Anda di halaman 1dari 4

2016 TNB-KELANTAN

HOCKEY LEAGUE

PERATURAN PERMAINAN AM
Pertandingan Liga Hoki Antara Kelab/Persatuan Kelantan 2016 dijalankan mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh ’THE RULES OF THE GAME OF HOCKEY’ sebagaimana yang ditetapkan oleh
’THE INTERNATIONAL HOCKEY RULES BOARD’ dan Peraturan Am Konfederasi Hoki Malaysia..
1. NAMA PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dikenali sebagai LIGA HOKI TNB-KELANTAN 2016 (2016 TNB-
KELANTAN HOCKEY LEAGUE)

2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Pertandingan berpasukan (11 sepasukan )

3. PENGELOLAAN
Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Persatuan Hoki Kelantan dengan Kerjasama MHC
dan TNB.

4. PENYERTAAN
Penyertaan terbuka kepada
4.1 Sekolah-sekolah dalam negeri Kelantan yang berminat.
4.2 Kelab –kelab hoki dan Sukan Komuniti (Sukan, Rekreasi dan Kecergasan) yang
menjadi ahli gabungan PHK/KHA
4.3 Semua pemain hendaklah terdiri dari warganegara Malaysia dan pemaustatin
tetap di Kelantan atau yang sedang belajar dan bekerja di Kelantan.
4.4 Aspek komposisi kaum adalah amat digalakkan.
4.5 Setiap pemain mestilah menunjukkan Kad Pengenalan sebelum pertandingan.
4.6 Setiap pemain harus mengisi borang kebenaran ibubapa rasmi penganjur (bagi
bawah umur 18 tahun) dan diserahkan kembali kepada penganjur bersama
borang pendaftaran.
4.7 Borang pendaftaran pemain hendaklah dihantar ke Urusetia Pertandingan pada
atau sebelum 13 APRIL 2016 ke email : kelantanhoki@gmail.com

5. YURAN
5.1 TIADA
6. HADIAH
6.1 Hadiah akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke empat.
6.2 Medal dan hadiah Kewangan akan diberikan mengikut kategori lelaki dan
wanita.
JOHAN RM 1000.00 + medal
N.JOHAN RM 800.00 + medal
KE 3 RM 500.00 + medal
KE 4 RM 300.00 + medal

7. JUMLAH PENYERTAAN
7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan 22 orang pemain, tetapi dalam masa
perlawanan hanya 18 sahaja boleh digunakan, 11 orang bermain dengan 7
pemain simpanan dan boleh rolling. Penjaga gol yang berpakaian lengkap
adalah diwajibkan.(To ensure there are two goalkeepers registered at any one
match)
7.2 Pengurus pasukan hendaklah melapurkan diri bersama pemain-pemainnya
kepada Pegawai Teknikal 15 minit sebelum perlawanan.
7.3 Borang pendaftaran senarai nama pemain hendaklah diserahkan kepada
setiausaha kejohanan atau wakilnya 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.
7.4 Pertukaran pemain akan dikenakan bayaran RM50.00 bagi setiap seorang
pemain.
7.5 Pemain yang pasukannya tidak layak ke pusingan seterusnya tidak dibenarkan
bermain bagi pasukan lain.

8. PAKAIAN
8.1 Semua pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Pemain diwajibkan
memakai stoking, kasut,dan pelindung betis.
8.2 Pemain juga digalakkan memakai alatan keselamatan yang lain.
8.3 Penjaga gol juga diwajibkan memakai pelindung kepala.

9. SISTEM PERTANDINGAN
9.1 Pertandingan akan dijalankan secara ‘LIGA KUMPULAN” untuk pusingan awal.
9.2 Kategori lelaki akan bermain suku akhir,separuh akhir dan akhir , manakala
kategori perempuan separuh akhir dan akhir.

