Anda di halaman 1dari 2

KUIZ 4 : [ PILIHAN RAYA]

NAMA : ____________________________________ TING : __________________

1 Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


A Mendengar petisyen pilihan raya
B Menyemak sempadan pilihan raya
C Meminda undang-undang pilihan raya
D Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihanraya
2 Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos?
A Pegawai swasta yang bekerja pada hari pilihan raya
B Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
C Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
D Pesakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi

Yang Dipertua Dewan Rakyat telah menghantar notis kekosongan kerusi Dewan Rakyat bagi
kawasan Parlimen X kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
3 Tindakan di atas diambil kerana wakil rakyat berkenaan
A dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam satu pilihan raya kecil
B dikenakan tindakan disiplin oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan
C dibuktikan bersalah dalam prosiding yang berhubung dengan salah laku pilihan raya
D tidak menghadiri sidang dalam tempoh tiga bulan selepas sidang pertama Dewan Rakyat
4 Yang manakah pernyataan benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan raya?
A Tempoh perkhidmatan anggota tamat setelah usianya menjangkau 58 tahun
B Bayaran saraan ditentukan daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan
C Pemecatan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri
D Pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
5 Yang manakah yang termaktub dalam bidang tugas Suruhanjaya Pilihan raya?
I Membuat semakan daftar pemilih
II Membatalkan sesuatu keputusan pilihan raya
III Mencadangkan persempadanan semula kawasan pilihan raya
IV Menetapkan bahawa pilihan raya diadakan empat tahun sekali
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
6 Antara yang berikut, yang manakah individu yang layak bertanding dalam pilihan raya?
I Seorang yang diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan belum dilepaskan
II Seorang yang telah hilang wang pertaruhannya dalam pilihan raya sebelumnya
III Seorang yang memegang jawatan berpendapatan tetap dalam perkhidmatan awam
IV Seorang warganegara Malaysia yang telah berkahwin dengan seorang wanita warganegara asing
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
7 Antara yang berikut, yang manakah yang benar tentang Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Pemecatan dilakukan oleh Perdana Menteri
B Seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam
C Saraan ditentukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
D Pelantikan dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
8 Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
A pengundian dijalankan
B penamaan calon pilihan raya
C keputusan pilihan raya diwartakan
D mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

9 Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
A I dan II C II dan I
B I dan III D III dan IV
10 Yang manakah keadaan yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan?
A Berlaku kekosongan kerusi apabila seseorang ahli Dewan Negara meninggal dunia
B Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri didakwa atas kesalahan menghina mahkamah
C Seorang Ahli Dewan Rakyat bertindak meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan
D Seorang Ahli Dewan Rakyat didenda dan dihukum penjara 11 bulan

Laporan perbelanjaan pilihan raya mestilah dihantar kepada X dalam tempoh 31 hari selepas tarikh keputusan
pilihan raya disiarkan di dalam Warta Kerajaan.
11 X yang dinyatakan dalam penyataan di atas merujuk kepada
A Pengarah Pilihan Raya Negeri
B Setiausaha Pilihan Raya Negeri
C Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
D Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
12 Petisyen Pilihan Raya boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi dalam tempoh 21 hari bermula dari tarikh
A dewan dibubarkan
B pengundian dijalankan
C persidangan dewan yang pertama
D keputusan pilihan raya diwartakan
13 Yang manakah benar tentang keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Dilantik setelah mendapat persetujuan Kabinet
B Boleh dipecat melalui tribunal oleh Perdana Menteri
C Surat peletakkan jawatan diserah kepada Perdana Menteri
D Boleh berkhidmat sehingga umur enam puluh enam tahun
14 Siapakah yang berhak mengundi melalui pos?
I Anggota tentera
II Banduan di penjara
III Peniaga di luar negara
IV Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15 Yang manakah antara yang berikut bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya?
A Mempersembahkan keputusan pilihan raya Parlimen kepada Yang Dipertuan Agong
B Menyemak daftar pemilih
C Menyemak sempadan kawasan pilihanraya untuk diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri
D Menjalankan pemilihan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara
16 Yang manakah antara pernyataan yang berikut tidak benar tentang pilihan raya?
A Rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas dan sudah mendaftarkan namanya dengan Suruhanjaya
Pilihan raya layak mengundi
B Seorang pengundi yang sah yang diwadkan di hospital boleh mengundi
C SPR bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan orang awam semasa pilihan raya
D Pilihan raya kawasan Dewan Undangan Negeri boleh diadakan sebelum pilihan raya kawasan Parlimen
Disediakan oleh : Pn. Kasturi/SMHZA/2016

Anda mungkin juga menyukai