Anda di halaman 1dari 11

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007

EKONOMI ASAS

1 Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan


pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?
A Berlakunya bencana alam
B Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa
C Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin
D Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber
ekonomi

2
Firma A&M mengeluarkan buku Ekonomi Asas sebanyak
20 000 unit untuk diedarkan ke sekolah menengah di Malaysia.

Apakah faktor lain yang perlu dipertimbangkan oleh firma A&M itu?
A Apa yang hendak dikeluarkan.
B Berapa hendak dikeluarkan.
C Bagaimana hendak dikeluarkan.
D Untuk siapa hendak dikeluarkan.

3
Negara Encik Z tinggal mengamalkan persaingan yang bebas
manakala negara Encik K tinggal membenarkan persaingan
yang tidak menindas.

Antara berikut, yang manakah adalah perbezaan bagi kedua-dua sistem ekonomi
negara Encik Z dan Encik K?
Negara Encik Z Negara Encik K
A Sumber ekonomi dimiliki bersama oleh Sumber ekonomi dimiliki oleh Tuhan dan
individu, firma dan kerajaan. manusia hanyalah pemegang amanah.
B Individu diberi memilih barangan yang Individu diberi kebebasan memilih
telah ditetapkan oleh kerajaan. barangan.
C Motif pengeluaran adalah Motif pengeluaran adalah keuntungan
memaksimumkan keuntungan. tetapi kebajikan masyarakat dijaga.
D Harga barangan ditetapkan melalui Harga barangan ditetapkan melalui
mekanisme harga dengan kawalan mekanisme harga.
kerajaan.

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 1


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

4 Antara yang berikut, manakah yang menunjukkan proses mekanisme harga?


I Apabila berlaku lebihan permintaan, harga barang akan menurun.
II Apabila berlaku lebihan penawaran, harga barang akan menurun.
III Harga turun dan naik sehingga tercapai keseimbangan.
IV Interaksi antara permintaan dan penawaran.
A I dan II
B III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

5 Antara yang berikut, manakah yang merupakan kegiatan pelaburan?


A membeli sekuriti kerajaan
B membeli unit amanah saham
C membeli polisi insurans
D membeli kilang

6 Yang berikut, adalah penggunaan pendapatan boleh guna, kecuali….


A membeli bahan mentah
B menyimpan wang di bank perdagangan
C menyewa kereta
D mencarum dalam KWSP

7
Harga Kuantiti permintaan
seunit Proton Waja (unit)
(RM) Jan Mac
61 000 12 000 10 000

Merujuk jadual di atas, apakah faktor yang menyebabkan perubahan permintaan


pada bulan Mac?
A Pengguna menjangkakan harga akan naik pada masa depan
B Penurunan pendapatan boleh guna pengguna
C Penurunan harga barang penggenap
D Kempen iklan berjaya

8 Sebuah firma yang menjual suatu barang yang mempunyai keanjalan harga
permintaan sama dengan 2. Apakah akan berlaku ke atas kuantiti permintaan dan
jumlah hasil jualan firma ini, jika harga barang ini menurun 1%?

Kuantiti permintaan Hasil jualan


A Meningkat kurang daripada 1% Meningkat
B Meningkat kurang daripada 1% Menurun
C Meningkat melebihi 1% Meningkat
D Meningkat melebihi 1% Menurun

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 2


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

 Harga barang X meningkat


 Kuantiti diminta untuk barang Y menurun
 Kuantiti diminta untuk barang Z meningkat

9 Antara berikut, yang manakah benar untuk maklumat di atas?


I X dan Y merupakan barang penggenap
II X dan Z merupakan barang pengganti
III Y dan Z merupakan barang penggenap
IV Y dan Z merupakan barang mesti
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D II dan IV

10 Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan permintaan terhadap minyak


sawit lebih anjal?
I Pengeluaran lebih banyak jenis barang kilang dengan menggunakan
minyak sawit.
II Pewujudan lebih banyak barang pengganti bagi minyak sawit.
III Pemprosesan minyak sawit.
IV Peningkatan harga minyak sawit.
A I dan II sahaja.
B III dan IV sahaja.
C II dan III sahaja.
D I, II, III dan IV.

