Anda di halaman 1dari 11

PERATURAN AM DAN PERMAINAN

PERTANDINGAN PING PONG TAHUN 2017


SJK (C) TAMAN RAJANG, SIBU

1.0 NAMA KEJOHANAN

PERTANDINGAN PING PONG TAHUN 2017

2.0 PENGANJUR

Kelab Ping Pong SJK (C) Taman Rajang

3.0 UNDANG - UNDANG

3.1 Selain daripada peraturan-peraturan terkandung, kejohanan ini dijalankan


mengikut Undang-Undang Permainan Ping Pong sebagaimana yang telah
ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF)

3.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya,


maka undang-undang dalam Bahasa Inggeris akan dipatuhi.

3.3 Sebarang persoalan teknikal akan diputuskan berasas kepada


undang-undang Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF)
dan keputusan adalah muktamad.

4.0 TARIKH KEJOHANAN

24 hingga 29 September 2014

5.0 TEMPAT PERTANDINGAN

Dewan Sukan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.


6.0 YURAN PENYERTAAN

Yuran penyertaan sebanyak RM 20 sepasukan

7.0 PENYERTAAN

7.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid tahap II (Tahun 4


hingga tahun 6) yang menuntut di SJK(C) Taman Rajang

7.2 Kelayakan peserta :-

7.2.1 Semua murid yang berumur di antara 10 tahun hingga 12


tahun layak menyertai pertandingan ini

8.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut ketentuan berikut :-

a) Perseorangan Lelaki
b) Perseorangan Wanita
c) Bergu Lelaki
d) Bergu Wanita

9.0 PENDAFTARAN PASUKAN/INDIVIDU

9.1 Setiap pasukan hendaklah membuat pendaftaran menggunakan


borang yang disediakan oleh pihak penganjur seperti berikut :-

a) Borang Pengesahan Penyertaan - KPPIPT 01


b) Borang Pendaftaran Pasukan - KPPIPT 02
c) Borang Keterangan Diri (Pegawai & Atlet) - KPPIPT 03

9.2 Setiap pendaftaran pemain diwajibkan untuk disertakan satu (1)


salinan Kad Pengenalan / Sijil kelahiran yang telah disahkan.

9.3 Hanya pemain yang berdaftar sahaja layak menyertai


pertandingan ini.
9.4 Setiap pemain perlu membawa kad pengenalan / surat
kelahiran asal semasa mendaftarkan diri sebelum perlawanan
bermula. Kegagalan menunjukan dokumen tersebut akan
menyebabkan peserta boleh dilarang menyertai pertandingan.

9.5 Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai 1 acara sahaja


dalam kategori bergu dan 1 acara sahaja dalam kategori
individu.

9.6 Pembentukan pasukan adalah seperti berikut :-

9.6.1 Kategori Individu

Lelak
Bil. Kategori Wanita Pegawai
i
1. Perseorangan 1 - 1
Lelaki
2. Perseorangan - 1 1
Wanita
3. Bergu Lelaki 2 - 1
4. Bergu Wanita - 2 1

9.6.2 Setiap pasukan boleh menyertai 2 penyertaan bagi setiap kategori.

9.7 Sebarang pertukaran pemain selepas tarikh tutup pendaftaran


pasukan akan dikenakan denda seperti berikut:-

a) RM3.00 bagi setiap nama dalam kategori pasukan.


b) RM2.00 bagi setiap nama dalam kategori individu.

9.9 Semua bayaran adalah secara tunai kepada pihak urusetia dan setiap
pembayaran akan diberikan resit sebagai bukti pembayaran.

9.10 Tarikh akhir pertukaran pemain adalah semasa taklimat pegawai


pasukan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

10.0 SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Kategori Berpasukan akan dijalankan secara liga di peringkat


awal dan kalah mati ( knock out) untuk pusingan kedua dan
peringkat seterusnya.
10.2 Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak memasuki peringkat
pusingan kedua dan seterusnya.

10.3 Semua pemain yang disenaraikan perlu menamatkan permainan


di peringkat liga bagi menentukan Johan dan Naib Johan
kumpulan.

10.4 Kategori individu akan bermain secara kalah mati ( knock out)
bermula pusingan pertama dan peringkat seterusnya.

10.5 Semua perlawanan akan dijalankan secara 5 permainan terbaik


daripada lima (5) permainan (best of five (5) games ) dengan
kiraan 11 mata bagi setiap set mengikut ketentuan seperti
berikut :

a) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-2


b) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-1
c) Setiap pasukan/individu yang mendapat keputusan 3-0

11.0 PENENTUAN KEMENANGAN

11.0 Sistem Liga (Kategori Berpasukan) :

a) Setiap pemain yang mendapat 3 set terbaik dikira pemenang seperti


berikut :-
i. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-0
ii. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-1
iii. Setiap individu yang mendapat keputusan 3-2

b) Setiap pasukan yang mendapat 2 perlawanan terbaik dikira pemenang


seperti berikut :
i. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-0
ii. Setiap pasukan yang mendapat keputusan 2-1

c) Setiap pasukan perlu menghabiskan semua perlawanan dalam


peringkat kumpulan semasa dalam pusingan liga dijalankan.

d) Setiap pasukan yang menang akan mendapat mata seperti berikut:


i. Menang = 2 mata
ii. Kalah = 0 mata

e) Sekiranya terdapat pasukan yang mendapat mata yang sama dalam


kumpulan, sistem berikut akan digunakan iaitu :
i. Jumlah set menang tolak jumlah set yang kalah
ii. Sekiranya seri, jumlah mata yang menang tolak jumlah mata yang
kalah
iii. Sekiranya seri, Keputusan perlawanan antara kedua-dua pasukan akan
digunakan (head to head)
iv. Sekiranya seri, pihak penganjur berhak menentukan sistem yang akan
digunakan dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

11.1 Sistem Kalah Mati (Kategori Individu):

a) Setiap pemain yang mendapat 3 set terbaik dikira pemenang seperti


berikut :-

i. Setiap individu yang mendapat


keputusan 3-0
ii. Setiap individu yang mendapat
keputusan 3-1
iii. Setiap individu yang mendapat
keputusan 3-2

b) Perlawanan tidak akan diteruskan sekiranya pemain telah mendapat 3


set terbaik (3-0) dan pemain tersebut akan mara ke peringkat
seterusnya.

12.0 KELEWATAN DAN MENARIK DIRI

12.1 Pasukan atau pemain dikehendaki melaporkan diri kepada


pengadil yang bertugas lima belas (15) minit sebelum
perlawanan dimulakan.

12.2 Pasukan atau peserta yang terlewat lima (5) minit daripada masa
yang telah dijadualkan itu, adalah dianggap memberi
kemenangan tanpa bertanding kepada pihak lawannya itu 11 0,
11 0, 11 0.

12.3 Menarik diri (walk-over) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku,


maka pasukan atau peserta yang berkenaan akan dihukum
sebagai menarik diri daripada keseluruhan pertandingan.
13.0 PAKAIAN

13.1 Sila rujuk undang undang ITTF.

13.2 Pakaian (T-shirt dan Seluar) tidak boleh sama warna dengan bola
ping pong dan pasukan perlu memakai pakaian seragam pasukan
masing-masing.

14.0 ALATAN PERTANDINGAN

14.1 Peralatan pertandingan yang diguna pakai semasa pertandingan


adalah mengikut Undang-undang Permainan Ping Pong seperti
yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Ping Pong Antarabangsa
(ITTF).

14.2 Para peserta hanya perlu membawa bad ping pong sendiri
semasa kejohanan.

14.3 Tidak dibenarkan menggunakan getah yang diubahsuai dan


sekiranya terdapat aduan pemain tersebut boleh disingkirkan
daripada kejohanan.

14.3 Bola Nittaku 3-star berwarna putih sahaja digunakan pada


kejohanan ini.

15.0 PROSEDUR BANTAHAN

15.1 Semua bantahan mesti dibuat oleh pegawai pasukan sahaja


dengan menggunakan borang bantahan yang telah disediakan
oleh pihak penganjur.

15.2 Sebarang bantahan perlu dikemukakan bersama dengan bukti-


bukti yang yang kukuh dan wang pertaruhan RM20.00 tunai. Jika
tidak lengkap, bantahan tidak akan dilayan.

15.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu
didapati gagal atau tidak berjaya. Jika berjaya, hanya RM15.00
sahaja dipulangkan, RM5.00 dikenakan bayaran proses.

15.4 Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada juri rayuan dalam


masa tiga puluh (30) minit selepas sesuatu pertandingan tamat.
15.5 Bantahan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Bantahan dan
Tatatertib yang telah dilantik.

16.0 JAWATANKUASA BANTAHAN DAN TATATERTIB

16.1 Perlantikan Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib serta prosedur


mesyuarat yang digunakan oleh Persatuan Ping Pong Malaysia
seperti berikut :-

a) Guru Besar (selaku Penasihat)

b) Penolong Kanan Kokurikulum

c) Pegawai teknik.

d) Pengerusi pertandingan.

16.2 Jawatankuasa akan bersidang dalam tempoh masa satu (1) jam setelah
menerima bantahan tersebut.

16.3 Jawatankuasa berhak mendapat sebarang maklumat daripada mana-


mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan itu
untuk membuat sesuatu keputusan.

16.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Bantahan dan


Tatatertib adalah muktamad.

17.0 HADIAH-HADIAH

17.1 Hadiah kemenangan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :-

a) Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita

i. Johan : RM50.00 + Medal + Sijil


ii. Naib Johan : RM30.00 + Medal + Sijil
iii. Tempat Ke-3 : RM20.00 + Medal + Sijil

b) Acara Bergu Lelaki, Wanita


i. Johan : RM50.00 + Medal + Sijil
ii. Naib Johan : RM40.00 + Medal + Sijil
iii. Tempat Ke-3 : RM30.00 + Medal + Sijil

18.0 JUMLAH PINGAT

BIL ACARA EMAS PERAK GANGSA

1. Perseorangan Lelaki 1 1 1
2. Perseorangan Wanita 1 1 1
3. Bergu Lelaki 2 2 2
4. Bergu Wanita 2 2 2

JUMLAH KESELURUHAN 6 6 6

19.0 PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Pihak penganjur berhak meminda, mengubah mana-mana peraturan


demi memastikan kelancaran penganjuran tanpa terlebih dahulu
memaklumkan kepada pasukan dan keputusan yang dibuat adalah
muktamad.

20.0 PEGAWAI RUJUKAN

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai berikut :-

Ketua Urus setia : En. Mohd Fairuz Azwad bin Mohd Zauwawi
No Tel : 06 555 2386
No Faks : 06 555 2189
No Hp : 012 396 1984
Email : mfairuzazwad@utem.edu.my

Teknikal : En. Mohd Yusri bin Misron


No Tel : 06 555 2196
No Faks : 06 555 2189
No HP : 019 684 6772
Email : mohdyusri@utem.edu.my

ORGANISASI TEKNIKAL PERLAWANAN (OTP)

BIL MASA PERKARA BIL TINDAKAN PASUKAN


1 1 hari Semakan urusan perlawanan 1 Semak semua peraturan dan
sebelum sehari sebelum patuhi
2 Semakan Jadual Perlawanan
3 Semakan Kad Matrik dan Kad
Pengenalan
4 Semakan peralatan
permainan
Hari Pertandingan
2 90 minit 1 Pegawai dan peserta
sebelum Tiba di dewan kejohanan 2 Persiapan latihan
memanaskan badan di meja
yang telah disediakan.
60 minit 1 Bawa bersama kad
sebelum Lapor kepada Urusetia pengenalan / surat kelahiran
Teknikal 2 Hantar senarai susunan
nama pemain (kategori
berpasukan)
15 minit Bersedia untuk masuk ke 1 Pegawai pasukan dan
sebelum gelanggang (meja) peserta bersedia untuk
masuk gelanggang apabila
nama di panggil.
10 Minit Masuk gelanggang 1 Hanya pemain yang terlibat
sebelum masuk ke gelanggang dan
pegawai pasukan diminta
berada di tempat yang telah
disediakan.

2 Pemain yang terlibat


perlu masukan baju dalam
seluar
(tuck in) sebelum masuk
gelanggang
5 minit Semakan Pengadil 1 Pemain bersalaman dengan
sebelum pengadil dan pemain lawan
2 Semakan getah dan raket
pihak lawan
3 3 minit Undian oleh pengadil untuk 1 Pemain perlu memilih servis
sebelum memilih pemain yang akan atau gelanggang
memulakan perlawanan dan
gelanggang
2 minit Sesi memanaskan badan 1 Pemain memanaskan badan
sebelum oleh pemain selama 2 minit dan penyesuaian
gelanggang.
0 minit Perlawanan dimulakan 1 Bermain mengikut
undangundang dan peraturan
2 Dibenarkan untuk mengesat
peluh dengan tuala ditempat
yang telah disediakan
dimata
campuran 6, 12, 18 dan dius
3 Dibenarkan untuk mengambil
timeout (1 minit) sekali
sahaja
sepanjang perlawanan
4 Pegawai pasukan diminta
tidak membuat bising dan
sebarang isyarat sepanjang
perlawanan (no side
coaching)
5 Pegawai dan pemain
simpanan hendaklah sentiasa
duduk
sepanjang perlawanan
berjalan
1 Pemain perlu mematuhi
peraturan pertukaran
4 - Rehat gelanggang dan arahan
pengadil.
2 Pemain dibenarkan minum
air dan tidak dibenarkan
keluar dari kawasan
gelanggang dengan izin
pengadil.
3 Bersedia memasuki meja
perlawanan sekiranya
dipanggil oleh pengadil
1 Pemain perlu
5 - Selepas Tamat Perlawanan menandatangani pada
borang keputusan
perlawanan
2 Pemain bersalaman dengan
pengadil dan pemain lawan.
3 Pemain bersalaman dengan
pegawai pasukan pihak
lawan

Jawatankuasa Teknikal & Pertandingan 1 drpd

Anda mungkin juga menyukai