Anda di halaman 1dari 19

No Kad Pengenalan : …………………………..

Nama : …………………………………

STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
900/1 PENGAJIAN AM
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM 2021
KSTP,STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
KERTAS 1
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM
STPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPMSTPM

SET 6

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

2 Jam
Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.
Untuk kegunaan pemeriksa
Jawab semua soalan dalam Bahagian A.Tandakan jawapan yang
Bahagian A
betul pada borang Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.
15
Jawab semua soalan dalam Bahagian B. Tulis jawapan dalam Bahagian B
ruang yang disediakan. 16
17
Jawab dua soalan sahaja dalam Bahagian C. Anda boleh 18
menjawab semua soalan tetapi hanya dua jawapan pertama yang 19
akan diperiksa. Bahagian C
20
Tulis jawapan dalam helaian jawapan yang disediakan. Mulakan 21
setiap jawapan pada helaian jawapan yang baharu. 22
Jumlah
Ikatkan helaian jawapan Bahagian C bersama-sama dengan muka hadapan dan helaian
jawapan Bahagian B.

Kertas soalan ini terdiri daripada 09 halaman bercetak.


Bahagian A (15 markah)

Jawab semua soalan

1. Yang manakah pernyataan yang benar tentang konsep negara berdaulat?.

I. Mempunyai hubungan luar


II. Suatu kelompok yang mendiami sesebuah wilayah
III. Sebuah wilayah yang mempunyai institusi pemerintahan yang berkesan
IV. Mempunyai ideology, bendera, jata negara dan lagu kebangsaan
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV

2. Doktrin Pengasingan Kuasa yang diamalkan di Malaysia adalah untuk

A Memastikan ketidakwujudan pemusatan kuasa

B Melibatkan rakyat dalam pentadbiran


C Melaksanakan sistem demokrasi tulin
D Mewujudkan pemerintahan yang adil dan saksama

3.
X

Penggabungan Wilayah
Warganegara
Naturalisasi / Kemasukan

Kuat kuasa undang-undang

X merujuk?
I Seseorang yang tinggal di Sabah dan menjadi warganegara.
II Seseorang wanita yang bersuami dan suaminya adalah warganegara
III Seseorang yang di bawah umur 21 tahun dan ibu atau bapanya adalah warganegara
IV Seseorang berumur 18 tahun dan membuktikan bermastautin di Persekutuan selama
enam tahun.

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV
4. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berunding dengan Majlis Raja-Raja apabila baginda
ingin melantik

A Peguam Negara.
B Ketua Polis Negara.
C Akauntan Negara.
D Ketua Hakim Negara.

5. Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di Mahkamah Syariah di Malaysia?


I Pengamalan ajaran sesat
II Penjualan minuman keras
III Pengambilan anak angkat
IV Pembahagian harta pusaka

A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

6. Yang manakah antara berikut yang berkuasa meluluskan pertukaran status tanah daripada
tanah pertanian kepada tanah pembangunan?

A Dewan Undangan Negeri B Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri


C Pihak Berkuasa Tempatan D Pejabat Daerah dan Tanah

7. Yang manakah antara yang berikut adalah dalam Senarai Bersama ?


I Membaikpulih kawasan bekas lombong
II Perikanan di laut dalam
IIIMencegah tunjuk perasaan dan rusuhan
IV Pencegahan penyakit

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV

8. Yang manakah antara kes-kes pembuangan kerja berikut boleh dirujuk kepada
Mahkamah Perusahaan?
I Seorang pembantu makmal yang telah dipecat oleh Pengetua SMK Ayer Tawar, Perak
II Seorang askar wataniah yang dibuang kerja oleh Majlis Angkatan Tentera
III Seorang kerani yang dibuang kerja oleh Syarikat Federal Express Sdn Bhd.
IV Seorang pengawal keselamatan dipecat oleh Tenaga Nasional Bhd.

A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV


9.
Encik S mengamuk dengan menggunakan parang panjang di stesen bas Kluang

Encik S boleh ditahan melalui


A saman
B waran tangkap
C writ mahkamah
D tangkapan tanpa waran

10. Antara pernyataan yang berikut, yang manakah benar mengenai Perbendaharaan ?
A menggubal dasar perkhidmatan awam
B mengesan keperluan dan menjalankan penyelidikan
C menyediakan sistem yang sesuai untuk mendapatkan wang
D menyediakan rancangan pembangunan Kebangsaan Lima Tahun

11. Yang manakah antara berikut adalah badan penyelaras yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan untuk tujuan penyelarasan antara Kerajaan Pusat dengan
Kerajaan Negeri
I. Majlis Tanah Negara
II. Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan
III. Majlis Perhutanan Negara
IV. Majlis Perumahan Negara

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV
12.

