Anda di halaman 1dari 25

1.

1 PENGENALAN

Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian


murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali.
Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian,
merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan
menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan,
pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah
atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara
sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek
pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan
atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan.

Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses
membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu
seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu
juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual
Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu
kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang
bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.

Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian
perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu
sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai
kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut
terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas
membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi
menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut.
Analisis – analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks
Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan
Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang
dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah ditugaskan


untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu
sukatan pelajaran sekolah rendah, di mana melalui JPU berkenaan kami perlu
menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan sebanyak 20 soalan dan
mentadbirkannya kepada sebuah kelas. Kemudiannya kami perlu menentukan
indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item
yang telah dipilih.

Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, kami telah memilih
tajuk “Mengenal Negara Kita” yang diambil daripada huraian sukatan
matapelajaran Kajian Tempatan Tahun 5. Berdasarkan tajuk ini kami telah
membina satu unit JPU bagi memudahkan kami untuk menggubal satu set
soalan ujian aneka pilihan yang akan kami tadbirkan di sekolah nanti. Setelah
soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar
tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Rendah Kebangsaan
Bukit Kerayong, Selangor.

Ketika pertama kali kami menerima tugasan ini, kami merasakan tugasan
ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan
Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, kami berasa agak keliru untuk
membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti
mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, kami turut
mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut
kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah kami pilih.
Mujurlah, pensyarah kami iaitu En.S.Thirugnana banyak membantu kami dalam
menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang
bersesuaian agar kami tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan
tugasan yang seterusnya. Di sini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, di atas
kerjasama yang telah diberikan ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada
murid – murid tahun 5 di sekolah tersebut.

Oleh yang demikian, kami merasakan tugasan yang telah diberikan ini
banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada kami yang
bakal menjadi warga pendidik pada suatu hari kelak. Di samping itu juga, melalui
tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada kami terutamanya
ketika kami mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana kami perlu
mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan
berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, kami berharap
agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun – tahun yang berikutnya kerana ia
banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi
bakal guru dan sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada
En.S.Thirugnana dan juga kepada warga pendidik SK.Bukit Kerayong di atas
kerjasama yang telah diberikan. Sekian.
.
1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU )

Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah
carta dua – hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan
pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif – objektif pengajaran,
sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep – konsep utama yang
diajar dan ingin diukur. Antara ciri – ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian
ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan,
kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan
serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu
penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU
ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk
menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi
keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan
dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang
telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari
tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza.

Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, kami telah membentuk satu
Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tahun 5
sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut,
kami telah memecahkan tajuk ‘Mengenal Negara Kita’ kepada 3 topik kecil iaitu
‘Lokasi Negara Malaysia’, ‘Negeri-negeri dalam Malaysia’ dan ‘Identiti Negara
Malaysia’. Daripada topik – topik ini kami telah membina I set instrument soalan
aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif
Domain Kognitif Bloom. Soalan – soalan yang telah kami gubal adalah terdiri
daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras
aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras
penilaian. Soalan – soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan
aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.
SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN BUKIT KERAYONG, KAPAR
JADUAL PENENTUAN UJIAN
KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
UJIAN BULAN OGOS 2006

KANDUNGAN J. ITEM KEMAHIRAN ARAS NO. JUM.


SUKATAN OBJEKTIF P K A An S P R S T Soalan Soalan
PELAJARAN
5.1 Lokasi
a) Di asia X X (1)
Tenggara
X X (13)
X 5
X X (15)
X X (14)
X X (12)
b) Di dunia X X X (2) 1
5.2 Negeri
dalam Malaysia
a) Nama X X (5)
negeri,ibu negeri X 3
& bandar utama
X X (17)
X X (19)
b) Lagu,bendera X X (10)
dan jata negeri X 2
X X (18)
c) Ketua negeri X X (3)
dan Ketua X 2
kerajaan negeri X X (6)
5.3 Identiti
Negara
a) Lagu,bendera X X (4)
jata, mercu dan X X X (8) 3
lambang lain
X X (7)
b) Struktur X X (16)
pentadbiran X 3
negara X X (11)
X X (20)
c) Ketua negara X X X (9) 1
& K.Kerajaan
JUMLAH 1 5 5 20 20
0

Jadual 1.1 : Jadual Penentuan Ujian (JPU)

1.4 SOALAN UJIAN


Nama :____________________ Kelas:___________

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di
antaranya hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul.Pilih jawapan yang
betul.

1. Apakah nama ibu negeri Sarawak ?


A. Kangar
B. Kuching
C. Shah Alam
D. Kota Bharu

2. Negara apakah yang paling hampir dengan Malaysia ?


A. China
B. Taiwan
C. Pakistan
D. Thailand

3. Berikut adalah gelaran ketua negeri-negeri Melayu kecuali


A. Putera
B. Sultan
C. Yang diPertuan Besar
D. Yang diPertuan Negeri

4. Apakah Bunga Kebangsaan Malaysia ?


A. Bunga Melur
B. Bunga Raya
C. Bunga Matahari
D. Bunga Kemboja

5. Kenyataan manakah yang tidak benar mengenai Negeri Sembilan ?


A. Negeri ini mengamalkan adat perpatih
B. Yang diPertua Negeri adalah Ketua Negeri
C. Terdapat empat undang luak di Negeri Sembilan
D. Terdapat sembilan daerah utama di Negeri Sembilan

6. Gelaran Ketua pentadbir bagi Negeri Sabah ialah


A. Ketua Menteri
B. Menteri Besar
C. Yang diPertua Negeri
D. Yang diPertua Besar

7. Apakah cogankata yang terdapat pada Jata Negara Malaysia ?


A. Bersekutu Maju
B. Tekun Usaha Jaya
C. Usaha Hingga Jaya
D. Bersekutu Bertambah Mutu

8. Apakah yang dimaksudkan dengan lima bilah keris yang terdapat pada
Jata Negara?
A. Negeri – negeri selat
B. Negeri berdemokrasi
C. Negeri Melayu bersekutu
D. Negeri Melayu tak bersekutu

9. Antara tugas – tugas seorang Perdana Menteri Malaysia ialah


I. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran negara
II. Berkuasa mengampunkan orang yang didapati bersalah
III. Mempengerusikan mesyuarat kabinet
IV. Menjadi ketua agama islam bagi negeri yang tiada Sultan
A. I dan II
B. II dan IV
C. I dan III
D. III dan IV

10. Sembilan tangkai padi yang terdapat pada Jata Negeri Sembilan
bermaksud
A. Sembilan adat
B. Sembilan dialek
C. Sembilan daerah
D. Sembilan undang

11. Pernyataan yang manakah tidak benar mengenai pentadbiran negara


Malaysia
A. Perdana Menteri berkuasa membubarkan Parlimen
B. Perdana Menteri adalah ketua pentadbiran Malaysia
C. Yang diPertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia
D. Rakyat berhak memilih kerajaan baru setiap lima tahun sekali
12. Perkara- perkara berikut benar mengenai matlamat penubuhan ASEAN
kecuali
A. mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
B. menggalakkan keamanan dan kestabilan politik
C. meningkatkan taraf hidup penduduk negara – negara anggota
D. cuba melahirkan seberapa banyak ahli sukan bertaraf dunia

13. Negara kita, Malaysia merupakan ahli anggota


A. Blok Komunis
B. Kesatuan Eropah
C. Pertubuhan Atalantik Utara
D. Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu

14. Untuk menjadikan rantau Asia Tenggara sebagai kawasan perdagangan


yang berjaya,negara – negara ahli telah
A. mengadakan kerjasama ekonomi serantau
B. mengadakan kerjasama kebudayaan serantau
C. mengadakan kerjasama pelancongan serantau
D. mengadakan kerjasama perikanan serantau

