Anda di halaman 1dari 44

PJM 3110 KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

ZAMAN PURBA

ZAMAN RENAISANSE

ZAMAN MODEN

DI MALAYSIA

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PURBA

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL

PENGENALAN
Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran, keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA

Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa 5 tahap:


1.Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M). 2.Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta). 3.Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M). 4.Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338 S.M). 5.Sukan Olimpik

Pendidikan yunani homer (zaman prasejarah hingga olimpik 776 s.M).

Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak) , serta mengaplikasikannya dalam peperangan Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah penting.

Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualitikualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam kegiatan peperangan.
Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan merejam lembing.

Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2.Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).

Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan latihan untuk peperangan. Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan.

Contoh aktiviti:
Gimnastik, lari dan lompatan

Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki serta permainan bola untuk kekuatan lengan. Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak dikecualikan dalam aktiviti kasar.

Kepentingan latihan tentera kepada mereka: Menyediakan warganegara di medan perang Nilai estetika dan harmoni. Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak. Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan.

Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12 tahun: Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan lempar cakera. Pelajar yang lebih dewasa: Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan kereta kuda. Tarianuntuk keagamaan.

3.Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).

Membentuk manusia bijak. Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing, memanah, equestrian, tinju dan bergomol. Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada menjadi peserta.

5.Sukan Olimpik

Diadakan setiap 4 tahun mulai tahun 776 S.M. selama 5 hari pada bulan Ogos tahun itu bersamasama upacara mghormati Zeus (Tuhan orang Greek). Hanya ada satu acara iaitu lumba lari kemudiannya ditambah dengan acara lain. Dalam Tahun 393 (Masihi), Maharaja Theodosius telah menamatkan sukan olimpik.

RUMUSAN
Tujuan utama pendidikan jasmani dan sukan adalah untuk membentuk manusia petindak. Peperangan sering berlaku. Maka, setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat dan kuat adalah sangat penting.

Senaman bertujuan menghasilkan kualitikualiti seperti kekuatan, daya ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam peperangan. Di antara aktivitiaktiviti sukan yang dimainkan oleh kelas aristocrat ialah perlumbaan kereta kuda, tinju, bergomol dan lari. Bagi golongan askar, aktivitinya adalah seperti membaling lembing, memanah dan mengangkat berat

PENGENALAN
Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.

PENGENALAN
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14 sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia

Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.

PENGENALAN
Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan absolutisme.

DEFINISI
Baley & Field (1976),
satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktivitiaktiviti fizikal yang terpilih dan agak rancak .

Dauer (1995)
berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalamanpengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

PENDIDIKAN JASMANI ZAMAN RENAISSANCE


Bermula pada 1400-1700 Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti pendidikan jasmani pada masa kini. Bermula di Itali pada abad ke 13 dan berkembang ke utara barat eropah selama dua abad.

PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain. Pendidikan didedahkan kepada lelaki sahaja walaupun perempuan dilayan sama rata. Contoh: Gladiator - Merejam lembing ke arah musuh.

HUMANI S

REALIS ME

3 KUMPULAN UTAMA ZAMAN RENAISSAN CE

MORAL IS

3 kumpulan utama zaman renaissance.


1. HUMANIS

berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar, memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.
2. MORALIS Pula dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara untuk melaksanakan pekerjaan.

3. REALISME
menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat dalam tubuh yang sihat. Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan tubuh perlu dilakukan.

Namun begitu, perkembangan PJ mempunyai kelemahan pada sekitar 1600(renaissance) di mana PJ mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak diutamakan kerana mereka percaya bahawa sesuatu yang tidak mempunyai tujuan khusus adalah sesuatu yang membazir masa.

Era kolonial Inggeris Lama Era Penjajahan Jepun

Era Pra - Kolonial


(sebelum penjajahan Inggeris)
Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani. Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan. Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai PJ

Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui peniruan orang dewasa Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu.

Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti :

permainan masa lapang keperwiraan senaman tradisional

ERA PENJAJAHAN
(Era kolonial Inggeris Lama)
PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam 1890-an : Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah

1900-an : pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk ternasuk bidang pendidikan. 1913-an : maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an : MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan 1920-an : keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan inggeris

Tahun 1924 : seorang pengusaha PJ utk negerinegeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut Tahun 1930-an : usaha rancangan PJ untuk sekolahsekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masyarakat mula sedar kepentingan PJ. 1940-an : sukatan pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemas kini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan

ERA PENJAJAHAN (Era Penjajahan Jepun)


Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada pemerintah dan berdisiplin Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30minit Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun

ERA KOLONIAL (pemerintahan


British ataupun sebelum merdeka)
Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan disekolah Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya

Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah

1950an, kepentingan PJ diwajibkan di semua sekolah

meningkat

kerana

Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum masuk kelas Aktiviti luar diadakan pada hari sabtu 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ

ERA SELEPAS MERDEKA


1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan Tujuan: untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ yang baru dan lebih sesuai bagi kanakkanak di negara kita Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di cheras Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961)

Rancangan PJ disekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ disekolah 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM PJ menjadi matapelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men. 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan) 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan Tujuan: melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran PJ

Anda mungkin juga menyukai