Anda di halaman 1dari 14

SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

1) ERA PRA-KOLONIAL (sebelum penjajahan Inggeris)


Sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian dan pertukangan dan tiada Pendidikan Jasmani.
Murid-murid melibatkan diri secara sukarela dalam pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional untuk mengisi masa lapang dengan cara yang menyeronokkan.

Kerja-kerja pertukangan dan kebun serta kesenian yang mengutamakan seni mempertahankan diri dianggap sebagai Pendidikan Jasmani.

Masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berbentuk rekreasi seperti bersilat, berdayung, berenang, menari , bermain congkak, layang-layang dan sepak raga. Kebanyakan penyertaan permainan berbeza mengikut kelas sosial masing-masing. Contoh: golongan biasa bermain sepak raga, gasing dan congkak. Golongan Istana akan menunggang kuda, memanah dan memburu. Secara amnya, Pendidikan Jasmani pada masa ini boleh dibahagikan kepada tiga bentuk, iaitu aktiviti-aktiviti: Permainan masa lapang Keperwiraan Senaman tradisional

2) ERA PENJAJAHAN (a)Era Kolonial Inggeris Lama


Pendidikan Jasmani yang formal masih tiada dalam jadual persekolahan walaupun sekolah-sekolah telah ditubuhkan semenjak tahun 1821. Permainan-permainan baru seperti bola sepak, hoki, ragbi dan badminton mula diperkenalkan oleh penjajah dan peniaga-peniaga. Tujuan Pendidikan Jasmani pada masa ini adalah untuk mengekalkan status quo penjajahan Inggeris di mana latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi pesawah. Sebelum mulakan pelajaran harian, murid-murid akan disuruh berkebun dan bersenam.

1890-an, Murid-murid perempuan mula diajar olahraga, murid-murid lelaki diberi latih tubi di sekolah-sekolah. 1900-an, Pihak Inggeris mula mengawal perkembangan kehidupan penduduk-penduduk termasuk bidang pendidikan. 1913-an, Maktab perguruan di Matang, Perak ditubuhkan untuk membolehkan bakal-bakal guru diberi latihan berkawad dan mereka digalakkan memasuki pasukan-pasukan sukarelawan. 1922-an, Maktab Perguruan Sultan Idris dibuka di Tanjung Malim, latihan jasmani dan kebersihan dalam kurikulum diutamakan.

1920-an, Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawad, dan permainan yang membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924, seorang pengusaha Pendidikan Jasmani untuk negeri-negeri selat telah dilantik. Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani belum tersusun dan guru-guru yang tidak pernah menerima latihan Pendidikan Jasmani ditugaskan mengajar mata pelajaran tersebut. 1930-an, usaha rancangan Pendidikan Jasmani untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan yang digunakan ialah Latihan Fizikal. Rancangan latihan guru Pendidikan Jasmani mula dilancarkan ke suluruh negara melalui kursus perkhidmatan. Masayarakat mula sedar kepentingan Pendidikan Jasmani. 1940-an, sukatan pelajaran telah disemak dan dikaji semula untuk dikemaskini supaya selaras dengan perkembangan pendidikan.

(b)Era Penjajahan Jepun


Rancangan yang diusahakan dalam pendidikan telah tergendala. Latihan jasmani bertujuan membentuk individu yang mematuhi arahan, mentaati pemerintah dan berdisiplin. Arahan diberi dalam Bahasa Jepun dan kanak-kanak terpaksa membuat senaman beramai-ramai setiap pagi selama 30 minit.

Murid telah diperkenalkan sejenis latihan jasmani yang dipanggil Tai Sho yang lebih kurang sama dengan latih tubi beramai-ramai. Pengajaran latihan jasmani lebih bercorak ketenteraan. Di sesetengah sekolah latihan berkawad diadakan sekeliling kampung berhampiran dengan sekolah dan murid juga menjalani latihan berkebun.

3) ERA KOLONIAL (pemerintahan British ataupun sebelum merdeka)


Tujuan Pendidikan Jasmani seakan sama dengan tujuan semasa era kolonial Inggeris lama. Sekolah dibuka semula dan latihan jasmani sebagai satu mata pelajaran dikekalkan di sekolah. Senaman diadakan 30 minit setiap hari sebelum masuk belajar.

Pertandingan senaman dan permainan seperti yang dijalankan sebelum penjajahan jepun dihidupkan semula.

Bukan semua sekolah dapat menjalankan latihan jasmani dengan sepenuhnya. Ada sekolah yang kekurangan kemudahan, kawasan dan guru-guru terlatih dalam pengajaran latihan jasmani. Rancangan latihan perguruan termasuk pengajaran latihan jasmani diteruskan semula di Maktab Perguruan Sultan Idris dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka untuk menambah bilangan guru senaman. Tahun 1946-1948, sukatan pelajaran latihan jasmani dikeluarkan dan diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris untuk mengadakan sukatan yang formal untuk sekolah rendah dan menengah.

1950-an, kepentingan Pendidikan Jasmani meningkat kerana diwajibkan di semua sekolah.


Setiap hari persekolahan, latihan jasmani dan berkebun diadakan selama 30 minit sebelum masuk ke kelas. Aktiviti luar diadakan pada hari Sabtu. Tahun 1952, guru tempatan dihantar ke luar negara untuk meluaskan pengetahuan tentang Pendidikan Jasmani.

4) ERA SELEPAS MERDEKA


1960-an, sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dikaji semula. Tahun 1966, wujudnya sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tujuannya adalah untuk membolehkan semua sekolah meggunakan satu sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang baru dan lebih sesuai bagi kanak-kanak di negara kita. Usaha meninggikan mutu pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah diteruskan dengan penubuhan Maktab Perguruan Ilmu Khas di Cheras.

Kursus tambahan 1 tahun diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas (1960) dan kurikulumnya seakan sama dengan Kursus Dalam Perkhidmatan Pendidikan Jasmani di Britain dan kursus tambahan untuk guru wanita (1961). Rancangan Pendidikan Jasmani di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan olahraga sebagai aktiviti lanjutan Pendidikan Jasmani di sekolah. Tahun 1958, Kementerian Pelajaran menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

Pendidikan Jasmani menjadi mata pelajaran wajib dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah. Tahun 1971, sukatan Pendidikan Jasmani disemak semula dan dikeluarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (lebih berkesan dan dinamik kerana memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran termasuk tarian moden, taraian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan).

Tahun 1977, Universiti Malaya memasukkan Pendidikan Jasmani ke dalam kurikulum kursus diploma pendidikan. Tujuannya adalah untuk melengkapkan bakal-bakal guru siswazah dengan kemahiran dan pengetahuan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.

Anda mungkin juga menyukai