Anda di halaman 1dari 10

PeperiksaanPertengahan Tahun 2018

1. Ilmu ekonomi mengkaji bagaimana manusia menguruskan sumber-sumber ekonomi


A. Secara efisyen bagi memenuhi pilihan yang tidak terhad
B. Secara optimum untuk memuaskan kehendak yang tidak terhad
C. Secara maksimum untuk memenuhi pilihan yang tidak terhad
D. Secara efektif untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad

2. Gambar 1 di bawah menunjukkan isi rumah yang sering membuat keputusan dalam
ekonomi.

Gambar 1

Apakah tujuan isi rumah membuat keputusan?


A Untuk membeli mengikut keutamaan
B Untuk memaksimumkan kos pengeluaran
C Untuk memaksimumkan kepuasan pengguna
D Untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat

3. Jadual dibawah berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Seri Astana.


Teknik Sos Cili Sos Tiram
Pengeluaran (botol) (botol)
w 0 100
x 20 80
y 60 50
z 80 20

Apakah kos lepas jika Syarikat Seri Astana menukar teknik pengeluaran daripada x kepada
z
A 20 botol sos cili
B 40 botol sos cili
C 60 botol sos tiram
D 80 botol sos tiram

1
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018

4. Rajah dibawah menunjukkan sebuah keluk kemungkinan pengeluaran

Pilih penyataan yang tepat apabila kombinasi pengeluaran bergerak dari titik A ke titik
B.
A Berlaku kemajuan tingkat teknologi pengeluaran
B Kadar pengangguran adalah tinggi dalam ekonomi
C Semakin banyak barang X dihasilkan dalam ekonomi
D Semakin banyak barang Y dikeluarkan dalam ekonomi

5. Antara berikut, yang manakah dapat menyelesaikan masalah untuk ‘siapa barangan
dikeluarkan’ dalam Sistem Ekonomi Kapitalis dan Sistem Ekonomi Perancangan
Pusat?

Sistem Ekonomi Kapitalis Sistem Ekonomi Perancangan Pusat

A Kuasa beli masyarakat dan Kerajaan mempengaruhi agihan


agihan pendapatan pendapatan golongan miskin
Ditentukan individu berdasarkan Kerajaan mengeluarkan output untuk
B keperluan keluarga golongan pendapatan rendah
Ditentukan oleh firma Kerajaan mengeluarkan output
C berdasarkan kos berdasarkan permintaan golongan
berpendapatan rendah
Jumlah barang ditetapkan oleh
D kerajaan melalui sistem catuan Kuasa beli dan taraf hidup masyarakat

6. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang keluk permintaan?

I Menunjukkan hubungan negatif antara kuantiti yang diminta dengan


harga
II Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
III Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
IV Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga

A I dan II
B I dan IV

2
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
C II dan III
D III dan IV

7. Rajah 1 di bawah menunjukkan keluk permintaan motosikal tempatan.

Harga D
( RM )

0 Q1 Q2 Kuantiti ( unit )
Rajah 1

Pengurangan kuantiti diminta dari Q2 ke Q1 adalah disebabkan oleh


A kenaikan harga petrol
B kejatuhan harga keluli
C kenaikan harga motosikal tempatan
D kejatuhan harga motosikal import

8. Jadual di bawah menunjukkan harga seunit dan kuantiti komputer


yang diminta pada bulan Mac dan April 2018

Harga seunit Kuantiti komputer Kuantiti komputer


(RM) diminta pada bulan diminta pada bulan
Mac ( unit) April ( unit )

4000 5000 20000

Apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan pada bulah


April?

A Kempen iklan yang berjaya


B Kejatuhan harga barang pengganti
C Kenaikan harga barang penggenap
D Pengguna menjangkakan harga barang itu akan jatuh

9. Penawaran pasaran dapat diperolehi dengan

A menjumlahkan secara mendatar kuantiti yang ditawarkan oleh semua


firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu
B menjumlahkan semua kuantiti yang diminta oleh semua
individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu
C menjumlahkan secara menegak seua kuantiti diminta oleh

3
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
semua individu dalam pasaran pada suatu tingkat harga tertentu
D menjumlahkan semua kuantiti yang ditawarkan oleh semua
firma dalam pasaran pada suatu tingkat harga yang sama

10. Pernyataan dibawah berkaitan dengan suatu fenomena yang


berlaku dalam ekonomi.

“kenaikan harga simen dan besi keluli dijangka akan berterusan dalam
tempoh enam bulan yang akan dating” kata Pengerusi Persatuan
Perumahan Semenanjung Malaysia , Encik Raymond Ling kepada para
pelabur hartanah.

Apakah kesan fenomena tersebut kepada penawaran rumah kediaman tempatan?

A Penawaran rumah kediaman akan bertambah


B Harga rumah kediaman akan cenderung menurun
C Harga rumah kediaman akan cenderung meningkat
D Permintaan terhadap rumah kediaman akan meningkat

11. Rajah 1 menunjukkan keluk keseimbangan pasaran bagi barang X.

Harga
D S

P1

P0 E
P2

s
D

0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti

Apakah kesannya jika harga meningkat dari P0 ke P1?

I Ketidakseimbangan pasaran akan berlaku.


II Keseimbangan pasaran berlaku di P1
III Berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q2
IV Berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q2

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV

4
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018

12. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan suatu barang.

Harga ( RM )
D

D
0 100 X Kuantiti ( unit )

Hitungkan nilai X jika nilai keanjalan harga permintaan ialah 2

A 200 B 150
C 120 D 112

13. Keanjalan harga penawaran adalah anjal jika peratus perubahan

A dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan pendapatan


B dalam kuantiti ditawar melebihi peratus perubahan harga
C harga melebihi peratus perubahan dalam kuantiti ditawar
D pendapatan melebihi peratus perubahan kuantiti ditawar

14. Ciri manakah yang menyebabkan wang berfungsi sebagai alat bayaran tertunda.?
A Tahan lama
B Mudah dibawa
C Diterima umum
D Kestabilan nilai

15. Apakah fungsi bank pusat?


A Menguruskan pinjaman bersindiket
B Menerima deposit daripada orang ramai
C Menjadi jurubank kepada bank perdagangan
D Membuat dan menerima bayaran daripada firma

16. Upah benar ialah


A upah yang diterima oleh individu yang bekerja sambilan
B upah yang diterima individu yang bekerja sepenuh masa
C kemampuan upah untuk membeli sejumlah barang atau perkhidmatan
D upah yang diterima kerana menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam
proses pengeluaran

5
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018

17. Upah yang diterima oleh seorang tukang paip adalah lebih tinggi daripada seorang
pelayan restoren kerana
A tanggungjawab yang tinggi
B kadar pengangguran yang tinggi
C memerlukan kemahiran yang tinggi
D memerlukan kelayakan akademik yang tinggi

18. Rumus berikut mengenai pendapatan boleh guna.

Pendapatan Individu – X = Pendapatan boleh guna

Berdasarkan rumus di atas, X ialah


I Tabungan
II Caruman KWSP
III Cukai pendapatan
IV Perbelanjaan penggunaan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

19. Pekerjaan manakah yang diwajibkan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja ?
A Juruteknik kilang
B Peniaga di pasar
C Pekebun kecil
D Pemilik kedai tekstil

20. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran.

Keluaran Jumlah kos (RM)


0 28
2 36
4 48
6 76

Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat keluaran ke-4?

A RM48
B RM 36
C RM28
D RM78

21. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang firma?

I Berbeza dari segi saiz dan modal


II Membekalkan faktor pengeluaran
III Menggunakan barang dan perkhidmatan
IV Matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan

6
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
A I dan II C II dan
B I dan IV D III dan IV
22. Rajah di bawah menunjukkan proses pengeluaran keropok ikan dalam jangka masa
pendek.

- ikan
- Tepung Keropok
- Mesin
- Pekerja

Apakah input tetap yang terlibat dalam proses tersebut?


A Mesin C Ikan, tepung dan mesin
B Pekerja dan mesin D Ikan, tepung dan pekerja

23. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah bagi firma Y pada pelbagai tingkat keluaran
Kuantiti (unit) Kos berubah (RM)
10 400
20 600
30 800
40 1200

Sekiranya kos tetap firma Y ialah RM500, tingkat keluaran yang manakah mempunyai kos
purata yang paling rendah?

A 10 unit C 20 unit
B 30 unit D 40 unit

24. Jadual di bawah menunjukkan maklumat kos pengeluaran bagi firma Q

Keluaran 0 16 20 25 30 45
( unit)
Jumlah kos 250 456 650 900 1200 2200
(RM)

Berapakah kos marginal bagi keluaran yang ke-25?


A RM10 C RM40
B RM30 D RM50

25. Apakah kesan langsung daripada peningkatan tahap produktiviti sesebuah industri?

A Kenaikan tingkat harga umum barang


B Penurunan dalam tingkat keuntungan firma
C Daya saing pengeluaran barang akan meningkat
D Peningkatan dalam kos pengeluaran barang dan perkhidmatan

26. Peranan kerajaan dalam ekonomi ialah

I Mencapai objektif makroekonomi


II Mewujudkan monopoli semulajadi
III Bertindak sebagai pengguna dan pengeluar
IV Mengawalselia pengeluar dan ekstenaliti negatif

A I dan II C II dan III

7
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
B I dan IV D III dan IV
27. Rajah di bawah merupakan barang awam.

Mengapakah barang di atas


dianggap sebagai barang awam?

A Tidak dikenakan bayaran


B Bilangannya tidak terhad
C Memudahkan urusan
perjalanan orang ramai
D Disediakan khusus untuk
pengguna bas awam

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan barang kawalan?

I Setem
II Roti berkrim
III Tepung gandum
IV Simendan klinker

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

29. Manakah yang benar tentang pengganguran geseran?

I Memerlukan latihan kemahiran semula


II Jenis pengangguran jangka pendek
III Seorang graduan sedang mencari pekerjaan
IV Tidak wujud apabila ekonomi telah mencapai tingkat gunatenaga penuh

A I dan II C II dan III


B I dan V D III dan IV

30. Rizab tunai merujuk


A Simpanan wajib kerajaan di bank perdagangan
B Simpanan wajib bank pusat di bank perdagangan
C Simpanan wajib bank perdagangan di bank pusat
D Simpanan wajib bank perdagangan di bank itu sendiri

31. Antara yang berikut, pasangan yang manakah adalah benar?

Perbelanjaan pembangunan Perbelanjaan mengurus

8
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
A. Pembinaan rumah untuk kakitangan Pembinaan lebuh raya baharu di negeri
kerajaan Pahang
B. Pemberian Baucar Buku 1 Malaysia Pemberian bonus untuk kakitangan
awam
C. Pembinaan kolej vokasional di negeri Membaikpulih jalan raya persekutuan di
Johor negeri Sabah dan Sarawak
D. Bayaran pencen kepada pegawai
Pegawai kerajaan yang telah bersara Bayaran balik pinjaman kerajaan

32. Antara yang berikut yang manakah adalah benar tentang cukai progresif?

A Cukai yang dikenakan ke atas pembelian barangan


B Cukai yang berubah secara langsung dengan kadar inflasi
C Kadar cukai berubah secara langsung dengan perubahan pendapatan individu
D Barang tertentu dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding dengan barang yang
lain.

33. Emolumen dianggap sebagai perbelanjaan mengurus kerana

A Bersifat berulang
B Mengurangkan hutang negara
C Meningkatkan daya saing negara
D Meningkatkan modal fizikal negara

Soalan 34 hingga soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

34. I Kerajaan terpaksa membuat pinjaman projek akibat kekurangan sumber hasil
II Pilihan yang dibuat oleh kerajaan bermatlamat memaksimumkan untung

35. I Upah benar merupakan jumlah wang yang diterima oleh pekerja dalam tempoh masa
tertentu
II semakin tinggi upah benar, semakin tinggi kuasa beli pengguna

36. I Beban cukai tidak langsung boleh dipindah kepada pihak lain
II Cukai keuntungan syarikat tergolong dalam jenis cukai tidak langsung

37. I Pulangan pelaburan biasanya lebih tinggi daripada tabungan di bank perdagangan
II Pelaburan lebih berisiko daripada tabungan di bank perdagangan

9
PeperiksaanPertengahan Tahun 2018
38. I Usahawan merupakan faktor pengeluaran yang sanggup menanggung risiko
II Tanah merupakan faktor pengeluaran yang semakin terhad

39. I Apabila berlaku lebihan permintaan harga barang cenderung untuk meningkat
II Apabila berlaku lebihan penawaran, harga barang cenderung untuk menurun

40. I Peningkatan teknologi akan melambatkan pertumbuhan ekonomi


II Peningkatan dalam pertumbuhan ekonomi membawa kepada kehausan dan
kepupusan sumber

“KERTAS SOALAN TAMAT”

10

Anda mungkin juga menyukai