidikan jasmani di Britain dan kursus

tambahan untuk guru wanita (1961)

Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.

Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.

1958 kementerian pelajaran menubuhkan MSSM.

Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

1971 sukatan pendidikan jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ia lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk gimnastik.

1977 Universiti Malaya memasukkan pendidikan jasmani ke dalam kurikulum kursus diploma pendndikan. Tujuannya adalah untuk melangkapkan bakal-bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran pendidikan jasmani.

Isu Semasa dalam Pendidikan Jasmani

1.

RASUAH DAN PERJUDIAN DALAM SUKAN DAN PERMAINAN Sukan telah menjadi satu kerjaya dan industry yang menguntungkan

masa ini. Atlet,jurulatih dan penganjur sukan memperoleh pendapatan yang tinggi dan ganjaran yang lumayan bagi setiap kejayaan yang dicapai. Namun terdapat segelintir individu mengambil kesempatan bertaruh bagi menentukan pemenang dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan.terdapat beberapa contoh rasuah dan perjudian dalam sukan dan permainan antaranya termasuklah : I. Bertaruh keputusan pertandingan Menjelang sesuatu pertandingan,peminat-peminat sukan akan

bertaruh ke atas keputusan pertandingan dan jumlah jaringan yang akan dihasilkan. Perbuatan ini merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar etika sukan. II. Menentukan dan mengatur keputusan pertandingan Sebelum sesuatu pertandingan dilansungkan keputusan bagi

pertandingan tersebut telah ditentukan terlebih dahulu. Sogokan akan diberikan kepada atlet atau pegawai bagi mengatur keputusan pertandingan. Selain itu, mereka juga disogok supaya memeastikan pasukan mereka tewas. Kekalahan pasukan tersebut pastinya tidak akan dijangka oleh peminat sukan.

KESAN RASUAH DAN PERJUDIAN Rasuah dan perjudian memberiakn kesan negative kepada atlet dan kemajuan sukan negara. Antaranya : i. Mencemarkan imej sukan negara Isu rasuah dan perjudian dalam sukan yang tersebar melalui media

massa akan menyebabkan imej sukan negara tercemar. ii. Mutu sukan merosot Tindakan menerima rasuah menyebabkan atlet tidak mempamerkan

prestasi yang sebenar.sekiranya sikap ini berterusan,prestasi atlet tersebut akan menurun dan akan menjejaskan mutu sukan negara. iii. Kepercayaan peminat sukan terjejas Peminat-peminat sukan berasa tertipu dengan setiap keputusan

pertandingan. Mereka tidak akan menyokong atlet atau pasukan yang terllibat dengan rasuah dan perjudian. iv. Menjejaskan hubungan dalam pasukan Atlet yang terlibat dengan rasuah dan perjudian akan disisih oleh

rakan-rakan sepasukan yang lain. Rakan-rakan sepasukan akan berasa kecewa dan menyebabkan prestasi pasukan merosot.

CARA-CARA MENGATASI RASUAH DAN PERJUDIAN Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara

Memberikan penerangan tentang gejala rasuah dan perjudian Penglibatan dalam ceramah agama dan kursus motivasi Peranan kelab penyokong

2.

PENYALAHGUNAAN DADAH DALAM SUKAN

Pengambilan dadah adalah salah dari segi undang-undang dan dilarang dalm sukan kecuali untuk tujuan perubatan. Perbuatan mengambil dadah oleh ahli sukan akan membawa kesan buruk kepada mereka. Penyalahgunaan dadah dapat dikesan melalui ujian air kencing.

KESAN PENGAMBILAN DADAH DALAM SUKAN JENIS DADAH Cocaine KESAN NEGATIF Mengalami sakit dada,sesak nafas dan

pendarahan paru-paru. Amphetamines Mengurangkan keupayaan deria rasa sakit Mengalami sakit kepala,sakit

dada,muntah,kekejangan otot perut dan sawan Anabolic steroids Menjejaskan fungsi system saraf. Mengakibatkan penyakit

jantung,peningkatan tekanan darah,penyakit hati

dan kanser. Menjadi agresif dan mendorong tindakan di

luar kawalan. Beta blockers Mengakibatkan gangguan kepada

percakapan dan koordinasi anggota badan. Meningkatkan toksik dalam badan Mengakibatkan komplikasi dan penyakit

jantung

SOSIOBUDAYA SIKAP kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan dikenal pasti sebagai salah satu punca bilangan murid gemuk bertambah di sekolah rendah. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu PJK untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Profesor Madya Dr. Norimah A Karim berkata, masa untuk PJK ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan.