Badan Berkanun Badan tidak Berkanun


I Diadakan di bawah akta Parlimen atau Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat
Enakmen Dewan Undangan Negeri

II Pegawai Perkhidmatan yang boleh Pegawai Perkhidmatan yang tidak boleh


dipinjam dipinjam

III Anggaran belanjawan tahunan Anggaran belanjawan tahunan tertakluk


tertakluk kepada kawalan agensi pusat kepada kawalan agensi pusat

IV Tidak boleh menubuhkan syarikat Tidak boleh menubuhkan syarikat


Antara berikut, yang manakah benar tentang Badan Berkanun dan Badan Tidak Berkanun ?

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

13.
 Memberikan nama jalan
 Mengeluarkan lesen pusat hiburan

Pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam tugasan di atas ialah


A Pihak Berkuasa Tempatan
B Pejabat Tanah dan Daerah
C Perbadanan Pembangunan Bandar
D Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

14. Ketirisan maklumat dalam organisasi perkhidmatan awam boleh dielakkan dengan cara
A melebarkan jurang komunikasi antara kakitangan
B penggunan sumber yang ekonomik
C prosedur kerja yang lebih kompleks
D meningkatkan kemampuan komunikasi penjawat awam

15. Yang manakah fungsi Majlis Raja-raja


I. Menentukan hari-hari kelepasan negeri
II. Memberikan nasihat mengenai perlantikan Hakim Besar
III. Mempersetujui atau tidak mempersetujui perubahan sempadan negeri
IV Mempertimbang amalan atau upacara agama dalam Persekutuan

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
Bahagian B [15 markah]

Jawab semua soalan.


16. Berdasarkan gambar rajah di bawah, huraikan dua ciri Negara berdaulat. [4]

Merdeka

Berkuasa sendiri

Ciri Negara
Berdaulat

Berwibawa

Beridentiti

a)………………………………………………………………………………………....................

………………………………………………………………………………………....................

………………………………………………………………………………………....................

(b)………………………………………………………………………………………..................

………………………………………………………………………………………........................

………………………………………………………………………………………........................
17. Jelaskan dua perbezaan ciri Dewan Bandaraya dan Majlis Daerah [4]
a)………………………………………………………………………………………....................

………………………………………………………………………………………........................

………………………………………………………………………………………........................

(b)………………………………………………………………………………………...................

………………………………………………………………………………………........................

………………………………………………………………………………………........................

18 Nyatakan empat fungsi Perbendaharaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara


yang mampan. [4]

(a)…………………………………………………………………………………………………...

(b) …………………………………………………………………………………………………..

(c) …………………………………………………………………………………..........................

(d) …………………………………………………………………………………….. …………..

19 Berikan tiga kepentingan tadbir urus baik. [3]

(a)………………………………………………………………………………………………

(b) ……………………………………………………………………………………………..

(c) ………………………………………………………………………………….................

(d) …………………………………………………………………………………………….
Bahagian C (50 Markah)

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga
350 patah perkataan.

20. Sektor pertanian Malaysia memerlukan Sains dan Teknologi dalam perubahan struktur
dengan mengambil kira penggunaan dan pengintegrasian teknologi terkini dengan lebih meluas
dalam bidang pertanian. Bincangkan.

21. Pelbagai usaha dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional,
namun masih terdapat pelbagai faktor yang menjadi masalah dalam pembentukan masyarakat
yang bersatu padu di Malaysia. Huraikan.

22. Kelemahan peribadi merupakan punca berlakunya rasuah. Walaubagaimanapun terdapat juga
punca-punca lain yang menjadi punca berleluasanya gejala rasuah di Malaysia. Jelaskan.

-KERTAS SOALAN TAMAT-


CADANGAN JAWAPAN

Bahagian A

1. B 2. A 3. C 4. D 5. D
6. B 7. B 8. D 9. D 10. C
11. A 12. A 13. A 14. D 15. D

Bahagian B

16. Huraikan dua ciri Negara berdaulat.


a) Merdeka.
 Bebas daripada penjajahan kuasa asing sama ada dari segi politik, ekonomi, dan
sosial.
 Bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh kuasa asing.
b) Berkuasa sendiri
 Mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir urus berdasarkan perlembagaan
sendiri.
c) Berwibawa
 Memiliki kuasa politik dan ekonomi yang stabil
 Mampu menjamin keamanan dan keselamatan rakyat
 Diiktiraf kewibawaannya oleh negara luar
 Mempunyai hubungan luar
d) Beridentiti sendiri
 Mempunyai ideologi, bendera, jata negara dan lagu kebangsaan
 Malaysia bersahabat dengan semua negara tanpa mengira ideologi

17. Jelaskan dua perbezaan ciri Dewan Bandaraya dan Majlis Daerah
a) Ketua
 Dewan Bandaraya diketuai Datuk Bandar manakala Majlis Daerah diketuai oleh
Yang dipertua Majlis Daerah
b) Bilangan penduduk
 bilangan penduduk bagi Dewan Bandaraya tidak kurang 500 000 orang manakala
bilangan penduduk di dalam Majlis Daerah kurang daripada 150 000 orang
c) Sumber kewangan
 sumber kewangan Dewan Bandaraya melebihi RM 100 juta setahun manakala
Majlis Daerah kurang daripada RM 20 juta setahun
d) Tempoh perkhidmatan
 anggota majlis iaitu tempoh perkhidmatan anggota Majlis Bandaraya 2 tahun
manakala tempoh perkhidmatan anggota Majlis Daerah 1 tahun
e) Kedudukan kawasan pentadbiran
 kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya teletak dikawasan Bandar raya yang
memenuhi kriteria yang ditetapkan manakala Majlis Daerah lebih tertumpu di
kawasan luar Bandar

18. Nyatakan empat fungsi Perbendaharaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi negara
yang mampan. – ms 84
a) Merancang dasar kewangan & belanjawan negara
b) Menganalisis ekonomi negara & antarabangsa
c) Mendapatkan sumber kewangan negara
d) Mengagihkan kewangan kepada agensi kerajaan
e) Merumus & melaksanakan dasar cukai
f) Menyelia & mengatur industry insurans

19. Berikan tiga kepentingan tadbir urus baik – ms 117


a) Memperkasa daya saing negara
b) Menjana potensi insan bagi memperkasa prestasi perkhidmatan
c) Menerajui transformasi perkhidmatan
d) Mengekalkan profesionalisme dan tadbir urus dalam perkhidmatan
e) Memenuhi ekspektasi stakeholder dan pelanggan

BAHAGIAN C

SOALAN 20

Pendahuluan :
Sektor pertanian Malaysia memerlukan Sains dan Teknologi dalam perubahan struktur dengan
mengambil kira penggunaan dan pengintegrasian teknologi terkini dengan lebih meluas dalam
bidang pertanian.

Bi Idea Huraian
l
1. Perubahan :  Penggunaan baja organic dapat menghasilkan
tanaman yang lebih berkualiti
Penghasilan baja organik  Baja organic yang digunakan untuk tanaman
sayur-sayur bebas daripada pencemaran baja
kimia dan bahan kimia yang lain
 Sayur-sayuran yang menggunakan baja organic
mempunyai kadar tumbesaran yang cepat dan
subur
2. Penggunaan jentera  Dengan kemudahan jentera mesin, para petani
dapat menghasilkan hasil tanaman dengan banyak
di samping menjimatkan tenaga dan masa
 Penggunaan jentera mesin juga dapat
meningkatkan kuantiti dan kualiti dengan cepat
dan mudah
 Contohnya, jentera memproses padi dapat
memungut hasil tuaian dengan cepat dan
berkuantiti banyak.
 Penggunaan jentera moden dalam proses
membajak, menanam dan menuai
 Membolehkan tanah diusahakan dalam skala
besar dengan mudah dan cepat

3. Kawalan makhluk perosak  Menggunakan kaedah kawalan biologi dapat


menangani perosak dan mengurangkan
kehilangan nutrien serta memelihara struktur
tanah
 Kaedah kawalan makhluk perosak juga telah
memberi peningkatan dari segi kualiti hasil
pertanian iaitu hasil pertanian lebih baik dan
sempurna

4. Pemuliharaan tanah  Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan


menggunakan kaedah moden
 PH tanah disesuaikan dengan tanaman tertentu
 Kandungan dan struktur tanah yang tidak subur
dipulihkan dengan mencampurkan kapur dan
garam mengikut keperluan tanaman

