Anda di halaman 1dari 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUTORIAL MINGGU 1
KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN
KAEDAH PENGAJARAN
[PJMS3063]
SEMESTER I TAHUN II
SESI OGOS-NOV 2020

OLEH DR MUNIRA MOHSIN


JABATAN KECEMERLANGAN AKADEMIK
IPG KAMPUS ILMU KHAS
JALAN YAACOB LATIF, 56000 KUALA LUMPUR TAHUN 2020
TUTORIAL MINGGU 1

TOPIK 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

TARIKH:
24OGOS-280GOS2020

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI


TAJUK I 1. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani.
MINGGU I
 Pendidikan Jasmani Zaman Purba.
 Pendidikan Jasmani Zaman Renaissance.
 Pendidikan Jasmani Moden.
 Pendidikan Jasmani di Malaysia

HASIL CLO:
PEMBELAJARA Menganalisis konsep, teori,model,sejarah, matlamat dan
N falsafah pembentukan kurikulum Pendidikan Jasmani.
(C4, P2, A4, PLO1, PLO3,CTPS2)

HP:
Pada akhir pdp, siswa guru dapat membuat analisiis dan
sintesis terhadap Sejarah dan Perkembangan Pendidikan
Jasmani

INFORMASIANDA

Sejarah Pendidikan Jasmani adalah menarik dan relevan kerana menggambarkan


cara manusia dan peristiwa purba mempengaruhi pendidikan jasmani masa ini.
Sejarah mengukur perkembangan silam dan semasa. Oleh itu, satu pemahaman
tentang sejarah akan mempengaruhi dan membentuk keadaan semasa dan masa
hadapan.

Sejak dahulu sehingga kini, pendidikan jasmani merupakan suatu aspek penting
sama ada bertambah maju atau mundur berbanding dengan aspek-aspek lain dalam
kehidupan masyarakat. Pendidikan jasmani telah digunakan untuk menghimpun
rakyat bagi tujuan-tujuan murni seperti menunjukkan kegagahan sesebuah negara
serta kesediaan mempertahankan diri dan negara, atau yang malangnya untuk
peperangan sesama manusia (Seidel & Resick, 1978). Kajian sejarah pendidikan
jasmani dan sukan telah menunjukkan bahawa kemunduran penglibatan dalam
sukan lazimnya disebabkan oleh keruntuhan nilai dan moral, serta budaya. Dalam
mana-mana budaya, jenis pendidikan jasmani dan sukan lazimnya dipengaruhi oleh
iklim dan lokasi geografi, sifat-sifat fizikal manusia dan agama yang dominan.

Sejarah Pendidikan Jasmani membawa kepada terbentuknya perkembangan


kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia.
Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan di Malaysia

 1955-1982: Kurikulum Lama Sekolah Rendah [KLSR]


 1983-1992: Kurikulum Baru Sekolah Rendah [KBSR]
 1993-2010: Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah [K BSR  2011-2025:
Kurikulum Standard Sekolah Rendah [KSSR]

CADANGAN
ALAT PEMIKIRAN
Nama Alat Pemikiran: Garis Masa (Time Line)
Tujuan: Membuat Urutan dan Perkaitan antara
satu isu dengan isu yang lain

Anda dikehendaki membaca Sejarah dan Perkembangan


TUGASAN I Pendidikan Jasmani.
Rujuk cadangan bahan rujukan :

Eleanor, Munira, Chia & Gananathan. (2014). Kurikulum


dan pedagogi pendidikan jasmani. Siri Pendidikan Guru,
Oxford Fajar Sdn. Bhd. Wuest, D. A., & Bucher, C. A.
(2006), Foundations of physical education, exercise
science and sport (15th ed.), Boston, MA: McGraw-Hill.

.
Dengan menggunakan alat pemikiran “ Garis Masa” atau
TUGASAN II alat pemikiran yang bersesuaian, tuliskan secara bullet
form,
Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani
bermula pada: i. Zaman Purba ii. Zaman
Renaissance iii. Zaman Moden iv. Zaman sebelum
merdeka sehingga kini

Jelaskan Sejarah Perkembangan Kurikulum di Malaysia


dengan memberi perbezaan antara :
i. Kurikulum Lama Sekolah Rendah
TUGASAN III
(KLSR) ii. Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) iii. kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iv.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)

Para pelajar menjelaskan sejarah perkembangan


RUMUSAN Pendidikan Jasmani secara lisan dan catatan tentang
TUGASAN Sejarah Pendidikan Jasmani serta Sejarah
Perkembangnan Kurikulum di Malaysia

Dapat membuat analisis dan catatan tentang:

1. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Jasmani


KRITERIA bermula pada: i. Zaman Purba ii. Zaman
KEJAYAAN
Renaissance iii. Zaman Moden iv. Zaman sebelum
merdeka sehingga kini

2. Menjelaskan secara lisan dan menzahirkan secara


bertulis perbezaan antara :
i. Kurikulum Lama Sekolah Rendah
(KLSR) ii. Kurikulum Baru Sekolah
Rendah (KBSR) iii. kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iv.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)

