Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

KARNIVAL VOKTEK ZON SELANGOR/K.LUMPUR KALI – XXI


2018

1.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN


1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Undang-Undang Permainan Bola Sepak,Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA)

2.0 TARIKH PERTANDINGAN


2.1 Tarikh : 5 HINGGA 7 APRIL 2018
Taklimat Pengurus Pasukan : 4HB APRIL 2018 8.30 MALAM

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN


3.1 Padang Bola Sepak Kolej Vokasional Sepang

4.0 KELAYAKAN PEMAIN


4.1 Rujuk Peraturan Am 5. (VOKTEK)

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN


5.1 Setiap pasukan yang bertanding hanya dibenarkan mendaftar seramai 18 orang pemain
sahaja yang berdaftar dengan Kolej Vokasional / Sek. Men. Teknik
5.2 Pendaftaran Pemain atau Peserta mestilah menggunakan Borang Pendaftaran (T02)
yang disediakan oleh Pihak Pengelola berserta salinan kad pengenalan pemain peserta
yang telah disahkan. Borang pendaftran mestilah telah disahkan oleh Pengarah/Pengetua
masing-masing dan hendaklah dihantar kepada Jawatankuasa Pengelola pada/sebelum 3hb
April 2018 melalui emel voktekzontengah18@gmail.com. Satu softcopy borang T02 juga
perlu dihantar melalui emel tersebut.
5.3 Sebarang pindaan kepada Borang Pendaftaran Pemain atau pendaftaran pemain baru
hendaklah dilakukan semasa taklimat pengurus-pengurus pasukan. Selepas mesyuarat
tersebut sebarang pindaan adalah TIDAK DIBENARKAN.
5.4 Sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap pasukan
hendaklah mengemukakan nama (11) sebelas pemain dan (7) pemain simpanan serta
nombor jersi mereka di dalam borang perlawanan
5.5 Pendaftaran pemain di dalam padang sebelum bermula perlawanan hendaklah merujuk
kepada Peraturan Am Voktek 7.0.
5.6 Semua pemain yang didaftarkan, dibenarkan bermain.
5.7 Seorang pemain TIDAK LAYAK BERMAIN jika namanya tidak didaftar di dalam Borang
Pendaftaran Pemain dan borang perlawanan.

6.0 JADUAL SERTA WARNA PAKAIAN PASUKAN


6.1 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan hendaklah menyusun Jadual Perlawanan dan
Hendaklah diedarkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-kurangnya
seminggu atau dalam satu tempoh masa yang sesuai sebelum bermulanya pertandingan.
6.2 Sekiranya terdapat persamaan warna pakaian yang dengan syarat tuan rumah memakai
warna sebagaimana yang mereka isytiharkan, maka pasukan pelawat (away) hendaklah
menukar warna pakaian mereka. Begitu juga sekiranya pasukan tuan rumah memakai lain
1
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
KARNIVAL VOKTEK ZON SELANGOR/K.LUMPUR KALI – XXI
2018

dari apa yang mereka isytiharkan, maka tuan rumah (home) yang perlu menukar warna
pakaian mereka.
6.3 Pemain hendaklah memakai jersi yang mempunyai nombor yang sama seperti mana yang
telah didaftarkan dalam Borang Pendaftaran Pemain sepanjang pertandingan berlangsung.
Pertukaran nombor jersi selain daripada yang didaftarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
6.4 Semua pasukan dikehendaki mempunyai set jersi kedua dengan warna yang berlainan
daripada set jersi yang pertama.
6.5 Ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya
Ketua Pasukan digantikan,maka lilitan lengan tersebut hendaklah diberi kepada pemain yang
mengambil alih tugas sebagai Ketua Pasukan.

7.0 PERTUKARAN PEMAIN


7.1 Kesemua tujuh (7) pemain simpanan dibenarkan bermain sebagai pemain gantian bagi satu-
satu perlawanan.
7.2 Mana-mana pemain yang kena ganti tidak boleh bermain lagi dalam perlawanan tersebut
termasuk pengambilan sepakan dari tanda penalti.

