Anda di halaman 1dari 9

3757/1

Ekonomi Asas
Kertas 1
Sem. 2
2009
1 jam 15 minit
LEMBAGA PEPERIKSAAN

___________________________________________________

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
SEMESTER DUA 2009

TINGKATAN EMPAT



EKONOMI ASAS

KERTAS 1

Satu Jam Lima Belas Minit



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.





















2

Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak



Arahan
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan
hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1. Pernyataan berikut merujuk kepada suatu masalah kos lepas.
Output kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan akibat
memilih output yang paling menguntungkan.
Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah kos lepas itu?
A Seorang suri rumah.
B Tuan punya sebuah kilang.
C Kementerian Pertanian Malaysia.
D Perbadanan Pembangunan Infrastruktur negara.

2. Apakah tujuan firma membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?
A Memaksimumkan hasil C Memaksimumkan output
B Memaksimumkan jualan D Memaksimumkan keuntungan
3. Gambar 1 menunjukkan satu jcnis barang dalam ekonomi.

Antara yang berikut yang rnanakah berkaitan dengan ciri barang tersebut?
A Penawaran tidak terhad C Tidak rnernpunyai kos lepas
B Dikeluarkan oleh kerajaan D Ada pengecualian penggunaan

4. Maklumat berikut adalah berkaitan dengan suatu sistem ekonomi.
Wujud persaingan harga dan bukan harga antara firma.
Masalah ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga.
Pihak yang manakah berkuasa membuat keputusan dalam sistem ekonomi itu?
I Pemerintah III Pengeluar
II Pengguna IV Pemilik faktor
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

5. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan harga sebagai petunjuk dalam menentukan apakah yang
hendak dikeluarkan?
I Sistem ekonomi kapitalis III Sistem ekonomi perancangan pusat
II Sistem ekonomi Islam IV Sistem ekonomi campuran
3
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV
6. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Azlan.




Encik Azlan telah dapat menyelesaikan masalah...
I Apakah yang hendak dikeluarkan III Bagaimana hendak dikeluarkan
II Berapa yang hendak dikeluarkan IV Untuk siapa dikeluarkan
A I dan II C III dan IV
B II dan III D I dan IV

7. Ilmu ekonomi ialah kajian tentang tingkah laku manusia untuk...
A memenuhi semua kehendak
B berbelanja secara bijak
C meningkatkan kesejahteraan hidup
D menyeimbangkan kehendak dan pendapatan

8. Berikut adalah perbualan antara dua rakyat dari dua negara, X dan Y.


Rakyat Rakyat
Negara X Negara Y



Berdasarkan perbualan di atas, apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh Negara X dan Negara Y?
Negara X Negara Y
A Sistem Ekonomi
Campuran
Sistem Ekonomi Islam
B Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat
Sistem Ekonomi Kapitalis
C Sistem Ekonomi
Kapitalis
Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat
D Sistem Ekonomi Islam Sistem Ekonomi Campuran

9. Apakah tujuan Kementerian Kesihatan membuat pilihan apabila melaksanakan sesuatu projek?
A Memaksimumkan kepuasan pengguna.
B Memaksimumkan kebajikan masyarakat.
C Meminimumkan kos pengeluaran.
D Mengikut keutamaan dan dilaksanakan apabila perlu.

10. Antara yang berikut, ciri manakah yang membezakan barang ekonomi dengan barang awam?
I Bayaran III Kuantiti penawaran
II Kos lepas IV Pihak yang mengeluarkan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

11. Antara berikut, yang manakah bayaran pindahan?
I Wang saku III Komisen jualan
II Derma Hari Pahlawan IV Bonus tahunan
Encik Azlan, seorang pemaju rumah sedang membina rumah
kos rendah di Taman Lembah Makmur, Johor Bahru.
Di negara saya,
pengguna adalah
raja. Saya bebas
memilih barang
yang dikehendaki.

Oh! Bagusnya.
Pengguna di
negara saya tiada
hak untuk memilih.

4

A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV


12. Berikut adalah langkah penyediaan belanjawan peribadi.
Langkah Keterangan
I Catatkan perbelanjaan harian, perbelnjaan tetap dan perbelanjaan
tidak tetap.
II Menyusun perbelanjaan mengikut keutamaan.
III Kenal pasti punca pendapatan dan potongan wajib.
IV Memastikan perbelanjaan tidak melebihi pendapatan boleh guna.
V Baki pendapatan ditabungkan.
Apakah susunan yang betul?
A I, II, III, IV, V C I, IV, II, III, V
B II, IV, I, III, V D III, I, II, IV, V

13.






Berdasarkan jadual di atas, kirakan pendapatan boleh guna Encik Amir jika kadar zakat ialah 2.5%
A RM14330 C RM21930
B RM21740 D RM22120

14. Jadual di bawah ini menunjukkan peratus pekerjaan penduduk di suatu daerah.
Pekerjaan Peratus (%)
Arkitek 10
Penternak ikan 15
Pendulang 20
Tukang cat 35
Jurutera petroleum 20
Berapakah peratus penduduk yang terlibat dalam sektor utama?
A 30% C 55%
B 45% D 65%

15. Berikut adalah pernyataan tentang sejenis pendapatan.
Pendapatan yang diterima tanpa memberi sebarang
sumbangan kepada proses pengeluaran.
Antara berikut, maklumat yang manakah berkaitan dengan jenis pendapatan tersebut?
I Pencen pesara guru sekolah menengah.
II Dividen diterima daripada Amanah Saham Nasional.
III Biasiswa mahasiswa.
IV Keuntungan peniaga runcit.
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

16. Antara berikut, yang manakah sebab-sebab seorang individu membuat tabungan?
I Untuk membeli sebuah rumah pada masa depan.
II Untuk menjamin masa tua.
III Untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk faedah pada masa depan.
IV Untuk membayar bil telefon bulanan.
Butiran RM
Pendapatan
Caruman KWSP
Cukai pendapatan
Pendapatan yang boleh
dikenakan zakat
25000
2750
320

7600
5
A I, II, dan III
B I, II, dan IV
C I, III, dan IV
D II, III, dan IV

17. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan boleh cukai.
Butiran RM RM
Pendapatan tahunan
Tolak pelepasan:
Diri
Isteri
Anak
XXX


8000
3000
1600
2500
30000




15100
Pendapatan boleh cukai 14900
Butir XXX boleh terdiri daripada
I caruman KWSP. III ansuran rumah.
II caruman PERKESO. IV perubatan ibu bapa.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

18. Jadual di bawah menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.
Tahun Harga
Seunit
(RM)
Jumlah
Permintaan
Komputer (Unit)
2002
2003
2004
3500
3000
3200
20000
40000
30000
Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada RM3000 kepada RM3200.
A 3.13 C 5.30
B 3.75 D 6.67

19. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara harga dan permintaan terhadap motosikal tempatan berjenama
Ammo bagi bulan Mac dan Julai 2004.
Bulan Harga Seunit
(RM)
Kuantiti Diminta
(Unit)
Mac
Julai
3800
3800
19000
39000
Faktor manakah yang mempengaruhi perubahan permintaan motosikal itu pada bulan Julai berbanding bulan
Mac?
I Harga petrol telah meningkat. III Pendapatan boleh guna individu merosot.
II Cukai motosikal import telah dinaikkan. IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan.
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV

20. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.
Harga (RM)

D
P1


P0
D

6
0 Q1 Q0 Kuantiti (unit)
Kuantiti permintaan berkurangan daripada Q0 kepada Q1 berlaku kerana
A kenaiakan harga barang itu. C kenaikan pendapatan pengguna.
B kejatuhan harga barang itu. D penurunan cukai pendapatan.

21. Keanjalan harga permintaan merujuk kepada pengukuran
A Perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan kuantiti.
B Perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan harga.
C Perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan pengguna.
D Perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan harga barang lain.

22. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti kasut yang diminta.
Harga kasut
(RM)
Kuantiti yang
diminta (pasang)
8
9
10
15
10
5
Apakah pekali keanjalan harga permintaan apabila harga kasut turun daripada RM10 kepada RM9?
A 0.1 C 5
B 2 D 10

23. Apabila harga barang X meningkat, permintaan barang Y juga meningkat. Antara berikut, yang manakah
mewakili barang X dan barang Y?
Barang X Barang Y
A Kereta Petrol
B Kasut Stoking
C Kamera Beras
D Filem Kodak Filem Fuji

24. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan konsep utiliti?
I Utiliti dapat mengukur tingkat kepuasan pengguna.
II Utiliti bagi setiap individu adalah berlainan bagi barang yang sama.
III Utiliti antara barang tidak boleh dibandingkan.
IV Utiliti minimum merupakan objektif setiap pengguna yang rasional.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25. Antara pasangan yang berikut, manakah yang menunjukkan perbezaan antara pengeluaran jangka pendek
dengan pengeluaran jangka panjang.
Pengeluaran jangka pendek Pengeluaran jangka panjang
A Terdapat input berubah
sahaja.
Terdapat input berubah dan input
tetap.
B Terdapat input berubah
sahaja.
Terdapat input tetap sahaja.
C Terdapat input tetap dan
input berubah .
Terdapat input berubah sahaja.
D Terdapat input tetap sahaja. Terdapat input berubah sahaja.

26. Antara penentu penawaran yang berikut, manakah yang menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri?
A Harga bahan api meningkat.
B Harga barang penggenap meningkat.
C Jangka harga akan jatuh pada masa depan
D Cita rasa terhadap barang itu telah berubah.

27. Apakah maksud lebihan penawaran?
7
A Kuantiti penawaran kurang daripada kuantiti permintaan.
B Kuantiti penawaran melebihi kuantiti permintaan.
C Kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran.
D Kuantiti permintaan kurang daripada kuantiti penawaran.

28. Maklumat yang berikut menunjukkan butiran perbelanjaan Syarikat IMEJ Sdn Bhd.
BUTIRAN JUMLAH (RM)
Sewa kilang
Faedah pinjaman
Bahan mentah
Upah pekerja
Insurans am
3000
1500
18000
20000
5000
Anatara yang berikut, pasangan manakah yang benar?
Kos Tetap (RM) Jumlah Kos (RM)
A 39500 8000
B 8000 39500
C 9500 38000
D 43000 4500

29. Antara yang berikut, manakah yang akan berubah apabila output berubah?
A Sewa kilang C Kos pengiklanan
B Faedah pinjaman D Kos bahan mentah

30. Rajah di bawah ini menunjukkan keluk pasaran ikan.

Jika harga berada di P1, apakah terjadi di pasaran?
A lebihan panawaran sebanyak 11 unit
B lebihan permintaan sebanyak 11 unit
C lebihan permintaan dan harga akan naik
D lebihan penawaran dan harga akan jatuh

31. Pasaran mencapai keseimbangan apabila
I kuantiti diminta sama dengan kuantiti ditawarkan.
II kuantiti diminta melebihi kuantiti ditawarkan.
III kuantiti diminta kurang daripada kuantiti ditawarkan.
IV keluk permintaan bersilang dengan keluk penawaran.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

32. Rajah di bawah ini menunjukkan aliran pusingan pendapatan.
8

Aliran manakah yang menunjukkan aliran wang?
A 1 dan 3 C 2 dan 3
B 1 dan 4 D 2 dan 4

33. Apakah kesan kepada pasaran buruh jika penawaran berkurang tetapi permintaan tetap?
A lebihan penawaran dan harga akan jatuh C lebihan permintaan dan harga akan naik
B lebihan penawaran dan harga akan naik D lebihan permintaan dan harga akan jatuh.

34. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang aliran fizikal?
A melibatkan ganjaran faktor. C membuat perbelanjaan ke atas barang.
B membayar faedah kepada isi rumah. D menawarkan barang dan perkhidmatan.

35. Rajah di bawah ini menunjukkan sebahagian daripada aliran pusingan pendapatan ekonomi dua sektor.

Rajah di atas menunjukkan
A penawaran buruh dan modal oleh firma C penawaran komputer oleh firma
B perolehan upah oleh isi rumah D perbelanjaan penggunaan barang oleh firma

36. Faktor pengeluaran yang berikut dapat ditentukan dalam pasaran faktor, kecuali
A tanah C buruh
B modal D usahawan.

Soalan 37 hingga 40 berdasarkan jadual berikut.
Pilihan Pernyataan I Pernyataan II
A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

37. I Firma memilih teknik pengeluaran yang cekap untuk memaksimumkan kos pengeluaran.
II Dalam jangka pendek, firma menanggung kos tetap yang sama walaupun jumlah keluaran meningkat.

38. I Keluaran sut ialah perubahan dalam jumlah kos akibat dariapda perubahan satu unit input berubah.
II Input berubah meningkat apabila jumlah keluaran bertambah.

39. I Penawaran pasaran merujuk kepada jumlah kuantiti sesuatu barang yang ditawarkan oleh semua firma di
pasaran tersebut pada suatu tingkat harga tertentu dalam jangka masa tertentu.
II Lebihan pernawaran berlaku apabila harga pasaran lebih rendah daripada harga keseimbangan.

9
40. I Semakin tinggi harga barang pengganti, semakin tinggi kuantiti barang yang diminta.
II Hubungan antara kuantiti yang diminta sesuatu barang dengan barang pengenap adalah negatif.

Anda mungkin juga menyukai