Anda di halaman 1dari 8

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

- Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti


kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan
tiada pendidikan jasmani.
- Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti
kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan
cara yang menyeronokkan.
- Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan
seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
- Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi
seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-
layang dan sepak raga.
- Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada
masa itu.
- Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak
melalui peniruan orang dewasa.
- Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial
masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan
congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan
memburu.
- Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk,
iaitu aktiviti-aktiviti:-
o Permainan masa lapang
o Keperwiraan
o Senaman tradisional
2) ERA PENJAJAHAN

a) Era Kolonial Inggeris Lama)


- PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-
sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
- Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton
telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
- Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo
penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun
supaya rakyat kekal menjadi pesawah.
- Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun
dan bersenam.
- 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki
diberi latih tubi di sekolah-sekolah.
- 1900-an : Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan
penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan.
- 1913-an : Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk
membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka
digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan.
- 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan
dalam kurikulum diutamakan.
- 1920-an : Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan
permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
- Tahun 1924 : Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik.
Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah
terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
- Tahun 1930-an : Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan.
Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ
mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan.
Masayarakat mula sedar kepentingan PJ.
- 1940-an : Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk
dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun


- Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.

- Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada


arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin.
- Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat
senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
- Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho
yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
- Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.

- Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung


berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

- Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.

- Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran
dikekalkan di sekolah.
- Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.

- Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum


penjajahan jepun dihidupkan semula.
- Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.

- Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih


dalam pengajaran latihan jasmani.
- Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani
diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru
senaman.
- 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan
oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah
dan menengah.
- 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.

- Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit


sebelum masuk kelas.
- Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.

- 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan


tentang PJ.

4) ERA SELEPAS MERDEKA

- 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.

- 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan


perempuan.
- Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan
pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
- Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn
penubuhan MPIK di Cheras.
- Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya
seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru
wanita (1961).
- Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.

- Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di


sekolah.
- 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
- PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.

- 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI


(lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan
pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan
dan gimnastik untuk perempuan).
- 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma
pendidikan.
- Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn
kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ.
Sejarah perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia.

sistem pendidikan asal iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum
kedatangan pengaruh Barat. Kedua, zaman penjajahan menghasilkan
pendidikan yang formal yang telah menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah
Inggeris, Melayu, Cina dan India. Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Ketiga, Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas
merdeka.

Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan


sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian
dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara
formal. Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.

Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan


Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni
Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free
School yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat
oleh Rev. R.S Hutching. Sekolah itu ialah dibawah pengelolaan Kompeni
Inggeris. Pendidikan jasmani tidak dijalankan lagi.

Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran
yang formal walaupun peajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidakm
formal. Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan
yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang
pengusaha pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun.


Guru-guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan
mengajar pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan
pendidikan jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu
merupakan asas untuk pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia
berdasarkan kepada sukatan pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah
Inggeris di England, yang mana telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri
buku-buku Jefferson, How To Teach Physical Training dijadikan asas sukatan
pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W Jefferson yang dilantik sebagai penguasa
pendidikan jasmani dalam tahun 1932, telah melancarkan rancangan latihan
guru pendidikan jasmani ke seluruh negara. Kursus-kursus dalam perkhidmatan
diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48, suatu sukatan yang formal untuk
sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan ini diterbitkan oleh Maktab
Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini Universiti Pendidikan Sultan
Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani dilancarkan secara berperingkat-
peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan


Inggeris dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan
rentakrama merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-
sekolah rendah, sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan
satu program yang serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di
bawah British Komanwel. Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah
popular tetapi permainan badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru
tempatan mula dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai
pendidikan jasmani. Setahun kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan
sebagai satu mata pelajaran bagi kursus asas dan pilihan utama di Kirby.

Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford,
England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak
tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa
Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan
juga disatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan
Jasmani IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian
dan pindaan.

Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-
sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran
Pendidikan Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan
Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus
tambahan, satu tahun Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu
Khas pada tahun 1960. Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-
guru perempuan dalam tahun 1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran
disemak semula,kemudiaanya sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu
Melayu dan Inggeris. Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana
memberatkan kepada kesan,pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga
aspek-aspek moden seperti tarian moden atau tarian pendidikan dan gimnastik
untuk perempuan.

Anda mungkin juga menyukai