Anda di halaman 1dari 4

Panitia Pengajian AM KSAH

SOALAN STPM PENGGAL 1 STPM 2013


(Disediakan Oleh: Sofiah Zakaria & Ahmad Fauzi KSAH)

BAHAGIAN A
1

Yang manakah ciri asas sesebuah negara?


A Diterajui oleh parti politik tertentu
B Ditadbir secara demokrasi berparlimen
C Diperintah oleh kerajaan yang berdaulat
D Diperkukuh oleh sistem ekonomi yang baik

Yang manakah pelanggaran kebebasan asasi menurut Perlembagaan Persekutuan?


A Encik P tidak dibenarkan memasuki Sarawak.
B Encik Q diambil tanahnya dengan bayaran pampasan yang dipersetujui.
C Encik R dirampas hartanya kerana terlibat dengan akiviti pengubahan wang haram.
D Encik S dihalang daripada berunding dengan peguam pilihannya semasa dalam tahanan.

Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?


I. Tidak boleh dibuat pindaan
II. Asas kepada pembentukan kerajaan
III. Merupakan undang-undang tertinggi
IV. Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh seorang menteri atas kuasa yang diberi oleh Akta
Parlimen
Penyataan di atas merujuk kepada
A Ordinan
B Enakmen
C Perundangan Kecil
D Doktrin duluan kehakiman

Panitia Pengajian AM KSAH


5

Yang manakah benar tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong?


I. Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan
II. Kuasa mengisytiharkan darurat jika negara terancam
III. Kuasa pengampunan di Mahkamah Syariah untuk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia
IV. Kuasa budi bicara dalam menganugerahkan pingat dan pangkat kepada pembesar negara
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari tarikh
A pengundian dijalankan
B penamaan calon pilihan raya
C keputusan pilihan raya di wartakan
D mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

Yang manakah alasan bagi sesuatu pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I. Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II. Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III. Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV. Calon gagal menghatar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model Ekonomi Baru
Mengkomersialkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan (R & D) oleh universiti
dan institusi penyelidikan

Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan


A Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
B Unit Kerjsama Awam Swasta (UKAS)
C Unit Perancang Ekonomi (EPU)
D Unit Inovasi Khas (UNIK)
9

Yang manakah benar tentang tadbir urus yang baik?


A Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
B Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
C Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
D Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan

Panitia Pengajian AM KSAH


10 Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. integriti
II. prosedur
III. budi bicara
IV. akauntabiliti
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
11 Yang manakah yang tertakluk dalam bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri?
I. Perancangan bandar dan desa
II. Pertanian dan perhutanan
III. Kutipan zakat dan fitrah
IV. Kesihatan awam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
12 Yang manakah yang benar tentang Ketua Setiausaha Negara?
A Menjadi ahli Majlis Kewangan Negara
B Menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
C Memegang jawatan setelah dilantik oleh Perdana Menteri
D Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Negara
13 Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Jemaah Pengampunan berkuasa untuk mengampunkan
kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di
A Mahkamah Majistret di Johor
B Mahkamah Tinggi di Kelantan
C Mahkamah Syariah di Sarawak
D Mahkamah Sesyen di Selangor
14 Yang manakah yang terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
I. Penentuan jenis mata wang
II. Penangkapan ikan di sungai
III. Pengeluaran lesen pembalakan
IV. Penetapan sukatan mata pelajaran prasekolah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Panitia Pengajian AM KSAH


15

A
B
C
D

Menggubal dan mentadbir dasar pengurusan perolehan kerajaan


Menguruskan pinjaman bagi pihak kerajaan
Jabatan Audit Negara
Bank Negara Malaysia
Perbendaharaan Malaysia
Jabatan Akautan Negara
BAHAGIAN B

16 Huraikan dua cara bagaimana seorang tertuduh boleh dihadapkan ke mahkamah.


17 Nyatakan tiga elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia.
18 Terangkan empat peranan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia.
19 Terangkan dua keadaan PBT perlu merujuk kepada kerajaan negeri sebelum sesuatu perkara yang
baharu di laksanakan.
BAHAGIAN C
20 Penetapan gaji minimum dalam sesuatu bidang pekerjaan perlu dilakukan untuk memastikan golongan
pekerja di negara ini memperoleh pendapatan yang berpadanan dengan pekerjaan yang mereka lakukan.
Bincangkan kebaikan pelaksanaan penetapan gaji minimun
21 Warisan budaya yang dimiliki sesebuah masyarakat mempunyai kepentingan tersendiri. Oleh itu
langkah-langkah bagi memastikan warisan budaya masyarakat tersebut terus wujud perlu diambil.
Bincangkan
22 Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai jenis barangan kraftangan. Usaha perlu dijalankan
untuk menjadikan industri kraftangan ini sebagai satu industri berskala besar yang mempu memberi
sumbangan kepada ekonomi negara. Bincangkan.

Anda mungkin juga menyukai