5. Penghasilan baka  Dengan menggunakan kemajuan bidang


bioteknologi, baka baru dalam bidang pertanian
dapat dihasilkan
 Penggunaan teknologi berasaskan nuclear mampu
menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik
dan bermutu
 Baka baru ini mempunyai daya ketahanan yang
tinggi, lebih berkualiti dan berupaya
mengeluarkan hasil dalam jangka masa singkat

6. Sistem pengairan yang  Tanaman memerlukan air yang mencukupi untuk


sistematik menghasilkan produktiviti yang berkualiti
 Sistem pengairan menggunakan teknologi moden
dapat memastikan bekalan air mencukupi
 Pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun
 Bekalan air dapat di kawal

7. Teknologi sinaran makanan  Penggunaan teknologi pengionan terhadap hasil-


hasil pertanian seperti buah-buahan dan sayur-
sayuran dapat memastikan hasil tanaman tahan
lebih lama
 Sinaran gama dipancarkan pada hasil buah-
buahan dapat membunuh mikroorganisma yang
berada di luar atau di dalam buah-buahan
memastikan hasil tidak mudak rosak

8. Kaedah penyimpanan dan  Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat
pembungkusan memastikan hasil-hasil pertanian dapat disimpan
dan tahan lebih lama
 Teknik pembungkusan menggunakan kaedah
vakum dapat memastikan mikroorganisma /
bakteria tidak dapat membiak dan merosakkan
hasil tanaman

9. Kaedah teknologi terkini  Hal ini termasuk penggunaan teknologi “Big


Data” yang boleh diaplikasikan untuk
mewujudkan rantaian bekalan pertanian tempatan
 Teknologi “drone” boleh digunakan untuk
menyembur racun serangga, menganalisis tanah
penanaman dan memantau hasil tanaman dengan
cepat dan tanpa menggunakan tenaga kerja yang
ramai
 Alat pengesan atau sensor boleh digunakan untuk
menghantar data atau maklumat berkaitan
tanaman secara serta merta untuk tindakan
lanjutan oleh para petani
 Mewujudkan konsep estet di kawasan-kawasan
pertanian tertentu, di mana tanah penanaman
beberapa petani boleh dikumpulkan menjadi
sebuah estet

Penutup :

Kesimpulannya, bagi menyediakan tenaga mahir dan separa mahir bagi tujuan melestarikan
revolusi teknologi, inti pati pengajian TVET perlu ditekankan kepada industri pertanian.

Kombinasi : 5 + 0

SOALAN 21

Pendahuluan :

Pelbagai usaha dilaksanakan dalam memupuk semangat perpaduan dan integrasi nasional,
namun masih terdapat pelbagai faktor yang menjadi masalah dalam pembentukan masyarakat
yang bersatu padu di Malaysia.

Bil Idea Huraian


1. Usaha :  Melalui dasar pendidikan semua sekolah di
Malaysia menggunakan sukatan pelajaran yang
Dasar pendidikan sama, kurikulum yang sama, peperiksaan yang
seragam, dan Bahasa Kebangsaan sebagai
Bahasa pengantar utama dalam sistem
pendidikan negara
 Persamaan dan keseragaman dalam sistem
pendidikan negara dapat mempercepatkan lagi
perpaduan dan integrasi nasional

2. Mengurangkan jurang ekonomi  Kadar kemiskinan yang tinggi masih dikuasai


antara kaum oleh kaum Melayu dan bumiputera
 Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, masalah
lain akan timbul antaranya kecemburuan sosial
antara kaum bumiputera dan kaum-kaum lain,
berasa diri tertindas, gejala sosial, peningkatan
kadar jenayah, dan sebagainya.
 Bagi mengatasi masalah tersebut, pembahagian
“kek ekonomi” mestilah dibuat dengan cara
yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum
yang ada di Malaysia
 Keadilah ini mestilah mengambil kira taraf
kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap
yang berbeza
 Dalam masa kerajaan membantu kaum
bumiputera yang layak, kaum-kaum lain yang
miskin juga turut dibantu untuk meningkatkan
taraf hidup masing-masing. Hal ini selaras
dengan konsep Wawasan Kemakmuran
Bersama (WKB) 2021 – 2030

3. Mengamalkan toleransi budaya  Dalam sebuah negara yang mempunyai


dan agama masyarakat majmuk kita perlu menekankan
sikap penerimaan dalam kalangan rakyat
berbilang kaum
 Sesuatu kaum menerima keunikan budaya dan
agama kaum yang lain seadanya agar dapat
kita hidup bersama dalam keadaan saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara
 Kita perlu memberi ruang kepada semua kaum
untuk mengamalkan budaya dan agama
masing-masing tanpa gangguan atau campur
tangan antara satu sama lain
 Sebarang masalah yang wujud hendaklah
diselesaikan secara bijak dan toleransi agar
perpaduan dan integrase nasional terus
terpelihara