SELAMAT MENJAWAB SOALAN TUTORIAL MINGGU I


KURIKULUM PENDIDIKAN JASMANI DAN KAEDAH PENGAJARAN
PJMS3063 SESI OGOS-DISEMBER 2020

NAMA 1. MUHAMMAD IRFAN DANIAL BIN ARIS


2. NIK MUHAMMAD FIRDAUS BIN NIK KAMARUDIN
3. MUHAMMAD FARIS IZHAM BIN MOHD FADZIL
KUMPULAN KUMPULAN 6
TUTORIAL 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

RINGKASAN JAWAPAN:

ZAMAN PRIMITIF DAN PURBA AWAL


Dalam masyarakat primitif, sukan dan pendidikan jasmani merupakan satu aspek yang amat
mustahak dalam kehidupan seharian. Masyarakat primitif yang kurang stamina, kemahiran,
keteguhan dan kegagahan akan merugikan komuniti mereka

SUKAN DALAM MASYARAKAT YUNANI PURBA


Perkembangan pendidikan di Yunani dibahagikan kepada beberapa tahap:

1. Pendidikan Yunani Homer (zaman prasejarah hingga Olimpik 776 S.M).


 Tujuan:membentuk manusia yang boleh bertindak (petindak).
 Kerana peperangan yang sering berlaku.
 Maka setiap warganegara merupakan perajurit dan keadaan fizikal yang sihat
dan kuat adalah penting.
 Senaman bertujuan untuk menghasilkan kualiti-kualiti seperti kekuatan, daya
ketahanan, kepantasan dan keberanian yang sangat diperlukan dalam
kegiatan peperangan.
 Contoh: perlumbaan jalan kaki, perlumbaan kereta kuda, bertinju dan
merejam lembing.
 Dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan aristokrat dan golongan askar.

2. Pendidikan Yunani Sparta (meliputi seluruh zaman sejarah Sparta).


 Pendidikan Jasmani dan sukan serta semua pendidikan di Sparta merupakan
latihan untuk peperangan.
 Ianya bertujuan untuk membentuk rakyat sebagai manusia petindak yang
mempunyai kekuatan yang ganas, daya ketahanan yang tinggi, semangat
keteguhan dan kegagahan serta kemahiran yang diperlukan.
 Contoh aktiviti: Gimnastik, lari dan lompatan
 Lawan pedang, acara lompat, renang, memburu, gusti, tinju, berjalan kaki
serta permainan bola untuk kekuatan lengan.
 Perempuan Sparta juga mesti melengkapkan diri untuk peperangan dan tidak
dikecualikan dalam aktiviti kasar.

3. Pendidikan Yunani Athens Awal (776 S.M hingga akhir Perang Parsi pada 480 S.M).
 Kepentingan latihan tentera kepada mereka:
 Menyediakan warganegara di medan perang.
 Nilai estetika dan harmoni.
 Bagi mereka, tubuh badan sama penting dengan otak.
 Kepentingan ditekankan kepada pertunjukan kemahiran serta gerak-geri
yang lemah gemalai daripada kepantasan dan daya ketahanan.
 Di antara Pendidikan Jasmani bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 7-12
tahun: Berlari, lompatan, memanjat tali, permainan bola, rejam lembing dan
lempar cakera.
 Pelajar yang lebih dewasa: Aktiviti lebih tenaga seperti perlumbaan, rejam
lembing, lempar cakera bersaiz besar, tinju, penkratium dan perlumbaan
kereta kuda.
 Tarian untuk keagamaan.

4. Pendidikan Yunani Athens Lewat (dari 480 S.M hingga penaklukan Mekadonia 338
S.M).
 Membentuk manusia bijak.
 Antara aktiviti: gimnastik, olahraga, lumba berperisai, rejam lembing,
memanah, equestrian, tinju dan bergomol.
 Walaubagaimanapun, mereka lebih berminat menjadi penonton daripada
menjadi peserta.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN RENAISSANCE


 Bermula pada 1400-1700
 Pendidikan jasmani pada Zaman Renaissance adalah lebih kurang sama seperti
pendidikan jasmani pada masa kini.
 PJ dilakukan untuk kebaikan diri sendiri, bukan untuk kebaikan orang lain.

3 kumpulan utama zaman renaissance.


 Humanis
 Berpusat di Itali yang menghargai pendidikan dalam sukan seperti lari berpagar,
memanah, renang, lari dan permainan bola tangan.
 Moralis
 Dipengaruhi oleh Reformasi Protestan, melihat aktiviti fizikal hanya sebagai cara
untuk melaksanakan pekerjaan.
 Realisme
 Menerima pendidikan fizikal sebagai sebahagian daripada fikiran yang sihat
dalam tubuh yang sihat.
 Selama tempoh ini, sebahagian besar rakyat Eropah masih Katolik dan Katolik
lebih menyukai aktiviti fizikal rekreasi dengan pandangan bahawa penjagaan
tubuh perlu dilakukan.

PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN MODEN

 Pada akhir abad ke18 dan permulaan abad ke19 apabila kemahiran ketenteraan
berkurangan sukan, permainan dan rekreasi memainkan peranan penting dalam
kehidupan masyarakat.
 Bertitik tolak dari situlah wujudnya pelbagai permainan saperti badminton, tenis, bola
sepak, hoki, ragbi,bola keranjang,bola jaring, olahraga dan lain-lain lagi.
 Disamping itu pada ketika ini pelbagai kajian telah dijalankan dengan tujuan untuk
mengembang dan membawa perubahan dalam bidang sukan dan program
Pendidikan Jasmani.
 Atas usaha penyelidik-penyelidik untuk membuktikan terdapatnya asas sains dalam
bidang sukan wujudnya bidang-bidang seperti:

 Antropometrik – kajian tentang bentuk dan susuk badan


 Fisiologi – kajian terhadap fungsi sistem-sistem organik tubuh
 Biomekanik- kajian memahami bagaimana manusia bergerak
 Psikologi sukan- kajian tentang tingkah laku manusia dalam bidang sukan

SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

1. ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)

 Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah sistem tidak formal seperti kelas-kelas
agama dan Al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada pendidikan jasmani.
 Murid-murid libatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan
permainan tradisional untuk isi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.
 Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni
mempertahankan diri dianggap sebagai PJ.
 Masyarakat libatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat,
berdayung, berenang, menari, bermain congkak, layang-layang dan sepak raga.
 Aktiviti tersebut adalah sebahagian daripada kebudayaan rakyat pada masa itu.
 Latihan jasmani dipertutunkan secara tidak formal kepada kanak-kanak melalui
peniruan orang dewasa.
 Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing.
 Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana
akan menunggang kuda, memanah dan memburu.
 Secara amnya, PJ pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu
aktivitiaktiviti:-
 Permainan masa lapang
 Keperwiraan
 Senaman tradisional 

2. ERA PENJAJAHAN

a) Era Kolonial Inggeris Lama


 PJ yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah
telah ditubuhkan semenjak tahun 1821.
 Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton telah mula
diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga.
 Tujuan PJ pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris
dimana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi
pesawah.
 Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan
bersenam.
 1890-an: Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih
tubi di sekolah-sekolah.
 1900-an: Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-
penduduk ternasuk bidang pendidikan.
 1913-an: Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan
bakalbakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-
pasukan sukarelawan.
 1922-an: MPSI dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam
kurikulum diutamakan.
 1920-an: Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan
yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris.
 Tahun 1924: Seorang pengusaha PJ utk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan
pelajaran PJ belum tersusun dan guru-guru yang tak pernah terima latihan PJ
ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut.
 Tahun 1930-an: Usaha rancangan PJ untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan
yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru PJ mula dilancarkan
ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar
kepentingan PJ.
 1940-an: Sukatan pelajaran telah disemah dan dikaji semula untuk dikemas kini
supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

b) Era Penjajahan Jepun


 Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala.
 Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat pada
pemerintah dan berdisiplin.
 Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman
beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.
 Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih
kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai.
 Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan.
 Di setengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran
dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3. ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)

 Tujuan PJ seakan sama dgn tujuan semasa era kolonial Inggeris lama.
 Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan
di sekolah.
 Senaman diadakan 30minit setiap hari seblum masuk belajar.
 Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan
jepun dihidupkan semula.
 Tidak semua sekolah dapat jalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya.
 Ada sekolah kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam
pengajaran latihan jasmani.
 Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan
semula di MPSI dan MPPM, Melaka utk tambah bilangan guru senaman.
 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh MPSI
untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.
 1950an, kepentingan PJ meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.
 Setiap hari persekolahan, latiahn jasmani dan berkebun diadakan 30minit sebelum
masuk kelas.
 Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu.
 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk luaskan pengetahuan tentang PJ.

4. ERA SELEPAS MERDEKA


 1960an, Sukatan pelajaran PJ dikaji semula.
 1966, wujud sukatan pelajaran PJ untuk kanak-kanak laki dan perempuan.
 Tujuannya untuk membolehkan semula sekolah guna satu sukatan pelajaran PJ
yang baru dan lebih sesuai bagi kank-kanak dinegara kita.
 Usaha meninggikan mutu pelajaran PJ disekolah diteruskan dgn penubuhan MPIK di
Cheras.
 Kursus tambahan 1tahun diadakan di MPIK (1960) dan kurikulumnya seakan sama
dengan KDP PJ di britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961).
 Rancangan PJ di sekolah diutamakan aktiviti sukan dan permainan.
 Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan PJ di sekolah.
 1958, Kementerian Pelajaran tubuhkan MSSM.
 PJ menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sek. ren dan men.
 1971, Sukatan PJ disemak semula dan dikeluarkan dalam BM dan BI (lebih
berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan
kemahiran termasuk taraian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk
perempuan).
 1977, UM memasukkan PJ ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan.
 Tujuannya untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dgn kemahiran dan
pengetahuan dalam pengajaran PJ.

Anda mungkin juga menyukai