8.0 MASA PERLAWANAN


8.1 Masa permainan ialah 30 minit bagi separuh masa pertama dan 30 minit bagi separuh
masa kedua. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 10 minit kecuali
dengan izin pengadil. Masa bagi perlawanan akhir 30 minit + 10 minit + 30 minit
8.2 Bagi pusingan kalah mati, masa permainan ialah 30 minit bagi setiap separuh masa dan
rehat tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.
8.3 Tambahan masa 7 minit + 1 minit + 7 minit diberikan untuk di peringkat pusingan kalah
mati. Sekiranya kedudukan masih seri, maka tendangan penalti sebanyak 5 kali tendangan
diberikan pada kedua-dua pasukan.
8.4 Sekiranya masih seri lagi, tendangan penalti “Sudden Death" (1+1) akan diberikan untuk
menentukan pemenang.

9.0 FORMAT DAN PEMBERIAN MATA


9.1 Pertandingan akan diadakan seperti berikut :
9.1.1 Pusingan Awal menggunakan sistem liga satu pusingan dua kumpulan (A,B,C & D)
9.1.2 Menang –(3) tiga mata, Seri-(1) satu mata, Kalah-(0) kosong mata.
9.2 Jumlah mata tertinggi akan menentukan kedudukan pasukan dalam kumpulan setelah
semua perlawanan liga selesai. Sekiranya terdapat dua pasukan atau lebih mempunyai
jumlah mata yang sama, maka kedudukan akan ditentukan seperti berikut :
9.2.1 Perbezaan gol akan menjadi penentuan, iaitu pasukan yang mempunyai
perbezaan terbesar antara jaringan gol “masuk” dengan jaringan gol “kena”
hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
9.2.2 Jika perbezaan gol masih sama maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol
yang paling banyak hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.
9.2.3 Jika masih seri juga, maka pasukan yang telah menang ke atas lawannya dalam
perlawanan hendaklah menduduki tempat yang lebih tinggi.

2
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
KARNIVAL VOKTEK ZON SELANGOR/K.LUMPUR KALI – XXI
2018

9.2.4 Jika masih seri juga, maka kedudukan seri hendaklah diselesaikan dengan cara
balingan duit syiling
9.3 Johan dan Naib Johan dalam kumpulan akan bermain dalam peringkat suku akhir (kalah
mati) dan diundi semula pada peringkat ini. Pasukan yang menang dalam peringkat suku
akhir akan layak ke pusingan separuh akhir secara bersilang mengikut no. perlawanan.
Pasukan yang menang dalam peringkat separuh akhir akan terus layak ke peringkat akhir
manakala pasukan yang kalah dalam pusingan separuh akhir akan bermain untuk
menentukan kedudukan tempat ke-3 dan ke-4.

10.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN


10.1 Sekiranya pengadil berpendapat bahawa padang tidak sesuai untuk permainan
disebabkan oleh keadaan cuaca, atau kerana hal-hal yang tidak dijangkakan dan
perlawanan itu tidak dapat dimainkan atau sekirannya sesuatu perlawanan dihentikan akibat
hal-hal luar kawalan kedua-dua pasukan, maka perlawanan yang ditunda atau dihentikan itu
hendaklah dilangsungkan di tempat yang sama dan pada masa yang akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Pnegelola Pertandingan.
10.2 Sekiranya permainan yang sedang dijalankan itu dihentikan di atas sebab-sebab di atas dan
disambung semula, maka permainan itu akan disambung semula mengikut masa yang
dihentikan dan jumlah jaringan diambil kira.
10.3 Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana tingkahlaku penonton,pengawai atau
pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka Jawatankuasa Pengelola Pertandingan
akan mengambil keputusan-keputusan berikut:
10.3.1 Kemenangan akan diberikan kepada pasukan lain dengan tiga (3) mata dan jaringan
gol 3-0 atau jaringan semasa ia dihentikan,jika ianya lebih.