10. KIRAAN MATA (CARA MEMUTUSKAN DALAM KUMPULAN)


10.1 Pemberian mata adalah seperti berikut
MENANG = 3 MATA SERI = 1 MATA KALAH = 0 MATA
11. Masa permainan (25-5-25),
peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir akan diberi masa tambahan 10 minit
(5-1-5) berpandukan GOLDEN GOAL RULES”jika keputusan perlawanan adalah seri.
Jika keputusan masih juga seri apabila tamat masa tambahan yang diberikan,
pemenang akan ditentukan melalui pukulan ”Penalti Shoot Out”

11.1 Perlawanan akan dijalankan seperti yang dijadualkan. Jika ada pasukan yang
gagal turun ke padang permainan selepas masa yang ditetapkan, tempoh
penangguhan (grace period) selama 10 minit akan diberi kepada pasukan
tersebut. Jika pasukan tersebut masih gagal untuk hadir tanpa alasan yang
munasabah, maka pasukan tersebut dikira memberi ’Walk-Over’. Pasukan yang
hadir akan dikira menang. Tempoh penangguhan selama 10 minit hanya diberi
sekali sahaja.
11.1 Keputusan memberi kemenangan percuma juga akan diputuskan oleh Pengadil
terhadap pasukan yang gagal menurunkan sekurang-kurangnya sembilan
(9)pemain pada satu-satu perlawanan.(Decision By Competitions Committee)
11.1 Keluasan padang permainan adalah sepertimana mengikut ukuran standard
padang permainan.
11.1 Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set Jersi yang berlainan. (Walaupun begitu
pasukan yang mengalami kesukaran untuk menyediakan dua jersi, perlulah
berbincang dengan pasukan lawan agar jersi tidak sama warna semasa
kejohanan berlangsung. Pasukan yang menjadi tuan rumah wajib menukar jersi
jika warna jersi adalah sama.

12. TATATERTIB
12.1 Pemain dan Pegawai Pasukan akan dikenakan hukuman penggantungan
seperti berikut:-
i. 1 Kad Kuning – pengantungan sekurang-kurangnya 5 minit semasa
pertandingan.
ii. 4 kad hijau atau 1 kad kuning dan 2 kad hijau – digantung satu
perlawanan
iii. 2 kad kuning – digantung satu perlawanan
iv. kad merah - digantung sepanjang kejohanan tersebut.
12.2 Mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan pasukannya
yang mempersoalkan keputusan Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan dan
didapati mengganggu perjalanan pertandingan akan diberi amaran dan jika
perlu dilaporkan kepada Lembaga Tatatertib.

13. BANTAHAN
b. Bantahan secara lisan hendaklah dibuat terlebih dahulu kepada Pegawai Teknik
bertugas dalam tempoh 10 minit tamatnya sesuatu perlawanan berkenaan oleh
pegawai pasukan yang didaftarkan. Bantahan secara bertulis dengan wang
cagaran sebanyak RM200 yang telah ditetapkan oleh Pengelola Kejohanan dan
hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan atau wakilnya dalam masa 30 minit
selepas bantahan lisan dibuat.Wang cagaran tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan tidak berasas dan ditolak oleh Juri Rayuan.
c. Keputusan bertulis akan diberitahu oleh Jawatankuasa Teknik kepada semua
pihak dan pegawai pertandingan selepas Juri Rayuan bersidang.
d. Keputusan yang diberikan oleh Juri Rayuan adalah muktamad.

14. MENARIK DIRI


14.1 Jika mana –mana pasukan menarik diri dari Kejohanan ini atau memberi
kemenangan percuma setelah bermain satu atau lebih perlawanan atau tidak
bermain di dalam 2 perlawanan terawal, maka pasukan berkenaan dianggap
tidak wujud di dalam Kejohanan ini dan semua perlawanan yang melibatkannya
TIDAK diambil kira ( Null and Void)
14.2 Pasukan ini akan dihadapkan ke lembaga tatatertib .

15. PERKARA –PERKARA YANG TIDAK DIPERUNTUKAN


Mana-mana perkara yang tidak diperuntukan dalam peraturan ini akan dirujuk
kepada PERATURAN –PERATURAN AM dan Hoki FIH/MHC dan PHK.

Anda mungkin juga menyukai