Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK MSSD KBB

(SECARA DALAM TALIAN)

PERATURAN PERTANDINGAN

1.0` NAMA PERTANDINGAN DAN UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSD KBB
1.2 Pertandingan Kemahiran Menimbang Bola Sepak Individu MSSD KBB
1.3 Peraturan AM MSSM adalah diguna pakai kecuali dinyatakan dalam;
1.3.1 PERATURAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK MSSD KBB
1.3.2 KOD PEMARKAHAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN BOLA SEPAK

2.0 KELAYAKAN

2.1 Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSD KBB


2.1.1 18 Tahun ke bawah lelaki (B18L)
2.1.2 15 Tahun ke bawah lelaki (B15L)
2.1.3 12 Tahun ke bawah lelaki (B12L)

2.2 Pertandingan Kemahiran Menimbang Bola Sepak Individu MSSD KBB


2.2.1 18 Tahun ke bawah lelaki (B18L)
2.2.2 15 Tahun ke bawah lelaki (B15L)
2.2.3 12 Tahun ke bawah lelaki (B12L)
2.2.4 Perempuan Sekolah Menengah (PSM)
2.2.5 Perempuan Sekolah Rendah (PSR)

2.3 Pendaftaran
2.3.1 Borang Pendaftaran Peserta
2.3.2 Borang Kebenaran Ibubapa

2.4 Warganegara Malaysia (bukan warganegara hanya dibenarkan


bertanding sehingga peringkat sekolah/daerah/negeri – (Rujuk Peraturan
MSSM)

2.5 Peserta yang mendapat kedudukan terbaik akan mara ke peringkat seterusnya

3.0 PERINGKAT PERTANDINGAN


Pertandingan diadakan pada 4 peringkat iaitu:-
1.4 Peringkat sekolah (sekolah digalakkan mengadakan pertandingan)
1.5 Peringkat daerah ((MSSD)
1.6 Peringkat negeri (MSSN)
1.7 Peringkat kebangsaan (MSSM)
4.0 PERINGKAT DAERAH
Pertandingan peringkat Daerah Kulim Bandar Baharu di kelolakan oleh KOLEJ
VOKASIONAL KULIM.

5.0 PERATURAN AM TEKNIKAL

5.1 Pertandingan pada semua peringkat ini dijalankan secara dalam talian.

5.1.1 Peserta/Pasukan perlu menghantar video penyertaan (FORMAT VIDEO -

720p Ke atas) kepada urusetia pada semua peringkat setelah layak dan

mengikut ketetapan masa (KRONOLOGI) oleh PENGELOLA yang

dilantik.

5.1.2 Pengelola di semua peringkat bertanggungjawab menyediakan medium

(cadangan You Tube) untuk penghantaran video penyertaan seperti


LAMPIRAN 1

5.1.3 Video tidak boleh diedit dengan cara apa pun - tanpa potongan,

tanpa kesan khas, tanpa tajuk dan TIADA MUZIK

5.1.4 Video mesti dirakam pada tahun pertandingan (2021).

5.1.5 Video mestilah video terkini, tidak dapat dilihat dan tidak dimuat

naik di tempat lain (media sosial, web, dan lain-lain medium.

5.1.6 Jika didapati atau dikesan video peserta tidak mematuhi peraturan

5.1.3, 5.14 dan 5.1.5, penyertaan peserta akan dibatalkan sementara

kemenangan peserta akan ditarik semula. Pengelola (Jawatankuasa

Pertandingan) akan membuat laporan bertulis kepada pihak yang

lebih tinggi untuk tindakan yang lebih lanjut jika perlu.

5.1.7 Kandungan video penyertaan, hanya ada peserta dan bola sahaja.

Tidak ada penggunaan tangan (paras bahu hingga hujung jari),

tidak ada aksesori dan tidak ada orang lain dalam video.

5.1.8 Tempoh masa pertandingan individu :

i. Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSD –

Dalam tempoh 90 saat (1minit 30 saat)

ii. Pertandingan Kemahiran Menimang Bola Sepak Individu MSSD

- Dalam tempoh 60 saat (1minit) dengan sekali percubaan


5.1.9 Persembahan/Pelakuan/Pergerakan yang melebihi dari tempoh

masa yang ditetapkan TIDAK AKAN DIKIRA dalam pemarkahan

6.0 PENILAIAN PERTANDINGAN

6.1 Penilaian Pertandingan adalah garis panduan sistem pemarkahan untuk

setiap video/persembahan pertandingan.

6.2 Borang dan panduan adalah seperti LAMPIRAN 2

6.2.1 Borang Pertandingan Kemahiran Kreatif Bola Sepak Individu MSSD

6.2.1.1 Empat (4) orang panel hakim menilai setiap video.

6.2.1.2 Markah akhir adalah gabungan ;

( Teknik (85%) + Penilaian Atlet Murid (15%) = JUMLAH MARKAH

6.2.2 Borang Pertandingan Kemahiran Menimang Bola Sepak Individu MSSD

6.2.2.1 Peserta dinilai dari jumlah timbangan sahaja.

6.2.2.2 Jumlah timbangan tertinggi akan dikira sebagai pemenang

6.2.2.3 Timbangan hanya menggunakan bahagian kekura kaki kiri atau

kekura kaki kanan.seperti GAMBAR RAJAH A pada LAMPIRAN 1

6.2.2.4 Kiraan akan bermula pada sentuhan pertama mana-mana kekura kaki dan

60 saat berikutnya.

6.2.2.5 Timbangan selepas bola jatuh dan menyentuh lantai/rumput atau

selepas tempoh 60 saat tidak akan diambil kira.

6.2.2.6 Semasa menimbang bola, peserta menyentuh atau menimbang

menggunakan anggota tubuh badan lain, sentuhan atau timbangan

tersebut tidak akan dikira. Timbangan bola diteruskan selagi bola tidak

jatuh ke lantai/rumput.

6.2.2.7 Sentuhan tangan(bahu ke hujung jari tidak dibenarkan.

6.2.2.8 Jika berlaku keputusan SERI (jumlah timbangan sama antara peserta), cara

memutuskannya adalah dengan melihat timbangan yang paling SEKATA

antara kedua belah kekura kaki kiri dan kekura kaki kanan. Jadual

disebelah boleh menjelaskan perkara ini:


PESERTA KIRI KANAN JUMLAH BEZA KEDUDUKAN

Suarez 703 500 1203 203 3

Firmino 602 601 1203 1 1

Konte 423 780 1203 357 4

Hendo 600 603 1203 3 2

Pogba 1 1202 1203 1202 5

7.0 PAKAIAN DAN PERALATAN

7.1 Peserta WAJIB memakai pakaian sukan, berstokin dan berkasut.

Pakaian yang beridentitikan sekolah/daerah yang bersesuaian amat digalakkan.

7.2 Bola pertandingan:

7.2.1 Sekolah Menengah (L/P) Saiz – 5

7.2.2 Sekolah Rendah (L/P) Saiz – 4 atau 5

8.0 TARIKH KEJOHANAN

8.1 Tarikh Pertandingan : 1 Hingga 7 September 2021

8.2 Tarikh akhir penghantaran : 30 Ogos 2021

9.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN

9.1 Mana-mana perkara yang tidak dinyatakan di atas, pihak PENGELOLA akan
memutuskan berdasar Perkara 1.3 (PERATURAN PERTANDINGAN). Keputusan yang
diputuskan adalah MUKTAMAD.

Disediakan oleh :
URUSETIA PERTANDINGAN
Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan)
Sektor Pembangunan Murid
PPD Kulim Bandar Baharu.

Anda mungkin juga menyukai