11 Jika kos purata = RM10 dan jumlah keluaran =6 unit, berapakah jumlah kos
berubah jika jumlah kos tetap ialah RM10?
A RM30 C RM50
B RM 40 D RM60

12 Sesebuah firma dikatakan mencapai kecekapan pengeluaran apabila


A menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang minimum untuk
menghasilkan sesuatu keluaran
B menggunakan kos purata yang minimum untuk menghasilkan keluaran
maksimum
C mencapai keuntungan maksimum dengan kombinasi faktor pengeluaran
yang minimum
D memperuntukkan sumber pengeluaran dengan cekap.

13 Mengapakah bangunan kilang dianggap sebagai input tetap dalam jangka pendek?
A Bangunan kilang tidak boleh dipindahkan
B Bangunan kilang tidak akan berubah bersama-sama dengan tingkat
keluaran
C Kos pembinaan kilang sangat tinggi

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 3


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

D Bangunan kilang tidak akan berubah bersama-sama dengan tingkat


keluaran dalam jangka panjang.

14 Apabila kerajaan memberi subsidi kepada firma, keluk penawaran akan….


A Tidak berubah.
B Berubah secara negatif.
C Beralih ke kiri.
D Beralih ke kanan.

15 Penyataan manakah menerangkan hukum penawaran ?


A Apabila harga input jatuh, penawaran akan bertambah.
B Apabila tingkat teknologi bertambah baik, penawaran akan bertambah.
C Apabila harga sesuatu barang jatuh, kuantiti yang ditawarkan akan
bertambah.
D Apabila harga sesuatu barang naik, kuantiti yang ditawarkan akan
bertambah.

16

Harga
Kuantiti

S
D

P1

S D

Berdasarkan rajah di atas, DD adalah keluk permintaan pasaran dan SS adalah


keluk penawaran pasaran, apakah yang akan berlaku apabila harga pasaran barang
adalah pada P1?
I Wujudnya lebihan permintaan
II Terlalu ramai penanding
III Penjual bertanding antara satu sama lain
IV Harga cenderung meningkat.
A I dan II
B III dan IV
C II dan IV
D I dan IV

17
Harga Permintaan Penawaran
(RM) (Unit) (Unit)

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 4


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

5 15 9
6 13 12
7 11 15
8 9 17
9 7 19

Jadual di atas menunjukkan permintaan dan penawaran bagi kereta mainan pada
pelbagai tingkat harga. Sekiranya harga jualan ditetapkan pada tingkat RM7,
pasaran ini akan mengalami
I Peningkatan harga
II Penurunan harga
III Lebihan penawaran
IV Lebihan permintaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

18 Permintaan dan Penawaran buruh


Faktor Buruh Kadar Upah (RM)/Sehari

30 35 40

Penawaran 100 150 200


Permintaan 250 225 200

Jadual diatas menunjukkan menunjukkan penawaran dan permintaan pasaran


buruh pada tingkat upah yang tertentu.
Apakah keadaan yang akan wujud dalam pasaran buruh jika upah buruh
RM 45 sehari?
A Wujud keseimbangan dalam pasaran buruh
B Wujud lebihan penawaran dalam pasaran buruh
C Wujud kekurangan tenaga buruh di pasaran.
D Wujud lebihan permintaan dalam pasaran buruh

19 Antara berikut yang manakah faktor utama mempengaruhi penurunan permintaan


modal?
A Kenaikan harga barangan.
B Kenaikan kadar bunga.
C Kejatuhan harga barangan.
D Kejatuhan kadar bunga.

20 Butir-butir dalam aliran wang ialah


I Tabungan wang di Mayban Finance
II Pembelian buku cerita oleh Ahmad
III Pendapatan diterima oleh pengurus

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 5


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

IV Penawaran tanah oleh tuan punya


A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

21 Manakah di antara pernyataan berikut benar tentang aliran fizikal?


A Isi rumah menawarkan faktor-faktor pengeluaran.
B Firma menawarkan modal untuk perniagaannya.
C Isi rumah membeli barang-barang dan perkhidmatan.
D Firma membayar upah kepada pekerja yang bekerja dengannya.

22 Antara berikut, yang manakah harganya tidak ditentukan di pasaran faktor?


A Pengusaha C Tanah
B Buruh D Modal

23
Pn. Yusni membeli sebuah radio yang berharga RM250.00.
Dia membayar wang sebanyak RM250.00 kepada penjual tersebut
bagi mendapatkan radio tersebut”

Tanda harga pada radio menunjukkan wang berfungsi sebagai


A alat perantaraan pertukaran C simpanan nilai
B unit ukuran nilai D alat pembayaran

24 Nilai muka duit syiling jika dibandingkan dengan nilai logam yang dijadikan
syiling itu adalah
A sama nilainya C nilainya lebih tinggi
B nilainya lebih rendah D tidak dapat ditentukan

25 Bank kami menyediakan akaun-akaun berikut:


 akaun simpanan
 akaun simpanan tetap
 akaun simpanan semasa

Maklumat di atas berkaitan dengan


A Bank Simpanan Nasional
B Bank Negara Malaysia
C Bank saudagar
D Bank perdagangan

26 “Barangan firma banyak tak terjual. Firma terpaksa mengurangkan


penawaran.”

Antara berikut, langkah-langkah yang manakah yang perlu diambil oleh Bank
Pusat untuk mengatasinya?

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 6


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

i Membeli surat jaminan kerajaan dari pasaran


ii Mengarahkan bank perdagangan menambah rizab tunainya
iii Mewajibkan bank perdagangan mengurangkan rizab berkanunnya
iv Mengarahkan bank perdagangan mengurangkan kadar bunga dan
menaikkan jumlah maksimum pinjaman
A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv

27 Berikut adalah fungsi Bank Negara Malaysia kecuali


A mengeluarkan duit syiling dan wang kertas
B bertindak sebagai juru bank kepada kerajaan
C menerima deposit tabungan dan semasa dari orang ramai
D mempengaruhi perubahan kadar faedah dalam pasaran

28 P – ekonomi K- ekonomi

Mulai tahun 1990-an, ekonomi Malaysia telah berubah daripada


P-ekonomi kepada K- ekonomi.
Antara berikut, yang manakah benar tentang P- ekonomi?
A Ekonomi yang berasaskan pengetahuan
B Ekonomi yang menghasilkan teknologi moden untuk meningkat kualiti
output.
C Ekonomi yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk sektor
pengeluaran.
D Ekonomi yang menghasilkan barang separa siap dan barang siap sektor
perkilangan.

29 Antara yang berikut, yang manakah strategi yang telah diambil oleh kerajaan
untuk memajukan sektor perkilangan?
I Memberikan taraf perintis kepada industri muda.
II Mengadakan zon perdagangan bebas
III Menurunkan cukai import ke atas barang perkilangan
IV Menyediakan kemudahan asas yang baik
A I, II dan III C I, III dan IV
B I , II dan IV D II, II dan IV

30 Apakah kesan daripada usaha kerajaan dalam membangunkan sektor


perindustrian?
I Peluang pekerjaan meningkat
II Sesetengah sumber komoditi habis digunakan
III Peningkatan pendapatan dan taraf hidup rakyat
IV Masalah kejatuhan harga komoditi dikurangkan
A I, II dan III
B I, II dan IV

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 7


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

C I, III dan IV
D II, III dan IV

31 Antara pasangan berikut yang manakah benar?

Perbelanjaan mengurus Perbelanjaan pembangunan


A Perdagangan dan pengangkutan Bekalan dan perkhidmatan
B Pertahanan dan keselamatan dalam Kemudahan awam dan perdagangan
negeri
C Pendidikan dan perkhidmatan Pemberian dan pindahan kepada
kerajaan negeri
D Emolumen, pencen dan subsidi Pertanian dan pembangunan luar bandar

32
Sumber hutang Kerajaan Persekutuan 2005 Hutang (RM juta)
Bil perbendaharaan 4 320
Pinjaman pasaran 4 511
Sijil pelaburan 2 750
Pinjaman projek 4 370
Sekuriti kerajaan 68 362
Kredit pembekal 3 457
Berdasarakan Jadual di atas, hitungkan hutang dalam negeri dan hutang luar
negara tahun 2005.

Hutang dalam negeri Hutang luar negara


A 14 897 72 873
B 79 802 7 978
C 75 432 12 338
D 11 581 76 189

33 Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan utama kerajaan melaksanakan


belanjawan negara?
I Menganggarkan sumber hasil dan merancang perbelanjaan kerajaan
II Mempengaruhi aktiviti ekonomi supaya dapat mencapai matlamat
ekonomi yang dikehendaki
III Merapatkan jurang perbezaan pendapatan di antara golongan kaya dengan
golongan miskin
IV Menggalakkan tabungan supaya mempunyai dana yang mencukupi untuk
pelaburan
A I, II dan III C I, III dan IV

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 8


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

B I, II dan IV D II, III dan IV

Negara Imbangan Imbangan Akaun Akaun


Perdagangan Perkhidmatan Pindahan Modal
(RM) (RM) (RM) (RM)
I 880 000 -550 000 -800 5 000
II 650 000 750 -420 7 000
34 III -50 000 -100 000 200 -1 000
Berdasarkan IV -40 000 52 000 150 -500 Jadual
di bawah,
negara yang manakah mengalami imbangan pembayaran positif?
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

35 Antara langkah-langkah berikut yang manakah boleh membaiki imbangan


perdagangan Malaysia?
A Kerajaan menggalakkan pelabur-pelabur tempatan membawa kembali
keuntungan ke Malaysia.
B Kerajaan menyokong pertumbuhan industri perkapalan negara.
C Kerajaan beruasaha mempromosikan industri pelancongan negara
D Kerajaan memberi pengecualian cukai pendapatan syarikat bagi firma
yang dapat memasarkan barang di pasaran antarabangsa.

36

Tarif X Kuota

Rajah di atas menunjukkan hubungan tariff dan kuota dalam sekatan perdangan
antarabangsa?
Apakah X?
A Meningkatkan eksport
B Melindungi industri muda
C Sumber hasil kepada kerajaan
D Mengurangkan kos pengeluaran firma

37
Tarikh Kadar pertukaran
1.1.2006 US$1 = RM3.80
1.5.2006 US$1 = RM3.50
Berdasarkan Jadual di atas, apakah kesan yang terjadi ke atas import dan eksport
Malaysia?

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 9


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

A Import berkurang dan eksport bertambah.


B Import bertambah dan eksport berkurang.
C Import bertambah dan eksport bertambah
D Import berkurang dan eksport berkurang

Untuk soalan 38-40 anda dikehendaki memilih jawapan seperti Jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan Pernyataan


A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

38 I Ilmu ekonomi mengkaji kepentingan memenuhi keperluan manusia.


II Kewujudan ilmu ekonomi adalah bertujuan menyelaraskan penggunaan
sumber ekonomi dengan kehendak manusia.

39 I Pergantungan kepada sektor utama menyebabkan ekonomi negara


terdedah kepada turun naik harga di pasaran dunia
II Harga komoditi utama tidak stabil kerana permintaan dan penawaran
komoditi utama tidak anjal.

40 I Bank saudagar menyediakan perkhidmatan deposit semasa.


II Bank perdagangan menyediakan kemudahan cek kembara bagi pemegang
akaun semasa sahaja.

SOALAN TAMAT

Soalan disediakan oleh, Soalan disemak oleh,

………………………………... …………………………………
(PN. KAMISAH BT ARBAIN) (PN HJH NORAINI BT AWANG)
Ketua Panitia Ekonomi Asas Ketua Jabatan Kemanusiaan

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 10


PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2007
EKONOMI ASAS

KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH 11

Anda mungkin juga menyukai