Anda di halaman 1dari 12

1. Apakah tujuan individu membuat pilihan dalam menyelesaikan masalah ekonomi?

A. Mengutamakan barang kehendak


B. Memaksimumkan perbelanjaan
C. Memaksimumkan kepuasan
D. Mengutamakan keselesaan

2. Jadual 1 menunjukkan dua barang X dan Y keluaran suatu firma.

Kaedah pengeluaran Barang X Barang Y


M 100 25

N 80 40

P 50 60

Q 30 75

Jadual 1.

Tingkat pengeluaran bergantung kepada kaedah pengeluaran yang digunakan. Jika


pengurusan firma itu mengambil keputusan mengubah kaedah pengeluaran daripada kaedah P
ke Q, berapa unitkah barang X terpaksa dilepaskan untuk mengeluarkan 75 unit barang Y?

A. 15 C. 30
B. 20 D. 45

3. Usahawan menerima ganjaran untung kerana

I. Membenarkan orang lain menguruskan untungnya.


II. Menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang.
III. Kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
IV. Sanggup menanggung risiko

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan IV D. III dan IV

4. Kawasan berlorek menunjukkan persamaan ciri system ekonomi perancangan pusat dan
sistem ekonomi islam.

1|Page
Apakah ciri tersebut?

A. Memaksimumkan keuntungan
B. Wujud persaingan antara firma
C. Harga ditentukan oleh kerajaan
D. Mengutamakan kebajikan rakyat

5. Maklumat berikut berkaitan dengan satu situasi dalam ekonomi.

Penternak-penternak ayam telah menambahkan bilangan pekerja untuk meningkatkan


pengeluaran pada musim perayaan bagi memenuhi permintaan orang ramai.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah dapat diatasi dalam situasi berikut?

I. Apakah barang yang hendak dikeluarkan


II. Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
III. Bagaimanakah barang yang hendak dikeluarkan
IV. Untuk siapakah barang dikeluarkan
A. I, II dan III C. I, III, dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

6. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme harga untuk menentukan jenis
barang yang dikeluarkan?

I. Sistem ekonomi kapitalis


II. Sistem ekonomi perancangan pusat
III. Sistem ekonomi campuran
IV. Sistem ekonomi Islam
A. I, II, dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

7. Istilah permintaan adalah berkaitan dengan

I. Kemampuan seseorang individu


II. Tingkat pendapatan Negara
III. Kos pengeluaran
IV. Harga barang
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

2|Page
8. Maklumat dibawah menunjukkan hubungan antara dua jenis barang.

Apabila harga barang X meningkat, kuantiti barang Y diminta akan berkurang.

Apakah kemungkinan barang X dan barang Y?

A. Teh dan kopi


B. Gula dan garam
C. Kereta dan petrol
D. Komputer riba dan radio

9. Rajah dibawah menunjukkan keluk penawaran.

Pernyataan manakah menerangkan keluk penawaran berikut?

A. Harga bertambah kuantiti menurun


B. Harga bertambah kuantiti tidak berubah
C. Harga berkurang kuantiti meningkat
D. Harga bertambah kuantiti meningkat

10. Antara berikut, yang manakah akan membawa kepada pertambahan kuantiti penawaran
rumah kediaman?

I. Peningkatan teknologi dalam pembinaan rumah kediaman


II. Penurunan harga factor pengeluaran
III. Penurunan harga rumah kediaman
IV. Perubahan cita rasa pengguna
A. I dan I
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

3|Page
11. Apabila pasaran kereta telah mencapai keseimbangan, kuantiti permintaan kereta
sama dengan kuantiti penawaran kereta.

Apakah yang terjadi dalam pasaran jika kenaikan harga kereta?

A. Berlaku pengurangan pengeluaran kereta di pasaran


B. Berlaku lebihan penawaran kereta di pasaran
C. Berlaku lebihan permintaan kereta di pasaran
D. Tidak terdapat sebarang perubahan kuantiti kereta di pasaran.

12. Seseorang pengeluar akan menurunkan harga sebagai strategi meningkatkan jumlah hasil
jika keluarannya ialah barang?

A. Mesti
B. Mewah
C. Perkilangan
D. Pertanian

13. Jadual dibawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)

10 5
20 4
Berapakah keanjalan harga permintaan jika harga berubah daripada RM10 kepada RM20?

A. 0.20
B. 0.25
C. 0.40
D. 0.50

14. Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh sebanyak 10%.
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan kopi?

A. 0.5
B. 2.0
C. 5.0
D. 15

4|Page
15. Jadual dibawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus perubahan
harga bagi dua jenis barang.

Barang Peratus perubahan Peratus perubahan


kuantiti diminta harga
X 20 10
Y 15 15
Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan barang Y?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak anjal
B Tidak anjal Anjal satu
C Anjal Anjal satu
D Tidak anjal Anjal

16. Jika nilai keanjalan harga penawaran suatu barang ialah 0.6, tafsirkan nilai tersebut.

A. Apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan meningkat 0.6%


B. Apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan menurun 0.6%
C. Apabila harga menurun 0.6%, kuantiti ditawarkan berkurang 1%
D. Apabila harga menurun 0.6%, kuantiti ditawarkan meninkat 1%

17. Apakah kesan kepada pasaran komputer jika permintaan bertambah tetapi penawaran
tetap?

I. Lebihan permintaan
II. Lebihan penawaran
III. Harga akan jatuh
IV. Harga akan naik
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

18. Encik Amirul mempunyai deposit tetap berjumlah RM100000 di Maybank Berhad. Apakah
fungsi wang dalam pernyataan itu?

A. Alat ukuran nilai


B. Alat bayaran tertunda
C. Alat penyimpan nilai
D. Alat perantaraan pertukaran

5|Page
19. Apakah kemudahan yang disediakan oleh bank perdagangan bagi mengurangkan
penggunaan tunai untuk pelbagai urusan dalam Negara?

I. Cek
II. Cek kembara
III. Kad kredit
IV. Kad juruwang elektronik
A. I,II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

20. Antara berikut, yang manakah menyebabkan wang berfungsi sebagai alat bayran tertunda?

A. Tahan lama
B. Mudah dibawa
C. Kestabilan nilai
D. Diterima umum

21. Semasa inflasi, bank pusat akan mengetatkan syarat sewa beli. Apakah kesan tindakan
tersebut kepada pengguna?

I. Kadar faedah yang rendah dikenakan atas pinjaman


II. Ansuran bulanan dibayar lebih tinggi
III. Wang pendahuluan dibayar dengan lebih tinggi
IV. Ansuran dijelaskan dalam tempoh lebih panjang
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV

22. Apakah skim perbankan islam yang membolehkan penyewa mengambil alih harta yang
disewanya pada harga yang dipersetujui?

A. Murabahah
B. Musyarakah
C. Bai At Takjiri
D. Wadiah

23. Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada bank
perdagangan?

A. Menjual dan membeli surat jaminan kerajaan


B. Menjadi sumber pinjaman terakhir
C. Memberi pendahuluan
D. Mengurus pertukaran asing

6|Page
24. Antara berikutyang manakah bayaran pindahan?

I. Wang saku
II. Derma hari pahlawan
III. Komisen jualan
IV. Bonus tahunan
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

25. Antara berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan dalam pemilihan sesuatu
pekerjaan?

I. Subsidi tempat tinggal


II. Kemudahan pengankutan
III. Peluang kenaikan pangkat
IV. Rawatan perubatan percuma
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

26. Cik Azreen menerima gaji RM3500 sebulan. Kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) bagi pekerja ialah 11% dan bagi majikan ialah 12%.

Hitung caruman Cik Azreen dalam setahun.

A. RM385
B. RM805
C. RM4620
D. RM5040

27. Jadual dibawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan Encik Sanjev bagi bulan April.

Butiran RM
Upah 2500
Makanan dan minuman 800
Bonus 1200
Dividen 100
Premium insurans 200

7|Page
Berapakah jumlah pendapatan Encik Sanjev?

A. RM4000
B. RM3800
C. RM3700
D. RM2500

28. Jadual dibawah menunjukkan upah wang dan harga purata barang mulai tahun 2002 hingga
tahun 2005.

Tahun Upah wang (RM) Harga purata barang


(RM)
2012 1000 50
2013 1100 45
2014 1200 52
2015 1300 70
Pada tahun berapakah upah benar paling tinggi?

