Anda di halaman 1dari 13

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2022 3767/1

EKONOMI
Kertas 1
November
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.
4. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak


SULIT 3767/1
2
Soalan Objektif
Arahan: Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat jawapan pilihan. Pilih satu jawapan
yang tepat atau yang paling sesuai.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?


A Kajian tentang bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas
B Kajian tentang bagaimana manusia memaksimumkan keuntungan
C Kajian tentang tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber alam

2. Rajah di bawah menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan firma untuk


mengeluarkan barang dan perkhidmatan

Apakah ganjaran bagi faktor pengeluaran X?


A Untung
B Sewa
C Upah
D Faedah

3. Maklumat di bawah berkaitan dengan sistem ekonomi negara X.

Individu di negara X bebas membuat keputusan dalam aktiviti ekonomi. Kerajaan akan
campur tangan jika berlaku penyelewengan dalam aktiviti ekonomi.

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan di negara X?


A Ekonomi Islam
B Ekonomi Campuran
C Ekonomi Pasaran Bebas
D Ekonomi Perancangan Pusat
SULIT 3767/1
3
4. Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan makanan

Penggunaan teknologi nano dalam pengeluaran daging dingin beku membolehkan


penghasilan makanan yang bermutu tinggi.

Pernyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi


A Apa dan untuk siapa dikeluarkan
B Bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan
C Apa dan bagaimana hendak dikeluarkan
D Berapa dan bagaimana hendak dikeluarkan

5. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan telefon bimbit jenama OPPAH.

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik A ke titik B?


A Harga telefon bimbit OPPAH menurun
B Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat
C Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun
D Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH

6. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran seluar oleh tiga buah firma.

Jika kuantiti permintaan pasaran seluar ialah 480 helai, berapakah tingkat harga
keseimbangan pasaran?
A RM20
B RM22
C RM24
D RM26
SULIT 3767/1
4
7. Rajah 3 berkaitan dengan keseimbangan pasaran.

Pernyataan yang manakah benar menerangkan rajah di atas?


A Perubahan penawaran S0 ke S1 menyebabkan peningkatan kuantiti
keseimbangan
B Peralihan keluk S0 ke S1 menyebabkan wujudnya lebihan penawaran
C Peningkatan dalam teknologi menyebabkan perubahan keluk S0 ke S1
D Keseimbangan baharu dicapai pada tingkat harga yang lebih tinggi

8. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan.

Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?


A Melonggarkan syarat sewa beli
B Menaikkan kadar faedah pinjaman
C Melaksanakan kempen perkongsian kereta
D Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan
SULIT 3767/1
5
9. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang di pasaran.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (kg)

6 30

12 X

Hitung nilai X sekiranya nilai pekali keanjalan ialah 0.67 dan harga meningkat ke RM12.
A 20
B 10
C 32
D 15

10. Pilih pernyataan yang benar mengenai penentu keanjalan harga permintaan?
A Barang yang mempunyai banyak pengganti adalah anjal
B Barang yang mempunyai banyak kegunaan adalah tidak anjal
C Barang yang tahan lama biasanya tak anjal permintaannya
D Barang mewah mempunyai keanjalan harga permintaan yang tak anjal

11. Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
A Encik Gan membayar RM5 000 sebagai deposit untuk kereta baharu.
B Cik Selvi membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun.
C Encik Azam mengunjungi lebih daripada 10 gerai komputer untuk membandingkan
harga komputer sebelum membeli.
D Puan Maimon membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan
penghabisan stok.

12. Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu prinsip perbankan Islam.

● Akaun Pelaburan am
● Akaun pelaburan khas

Apakah prinsip perbankan Islam yang berkaitan?


A Takjiri
B Wadiah
C Mudharabah
D Bai Bithaman Ajil

Soalan 13 berdasarkan gambar dibawah.


SULIT 3767/1
6

13. Gambar menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran dalam ekonomi.

Apakah sektor ekonomi bagi aktiviti pengeluaran tersebut?


A Sektor utama
B Sektor kedua
C Sektor ketiga
D Sektor pembuatan

14. Encik Meor berkelulusan Ijazah Sarjana Kejuruteraan tetapi memilih untuk bekerja
sebagai seorang guru tadika. Faktor pemilihan pekerjaan manakah yang mendorong Encik
Meor berbuat demikian?
A. Upah
B. faedah sampingan
C. prospek pekerjaan
D. kepuasan kerja

15. Antara berikut yang manakah menerangkan tentang upah?


I. Dibayar mengikut masa bekerja
II. Terdiri daripada upah benar dan upah nominal
III. Ganjaran kepada pemilik faktor pengeluaran
IV. Merupakan sebahagian daripada faktor tidak produktif
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

16. Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara kerjaya dan matlamat


pendapatan peribadi.

Gaji seorang jurutera ialah RM 5 600 berbanding dengan gaji seorang pelayan di
restoran makanan segera ialah RM1 800.

Pilih faktor yang menyebabkan wujud perbezaan upah wang tersebut?


A. Kelayakan akademik
B. Ciri keusahawanan
C. Pilihan kerjaya
D. Keadaan ekonomi semasa
17. Manakah antara berikut yang merupakan kepentingan penubuhan institusi di bawah?
SULIT 3767/1
7

A. Memberi perlindungan wang tunai selepas bersara


B. Menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya
C. Memberi perlindungan keselamatan sosial selepas bersara
D. Memberikan bantuan kewangan kepada ahli jika menghadapi masalah kewangan.

18. Apakah perbezaan antara keperluan dan kehendak?

Keperluan Kehendak

A harga tidak stabil harga stabil

B untuk meneruskan hidup untuk keselesaan hidup

C pelbagai pilihan barang pilihan barang terhad

D banyak barang pengganti tiada barang pengganti

19. Jadual di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran kasut

Jumlah Keluaran (unit) Kos Berubah (RM)

15 210

30 470

45 780

60 1200

Jika kos tetap ialah RM165, kos purata firma tersebut…

A Semakin menurun
B Semakin meningkat
C Minimum pada 45 unit jumlah keluaran
D Maksimum pada 60 unit jumlah keluaran

20. Jadual di bawah menunjukkan fungsi pengeluaran Firma Maju.


SULIT 3767/1
8

Bilangan buruh (orang) Jumlah keluaran (unit)

2 10

4 24

6 40

9 68

12 102

Tingkat buruh yang manakah menunjukkan nilai keluaran marginal yang paling tinggi?
A. 4 orang
B. 6 orang
C. 9 orang
D. 12 orang

21. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Puan Aulia

Puan Aulia memulakan perniagaan hiasan dalaman setelah meletakkan jawatan sebagai
pelukis pelan di sebuah syarikat swasta dengan gaji terakhir yang diterima RM 4650
sebulan. Beliau memulakan perniagaan dengan wang simpanan di bank RM 15 000
dengan kadar faedah 4% setahun. Setiap bulan beliau akan menerima keuntungan
sebanyak RM16 000.

Berikut adalah kos-kos yang terlibat dalam tempoh sebulan :


Gaji pekerja RM 4350
Kos bahan mentah RM 4200
Bil elektrik dan air RM 1500

Berapakah jumlah untung ekonomi yang diperoleh oleh Puan Aulia?


A RM 1250
B RM 1300
C RM 1350
D RM 1850

22. Produktiviti dipengaruhi oleh…


SULIT 3767/1
9
I teknologi
II jenis milikan
III saiz organisasi
IV struktur organisasi
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

23. Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli semula jadi


A Lebih daripada seorang pengeluar
B Berkuasa untuk menentukan harga
C Persaingan bukan harga amat penting
D Kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran

24. Baca petikan di bawah dan jawab soalan berikut.

Pertumbuhan dengan ekonomi yang tinggi akan mendorong perkembangan dalam


aktiviti ekonomi.

Berdasarkan penyataan di atas, apakah kesan pertumbuhan ekonomi?


A Kadar pengangguran menurun
B Meningkatkan kuasa beli dan permintaan agregat
C Taraf hidup masyarakat akan meningkat
D Pendapatan isi rumah meningkat

25. Dasar fiskal mempengaruhi aktiviti ekonomi dengan…

A kadar faedah dan kadar cukai


B kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan
C kadar faedah dan kadar rizab berkanun
D perbelanjaan kerajaan dan kadar rizab berkanun

26. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian hasil kerajaan bagi tempoh satu tahun.
SULIT 3767/1
10
Sumber Hasil Kerajaan RM (juta)

Cukai pendapatan petroleum 45821

Cukai pendapatan individu 23110

Cukai jualan 7289

Cukai pendapatan koperasi 1000

Cukai pintu 980

Duti import 3299

Duti eksais 11376

Lesen/permit 4267

Levi 5328

Berapakah jumlah hasil kerajaan daripada sumber hasil cukai tak langsung kerajaan?