11.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPKAN


11.1 Sekiranya kurang dari 10 pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila
pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan, maka
permainan akan tetap dimulakan oleh pengadil untuk permainan separuh masa pertama.
11.2 Pasukan yang mempunyai 10 orang pemain perlu mencukupkan jumlah seramai 11
orang dipadangkan untuk separuh masa berikutnya dan sekiranya tiada tambahan pemain,
maka pengadil akan menghentikan permainan dan pasukan lawan akan diisytiharkan sebagai
pemenang serta diberi kemenangan percuma dengan jaringan gol (3-0) atau lebih sekiranya
jaringan terdahulu melebihi 3-0.
10.4 Jika kedua-dua pasukan gagal menurunkan bilangan pemain yang mencukupi pada
masa yang telah ditetapkan, maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut
kepada Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

12.0 TARIK DIRI ATAU GAGAL BERMAIN


12.1 Semua pasukan dilarang untuk menarik diri dalam pertandingan ini. Sekiranya
berlaku,semua keputusan perlawanan sebelum ini akan terbatal dan pasukan akan

3
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
KARNIVAL VOKTEK ZON SELANGOR/K.LUMPUR KALI – XXI
2018

dikenakan tindakan tatatertib yang akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola


Pertandingan.

13.0 URUSAN PADANG DAN PENGAWAI PERTANDINGAN


13.1 Jawatankuasa Pengelola dan Pasukan Tuan Rumah adala bertanggungjawab atas segala
urusan padang, penyediaan bola dan perlantikan pengawai pertandingan. Setiap pasukan
akan bertanding perlu membawa bola yang mematuhi Undang-undang permainan sebagai
persediaan kepada sebarang kemungkinan.
13.2 Sekiranya mana-mana pegawai pertandingan tidak hadir pada waktu yang telah
ditetapkan, maka pengadil dari kalangan kakitangan pendidikan atau sesiapa sahaja
yang layak boleh digunakan dengan syarat kedua-dua pasukan yang bertanding bersetuju
dan keputusan perlawanan tersebut tidak boleh dipertikaikan selepas daripada itu.

14.0 VENUE KOORDINATOR


14.1 Pasukan Tuan Rumah dan Jawatankuasa Pengelola hendaklah melantik seorang
Venue Koordinator yang akan bertanggungjawab untuk mengelolakan perlawanan.
14.2 Laporan Venue Koordinator hendaklah diserahkan / difakskan kepada Setiausaha
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan selepas permainan.

15.0 KAWALAN KESELAMATAN DAN KELAKUAN


15.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian adalah bertanggungjawab atas kelakuan para
pengawai, pemain dan penyokong.

16.0 TINDAKAN TATATERTIB


16.1 Pemain yang menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan berlainan akan digantung
satu (1) perlawanan.
16.2 Pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) oleh pengadil setelah menerima dua
(2) kad kuning dalam perlawananyang sama secara automatik digantung satu (1) perlawanan
berikutnya.
16.3 Pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) oleh pengadil atas sebab-sebab yang
lain dari di atas iaitu (kad merah) diberikan terus ataupun diberikan selepas menerima (kad
kuning) dalam perlawanan yang sama secara automatik akan digantung untuk dua (2)
perlawanan berikutnya dan Jawatankuasa Tatatertib akan menentukan hukuman
selanjutnya.
16.4 Pemain yang bermain pada perlawanan yang berikutnya,iaitu setelah selesai menjalani
proses penggantungan, sekiranya menerima satu (1) lagi kad kuning, maka pemain tersebut
akan menjalani penggantungan pada perlawanan berikut. Begitu seterusnya.

16.5 Tindakan disiplin yang diambil dalam mana-mana perlawanan yang ditangguhkan akan
diambil kira dan sebaliknya pemain-pemain yang menjalankan tindakan tatatertib dalam
perlawanan yang ditangguhkan itu akan dianggap telah menyempurnakan tindakan
tatatertib mereka.

17.0 JAWATANKUASA DAN TATATERTIB / JURI RAYUAN


4
PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK
KARNIVAL VOKTEK ZON SELANGOR/K.LUMPUR KALI – XXI
2018

17.1 Rujuk peraturan Am 14.0 Karnival Kolej Vokasional & Teknik (VOKTEK)

18.0 BANTAHAN
18.1 Rujuk peraturan Am 15.0 Karnival Kolej Vokasional & Teknik (VOKTEK)

19.0 HAL-HAL YANG TIDAK DIPERUNTUKKAN


19.1 Segala hal yang tidak diperuntukan di bawah peraturan ini, akan diputuskan oleh
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan itu adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai