Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN

BOLA JARING WANITA

1. AM

1.1 Pertandingan ini dinamakan SUKAN KCIDB 2019 (6 PENJURU).

1.2 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan


dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola jaring
Antarabangsa (IFNA) yang terkini.
2. PENGANJUR
2.1 Kejohanan ini dikelolakan oleh Kelab Sukan Dan Kebajikan CIDB Malaysia
(KCIDB).
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar seramai sepuluh (10) orang pemain
wanita tidak termasuk satu (1) Pengurus Pasukan dengan menggunakan
borang seperti yang disediakan.
3.2 Pengurus dibenarkan untuk turut serta bermain sepanjang kejohanan.
4. KELAYAKAN PEMAIN
4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua pegawai/anggota/kakitangan yang
sedang dan masih berkhidmat di CIDB Ibu Pejabat dan anak-anak syarikat
di bawah KCIDB.
4.2 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian.
Sekiranya berlaku perkara sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam
pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan
sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika
menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.
5. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN
5.1 Tarikh: 26 Oktober 2019 (Sabtu)
Tempat: Kompleks Sukan Kg. Pandan, Kuala Lumpur. (Tertakluk kepada
perubahan)
6. PERATURAN PERTANDINGAN
6.1 Masa permainan adalah 11 minit (5 minit separuh masa pertama, 1
minit rehat dan 5 minit separuh masa kedua).

6.2 Pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di gelanggang tujuh


(7) minit sebelum perlawanan dimulakan. Sekiranya mana-mana pasukan
yang gagal berada di gelanggang selepas satu(1) minit dari masa sesuatu
perlawanan sepatutnya dimulakan, maka kemenangan percuma akan
diberikan kepada pasukan lawan dengan 10 – 0.
6.3 Pasukan/Penukaran Pemain

6.3.1 Bilangan pemain yang bermain adalah 7 orang bagi setiap pasukan. Setiap
pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya 5 orang pemain sebelum
satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang daripada ini pasukan tersebut
dikira menerima kekalahan.

6.3.2 Bila seorang pemain mendapat cedera atau sakit dan tidak dapat
menyambung permainannya, permainan bolehlah diberhentikan selama dua
(2) minit untuk menentukan samada pemain itu boleh menyambung
permainannya. Keputusan akan dibuat olehpegawai-pegawai pasukan itu.
Hanya dua (2) pegawai yang dibenarkan untuk ke gelanggang pada masa itu.

6.3.3 Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula
selepas waktu rehat separuh masa.

6.3.4 Pemain yang lewat sampai tidak dibenarkan mengambil tempat seorang
pemain yang telah mengambil kedudukan lewat itu.

6.3.5 Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana


kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas
waktu rehat separuh masa.

6.3.6 Selain daripada peraturan-peraturan pertandingan yang dinyatakan,


Pertandingan ini akan tertakluk dengan Undang-Undang Persekutuan Bola
Jaring Antarabangsa (IFNA).

6.3.7 Sekiranya terdapat percanggahan di antara terjemahan undang-undang


permainan dengan undang-undang IFNA, maka undang-undang IFNA
perlulah dipatuhi.

6.3.8 Sekiranya timbul perkara yang tidak dikuasai oleh kedua-dua undang-Undang
permainan, maka keputusan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola
dari aspek teknikal.

6.3.9 Jawatankuasa Pengelola berhak meminda atau menambah mana-mana


Peraturan jika difikirkan perlu.

6.4 Penentuan Kemenangan

6.4.1 Setiap kemenangan akan diberi mata seperti berikut:

Menang : 3 mata
Seri : 1 mata
Kalah : 0 mata

Jika berlaku lebih dari satu pasukan mendapat mata yang sama, maka
kaedah di bawah digunakan untuk mencari pemenang:

a. Pasukan yang memenangi lebih perbezaan gol akan dikira menang


b. Jika masih seri, pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol dikira
menang.
c. Jika masih seri, pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya
diambil kira.

d. Jika masih seri, undian dengan lambungan syiling akan dijalankan.

6.5 Pakaian

6.5.1 Pakaian yang digunakan oleh setiap pasukan bertanding hendaklah seragam
iaitu mempunyai corak, bentuk dan warna yang sama. Pakaian tersebut
hendaklah dipakai setiap kali bermain sepanjang pertandingan ini.

6.5.2 Pemain hendaklah memakai baju/jersi dan seluar ‘track/tight’panjang.

6.5.3 Setiap pasukan digalakkan menyediakan dua (2) set ‘bibs’ yang berlainan
warna. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai ‘bibs’ yang sama warna
maka pasukan yang mempunyai 2 set ’bibs’ adalah dikehendaki menukar
’bibs’ manakala pasukan yang hanya mempunyai satu (1) set ’bibs’ akan
kekal menggunakan ’bibs’ mereka.

6.6 Pengadilan

Jawatankuasa pengelola akan menyediakan pengadil-pengadil yang


bertauliah di sepanjang pertandingan. Segala keputusan pengadil berkaitan
undang-undang permainan adalah MUKTAMAD.

7. BANTAHAN DAN RAYUAN

7.1 Bantahan terhadap kelayakan pemain atau lain-lain bantahan hendaklah dihantar
secara bertulis dan diterima oleh Jawatankuasa Pengelola dalam tempoh 15 minit
selepas tamatnya perlawanan.

7.2 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkara-perkara fakta
yang telah diputuskan oleh pengadil di gelanggang.

8. SISTEM PERTANDINGAN

8.1 Sistem pertandingan dijalankan cara liga dan setiap pasukan akan bertemu
antara satu sama lain. Jadual Perlawanan disediakan oleh pihak penganjur
Karnival SukanKCIDB 2019 (6 Penjuru).

9. KEHILANGAN DAN KESELAMATAN

9.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan Barang-


barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan
kejohanan dan tempat penginapan dan sebarang kemalangan, kecederaan
dan kematian pada masa pertandingan dijalankan. Walaubagaimanapun
beberapa persediaan dan langkah keselamatan hendaklah disediakan bagi
mengelak kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.
10. PERKARA YANG TIDAK ADA DALAM PERATURAN AM DAN
PERATURANPERTANDINGAN.

10.1 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan
Permainan berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola
kejohanan/karnival yang berkenaan dan keputusan adalah muktamad.
BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN BOLA JARING SUKAN KCIDB 2019


(6 PENJURU)

NAMA PASUKAN:

NO. PAS
BIL. NAMA NO. K/P
PEKERJA
A. PENGURUS

1.

B. PEMAIN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Tandatangan

……………………………..
(PENGURUS PASUKAN)
No. hp:

Anda mungkin juga menyukai