A RM 24, 270 juta


B RM 26, 250 juta
C RM 27, 292 juta
D RM 32, 379 juta

27. Apakah kesan pelaksanaan dasar kewangan mengembang oleh bank pusat terhadap
ekonomi?
A. Mengawal kenaikan harga barang
B. Mengurangkan pendapatan negara
C. Menjejaskan imbangan pembayaran
D. Menurunkan kadar pengangguran dalam ekonomi

28. Pasaran antarabangsa menawarkan peluang perniagaan yang besar kepada firma yang
ingin menjual atau mendapatkan faktor pengeluaran. Sesebuah firma memasuki operasi
antarabangsa disebabkan oleh faktor-faktor berikut kecuali…
A. Bahan mentah atau hasil bumi yang unik
B. Mendapat keuntungan dan persaingan yang sihat.
C. Tenaga buruh dengan kemahiran khusus
D. Perlindungan perdagangan
29. Antara berikut yang manakah kesan positif daripada pelaburan langsung asing?
I. Meningkatkan eksternaliti negatif
II. Meningkatkan debit dalam imbangan pendapatan
III. Meningkatkan stok modal dalam negara
IV. Meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
A. I dan II
B. I dan IV
SULIT 3767/1
11
C. II dan III
D. III dan IV

30. Pernyataan manakah yang menjelaskan kepentingan perdagangan antarabangsa


terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia?
A. Perluasan pilihan pengguna
B. Memperoleh harga barang yang lebih murah
C. Meningkatkan mobiliti buruh ke luar negara
D. Pemindahan dan penggunaan teknologi dari luar negara

31. Pernyataan manakah yang merupakan tujuan sekatan perdagangan antarabangsa bagi
sekatan bukan ekonomi
A. Meningkatkan pemasaran produk import
B. Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat negara
C. Menjaga hubungan baik antara rakan dagang
D. Mengurangkan pengeluaran produk tempatan

32. Manakah kesan negatif yang diperoleh dalam blok dan perjanjian perdagangan ?
I. Peluang pekerjaan bertambah
II. Corak penjajahan baharu ekonomi
III. Tekanan ekonomi dan bebanan hidup golongan miskin
IV. Pemindahan teknologi dan kepakaran

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

33. Imbangan perkhidmatan cenderung menjadi positif disebabkan oleh


A Firma Jepun membayar RM65 000 apabila menggunakan perkhidmatan Maskargo
Sdn. Bhd. dari Malaysia.
B Firma tempatan membayar RM73 000 apabila menggunakan perkhidmatan kapal
tangki dari Jepun.
C Hospital swasta di Malaysia membayar RM92 000 semasa menggunakan
khidmat kepakaran daripada Taiwan.
D Malaysia menjual minyak sawit ke Korea Selatan dengan menggunakan kapal
tangki milik Korea Selatan.
34. Jadual berikut menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia dengan Dolar
Singapura

Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)

1 Dolar Singapura (SGD) 3.1269 3.2078


SULIT 3767/1
12

Encik Ramlan, seorang pelancong dari Singapura ingin menukarkan SGD 6800 kepada
Ringgit Malaysia. Hitung jumlah Ringgit Malaysia yang akan diterima Encik Ramlan

A. SGD 2119.83
B. SGD 2174.68
C. SGD 21262.92
D. SGD 21813.04

35. Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia?

I Syarikat Malaysia melabur di Kanada


II Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir di Palestin
III Brunei membeli minyak sawit dari Malaysia
IV Kemasukan pelaburan China ke Malaysia

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

Pilihan jawapan bagi Soalan 36 hingga Soalan 40 berdasarkan jadual berikut:

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul

C Betul Betul

D Salah Salah

36. I Ketidakcekapan ekonomi berlaku disebabkan oleh masalah kekurangan


faktor-faktor pengeluaran.
II Ketidakupayaan ekonomi boleh diatasi dengan peningkatan teknologi dan faktor
pengeluaran.

37. I Hukum permintaan menyatakan apabila harga menurun, kuantiti diminta akan
meningkat.
II Hukum permintaan digambarkan oleh keluk permintaan yang mencerun ke bawah
dari kiri ke kanan.
SULIT 3767/1
13

38. I Jangka masa panjang membolehkan firma mengubah kuantiti semua faktor
pengeluaran yang digunakan.
II Input pengeluaran jangka pendek terdiri daripada input berubah dan input tetap.

39. I Dasar belanjawan lebihan digunakan untuk mengatasi masalah pengangguran.


II Dasar belanjawan lebihan merupakan cara kerajaan mengawal ekonomi dengan
kawalan cukai dan kadar faedah.

40. I Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang eksport
negara Malaysia akan menjadi lebih murah.
II Apabila kadar pertukaran asing bagi Ringgit Malaysia jatuh, harga barang import
akan menjadi lebih murah.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai