Anda di halaman 1dari 26

ADAT DAN PANTANG

LARANG MASYARAKAT
KADAZAN

Ahli Kumpulan: Kok Ying Ying
Chong Li Ting
Catherine Ngie
Adat Dan
Pantang Larang
kelahiran
perkahwinan kematian
KELAHIRAN
Pantang larang ibu mengandung:
Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
Suami tidak boleh memotong rambut- nanti rambut
anak panjang
Tidak boleh makan buah mengandungi air
Tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu-bibir anak
sumbing
Tidak boleh siat telinga binatang- telinga anak tidak
sempurna
ADAT & PANTANG LARANG SEWAKTU
BERSALIN
Suami tidak boleh berada jauh dari rumah
ditakuti gangguan jin/ syaitan.
Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikan
berduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air.
Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang
terdedah seperti halaman rumah- ditakuti
diganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah.
Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi
sebelum upacara memberi nama.

UPACARA MEMBERI NAMA
Adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu
berumur lapan hari.
Anak itu diberi nama sebanyak dua kali, iaitu nama
sementara dan nama sebenar.
Pemberian nama sementara mesti dibuat kerana kalau
terlalai memberi nama sementara seberapa segera,
roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan
mendahului memberi nama dan berhak menuntut bayi
tersebut.
Upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada
hari ke-8 di beranda rumah.
Pada hari itu juga anak tersebut dibawa keluar rumah
buat pertama kalinya.
Keluarga, jiran dan orang kenamaan di seluruh
kampung dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu.
Upacara ini disebut Madsapi atau Modsopik,
lengkap dengan mentera dan tatacaranya.
Pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa
yang berlaku sepanjang proses kelahiran anak
tersebut.
Apabila anak itu berusia satu bulan, upacara
turun tanah dijalankan.

Anak dibawa oleh ibunya sendiri. Antara barangan
yang perlu dibawa sekali:
Sebuah bakul rotan, bertutup, bertali dan
disondong. Diisi dengan pelbagai alatan
Sebilah pisau kecil untuk menghalau Rogon Gaiyah
Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap
sebagai ibu segala semangat dalam perubatan tradisi
Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jaring
UPACARA TURUN TANAH
UPACARA MINTUHUN DAN MINUHUN
Sebelum memijak tanah, tapak bayi tersebut
diconteng dengan arang kuali dan garis lurus
diatas dahinya.
Rumput rampai yang melekat pada tapak kaki
dikumpul dan dicampur bersama air mandian.
PERKAHWINAN
Merisik- prosesnya boleh memakan masa
berbulan-bulan.
Hendaklah dilakukan pada waktu pagi
manakala waktu petang dan malam adalah
dilarang.
Hari menghantar cincin ditetapkan.
Cincin tanda dipanggil cincin menanti
mimpi-dihantar waktu pagi.
Cincin diletakkan dibawah bantal
ibubapa
Mimpi baik- teruskan
Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-
bayar sugit mimpi kepanasan
Mimpi buruk- dibatalkan


Hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki:

Makanan: babi atau kerbau
Alat istiadat: canang gong (tinokol),
tempayan(tajau)
Barang sakti untuk teguhkan semangat
Tasor- tempat pinang yang dibuat
daripada tembaga atau perak


Pesta perkahwinan di rumah perempuan
sesingkat 2-3 hari.
Upacara adat yang khas suami isteri makan
sepinggan, tanda bersatu.
Ibubapa si lelaki tidak boleh berada di situ selagi
suami isteri belum sah bersatu.
Pesta mivazaa (bertandang ke rumah mentua)
diadakan.
Pesta di rumah pengantin lelaki mestilah lebih
kecil.
Perkahwinan antara sepupu adalah sumbang
tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan
babi sebagai membayar kapanasan.
PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI PEREMPUAN
Berkehendak -perlakuan buruk dan hina
seperti berkhalwat
Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak
lelaki dikehendaki membayar denda atau
kemalun kepada pihak gadis
Mengandung- dipaksa berkahwin dengan
gadis tersebut
Madhagau- bersekedudukan
Pasangan bayar kepanasan kepada
masyarakat
Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.
KEMATIAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai
kepada alamat akan mati yang dipanggil
mogombiruoh.
Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui
mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun
tersebut.
Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui
melalui cara yang sama.
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika
berlakunya sesuatu kematian di kalangan
masyarakat Kadazan:
Adat memberitahu
Adat berjaga-jaga
Adat moginupus

ADAT MEMBERITAHU
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat
Kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampung akan diberitahu tentang kematian
tersebut.
Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu
bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya
dialami oleh keluarga si mati.
Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan
apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian
dilakukan.
Pekerjaan menanam padi amat dilarang kerana masyarakat
Kadazan percaya, jika dilakukan juga pekerjaan tersebut maka
hasilnya hanyalah sia-sia.
Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa mereka.
Pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang
tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja.
Manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih
boleh melakukan sebarang pekerjaan.


ADAT BERJAGA-JAGA
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat
tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang
indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air
wangi.
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok,
ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam
mulut si mati supaya tidak kempunan.
Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada
bibirnya buat seketika.
Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari
iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum
dikebumikan.
Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan
dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang
melangkahinya terutama kucing hitam.
Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam
yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk
sehingga boleh membunuh mereka yang berada di
situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau
jin yang menyerupai seekor burung besar yang
digelar pendaatan.
Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung
itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling
mayat.
Burung itu akan menyangka pakaian tersebut
adalah tubuh manusia.

Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi.
Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau
marah-marah.
Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang
kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan.
lrama gendang itu disebut surabaya.
Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam
sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari
terbenam dan waktu tengah malam.
MOGINUPUS
Moginupus dalam bahasa Kadazan bermaksud
simpati terhadap si mati.
Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan
menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati
terhadap si mati.
Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau
atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling
rumah sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin
yang telah menyebabkan kematian.
Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan
disembelih pada hari pengkebumian sebagai
penghormatan yang terakhir.

Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan
akan disangkutkan pada kayu nisan kubur si mati
nanti.
LAIN-LAIN PANTANG LARANG KEMATIAN
Unggun api dibuat disekeliling rumah- pagar rumah
dari roh jahat
Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
Mihad- menangisi mayat
2 lelaki menunggang kuda/ kerbau keliling kampung
Menerima sejemput beras/ garam
Garam dilarut untuk membuang panas poudnya
(badi/roh jahat)
Beras supaya tanaman tidak rosak oleh poudnya itu
Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain
bendera kubur
Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
Mayat ditanam bersama barang-barangnya
Hidung,mata, telinga, & ekor haiwan ternakan
dibuat sajian si mati
Papakan- sajian si mati dalam gelap
Mamupus- keluarga si mati beri amaran roh tidak
kembali
Sekian, terima
kasih

Anda mungkin juga menyukai