Anda di halaman 1dari 15

Jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Manakah antara berikut merupakan barang awam ?

A. Polis Diraja Malaysia


B. Syarikat Kawalan Keselamatan
C. Syarikat Teksi Satu Malaysia
D. Tadika Anak Ceria

2. Dalam mengatasi masalah ekonomi, isi rumah membuat pilihan berdasarkan


barang yang memberi kepuasan maksimum kepadanya. Firma pula membuat
pilihan berdasarkan ......

A. Keluaran yang mudah dihasilkan


B. Keluaran yang memberi keuntungan maksimum
C. Keluaran yang disukai oleh pengguna
D. Keluaran yang memaksimumkan kos pengeluaran

Cik Liana pemilik butik pakaian pengantin memutuskan untuk menghasilkan


50 pasang baju pengantin sehingga Mei nanti.

3. Merujuk pernyataan di atas, apakah masalah asas ekonomi yang telah


diselesaikan oleh Cik Liana ?

I. Apakah yang hendak dikeluarkan


II. Untuk siapa barang itu dikeluarkan
III. Bagaimana barang itu dikeluarkan
IV. Berapa banyak barang itu dikeluarkan

A. I dan III
B. II dan IV
C. I dan II
D. III dan IV

4. Encik Kanapathy dan Encik See berkongsi untuk membina kilang mengeluarkan
komponen komputer. Apakah matlamat kedua-dua individu tersebut ?

A. Memaksimumkan pendapatan
B. Memaksimumkan pengeluaran
C. Memaksimumkan kepuasan
D. Memaksimumkan keuntungan

Gambar 1 menunjukkan satu contoh barang dalam ekonomi.

1
5. Pernyataan yang manakah berkaitan dengan ciri barang tersebut?

I. Penawaran tidak terhad


II. Mempunyai kos lepas
III. Disediakan oleh syarikat
IV. Tidak ada pengecualian dalam menggunakan barang

A. II dan III
B. I dan III
C. I dan II
D. III dan IV

6. Antara berikut, yang manakah dapat menyelesaikan masalah untuk siapa


barangan dikeluarkan dalam Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sistem Ekonomi
Perancangan Pusat ?

Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Perancangan Pusat


A. Ditentukan oleh individu Mekanisme harga dan campurtangan
berdasarkan keperluan keluarga kerajaan
B. Kuasa beli masyarakat dan agihan Kerajaan mempengaruhi agihan
pendapatan pendapatan golongan miskin
C. Ditentukan oleh firma berdasarkan Kerajaan mengeluarkan output untuk
kos golongan berpendapatan rendah
D. Jumlah barang ditetapkan oleh Kuasa beli dan taraf hidup masyarakat
kerajaan melalui sistem catuan

7. Antara berikut, pendapatan yang manakah diterima oleh seorang individu tanpa
menggunakan faktor pengeluaran ?

A. Komisyen yang diterima oleh jurujual kerana mencapai sasaran jualan


B. Ramu mendapat RM 5.00 dari bapanya sebagai ganjaran mencuci kereta
C. Rohaya mendapat dermasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara
D. Gaji yang diterima oleh kakitangan kerajaan yang sedang melanjutkan pelajaran

Cik Farah Hanim merupakan seorang doktor. Sementara itu, bapa dan
datuknya juga merupakan seorang doktor.

8. Berdasarkan maklumat di atas, apakah faktor utama menyebabkan Cik Farah


Hanim menjadi seorang doktor ?

A. Upah
B. Minat
C. Suasana tempat kerja
D. Pengaruh keluarga

2
Encik Hakim merupakan seorang pesara guru. Beliau menyara kehidupan
keluarganya dengan pencen dan pada masa yang sama menerima
pendapatan daripada simpanan wang di bank.

9. Merujuk kepada pernyataan di atas, apakah jenis pendapatan yang diperolehi


oleh Encik Hakim ?

A. Bayaran pindahan dan faedah


B. Upah dan faedah
C. Untung dan faedah
D. Bayaran pindahan dan sewa

10. Pasangan yang manakah benar ?

Pekerjaan Sektor Ekonomi


A. Penyanyi Sektor kedua
B. Doktor Sektor ketiga
C. Kontraktor Rumah Sektor utama
D. Penternak Udang Sektor kedua

11. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kepentingan individu


menyediakan belanjawan peribadi ?

A. Mengutamakan barang kehendak


B. Merancang untuk membuat pelaburan
C. Membuat perbelanjaan berdasarkan pendapatan
D. Memperolehi keuntungan maksimum

12. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri suatu sistem ekonomi.

i. Harga ditentukan oleh mekanisme harga


ii. Kerajaan campurtangan untuk menjamin keadilan sosial

Apakah sistem ekonomi tersebut ?

A. Sistem Ekonomi Kapitalis


B. Sistem Ekonomi Campuran
C. Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
D. Sistem Ekonomi Islam

13. Apakah kelebihan bagi sistem ekonomi oleh Negara Korea Utara ?

A. Agihan kekayaan adalah lebih adil


B. Rakyat mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam membuat keputusan ekonomi
C. Kebajikan rakyat tidak terbela
D. Pembaziran sumber

3
14. Iklan berikut berkaitan dengan satu jawatan kosong.

OPERATOR WANITA
Kilang Elektronik – Shah Alam

Gaji RM 1 200 ke atas, kelulusan SPM.


Berhawa dingin, pengangkutan dan asrama disediakan.
Peluang kenaikan pangkat dan rawatan perubatan percuma
Berminat, sila hubungi Encik Azlan 012 – 3486667

Antara berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan bagi jawatan


tersebut ?

I. Peluang kenaikan pangkat


II. Kemudahan pengangkutan
III. Rawatan Perubatan Percuma
IV. Tempat Kerja Berhawa Dingin

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. III dan IV

15. Antara berikut, yang manakah pendapatan diterima tanpa memberi sumbangan
dalam pengeluaran ?

I. Pencen diterima oleh pesara tentera


II. Subsidi kerajaan kepada pekebun getah
III. Dividen diterima daripada saham amanah
IV. Keuntungan diperoleh oleh pengusaha restoran

A. I dan IV
B. II dan III
C. I dan II
D. III dan IV

16. Encik Kamarudin ialah seorang jurutera sebuah syarikat swasta. Gaji
bulanannya ialah RM 10 000. Beliau mempunyai 4 orang anak yang belum
bersekolah dan isteri beliau tidak bekerja. Setiap bulan beliau mencarum
sebanyak RM 1 100 ke dalam KWSP dan membayar RM 3 000 insurans nyawa
setahun. Kos rawatan bapa yang sakit telah dibayar olehnya sebanyak RM 4
000.

Pelepasan cukai yang dibenarkan :

Diri sendiri RM 8 000


Isteri RM 5 000
Anak RM 1 000 (seorang)

4
Insuran nyawa dan KWSP RM 6 000 (maksimum)
Insurans pendidikan RM 3 000 (setahun)
Kos Rawatan ibubapa RM 5 000 (maksimum)

Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan pendapatan boleh cukai Encik


Kamarudin.

A. RM 80 000
B. RM 90 000
C. RM 84 000
D. RM 94 000

17. Jadual 1 di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Encik Latif bagi
tahun 2009.

Butiran RM
Upah 35 000
Faedah bank 250
Perubatan ibu bapa 1 000
Caruman KWSP 3 800
Cukai pendapatan 550
Insurans kereta 850

Jadual 1
Hitungkan pendapatan boleh guna Encik Latif bagi tahun tersebut.

A. RM 30 900.00
B. RM 30 650.00
C. RM 28 800.00
D. RM 29 050.00

Butiran RM
Pendapatan tahunan 36 000
Pelepasan diri 8 000
Perubatan ibu bapa 1 450
Caruman kwsp 3 960
Insurans kenderaan 1 200
Jadual 2

18. Berdasarkan jadual 2 di atas, hitungkan nilai pelepasan cukai yang diperolehi
oleh Cik Suzana ?

A. RM 14 610
B. RM 13 410
C. RM 21 390
D. RM 22 590

5
19. Jadual 3 menunjukkan upah dan harga barang X, Y dan Z. P

Upah (RM) Harga barang ( RM )


Barang X Barang Y Barang Z
3 000 12 23 25
Jadual 3

Hitungkan upah benar.

A. 50 unit
B. 65 unit
C. 150 unit
D. 105 unit

20.
Upah + sewa + Potongan Baki pendapatan
untung + faedah Wajib sebanyak RM 3 500

Berdasarkan rajah di atas, apakah yang dapat dibiayai oleh RM 3 500 itu ?

I. Cukai jalan
II. Zakat
III. Cukai pendapatan
IV. Belanja persekolahan

A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

21. Jadual 4 berikut menunjukkan kuantiti barang L diminta pada pelbagai tingkat
harga.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)


2 25
3 20
4 15
Jadual 4

Berapakah keanjalan harga permintaan bagi barang L, jika harga naik daripada
RM 2 kepada RM 4?

A. 0.4
B. 0.7
C. 0.8
D. 2.5

6
22. Rajah 1 di bawah menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.

Apakah yang menyebabkan pergerakan dari titik Q ke titik P ?

A. Kejatuhan harga barang lain


B. Peningkatan harga barang itu
C. Citarasa pengguna berkurang
D. Kejatuhan pendapatan pengguna

23. Rajah 2 berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Hitungkan nilai X jika nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang
tersebut ialah 2.

A. 200 unit
B. 120 unit
C. 150 unit
D. 112.5 unit

24. Maklumat berikut berkaitan dengan keanjalan harga permintaan barang S.

Pekali Keanjalan
Barang S
2.5

Tafsirkan pekali keanjalan tersebut.

A. Harga naik 1 %, kuantiti diminta meningkat sebanyak 2.5 %


B. Harga turun 10 %, kuantiti diminta berkurang sebanyak 25 %
C. Harga turun 10 %, kuantiti diminta meningkat sebanyak 2.5 %
D. Harga naik 1 %, kuantiti diminta berkurang sebanyak 2.5 %

7
25. Apakah maksud firma ?

A. Unit ekonomi yang membekalkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan


barang dan perkhidmatan
B. Unit ekonomi yang merancang untuk meminimumkan kos pengeluaran
C. Unit ekonomi yang merancang untuk mendapatkan kebajikan maksimum
D. Unit ekonomi yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan
barang dan perkhidmatan

26. Antara jenis kos berikut, yang manakah akan berubah mengikut tingkat keluaran

I. Upah operator pengeluaran


II. Bayaran bahan api
III Sewa tapak kilang
IV Bil elektrik dan air

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

27. Jadual 5 di bawah adalah fungsi pengeluaran baju Syarikat Dezz Sdn Bhd.

Input Berubah (unit) Jumlah keluaran (helai)


2 8
4 20
6 Y
8 78
Jadual 5

Jika keluaran sut pada input berubah ke 6 ialah 15, hitungkan nilai Y.

A. 30
B. 70
C. 50
D. 90

Soalan 28 dan 29 adalah berdasarkan jadual 6 di bawah.

Keluaran (unit) 0 2 4 6 8 20
Jumlah kos (RM) 20 26 30 36 42 50

Jadual 6

28. Hitungkan nilai kos tetap bagi tingkat keluaran yang ke 8.

A. RM 20
B. RM 42

8
C. RM 62
D. RM 22

29. Berapakah nilai kos berubah bagi tingkat keluaran yang ke-4?

A. RM 10
B. RM 15
C. RM 20
D. RM 25

30. Antara berikut, yang manakah menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek?

I. Hubungan input berubah dan input tetap dengan output


II. Penggunaan input tetap tidak berubah dengan tingkat output
III. Pengurangan dalam input berubah akan meningkatkan output
IV. Perubahan dalam output disebabkan oleh perubahan dalam input tetap

A. I dan IV
B. I dan II
C. II dan III
D. III dan IV

31. Persamaan berikut berkaitan dengan kos pengeluaran.

Kos purata x Jumlah output = U

Apakah U ?

A. Kos penggunaan input berubah


B. Kos seunit output yang dikeluarkan
C. Kos penggunaan input tetap dan input berubah
D. Perubahan jumlah kos akibat perubahan seunit output

32. Maklumat berikut berkaitan kos dan keluaran sebuah firma.

* Kos tetap = RM 1 500


* Kos berubah = RM 3 000
* Jumlah keluaran = 20 unit

Berapakah kos purata firma tersebut ?

A. RM 150
B. RM 1 500
C. RM 4 500
D. RM 225
33. Antara berikut, yang manakah merupakan kos tetap ?

A. Pembelian bangunan kilang


B. Bayaran sewa lori

9
C. Pembelian bahan mentah
D. Bayaran gaji pekerja

34. Antara berikut yang manakah benar mengenai input berubah ?

I. Berubah secara langsung dengan tingkat keluaran


II. Terdiri daripada buruh dan bahan mentah
III. Hanya wujud dalam jangka pendek
IV. Digunakan oleh firma sepanjang masa

A. I dan III
B. I dan II
C. II dan IV
D. III dan IV

35. Rajah 3 berikut menunjukkan peralihan keluk penawaran suatu barang.

Rajah 3
Apakah faktor yang menyebabkan perubahan penawaran barang tersebut ?

I. Pendapatan individu meningkat


II. Kenaikan harga barang pengganti
III. Kejatuhan harga faktor pengeluaran
IV. Pengurangan cukai jualan oleh kerajaan

A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II dan III

36. Jadual 7 berikut menunjukkan penawaran komputer pada tahun 2005 dan 2006.

Tahun Harga Seunit (RM) Kuantiti Ditawar (unit)


2005 2 500 20 000
2006 2 500 20 000
Jadual 7
Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan perubahan penawaran
komputer pada tahun 2006 berbanding tahun 2005 ?

I. Kos bahan mentah meningkat

10
II. Penggunaan teknologi terkini
III. Matlamat firma untuk menguasai pasaran
IV. Dasar kerajaan meningkatkan kadar cukai jualan

A. I dan II
B. I dan IV
C. III dan IV
D. II dan III

37. Rajah 4 dan Rajah 5 menunjukkan keluk penawaran barang W dan barang T.

Rajah 4 Rajah 5
Tentukan jenis keanjalan harga penawaran bagi kedua-dua barang tersebut.

Barang W Barang T
A. Anjal Tidak Anjal
B. Anjal Satu Tidak Anjal
C. Tidak Anjal Anjal
D. Tidak Anjal Anjal Satu

38. Rajah 6 berikut menunjukkan keluk permintaan Ali (DA) dan Keluk Permintaan
Pasaran (DP).

Rajah 6
Berapakah kuantiti diminta Ahmad pada tingkat harga RM 4 ?
A. 14 unit
B. 8 unit
C. 22 unit
D. 36 unit
39. Jadual 8 berikut menunjukkan perubahan kuantiti yang ditawarkan dan
perubahan harga bagi barang R dan barang S.
Barang Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan kuantiti
R 25 15
S 12 12

11
Jadual 8

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi barang R dan barang S ?

Barang R Barang S
A. Anjal Anjal satu
B. Tidak anjal Anjal
C. Tidak anjal Anjal satu
D. Anjal Tidak anjal

40. Rajah 9 di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran dan penawaran


pasaran bagi barang X.

Rajah 9

Berapakah harga dan kuantiti keseimbangan bagi barang tersebut.

Harga (RM) Kuantiti (Unit)


A. 6 22
B. 12 20
C. 10 24
D. 8 26

41. Rajah 10 di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran bagi telefon bimbit


model CRX.

12
Rajah 10

Apakah kesan ke atas pasaran jika harga seunit telefon bimbit ialah RM 400 ?

A. Lebihan permintaan sebanyak 600 unit


B. Lebihan penawaran sebanyak 900 unit
C. Lebihan penawaran sebanyak 600 unit
D. Lebihan permintaan sebanyak 300 unit

42. Apakah kesan kepada pasaran motosikal sekiranya permintaan berkurangan


tetapi penawaran tetap ?

I. Lebihan permintaan
II. Lebihan penawaran
III. Harga akan jatuh
IV. Harga akan naik

A. I dan II
B. II dan III
C. I dan IV
D. II dan IV

43. Rajah 8 di bawah menunjukkan aliran pusingan pendapatan.

Rajah 8

Aliran barang dan perkhidmatan ditunjukkan oleh

13
A. 2
B. 1
C. 4
D. 3

Soalan 44 dan 45 adalah berdasarkan jadual di bawah.

Harga Permintaan Pasaran (kg) Penawaran Pasaran (kg)


(RM) Pengguna X Pengguna Y Pengguna Z Firma A Firma B Firma C
12 70 200 115 200 280 145
10 80 220 130 180 240 120
8 90 240 145 160 200 115
6 100 260 160 140 160 95
4 110 280 175 120 140 65

44. Permintaan pasaran barangan di atas pada harga RM 10 ialah …..

A. 300 kg
B. 460 kg
C. 880 kg
D. 430 kg

45. Tentukan harga keseimbangan bagi barangan di atas ....

A. RM 8
B. RM 12
C. RM 10
D. RM 6

46. Antara berikut, manakah merupakan aliran wang dalam ekonomi dua sektor

I. Perbelanjaan yang dibuat oleh Azmadi untuk membeli televisyen


II. Upah yang dibayar kepada pekerja oleh Syarikat Melor
III. Rumah yang hendak disewakan oleh Mokhtar
IV. Encik Roslan ialah seorang pembekal kereta

A. I dan IV
B. I dan II
C. II dan III
D. III dan IV

47. Jadual 11 di bawah menunjukkan harga dan penawaran harga dan penawaran
barang A oleh Firma X dan Firma Y.
Harga (RM) Penawaran barang A

14
Firma X Firma Y
4 10 20
6 25 30
8 35 45
10 50 70

Andaikan keseimbangan pasaran dicapai pada tingkat harga RM 8 dan kuantiti


150 unit. Sekiranya terdapat 3 buah firma dalam pasaran, berapakah penawaran
barang A bagi firma ke-3 itu ?

A. 80 unit
B. 150 unit
C. 70 unit
D. 160 unit

48. Apakah kesan apabila lebihan penawaran buruh wujud di pasaran buruh ?

I. Menyebabkan pengangguran
II. Kadar upah akan turun melalui mekanisme harga
III. Firma menghadapi masalah kekurangan buruh
IV. Kadar upah akan meningkat melalui mekanisme harga

A. I dan IV C. III dan IV


B. II dan III D. I dan II

49. Jika permintaan pasaran ialah 210 unit, berapakah harga keseimbangan.

Harga pen (RM) Kuantiti ditawar (unit)


Pengeluar A Pengeluar B Pengeluar C
1 10 5 0
2 40 40 10
3 100 80 30
4 160 100 60

A. RM 3 C. RM 2
B. RM 4 D. RM 1

50. Apakah yang berlaku kepada pasaran kek apabila citarasa pengguna berubah
kepada kuih tradisional ?

A. Lebihan permintaan kek dan harga kek jatuh


B. Lebihan penawaran kek dan harga kek jatuh
C. Lebihan permintaan kek dan harga kek meningkat
D. Lebihan penawaran kek dan harga kek tidak berubah.

15

Anda mungkin juga menyukai