Anda di halaman 1dari 2

Ulasan Buku Kumpulan Cerpen Remaja Harapan Menguntum di Long Bemang – Menghargai

Kebolehan Orang Kurang Upaya (OKU)

Judul : Harapan Menguntum di Long Bemang (Kumpulan Cerpen Remaja)

Pengarang : Yong Chwan Fwu

Penerbit : Dewan Bahasa dan Pustaka (2016)

Pengulas : Chua Pei Yong

Halaman : 270 muka surat

Harga : RM 20.00

Sinopsis : Kumpulan cerpen hasil nukilan Yong Chwan Fwu ini mengungkap perjuangan orang kurang
upaya (OKU). Semangat dan kegigihan merupakan perjuangan yang terpaksa dilalui oleh insan
istimewa ini. Bagi mereka kecacatan bukanlah halangan untuk berjaya dalam hidup. Selain daripada
sarat dengan elemen perjuangan dan motivasi, kepelbagaian tema menjadikan himpunan cerpen ini
seronok untuk dibaca.

Ulasan : Maksud orang kurang upaya (OKU) ialah mereka yang mempunyai kekurangan jangka
panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,
boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat dalam Akta Orang
Kurang Upaya 2008. Manakala, menurut definisi orang kurang upaya melalui World Health
Organization (WHO),OKU merupakan golongan kanak-kanak atau orang dewasa yang cacat pada
sesuatu masa, terhalang oleh keadaan fizikal atau mental dari melakukan aktiviti-aktiviti normal
rakan sebaya seperti sosial, rekreasi , pelajaran dan vokasional

Kumpulan cerpen yang dihasilkan oleh pengarang bernama Yong Chwan Fwu ini penuh berwarna
warni. Tema cerpen yang membawa akan golongan remaja kebanyakan daripada golongan orang
kurang upaya (OKU) yang terus berjuang menempuh arus kehidupan. Di saat mereka dicerca dan
diperlekeh, mereka tidak berputus asa dan terus berjuang demi masa depan yang cerah. Penulis
dapat menggambarkan kesedihan dan sikap juang yang tinggi dalam naskhah ini dengan minima
tema cinta yang dipamerkan dalam lima belas buah cerpen ini.

Cerpen bertajuk ‘Harapan Menguntum di Long Bemang’ menceritakan akan persahabatan Irene dan
Lai yang sama-sama mengalami cacat penglihatan. Lai sentiasa memberi kata-kata dorongan kepada
Irene. Dia juga menolong Irene untuk membuat permohonan di sekolah pendidikan khas di Kuching.
Lai jatuh hati dengan Long Bemang iaitu tempat lahir Irene. Dia selalu suka memancing ikan tapah di
Long Bemang. Kesungguhan Lai membantu Irene turut mengundang akan perasaan tidak senang
oleh orang lain. Sedekad kemudian, Irene menegur kembali Lai dan mengkhabarkan dia sudah lulus
pengajian universiti dan menjadi penolong pegawai daerah hasil jasa Lai.

Cerpen ‘Bar Ki Bar Ki Bar’ merupakan cerpen yang mampu menaikkan perasaan pembaca dengan
semangat juang yang tinggi. Istilah ‘bar ki bar ki bar’ bermaksud lagi dan lagi dan lagi dalam bahasa
Urdu. Cikgu Mustapha yang sedang memberikan bengkel motivasi di sekolah acap kali mengulangi
akan istilah ini. Semua murid yang mendengar termasuk Hafiz terus melonjak semangat mereka.
Hafiz ada bertanyakan maksud kalimah itu dan bagaimana cikgunya tahu akan bahasa Urdu. Cikgu
Mustapha berkongsi pengalaman beliau semasa mengikuti rombongan tabligh ke India dan Pakistan.
Di Fisalabad, sebuah kota di Pakistan telah menyebabkan Cikgu Mustapha jatuh hati bukan sahaja
pada pemandangan, tapi gaya hidup dan semangat juang mereka meneruskan kehidupan. Apabila
keputusan SPM diumumkan, Hafiz tidak mendapat keputusan yang diingini dan tidak layak ke
tingkatan enam. Dia menuduh bahawa Cikgu Mustapha bohong kepadanya. Kelibat Hafiz hilang dan
Cikgu Mustapha berasa terkilan dan mula mempersoal dirinya. Dia cuba menjejaki Hafiz tapi hanya
mendengar khabar di angin lalu. Acap kali dia berdoa akan kesejahteraan anak muridnya dan
dikurniakan hayat yang panjang untuk berjumpa dengannya. Perasaannya masih dihantui oleh rasa
kecewa Hafiz. Semasa tiba di satu pecan kecil, dia terdengar kalimah itu dilaungkan ke arahnya. Hafiz
telah menyapa kembali Cikgu Mustapha lalu meminta maaf akan keterlanjurannya. Hafiz sudah
menjadi pengusaha yang mampu menjual biskut tebaloi ke serata dunia.

Seterusnya, cerpen ‘Bingkisan Istimewa Untuk Agnes’ merupakan bentuk cerpen yang dibuat dalam
bentuk bingkisan. Penulis bernama Christopher itu memberi kata-kata dorongan kepada Agnes lalu
mengaitkan hubungan mereka dengan sejarah Parameswara membuka kota Melaka, kegemilangan
Melaka, kejatuhan Melaka dan pembentukan Tanah Melayu. Melalui cerpen ini, kita dapat
mempelajari dan mengingati akan sejarah tanah air kita. Suara Christopher juga menegur akan sikap
Agnes dan harus pandai membezakan baik dan buruk sesuatu perkara. Cerpen ini juga mendidik kita
supaya tidak menjadi manusia yang umpama kacang lupakan kulit. Penulis menegaskan cinta mereka
tidak dapat dihalang walaupun Agnes berketurunan Bidayuh dan penulis berketurunan Cina. Cuma,
Agnes perlu berfikir dengan wajar dan membuat keputusan yang betul supaya tidak menyesal di
kemudian hari. Penulis menoktahkan bingkisan ini dengan kata-kata galakan kepada Agnes dan
menyampaikan salam kepada ahli keluarga Agnes.

Untuk cerpen ‘Azlina Menangis’ , pengarang mengetengahkan keputusan yang salah mampu
meruntuhkan hubungan persahabatan sehingga mereka membawa haluan masing-masing akibat
terikut akan hasutan orang lain. Kisah ini dimulakan dengan persahabatan Maus yang buta
penglihatan dan kanak-kanak yang lebih muda bernama Azlina. Acap kali Maus ingin pulang ke
asrama lepas bermain, Azlina akan menangis kerana tidak merelakan pemergiannya. Demi Azlina,
Maus balik lambat dan bercakap bohong kepada pengasuhnya. Persahabatan mereka disenangi oleh
ibu bapa Azlina. Mereka bermain dan mengulangkaji bersama-sama. Maus turut membantu Azlina
dalam pelajaran. Lalu, Maus mendapat tawaran belajar di Semenanjung Malaysia tapi dia sentiasa
teringatkan Azlina. Dia berusaha bersungguh-sungguh sehingga tamat pengajian. Manakala, Azlina
mendapat tawaran belajar kursus kejuruteraan selepas Maus bergraduat. Apabila Azlina masuk ke
universiti, dia telah bergaul dengan sekumpulan rakan. Rakan-rakan tersebut yang menabur hasutan
kepada Azlina bahawa dia dan Maus tidak setaraf sebab Maus buta. Azlina termakan hasutan rakan-
rakan dan pergi bersama-sama teman baharu. Maus dan ibu bapa Azlina tidak mampu
menghalangnya. Dengan hati yang lara, Maus berhijrah ke Semenanjung Malaysia dan cuba hidup
sendiri walapun terkenang akan Azlina. Setelah mendapat khabar bahawa Azlina menyesal, Maus
tidak cuba untuk mendekati Azlina. Baginya, Azlina sendiri yang memilih untuk menangis dan telah
menoktahkan persahabatan dan perasaan kasih mereka. Maus tahu yang mereka tidak mampu
berpatah balik seperti dahulu.

Kesemua cerpen dalam naskhah ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ada yang bersifat retorik
tapi ia memberi kesan positif untuk individu yang ingin memajukan diri mereka. Naskhah ini amat
sesuai untuk dijadikan sebagai bacaan tambahan kepada pelajar sekolah dalam usaha untuk
memahami akan golongan orang kurang upaya (OKU).

Cc: DBPNiaga #ResensiBukuDBP2017

Anda mungkin juga menyukai