``Guru menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada PJK bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan,'' katanya kepada Utusan Malaysia. Beliau ditemui pada majlis Pertandingan Senamrobik dan Lukisan sempena Kempen Sekolah Sihat Nestle - Kementerian Pendidikan di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Kajian yang diketuai oleh Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu UKM, Profesor Dr. Mohd Ismail Noor itu telah dijalankan pada tahun 2001. Seramai 12,000 murid daripada pelbagai kumpulan etnik dan kawasan dari seluruh Semenanjung Malaysia dipilih menjadi responden. Borang soal selidik disediakan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Mandarin dan Tamil dan diedarkan di sekolah bandar dan luar bandar. Bidang yang ditanya dalam soal selidik itu ialah tabiat pemakanan murid yang meliputi sarapan, makanan ringan dan minuman serta pengetahuan mengenai makanan berkhasiat. Dr. Norimah seterusnya berkata, keadaan itu menyebabkan murid menjadi lebih malas untuk melakukan aktiviti fizikal sekali gus menyumbang kepada masalah kegemukan. ``Sudahlah di rumah, murid tidak melakukan aktiviti fizikal, di sekolah juga keadaannya begitu dan ini boleh menyebabkan masalah lain pula yang muncul,'' ujarnya.

Masalah itu jelasnya ialah berkaitan dengan pelbagai penyakit berkaitan kegemukan seperti paras kolestrol atau gula yang tinggi dalam darah. Selain itu, kajian turut mendapati sebanyak 30 peratus murid sekolah rendah di Semenanjung Malaysia tidak mengambil sarapan sebelum ke sekolah. Menurut Dr. Norimah, kajiannya mendapati terdapat beberapa sebab kenapa ia berlaku dan yang paling utama ialah murid tidak sempat bersarapan. Faktor tidak sempat juga katanya, menyebabkan ibu bapa tidak dapat menyediakan sarapan untuk anak-anak.Menurutnya, ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan kerana murid terpaksa ke sekolah pada awal pagi. Kajian mendapati, murid keluar rumah terlalu awal iaitu sekitar 6.30 pagi sekali gus menyebabkan ibu bapa tidak sempat menyediakan sarapan.``Bas sekolah datang terlalu awal menyebabkan murid terpaksa keluar rumah awal,'' katanya. Dr. Norimah juga berkata, suasana waktu pagi yang terlalu awal turut menjejaskan selera makan murid. Katanya, murid menjadi tidak selera untuk sarapan dan akhirnya ke sekolah dengan perut kosong. Beliau menjelaskan, kegagalan murid mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh menjejaskan tumpuan mereka di kelas.``Belajar dalam keadaan perut kosong menyebabkan murid hilang tumpuan terhadap apa yang diajar guru di kelas. ``Kesan jangka panjangnya ialah ia boleh menjejaskan pencapaian akademik murid dan ini telah pun terbukti daripada kajian yang pernah

dilakukan di Amerika Syarikat,'' katanya. Justeru beliau menasihatkan ibu bapa supaya menyediakan sarapan yang ringkas seperti roti atau sandwich. Menurutnya, ibu bapa boleh mempelbagaikan sandwich yang disediakan seperti sandwich telor; sandwich tuna atau sandwich sardin.``Tidak perlulah menyediakan sarapan yang rumit untuk dimasak seperti nasi lemak atau mee goreng.``Cukup sekadar roti sandwich yang bukan sahaja mengenyangkan tetapi lebih berkhasiat,'' katanya. Dr. Norimah berkata, penemuan lain dalam kajian itu ialah sebanyak 25 peratus murid mengalami masalah lebih berat badan; 76 peratus murid tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada waktu lapang dan 32 peratus murid tidak makan malam bersama keluarga.``Murid menjadi gemuk kerana kurang aktiviti fizikal. Mereka lebih suka mengisi masa lapang dengan menonton televisyen; permainan video atau komputer,'' katanya

Anda mungkin juga menyukai