15. Di kalangan negara- negara di Asia Tenggara,Malaysia merupakan


I. Sebuah negara membangun
II. Sebuah negara pengeluar getah utama di dunia
III. Sebuah negara demokrasi
IV. Sebuah negara yang tinggi kadar penganggurannya
A. I, II dan III
B. I,II dan IV
C. II,III dan IV
D. I,III dan IV
16. Kementerian apakah yang bertanggungjawab ke atas aspek keselamatan
negara?
A. Kementerian Pendidikan
B. Kementerian Pertahanan
C. Kementerian Pengangkutan
D. Kementerian Kesihatan

17. Berikut adalah benar bagi sesebuah daerah dalam sesebuah negeri di
Malaysia.
I. Ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah
II. Pegawai Daerah akan dibantu oleh Penghulu Mukim
III. Pegawai Daerah dipilih melalui pilihanraya
IV. Setiap daerah mempunyai Majlis Daerah masing-masing
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV

18. Kenapakah setiap negeri di Malaysia mempunyai lagu negeri masing-


masing?
A. untuk bersaing dengan negara – negara jiran
B. menimbulkan semangat bersatu padu ,setia dan sayang kepada
negeri sendiri
C. berbangga apabila menyanyikan lagu tersebut
D. memupuk semangat rajin bekerja dan berusaha hingga berjaya.
19. Pernyataan berikut menggambarkan peranan bandar-bandar di Malaysia
I. Pusat pentadbiran
II. Pusat perkembangan ekonomi
III. Menyediakan pelbagai kemudahan
IV. Pertanian untuk perdagangan dijalankan dengan meluas di Bandar
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV

20. Di peringkat pusat,kerajaan bertanggungjawab meninggikan taraf hidup


rakyatnya.Perkara-perkara di bawah adalah sebahagian dari cara- cara
yang boleh dilakukan kecuali
A. menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan
B. memberi wang sara hidup kepada orang yang menganggur
C. menyediakan dan membina lebih banyak kemudahan
infrustruktur
D. menyediakan lebih banyak sekolah dan pusat pengajian tinggi.
1.5 JADUAL ANALISIS

Setelah soalan ini siap dibina, kami telah mentadbirkan soalan ini kepada
pelajar-pelajar tahun 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah
Rendah Kebangsaan Bukit Kerayong, Selangor. Hasil daripada ujian yang telah
dijalankan ini, kami telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk
menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini
seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual
pencapaian ini ia akan memudahkan kami untuk mengukur sejauh mana
keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini.

Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh


untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 15 orang pelajar lelaki dan 5 orang
pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas tahun 5 Bijak
ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Mohd
Khairullah Saufi yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti
dengan Mohd.Rafiee yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan.
Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10
dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi
pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat
markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul.
Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang
terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja.

Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir


70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan
dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan
dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi
tugasan kami yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item
soalan yang telah kami sediakan ini.
1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui
Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran
sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar
untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira
dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi
item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya
adalah seperti persamaan berikut :

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul


Jumlah calon yang menjawab

Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan


Item.

Nilai (p) Pengkelasan Item


0.00 – 0.20 Terlalu Sukar
0.21 – 0.40 Sukar
0.41 – 0.60 Sederhana Sukar
0.61 – 0.80 Mudah
0.81 – 1.00 Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat
bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15)
tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang
bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab
oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak
akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan – soalan ini tidak dapat
membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang
tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk
mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati
ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk
mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian – bahagian
kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran
yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu
kandungan.

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas


melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan
indeks kesukaran item yang telah kami perolehi. Indeks kesukaran bagi item
yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3 berikut :

No.Soalan Nilai (p) / Aras Kesukaran Pengkelasan Item


1 0.90 Terlalu Mudah
2 0.60 Sederhana Sukar
3 0.55 Sederhana Sukar
4 0.95 Terlalu Mudah
5 0.40 Sukar
6 0.40 Sukar
7 0.45 Sederhana Sukar
8 0.60 Sederhana Sukar
9 0.55 Sederhana Sukar
10 0.35 Sukar
11 0.25 Sukar
12 0.40 Sukar
13 0.60 Sederhana Sukar
14 0.10 Terlalu Sukar
15 0.20 Terlalu Sukar
16 0.40 Sukar
17 0.25 Sukar
18 0.75 Mudah
19 0.30 Sukar
20 0.40 Sukar

Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item


Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai
aras kesukaran 0.90 – 0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini
terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini
adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di
antara pelajar yang pandai dengan yang lemah.

Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah


berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75
yang menunjukkan soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai
untuk digunakan bagi ujian rujukan norma.

Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan


2,3,7,8,9 dan soalan 13 di mana soalan – soalan ini dikategorikan sebagai
soalan yang sederhana sukarnya. Soalan –soalan seperti ini sesuai untuk
ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab
di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti ini tidaklah
terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji
pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu.

Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah
yang paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan
yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor
5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal
menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma,
soalan – soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian
kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar
yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan – soalan seperti ini,
haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar.

Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling
banyak gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang
berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya
menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua – dua soalan ini
dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan
di dalam ujian ini.

1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM

Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/


mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar
yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan
membahagikan perbezaan ( RU – RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar
yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar yang berpencapaian tinggi. RL
pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan
tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut :

Indeks Diskriminasi (d) = (RU – RL)


(1/2 T (L+U) )

Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item :

Nilai ( d ) Pengkelasan Item


0.00 – 0.10 Tidak Baik
0.11 – 0.20 Kurang Baik
0.21 – 0.30 Sederhana Baik
0.31 – 0.40 Baik
0.41 – 1.00 Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks


diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk
Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang
berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan
yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan – soalan ini
dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar
pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks
diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN
kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah,
iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan – soalan ini dengan betul
berbanding pelajar pandai.

Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang
perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan
bahagian – bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada
pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang
diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan
mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian
dalam bidang – bidang tertentu.
N0.SOALAN Nilai (d) / Aras Pengkelasan Item
Diskriminasi
1 0.33 Baik
2 0.33 Baik
3 0.00 Tidak Baik
4 0.16 Kurang Baik
5 0.66 Sangat Baik
6 0.33 Baik
7 0.66 Sangat Baik
8 0.50 Sangat Baik
9 0.83 Sangat Baik
10 -0.33 Tidak Baik
11 -0.16 Tidak Baik
12 0.33 Baik
13 0.50 Sangat Baik
14 -0.16 Tidak Baik
15 0.00 Tidak Baik
16 0.66 Sangat Baik
17 0.16 Kurang Baik
18 0.50 Sangat Baik
19 0.50 Sangat Baik
20 0.66 Sangat Baik
Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item
Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas
melaksanakan ujian di sekolah, kami telah membina jadual untuk menunjukkan
indeks diskriminasi item yang telah kami perolehi. Indeks diskriminasi bagi item
yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di atas.
Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah :

Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) = 6 orang


Markah Rendah (RL) = 4 orang
½T(L+U) = 6 orang

(RU-RL) =6–4 = 0.33


½T(L+U) 6

ANALISIS ITEM

Soalan/Item 1
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 2
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 3
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk
Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara
murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 4
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid
yang lemah
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 5
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, tidak ada seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian
rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item
yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 6
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 7
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian
rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item
yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 8
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan
hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab
soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan
di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 9
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian
rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di
antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 10
- Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana
seramai 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya
menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari
kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia
secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih
ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar
pandai.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai.

Soalan/Item 11
- Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di
mana seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat
menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian
tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk
penilaian rujukan norma.
- Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain.

Soalan/Item 12
-Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan
rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana
soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah.
- Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 13
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah
dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 14
- Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana
hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya
menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari
kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini
tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai
daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan
ini dengan betul daripada pelajar pandai.
- Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

Soalan/Item 15
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar
berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul
adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga
seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam
pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana
soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid
yang lemah.
- Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai

Soalan/Item 16
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid
dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian
rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item
yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat
membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam
kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 17
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan
berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini
berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan
Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai
dengan murid yang lemah.
- Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik.

Soalan/Item 18
- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat
menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 19
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang
murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan
tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah
dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam
pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN)
kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang
lemah di dalam kelas.
- Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini.

Soalan/Item 20
- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari
kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan
hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang
dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang
sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan
di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas.
- Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.