4. Perkongsian kuasa politik  Para pemimpin tiga kaum utama Malaysia iaitu
Melayu (termasuk bumiputera Sabah dan
Sarawak), Cina, dan India telah menyedari
bahawa tolak ansur dan perkongsian kuasa
amat perlu dijaga dan dilaksanakan dengan adil
bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa
dan perpecahan.
 Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan,
kerusi pilihan raya, dan calon-calon yang
bertanding hendaklah berdasarkan prinsip
perkongsian kuasa.
 Para pemimpin yang memerintah negara pula
hendaklah mewakili semua kaum dan bukan
tertumpu kepada satu kaum sahaja.

5. Kegiatan sukan sebagai alat  Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dan
perpaduan dan integrasi integrasi nasional.
 Melalui kegiatan sukan yang dijalankan, semua
kaum terlibat dalam aktiviti tersebut. Pergaulan
dan hubungan secara langsung tersebut dapat
mengeratkan lagi kerjasama serta
menyemarakkan lagi semangat perpaduan
kaum
 Sukan MSSM dan SUKAM adalah contoh
bagaimana perpaduan dan integrasi nasional
dapat diwujudkan

6. Faktor :  Halangan pertama ialah tahap kefahaman yang


rendah tentang cara hidup dan masalah-
Aspek sosial masalah hidup kaum-kaum lain. Keadaan ini
menyebabkan tiada rasa hormat dan
menghargai antara kaum.
 Halangan kedua ialah kewujudan sekolah jenis
kebangsaan yang menggunakan Bahasa ibunda
masing-masing dan kebanyakan sekolah jenis
ini menempatkan pelajar-pelajar yang terdiri
daripada kaum-kaum yang sama dalam sebuah
sekolah.
 Sistem pendidikan yang mewujudkan sistem
persekolahan yang berasingan mengikut kaum
telah menjurus ke arah semangat perkauman
yang menebal. Hal ini akan mengurangkan
peluang untuk berinteraksi dan berhubung
dengan pelajar-pelajar dari kaum-kaum lain.
 Halangan ketiga ialah kebanyakan masyarakat
di Malaysia lebih cenderung untuk tinggal di
satu kawasan yang terdiri daripada penduduka
yang sama kaum.

7. Aspek kebudayaan  Halangan dari segi proses pemasyarakatan


yang terbatas dalam kumpulan etnik sendiri.
Mereka tidak terdedah dengan adat-adat dan
cara hidup etnik lain
 Kesannya, hubungan baik antara kaum
terhalang
 Selain itu, perbezaan kebudayaan yang
meliputi agama, kepercayaan, adat resam, dan
cara hidup juga menjadi penghalang kepada
perpaduan dan integrase nasional
 Hal ini kerana perbezaan tersebut akan
menimbulkan prasangka, perkauman, dan
etnosentrisme
 Sikap setiap kaum yang terlalu
mempertahankan budaya mereka juga menjadi
punca kepada halangan perpaduan dan
integrase nasional. Hal ini kerana mereka tidak
dapat menerima amalan dan kepercayaan kaum
lain yang berbeza dengan cara hidup mereka

8. Aspek ekonomi  Jurang ekonomi yang ketara antara kaum juga


merupakan halangan kepada perpaduan dan
integrasi nasional
 Sebahagian besar ekonomi Malaysia dikuasai
oleh kaum Cina dengan keterlibatan mereka
dalam bidang perniagaan
 Sementara itu, kaum Melayu dan bumiputera
yang lain banyak bekerja sebagai petani dan
kakitangan kerajaan
 Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya
kaum Melayu dan bumiputera yang lain serta
kaum India agak terpinggir dari segi
penguasaan ekonomi negara
 Perbezaan sosioekonomi tersebut telah
menimbulkan rasa cemburu, sangsi, dan tidak
puas hati antara kaum

9. Aspek politik  Perkara yang menjadi penghalang ialah politik


perkauman
 Parti-parti politik di Malaysia kebanyakannya
dianggotai oleh satu kaum sahaja
 Oleh sebab setiap parti bebas menyuarakan
pendapat, isi hati mereka, dan pelbagai
tuntutan yang biasanya berteraskan
kepentingan kaum masing-masing, semangat
perpaduan dan integrase diketepikan
 Hal ini akan menyebabkan semangat
perkauman semakin menyemarak dalam diri
masayarakat di Malaysia
 Hal ini dikeruhkan lagi dengan kumpulan-
kumpulan yang ekstrem dalam
memperjuangkan tuntutan dan kepentingan
kaum masing-masing tanpa menghiraukan
sensitiviti kaum-kaum lain
 Sebagai tindak balas, kaum-kaum lain juga
akan membuat tuntutan bagi melindungi
kepentingan kaum mereka.

