Anda di halaman 1dari 4

1. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan ilmu ekonomi? A.

Kajian tentang tingkah laku manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad dengan menggunakan sumber yang terbatas B. Kajian tentang tingkah laku manusia untuk memaksimumkan keluaran C. Kajian tentang tingkah laku manusia untuk memaksimumkan keuntungan D. Kajian tentang sumber ekonomi untuk menghasilkan barang yang berkualiti 2. Antara yang berikut, manakah yang merujuk kepada masalah asas ekonomi? I cara barang dikeluarkan II bila barang hendak dikeluarkan III di mana barang hendak dikeluarkan IV siapa yang menggunakan barang yang dikeluarkan A. B. C. D. I dan II II dan III III dan IV I dan IV

3. Pasangan manakah yang benar? Sistem ekonomi Sistem ekonomi kapitalis Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi campuran Ciri-ciri Pengguna bebas membuat pilihan Kebajikan masyarakat diutamakan Harga ditentukan oleh mekanisme harga Sumber ekonomi dikawal sepenuhnya oleh kerajaan Harga ditentukan oleh mekanisme harga Sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh firma Wujud persaingan sihat Mengimbangi kepentingan masyarakat dan keuntungan

A B

Sistem ekonomi Islam

4. Manakah persamaan antara sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi campuran? A. Kebajikan masyarakat tidak diabaikan B. Keuntungan maksimum tanpa penindasan C. Harga barang dan perkhidmatan ditentukan melalui mekanisme harga D. Tiada campur tangan kerajaan dalam aktiviti ekonomi

5. Pengurus kilang, pengurus ladang, dan pengurus kewangan adalah contoh pekerjaan yang terdapat dalam sektor ekonomi. Tentukan sektor ekonomi yang betul bagi contoh pekerjaan Pengurus kilang Sektor utama Sektor ketiga Sektor kedua Sektor kedua Pengurus ladang Sektor kedua Sektor utama Sektor ketiga Sektor utama Pengurus kewangan Sektor ketiga Sektor kedua Sektor utama Sektor ketiga

A B C D

6. Maklumat berikut berkaitan pendapatan yang diperoleh Encik Hamdan. Encik Hamdan memiliki 10 buah kolam menternak udang harimau dan memperoleh pendapatan RM 15 000 sebulan. Beliau juga menyimpan sebanyak RM 100 000 ke dalam akuan simpanan tetap di sebuah institusi kewangan

Apakah bentuk pendapatan yang diperoleh Encik Hamdan? A. B. C. D. Sewa dan faedah Faedah dan upah Untung dan faedah Untung dan upah

7. Antara berikut, manakah yang tergolong sebagai faedah sampingan? I kemudahan pinjaman peribadi II rawatan perubatan percuma III peluang melanjutkan pelajaran IV peluang kenaikan pangkat A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

8. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan simpanan Encik Yunus dalam tahun 2010. Butiran Pendapatan Perbelanjaan Tabungan Berapakah potongan wajib Encik Yunus? A. B. C. D. RM 8 250 RM 7 450 RM 8 900 RM 48 150 Jumlah (RM) 48 800 39 900 650

9.

Manakah antara yang berikut merupakan bayaran pindahan? A. Upah B. Wang pampasan C. Dividen amanah Saham Wawasan D. Faedah sampingan

10. Mengapakah seseorang harus menyediakan belanjawan peribadi? I Membolehkan seseorang membuat tabungan II Mengelakkan diri daripada berhutang III Merancang perbelanjaan mengikut pendapatan IV Memudahkan seseorang mendapat pinjaman daripada bank A. B. C. D. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

JAWAPAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. A D D C D C A A B A

Disediakan oleh, HAJIYAH BINTI SIRAJUDDIN Smk BuGAYA II, Semporna

Anda mungkin juga menyukai