Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1: Penulisan Esei – Individu: 20%

Dengan menggunakan Model ASSURE sebagai panduan, anda dikehendaki mereka


bentuk satu pengajaran yang menggabungkan pelbagai media pengajaran bagi satu
topik pengajaran berdasarkan subjek major opsyen anda. Perancangan ini dijelaskan
secara sistematik dalam penulisan (700 patah perkataan).

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen dan aspek yang
perlu difikirkan oleh pendidik. Menurut Hunter (1987), kandungan dan corak pembelajaran
mestilah mempunyai kualiti pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorang pendidik
seharusnya merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik darjah.
Justeru itu, setiap pendidik seharusnya menguasai konsep reka bentuk pengajaran bagi
menjamin kualiti pembelajaran dan pengajaran yang baik dan berkualiti. Menurut Yusuf
Hashim (1998), reka bentuk pengajaran adalah satu pendekatan yang sistematik dalam
menghasilkan bahan pengajaran bagi mencapai objektif pembelajaran yang lebih spesifik. Di
samping itu, Sivadasan, C (2003), juga menyatakan bahawa reka bentuk sistem pengajaran
merupakan satu kaedah yang teratur dalam menganalisis, merekabentuk, membina,
melaksana dan menilai proses pengajaran.

Sehubungan itu, Model ASSURE telah diguna pakai untuk membentuk rancangan
pengajaran Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ). Sebelum memulakan proses P&P,
langkah yang perlu dilaksanakan adalah menganalisis pelajar. Analisis dilaksanakan adalah
untuk membantu saya dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan para pelajar. Proses pemerolehan maklumat yang digunakan oleh saya keatas murid
tahun 2 Siddiq adalah secara besemuka. Berdasarkan pemerhatian saya, saya mendapati
bilangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan adalah seimbang. Oleh hal yang sedemikian,
mudah bagi saya untuk melaksanakan aktiviti gimnastik yang memerlukan pasangan. Selain
itu, melalui soal selidik gaya pembelajaran, pelajar-pelajar tahun 2 Siddiq lebih cenderung
kepada gaya pembelajaran kinestatik dan muzikal. Dengan maklumat yang sedia ada ini, saya
perlu memastikan aktiviti yang dilaksanakan semasa proses P&P dapat menarik minat semua
pelajar

Di samping itu, saya juga perlu menentukan objektif atau hasil pembelajaran secara
eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai. Merujuk kepada Lampiran 1, terdapat beberapa
objektif yang perlu dicapai oleh pelajar-pelajar pada akhir proses P&P. Pelajar-pelajar
hendaklah mengusai beberapa domain yang penting dalam lakuan gimnastik. Salah satu
daripadanya adalah domain psikomotor. Domain psikomotor termasuk pergerakan fizikal,
koordinasi, dan penggunaan kemahiran motor. Sebagai contoh, pelajar perlu mempamerkan

Anda mungkin juga menyukai