Anda di halaman 1dari 8

Nama : NUR SABRINA BINTI JAMALLUDIN No.

Kad Pengenalan : 030321140598

BAHAGIAN A (15 markah)


Jawab semua soalan dan tuliskan pilihan jawapan anda dalam ruang kertas jawapan yang
disediakan di mukasurat 5.

1. Yang manakah pembentuk dasar tertinggi negara

A. Majlis Mesyuarat Kerajaan


B. Jemaah menteri
C. Parlimen
D. Suruhanjaya Diraja

2. Yang manakah alasan bagi sesuatu keputusan pilihan raya boleh dicabar di mahkamah?
I Perbuatan merasuah pengundi yang dilakukan oleh calon pilihan raya
II Ketidakpatuhan calon terhadap peruntukan undang-undang pilihan raya
III Calon gagal menurunkan poster dan bendera parti selepas hari mengundi
IV Calon gagal menghantar penyata pilihan raya dalam tempoh yang ditetapkan
A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

3. Tempoh genap lima tahun Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri bermula dari
tarikh
A. pengundian dijalankan
B. penamaan calon pilihan raya
C. keputusan pilihan raya diwartakan
D. mesyuarat pertama Dewan selepas pilihan raya

4. Yang manakah tugas kabinet?


A. Melantik setiausaha politik
B. Merancang dasar pembangunan negara
C. Meluluskan anggaran perbelanjaan tahunan
D. Membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan

5. Konsep Doktrin Pengasingan Kuasa memperjelaskan


A. Pengasingan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri
B. Pengasingan kuasa antara Parlimen, Kabinet dan Mahkamah
C. Pengasingan kuasa antara Parlimen dengan Dewan Undangan Negeri
D. Penasingan kuasa antara Mahkamah Tinggi dengan Mahkamah Rendah
6. Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?
I Tidak boleh dibuat pindaan
II Asas kepada pembentukan kerajaan
III Merupakan undang-undang tertinggi
IV Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

7. X mengeluarkan notis kepada pemilik kedai runcit supaya menamatkan


operasi perniagaan kerana terlibat dalam kegiatan menyorokkan barang
kawalan
Berdasarkan pernyataan di atas, X merujuk kepada
A. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
B. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
C. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
D. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

8. Yang manakah menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sesebuah negara


demokrasi?
I Rakyat memilih Ketua Negara
II Rakyat diwajibkan mengundi
III Rakyat memilih wakil ke Dewan Rakyat
IV Rakyat berhak memilih kerajaan melalui pilihan raya
A. I dan II C. II dan III
B I dan IV D. III dan IV

9.  Mengenal pasti isu dan cabaran yang mempengaruhi ekonomi negara

 Menyediakan pelan tindakan ekonomi negara

Yang manakah berkaitan dengan maklumat di atas?


A. Jawatankuasa Kabinet
B. Majlis Tindakan Ekonomi
C. Unit Perancangan Ekonomi
D. Jabatan Pembangunan Persekutuan

10. Kriteria peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri adalah berdasarkan
A. hubungan baik dengan Kerajaan Pusat
B. hasil kerajaan negeri
C. bilangan penduduk
D. keluasan negeri
11. Yang manakah majlis yang ditubuhkan untuk tujuan penyelarasan antara Kerajaan
Persekutuan dengan kementerian-kementerian?
I Majlis Keselamatan Negara
II Majlis Angkatan Tentera
III Majlis Tanah Negara
IV Majlis Perancang Negara
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

12.
 Meningkatkan daya saing Malaysia bagi mencapai matlamat Model
Baru Ekonomi

 Mengkomersilkan hasil penemuan penyelidikan dan pembangunan


(R&D) oleh universiti dan institusi penyelidikan

Hasrat di atas akan dapat dicapai melalui penubuhan


A. Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (UPP)
B. Unit Kerjasama Awam dan Swasta (UKAS)
C. Unit Perancang Ekonomi (EPU)
D. Unit Inovasi Khas (UNIK)

13. Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara
A. melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan
B. penggunaan sumber yang ekonomik
C. prosedur kerja yang lebih kompleks
D. meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam

 Pulangan balik perbelanjaan


14.  Caruman
 Terimaan perkhidmatan

Perkara di atas merujuk


A. hasil-hasil cukai
B. terimaan bukan hasil
C. hasil-hasil bukan cukai
D. hasil-hasil Wilayah Persekutuan

15. Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?
A. Prosedur kerja yang kompleks
B. Kepimpinan yang bersifat terbuka
C. Penggunaan sumber yang maksimum
D. Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa
BAHAGIAN A (15 markah)

No. Jawapan No. Jawapan No. Jawapan

1 B 6 C 11 B
2 A 7 B 12 D
3 D 8 B 13 D
4 B 9 B 14 B
5 B 10 C 15 A
BAHAGIAN B (15 markah)
Jawab semua soalan.

16. Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi, namun


masih boleh dipinda.

a. Berikan tiga cara pindaan perlembagaan dibuat.