A. 2012
B. 2013
C. 2014
D. 2015

29. Antara yang berikut, yang manakah kesan yang dihadapi oleh individu yang merancang
perbelanjaannya?

I. Pinjaman berkurang
II. Tabungan meningkat
III. Kepuasan individu meningkat
IV. Pendapatan boleh guna meningkat
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

30. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah dalam proses pengeluaran?

A. Sewa kilang
B. Kos bahan mentah
C. Bayaran premium insurans
D. Bayaran kos pembelian mesin baharu kilang

31. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jumlah kos dalam pengeluaran jangka
masa pendek sebuah firma?

8|Page
I. Jumlah kos adalah bersamaan dengan jumlah kos tetap apabila tingkat output adalah
sifar
II. Jumlah kos adalah kos seunit output yang dikeluarkan oleh firma
III. Jumlah kos mempunyai hubungan yang negatif dengan tingkat output pengeluaran
IV. Tambahan dalam jumlah kos adalah sama dengan tambahan dalam jumlah kos berubah
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

32. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran bagi sebuah kilang sos pada bulan
Januari.

RM
Gaji pekerja 30 000
Faedah modal 1 800
Insurans kebakaran 1 200
Bayaran bil air dan elektrik 1 200
Bahan mentah 50 000
Bayaran sewa bangunan kilang 12 000
Bayaran telefon dan internet 800
Hitung jumlah kos berubah kilang sos tersebut.

A. RM36 200
B. RM47 000
C. RM65 000
D. RM82 000

33. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran sesuatu barang oleh Firma Y.

Bilangan buruh Jumlah keluaran


(orang) (unit)
1 10
3 22
5 40
8 66
10 80
Penggunaan bilangan buruh yang ke berapakah menunjukkan nilai keluaran marginal yang
paling tinggi?

A. 3 orang
B. 5 orang
C. 8 orang

9|Page
D. 10 orang

34. Pernyataan manakah yang benar mengenai kos purata dalam proses pengeluaran.

I. Kos purata bersamaan dengan kos tetap dicampur dengan kos berubah
II. Kos purata akan meningkat setelah mencapai nilai minimumnya
III. Kos purata menunjukkan kos seunit output yang dihasilkan
IV. Kos purata ialah tambahan jumlah kos akibat daripada tambahan satu unit keluaran
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV

35. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma.

Untuk menghasilakn output sebanyak 180 unit, kos pengeluaran yang ditanggung oleh Syarikat
FRA ialah sebanyak RM1450 . Apabila firma menambah output menjadi 220 unit, kos
pengeluarannya telah meningkat sebanyak 15 %

Hitung kos marginal firma bagi output yang ke 220 unit.

A. RM3.86
B. RM4.85
C. RM5.44
D. RM6.45

36. Jadual dibawah menunjukkan perbalanjaan Syarikat AZFR.

Butiran RM
Kos bahan mentah 6000
Kos buruh 2000
Kos bahan api 1750
Bayaran sewa tapak tanah 3000
Jika Syarikat AZFR menghasilkan 20000 unit barang dan dijual pada harga RM0.80 seunit,
berapakah jumlah untung yang akan diperoleh oleh Syarikat AZFR?

A. RM3250
B. RM5600
C. RM8260
D. RM8890

10 | P a g e
37. Maklumat berikut dipetik daripada Syarikat Liyana.

output Kos purata Kos berubah


0 - -
1 70 30
2 49 58
3 40.7 82
4 35.5 102
5 32 120
Kira kos tetap bagi Syarikat Liyana.

A. 12
B. 21
C. 18
D. 40

38.
 Keluaran adalah sifar tetapi kos ini masih perlu ditanggung
 Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini
Antara berikut, yang manakah menepati ciri-ciri kos di atas?

I. Kos bahan mentah


II. Pembayaran gaji pekerja
III. Pembelian jentera
IV. Kos mendirikan kilang
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

39. Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan penggunaan
lebih banyak basikal di Daerah Seremban 2?

A. Kos pengangkutan yang lebih tinggi


B. Kadar pengangguran yang rendah
C. Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
D. Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

11 | P a g e
40. Pilih kesan eksternaliti yang negative daripada aktiviti pengeluaran botol minuman di
sebuah firma.

I. Pembebasan asap kilang yang bertoksik


II. Peluang pekerjaan yang lebih banyak
III. Penggunaan tekonologi yang moden
IV. Kesesakan lalu lintas
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
E.

12 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai