Anda di halaman 1dari 14

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI (PSPM)

SESI PENGAJIAN 2013/2014

BAHAGIAN A [30 markah]

Bahagian ini mengandungi 30 soalan. Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan
empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang terbaik dan hitamkan di aats kertas jawapan
OMR yang disediakan.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 45 minit bagi menjawab bahagian ini.

1 Kehendak manusia yang tidak terbatas manakala sumber ekonomi yang terhad
menimbulkan masalah

A inflasi
B kekurangan
C pembaziran
D pengangguran

2 Masalah untuk siapa barang dikeluarkan dalam system ekonomi kapitalis ditentukan
oleh

A pilihan pengguna
B kuasa beli pengguna
C keseimbangan pengguna
D persaingan antara pengguna

3 Pemilikan sumber ekonomi dalam system ekonomi islam menjelaskan bahawa

A semua individu adalah pemilik sumber ekonomi


B individu yang kaya adalah pemilik sumber ekonomi
C individu adalah pemegang amanah ke atas sumber ekonomi
D semua individu boleh memiliki sumber ekonomi melalui zakat

4 Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah Negara.

Barang pertanian

•X

Barang perindustrian
Pengeluaran pada titik X boleh dicapai sekiranya

A berlaku pertambahan pekerja asing dalam Negara


B kegiatan ekonomi berada pada tahap guna tenaga penuh
C cita rasa penduduk untuk barang perindustrian meningkat
D berlaku pengkhususan pengeluaran barang pertanian sahaja
5 Lebihan pengeluar merupakan

A perbezaan antara tingkat harga minimum dengan tingkat harga pasaran


B perbezaan antara tingkat harga pasaran dengan tingkat harga kawalan oleh
kerajaan
C perbezaan antara tingkat harga yang sanggup diterima pengeluar dengan
tingkat harga pasaran.
D perbezaan antara permintaan dan penawaran di pasaran pada suatu tingkat
harga tertentu.

6 Hukum permintaan menerangkan

A kecerunan negative yang ditunjukkan oleh keluk permintaan individu


B peningkatan kuantiti diminta apabila tingkat harga barang itu sendiri menurun
C penurunan kuantiti diminta apabila tingkat harga barang pengganti meningkat
D penurunan kuantiti diminta apabila tingkat harga barang pengenap meningkat

7 Dasar harga maksimum bertujuan untuk

A melindungi pengguna
B melindungi pengeluar
C menambah penawaran
D menambah permintaan

8 Jika berlaku kejatuhan harga kereta , maka keluk permintaan ke atas petrol akan

A baralih ke kiri
B beralih ke kanan
C menjadi lebih anjal
D menjadi kurang anjal

9 Jika harga sebuah buku adalah RM40.00 dan pengguna X sanggup membayar
RM50.00, pengguna Y sanssup membayar RM45.00 manakala pengguna Z sanggup
membayar RM40.00, maka jumlah lebihan pengguna ialah

A RM15.00
B RM40.00
C RM95.00
D RM135.00

10 keanjalan permintaan pendapatan untuk barang bawahan adalah

A sifar
B positif
C negative
D infiniti

1
11 Jika nilai keanjalan permintaan silang antara barang X dengan barang Y adalah 2,
maka hubungan barang X dan barang Y adalah

A barang normal
B barang bawahan
C barang pelengkap
D barang pengganti

12 Peningkatan harga suatu barang akan meningkatkan jumlah hasil jualan jika nilai
keanjalan permintaan harga barang tersebut adalah

A satu
B infiniti
C labih dari satu
D kurang dari Satu

13 Nilai keanjalan permintaan harga bagi barang X ialah 1. Kuantiti asal yang diminta
ialah 100 unit pada harga RM0.20 seunit. Berapakah kuantiti diminta yang baru jika
harga barang X turun kepada RM0.10 seunit?

A 200 unit
B 150 unit
C 60 unit
D 12 unit

14 perubahan jumlah utiliti yang diperoleh kesan daripada tambahan satu unit barang
yang digunakan dekenali sebagai

A utiliti sut
B utiliti purata
C jumlah utiliti
D utiliti sut berkurangan

15 Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut dan harga barang X dan barang Y

Barang Utiliti sut Harga seunit


X 200 5
Y 300 10

Untuk memaksimumkan utiliti, pengguna ini perlu

A meningkatkan pembelian barang X dan barang Y


B mengurangkan pembelian barang X dan barang Y
C meningkatkan pembelian barang X dan mengurangkan pembelian barang Y
D mengurangkan pembelian barang X dan meningkatkan pembelian barang Y

2
16 Ekonomi bidangan luaran merupakan

A kesan pembentukkan keluk kos purata jangka pendek yang menurun


B kesan pembentukkan keluk kos purata jangka panjang yang menurun
C faedah yang diperoleh oleh firma daripada pengembangan firma itu sendiri
D faedah yang diperoleh oleh firma daripada pengembangan industry dalam
sesuatu kawasan

17 pulangan sut bertambahan digambarkan oleh bahagian

A keluk keluaran sut yang menurun


B keluk keluaran sut yang meningkat
C keluk keluaran purata yang menurun
D keluk keluaran purata yang meningkat

18 Pada kuantiti 7 unit, kos purata firma adalah RM15.00 seunit dan jumlah kos tetap
adalah RM35.00. Berapakah kos berubah purata?

A RM5.00
B RM10.00
C RM70.00
D RM105.00

19 Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), kos
tetap purata (AFC) dan kos sut (MC).

Kos (RM)
MC AC

X AVC

Z AFC
Kuantiti
0 Q

Pada tingkat keluaran Q, kos tetap purata firma adalah

A XY
B XZ
C XQ
D YZ

3
20 Jika kos tetap bagi sebuah firma meningkat,

A kos berubah purata dan kos sut akan meningkat


B kos purata menurun tetapi kos sut tidak berubah
C kos purata meningkat tetapi kos sut tidak berubah
D kos berubah purata tidak berubah tetapi kos sut akan meningkat

21 Rajah di bawah menunjukka keluk jumlah keluaran (TP)

Keluaran (unit)

TP

Buruh (orang)
0 L1 L2 L3
Manakah antara berikut adalah BENAR berkaitan dengan rajah?

A Pada tingkat buruh 0L1, keluaran purata kurang daripada keluaran sut
B Pada tingkat buruh L1L2, keluaran purata lebih daripada keluaran sut
C Pada tingkat buruh L2L3, keluaran purata kurang daripada keluaran sut
D Pada tingkat buruh melebihi L3, keluaran purata kurang daripada keluaran
sut

22 Manakah antara cirri berikut TIDAK BENAR mengenai firma persaingan


bermonopoli?

A Bilangan firma agak banyak


B tiada persaingan bukan harga
C memperoleh untung lebih normal pada jangka panjang
D menjalankan banyak promosi bagi membantu meningkatkan jualan

23 Pemonopoli mengamalkan diskriminasi harga dengan mengenakan harga lebih tinggi


pada pasaran yang menpunyai permintaan

A anjal
B tak anjal
C anjal satu
D anjal sempurna

24 Firma persaingan bermonopoli mempunyai keluk permintaan yang anjal kerana

A terdapat sekatan kemasukan firma baru


B firma mengamalkan persaingan bukan harga
C memperoleh untung normal pada jangka panjang
D terdapat banyak pengganti hampir dalam pasaran

4
25 Jika hasil purata berada antara kos purata dengan kos berubah purata, firma ini
memperoleh

A untung lebih normal dan terus beroperasi


B untung lebih normal dan tutup operasi
C untung kurang normal dan terus operasi
D untung kurang normal dan tutup operasi

26 Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), hasil purata (AR)
dan hasil sut (MR) bagi firma monopoli.

Harga/kos (RM)

MC
AC
20
18

10
MR AR Keluaran (unit)
0 10

Jumlah keuntungan firma ini pada tingkat keseimbangan ialah

A RM10.00
B RM18.00
C RM20.00
D RM38.00

27 Jadual di bawah menunjukkan harga, kuantiti permintaan dan jumlah kos firma
monopoli

Harga Kuantiti Jumlah kos


(RM seunit) (unit) (RM)
50.00 0 10.00
45.00 20 110.00
40.00 40 310.00
35.00 60 810.00
30.00 80 1,210.00

Firma ini akan memaksimumkan untung dengan menetapkan tingkat harga pada

A RM30.00 seunit
B RM35.00 seunit
C RM40.00 seunit
D RM45.00 seunit

5
28 Berikut adalah maklumat sebuah firma persaingan sempurna.

Jumlah jualan = 50 unit


Harga seunit = RM20.00
Jumlah kos tetap = RM1,000.00
Jumlah kos berubah = RM2,500.00

Apakah yang patut dilakukan eloh firma ini dalam jangka masa pendek?

A menutup operasi
B menaikkan harga
C mengurangkan kos tetap
D menambahkan unit jualan

29 Perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan bermonopoli


adalah

A darjah keanjalan permintaan


B berupaya mempengaruhi harga pasaran
C bentuk keluk hasil sut dan hasil purata firma
D syarat keseimbangan firma dalam jangka pendek

30 manakah antara pernyataan berikut TIDAK BENAR tentang pasaran persaingan


sempurna dan monopoli pada tingkat keseimbangan?

A harga pasaran persaingan sempurna sama dengan kos sut tetapi harga
pasaran monopoli melebihi kos sut
B Pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran lebih banyak dan
mengenakan harga lebih rendah berbanding pasaran monopoli
C Dalam jangka panjang, firma monopoli boleh mendapat untung lebih normal
manakala firma persaingan sempurna mendapat untung normal
D Pasaran persaingan sempurna mengeluarkan keluaran pada harga sama
dengan kos sut tetapi pasaran monopoli mengeluarkan keluaran pada hasil
sut melebihi kos sut

6
BAHAGIAN B [ 30 MARKAH]

Bahagian ini mengandungi 5 soalan. Jawab 3 soalan sahaja.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 45 minit bagi menjawab bahagian ini

1 Jadual 3 menunjukkan kombinasi pengeluaran barang X dan barang Y bagi sebuah


Negara.

JADUAL 3

Kombinasi A B C D E F
Barang X 0 10 20 30 40 50
(unit)
Barang Y 75 60 45 30 15 0
(unit)

Berdasarkan jadual 3 di atas,

(a) lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran (KKP) dengan menggunakan paksi


mendatar untuk barang X dan paksi menegak untung barang Y.

[2 markah]

(b) nyatakan jenis kos lepas bagi KKP tersebut. Hitung jumlah kos lepas
sekiranya pengeluaran barang X bertambah daripada 20 kepada 40 unit.

[2 markah]

(c) (i) bolehkah kombinasi 40 barang X dan 30 barang Y dikeluarkan?


Jelaskan.

[2 markah]

(ii) apakah yang berlaku jika Negara ini megeluarkan kombinasi 20 barang
X dan 30 barang Y.
[1 markah]

(d) pada rajah yang sama, tunjukkan perubahan KKP sekiranya berlaku bencana
alam tsunami di Negara tersebut. Jelaskan

[3 markah]

7
2 Rajah 5 menunjukkan keluk permintaan dan penawaran bagi suatu barang.

Harga (RM) S1
S0
D

12
10
8

7.5

4.5
Kuantiti
0 10 12.5 25

Berdasarkan RAJAH 5 di atas,

(a) hitung lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada harga keseimbangan
RM10.00.

[2 markah]

(b) hitung perubahan jumlah hasil diterima oleh pengeluar jika harga turun
daripada RM12.00 kepada RM10.00.

[2 markah]

(c) terbitkan fungsi permintaan.

[3 markah]

(d) hitung beban cukai ditanggung oleh pengguna dan pengeluar jika keluk S 0
beralih ke S1 kesan daripada pengenaan cukai.

[3 markah]

8
3 JADUAL 4 menunjukkan harga dan kuantiti ditawarkan oleh 3 buah firma.

JADUAL 4

Harga (RM) Kuantiti (unit)


Firma 1 Firma 2 Firma 3
1.00 25 10 4
2.00 35 20 6
3.00 42 30 10
4.00 46 36 16
5.00 50 40 20
6.00 54 42 22

Berdasarkan JADUAL 4 di atas,

(a) lakarkan keluk penawaran setiap firma dan keluk penawaran pasaran.

[4 markah]

(b) hitung nilai keanjalan penawaran harga bagi setiap firma apabila harga
meningkat daripada RM4.00 kepada RM5.00.

[3 markah]

(c) (i) hitung nilai keanjalan penawaran harga bagi pasaran ini apabila harga
meningkat daripada RM4.00 kepada RM5.00.

[1 markah]

(ii) nyatakan jenis keanjalan pasaran ini.

[1 markah]

(iii) berikan satu (1) faktor yang mempengaruhi nilai keanjalan pasaran ini.

[1 markah]

9
4 JADUAL 5 menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal (TPP) bagi
sebuah firma.

JADUAL 5

Buruh Jumlah Keluaran Fizikal (TPP)


(orang) (unit)
0 0
1 50
2 120
3 240
4 320
5 350

Berdasarkan JADUAL 5 di atas,

(a) hitung keluaran fizikal sut (MPP) setiap tingkat buruh.

[3 markah]

(b) hitung keluaran fizikal purata (APP) setiap tingkat buruh.

[3 markah]

(c) lakarkan keluk TPP, MPP dan APP.

[3 markah]

(d) pada unit buruh manakah hukum pulangan sut berkurangan bermula?

[1 markah]

10
5 RAJAH 6 menunjukkan keluk kos purata (AC), kos berubah purata (AVC), kos sut
(MC), hasil purata (AR) dan hasil sut (MR) bagi sebuah firma.

Harga/kos (RM)

MC
AC
110
AVC
90

50

MR AR
Keluaran (unit)
0 50

RAJAH 6

Berdasarkan RAJAH 6 di atas,

(a) apakah jenis pasaran firma ini? Jelaskan.

[2 markah]

(b) hitung jumlah kos berubah, jumlah kos tetap dan jumlah kos pada tingkat
keseimbangan firma.

[4 markah]

(c) hitung jumlah hasil dan jumlah keuntungan firma ini dalam jangka pendek
pada tingkat keseimbangan firma.

[3 markah]

(d) apakah tindakan firma ini dalam jangka panjang?

[1 markah]

11
BAHAGIAN C [40 markah]

Bahagian ini mengandungi 6 soalan. Jawab 4 soalan sahaja.

Anda dinasihatkan supaya memperuntukkan masa 90 minit bagi menjawab bahagian ini.

6 (a) Nyatakan empat (4) masalah asas ekonomi.

[2 markah]

(b) Jelaskan bagaimana sistem ekonomi Islam menyelesaikan masalah asas


ekonomi.

[8 markah]

7 Berbantukan rajah yang berasingan, terangkan kesan terhadap harga dan kuantiti
keseimbangan roti apabila berlaku keadaan berikut dengan andaian roti adalah
barang normal, jika

(a) kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan pengguna. [4 markah]

(b) kesatuan sekerja pekerja kilang roti berjaya menuntut kenaikan upah.

[3 markah]

(c) dapatan kajian terbaru menunjukkan roti lebih baik untuk kesihatan berbanding
nasi.
[3 markah]

8 (a) Terangkan maksud keanjalan permintaan harga anjal sempurna dan tak anjal
sempurna.

[2 markah]

(b) Huraikan empat (4) faktor penentu keanjalan permintaan harga suatu barang.

[8 markah]

12
9 (a) Adakah firma pasaran monopoli mencapai kecekapan pengeluaran dan
kecekapan peruntukan? Berbantukan rajah, bincangkan.

[6 markah]

(b) Terangkan kesan perubahan pendapatan dan perubahan harga bagi dua
barang terhadap keseimbangan pengguna dengan menggunakan teori utiliti
kardinal.

[4 markah]

10 (a) Jelaskan mengapa kedua-dua keluk kos purata jangka pendek (SAC) dan
keluk kos purata jangka panjang (LAC) berbentuk U.
[6 markah]

(b) Syarikat teksi terpaksa membayar jumlah upah yang lebih tinggi kepada
pemandu teksinya akibat peningkatan permintaan perkhidmatan teksi.
Bagaimanakah peningkatan upah ini akan mempengaruhi kos tetap purata,
kos berubah purata, jumlah kos purata dan kos sut syarikat teksi?

[4 markah]

11 (a) Terangkan empat (4) syarat diskriminasi harga oleh pemonopoli.

[4 markah]

(b) Huraikan tiga (3) jenis darjah diskriminasi harga dengan contoh yang sesuai.

[6 markah]

13

Anda mungkin juga menyukai