(3 markah)

i) Mendapat pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen

ii) Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen

iii) Mendapat pungutan suara majoriti dua pertiga ahli Majlis Parlimen dan mendapat
perkenan Majlis Raja-Raja

b. Terangkan dua sebab pindaan perlembagaan perlu dilakukan

(2 markah)

i) Menjaga keharmonian kaum

ii) Melicinkan pentadbiran negara

17. Berdasarkan jadual berikut, senarai tiga golongan yang boleh mengundi melalui pos.
(3 markah)

Warganegara
Para pegawai SPR Banduan yang Pegawai Tentera
Malaysia yang
yang bertugas pada telah mendaftar yang berkhidmat di
sedang melancong
hari mengundi sebagai pemilih. hutan
di luar Negara.

Pemilih yang telah Anggota Polis yang


Warganegara Warganegara
mendaftar sebagai ditetapkan oleh
Malaysia yang Malaysia berusia
pemilih tidak hadir undang-undang
tidak siuman 21 tahun ke atas
Malaysia

i) Para pegawai SPR yang bertugas pada hari mengundi

ii) Anggota Polis yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia

iii) Warganegara Malaysia yang sedang melancong di luar Negara


18 .  Kementerian ialah agensi pelaksana tertinggi dalam jentera pentadbiran
Negara.
 Kementerian dipertanggungjawabkan kepada seorang menteri untuk
memegang satu atau lebih portfolio.

a) Namakan siapakah yang bertanggungjawab menentukan bilangan sesebuah kementerian.


(1 markah)
- Ketua Setiausaha Kementerian

b) Jawatan Setiausaha Parlimen boleh diwujudkan dalam sesebuah kementerian. Apakah


tujuan jawatan tersebut?
(1 markah)
- Untuk membantu Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri pada
menunaikan tugas-tugas

c) Senaraikan dua cara penyelarasan pentadbiran antara kementerian.


(2 markah)
i) Melalui Majlis Tindakan Negara
ii) Melalui Majlis Perancang Negara

19. Berdasarkan carta di bawah:


Pembahagian Kuasa

(Jadual 9- Perlembagaan Persekutuan

Senarai X Senarai Y Senarai Z

Contoh: Pengangkutan Contoh: Air Contoh: Biasiswa

Nyatakan X, Y dan Z. (3 markah)

i) Persekutuan

ii) Negeri

iii) Bersama
BAHAGIAN C
(50 markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan

22. Kenaikan harga barang semakin membebankan yang rakyat. Kerajaan perlu mengambil
inisiatif untuk membendung mengurangkan kenaikan harga barangan. Huraikan.

(25 markah)

Sejak akhir-akhir ini, kenaikan harga barang telah menjadi bulan masyarakat akibat
pergolakan ekonomi yang melanda. Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk membendung
mengurangkan kenaikan harga barangan.

Antara punca berlakunya kenaikan harga ialah peniaga yang bersikap tamak haloba yang
sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang
lumayan, terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan
keperluan. Mereka enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang
gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing
kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga
untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan
seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu
peluang.

Selain itu, bencana alam juga merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang.
Ketika berlakunya banjir atau kemarau yang berpanjangan, hasil tanaman pasti berkurangan.
Sejak beberapa tahun ini, negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India
dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil
tanaman mereka mengalami kemerosotan. Akibatnya, kerajaan negara berkenaan sanggup
mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum,
bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa
turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang
semakin mahal.

Seterusnya, langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah setiap rakyat
Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Kita haruslah berhati-hati ketika
membelanjakan wang terutamanya semasa keadaan ekonomi tidak stabil. Amalan ini boleh
dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan makan di restoran atau gerai. Kita boleh
membudayakan amalan makan di rumah kerana harga makanan di kedai makan turut meningkat.
Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan permintaan terhadap sesuatu barangan sekali gus
dapat mengurangkan kenaikan harga barang.
Tambahan pula, ketua keluarga kepada setiap institusi kekeluargaan hendaklah merancang
perbelanjaan keluarga dengan teliti bak kata pepatah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan yang sebenarnya.
Hal in bermaksud, barang-barang kehendak perlulah diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli
keluarga hendaklah menangguhkan pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot
dan sebagainya. Mereka hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti
beras, gula, tepung dan sebagainya

Justeru itu, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat pemantauan. Malah
mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan tanpa
mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan. Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah
mengadakan lawatan mengejut dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual sentiasa
mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap seperti lintah darat. Sebagai
contohnya, mana-mana penjual yang menaikkan harga barangan secara sesuka hati atau cuba
memasang lukah di pergentingan, mereka hendaklah didakwa di mahkamah. Tindakan in akan
menyebabkan mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara
menghadapi kemelut kenaikan harga minyak.

Kesimpulannya, pihak kerajaan terutama Kementerian dalam Negeri, Koperasi dan Hal
Ehwal Pengguna harus bertindak bijaksana seperti menarik rambut di dalam tepung untuk
menangani masalah ini daripada terus menular.

Anda mungkin juga menyukai