10. Aspek fizikal  Pemisahan fizikal merupakan masalah jarak


antara wilayah yang jauh seperti Semenanjung
Malaysia, Sabah, dan Sarawak
 Oleh sebab itu, golongan etnik di Semenanjung
Malaysia tidak dapat mengenali kehidupan
etnik lain yang tinggal di Sabah dan Sarawak
 Dengan itu, sikap prasangka, mementingkan
kaum sendiri, dan etnosentrisme semakin
menebal dalam diri setiap etnik

11. Aspek Media Massa  Media massa juga merupakan halangan dalam
pembentukan perpaduan dan integrasi
nasional. Didapati setiap kaum lebih suka
kepada rancangan atau program televisyen dan
radio yang menggunakan Bahasa ibunda
masing-masing
 Begitu juga dengan akhbar-akhbar yang dijual,
permintaannya juga mengikut komposisi
penduduk di mana setiap kaum cenderung
memilih versi Bahasa ibunda
 Terdapat akhbar yang memainkan isu
perkauman dengan membuat tuntutan-tuntutan
yang jelas menyentuh dan mempertikai hak
dan keistimewaan orang Melayu
 Hal ini tentunya akan menyinggung perasaan
orang Melayu dan bumiputera yang merupakan
penduduk asal dan majoriti penduduk Malaysia

Penutup :

Kesimpulannya, perpaduan dan integrase memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan
dan kemajuan negara. Tanpa perpaduan dan integrase, kemajuan negara yang ingin dicapai untuk
Wawasan 2020 tidak mungkin akan menjadi kenyataan kerana kerjasama semua pihak
diperlukan untuk menjana kemajuan.

SOALAN 22

Pendahuluan :

Kelemahan peribadi merupakan punca berlakunya rasuah. Walaubagaimanapun terdapat juga


punca-punca lain yang menjadi punca berleluasanya gejala rasuah di Malaysia.

Bil Idea Huraian


1 Idea wajib :  Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang
oleh agama dan undang-undang, tetapi
Kelemahan peribadi dilakukan juga dengan seribu satu alasan
peribadi
 Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-
nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan
sebagainya adalah pendorong berlakunya
rasuah bagi mereka yang lemah
keperibadiannya

2 Kelemahan kepimpinan dan  Kepimpinan yang lemah menyebabkan


pengurusan organisasi kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan,
lembap menjalankan tugas dan terguka
kepada penyelewengan khususnya rasuah

3 Pengaruh sosial dan budaya  Masyarakat majmuk di Malaysia


mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam
bentuk wang dan benda, sempena
menyambut hari-hari kebesaran hari
perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan
dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi
kesempatan kepada perasuah dan penerima
rasuah melakukan rasuah sama ada diminta,
disogok, atau diumpan tanpa disedari.

4 Keadaan sosioekonomi  Pembangunan sosioekonomi yang tidak


diseimbangkan dengan pembangunan
kerohanian akan memudahkan terjadinya
rasuah
 Projek pembangunan bercambah seperti
cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga
akan meningkat.
 Golongan yang terlibat juga mengambil
kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-
banyaknya.
 Perlumbaan moden memperlihatkan para
kontraktor berlumba-lumba mendapatkan
tender.
 Mereka juga akan berusaha untuk memenangi
hati pegawai pengurusan atau pembuat
keputusan
 Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk
mendapatkan tender, mempercepatkan
bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan
jika gagal atau lambat menyiapkan projek
dan sebagainya.

5 Salah amalan politik  Sesetengah ahli politik menggunakan


kesempatan untuk berbakti kepada
masyarakat dengan menerima dan memberi
rasuah
 Demi untuk mendapatkan kuasa, memenangi
pemilihan jawatan politik, mengumpul
kekayaan, menagih populariti dan sebagainya
mereka sanggup memberi rasuah.

Anda mungkin juga menyukai