Anda di halaman 1dari 14

3.5.

3 PENETAPAN
HARGA

Presented by Che Ku Nortihani Batrisyia


MAKSUD PENETAPAN HARGA
o Harga ialah nilai pertukaran dalam bentuk wang bagi sesuatu
produk atau perkhidmatan yang dipersetujui oleh penjual dan
pembeli dalam suatu urus niaga
o Penetapan harga adalah penting untuk mencapai matlamat
organisasi dalam memaksimumkan keuntugan serta
meningkatkan hasil jualan dan syer pasaran
FAKTOR – FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI PENETAPAN
HARGA

01 02
Faktor Dalaman Faktor Luaran
• Objektif pemasaran • Keadaan pasaran dan
adalah penakatan permintaan
• Strategi pemasaran • Persaingan
• Kos • Faktor persekitaran
• Pertimbangan
organisasi
FAKTOR
FAKTOR DALAMAN
DALAMAN
1) Objektif pemasaran adalah penakatan
• Objektif yang ingin dicapai oleh perniagaan
dalam penetapan harga berdasarkan sama
ada penekatan, memaksimumkan keuntugan,
memimpin pasaran atau memimpin kualiti
produk
• Objektif penakatan adalah tindakan untuk
memastikan perniagaan terus beroperasi
dengan memasarkan produk pada paras harga
yang rendah bagi mewujudkan permintaan ke
atas produk
• Harga yang rendah mestilah dapat
menampung kos tetap dan kos berubah
keseluruhan operasi untuk memastikan
perniagaan terus hidup
2)Strategi Pemasaran
• Harga produk yang ditetapkan harus mengambil kira reka bentuk
produk, jenis produk dan kualiti produk, bentuk pengedaran serta jenis
promosi yang dijalankan
• Contohnya, produk yang berkualiti dan berjenama diletakkan harga
tinggi manakala produk yang diedarkan tanpa kedai dan tidak melalui
banyak saluran pengedaran diletakkan harga yang rendah
3)Kos
• Harga yang diletakkan oleh pemasar atau
perniagaan mestilah dapat meliputi semua
kos yang terlibat dan berupaya
memperoleh keuntungan
• Pemasar harus menghitung semua kos
pengeluaran yang terlibat, iaitu kos tetap
dan kos berubah sebelum menetapkan
harga produk yang hendak dijual
• Harga mestilah dapat menampung semua
kos yang terlibat seperti pengeluaran,
pengagihan produk agar dapat memperoleh
keuntungan
4)Pertimbangan Organisasi
• Dalam organisasi besar, harga ditentukan oleh pengurusan sesebuah
organisasi
• Organisasi kecil, harga ditentukan oleh pemilik perniagaan
• Jabatan penetapan harga jualan mungkin diwujudkan jika suatu produk
sentiasa mendapat persaingan harga yang hebat di pasaran
• Harga sesuatu produk yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi iaitu
sama ada melalui pengurusan atasan atau pengurus jabatan
bergantung kepada saiz sesebuah organisasi, jenis organisasi atau
kemampuan organisasi
FAKTOR LUARAN
1)Keadaan Pasaran Dan Permintaan
• Keadaan ekonomi yang baik dan permintaan yang tinggi membenarkan
pemasar meletakkan harga bersesuaian dengan kuasa beli pengguna
• Manakala dalam keadaan ekonomi yang meleset akan memberi kesan
kepada kos pengeluaran persepsi pengguna terhadap nilai dan harga
• Penetapan harga juga bergantung kepada jenis pasaran tersebut
dipasarkan:
i)Pasaran persaingan sempurna
>Harga produk tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya kerana
pembeli akan beralih kepada penjual yang menjual harga yang
lebih rendah
>Contohnya, perniagaan yang menjual barang makanan
ii)Pasaran persaingan monopolistik
>Penjual boleh menetapkan harga yang berbeza dalam suatu julat
harga tertentu
>Perbezaan dari segi kelebihan produk yang ditawarkan boleh
mempengaruhi pengguna dalam membuat keputusan pembelian
seperti aspek kualiti, gaya dan perkhidmatanyang diberikan
>Contohnya, perniagaan menjual pakaian
iii)Pasaran oligopoli
>Penetapan harga adalah sensitif dalam
pasaran
>Penurunan harga akan diikuti oleh pesaing
lain tetapi kenaikan harga tidak akan diikuti
oleh pesaing
>Contohnya, industri penerbangan dan
perniagaan kereta
iv)Pasaran monopoli
>Hanya terdapat penjual tunggal dalam pasaran
>Penjual mempunyai kebebasan untuk
menetapkan harga produk yang dapat
memberikan keuntungan lebih kepada syarikat
>Contohnya, dalam industri kuasa dan tenaga
2)Persaingan
● Persaingan yang wujud perlu diambil kira oleh pemasar sebelum
menetapkan harga produk

● Harga produk yang dikenakan oleh pesaing akan mempengaruhi


penetapan harga yang akan dibuat oleh pemasar

● Kerana pemasar perlu membandingkan harga dengan kualiti


produk pesaing sebelum menetapkan harga bagi mengelakkan
kelembapan jualan

● Contohnya, menaikkan harga dan menawarkan diskaun harga


akan menyebabkan atau mempengaruhi harga produk sesebuah
perniagaan seterusnya mempengaruhi jualan produk
3)Faktor Persekitaran
• Persekitaran sosiobudaya dan perundangan menentukan tingkat harga
yang boleh ditetapkan oleh pemasar
• Kawalan kerajaan terhadap harga produk kawalan juga mempengaruhi
harga yang ditetapkan oleh pemasar
• Contohnya, mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana harga yang
dikenakan harus berpatutan bagi produk kawalan seperti gula, minyak
masak dan tepung gandum
• Penetapan harga juga harus mempertimbangkan faktor sosial, iaitu
pemasar tidak boleh mengekan harga yang terlalu tinggi sehingga
membebankan pengguna semata-mata kerana ingin mendapatkan
keuntungan yang lebih
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai