Anda di halaman 1dari 46

1 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

1 Antara berikut, yang manakah paling tepat mengenai definisi ekonomi ?


A Sains praktikal tentang pengeluaran dan pengagihan
B Satu kajian bagaimana manusia dapat memenuhi kehendak yang tidak terhad
C Sains kekayaan yang mengkaji keadaan dan sebab terdapatnya kekayaan negara
D Satu kajian tentang cara am bagaimana manusia bekerjasama untuk mencapai
keperluan kebendaan

2 Masalah utama ekonomi berlaku disebabkan oleh


A sumber ekonomi yang tidak terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak
terhad
B sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad
C sumber ekonomi yang terhad berbanding dengan kehendak yang terhad
D sumber-sumber ekonomi yang terhad

3 Pernyataan manakah benar tentang modal?


I Mempunyai mobiliti geografi
II Kuantiti penawarannya terhad
III Tidak mempunyai mobiliti tempat
IV Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk menghasilkan keluaran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4 Pasangan manakah yang benar tentang buruh dan usahawan.

Buruh Usahawan
A Bebas membuat keputusan Tidak bebas membuat keputusan
B Terima ganjaran upah Terima ganjaran untung
C Penawaran terhad Penawaran tidak terhad
D Bekerja sendiri Bekerja dengan orang lain

5 Rajah berikut menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang perlu untuk mengeluarkan


barang-barang dan perkhidmatan.

Faktor-faktor
pengeluaran

Buruh Usahawan

Tanah Y

Y adalah satu daripada sumber tersebut.


Apakah ganjaran yang diberi kepada penyumbang Y?
A Upah C Faedah
B Sewa D Untung
2 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

6 Usahawan menerima ganjaran untung kerana


I membenarkan orang lain menguruskan untungnya
II menangguhkan perbelanjaannya pada masa sekarang
III kecekapannya menyelaraskan sumber ekonomi
IV sanggup menanggung risiko
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

7 Isi rumah menghadapi masalah kekurangan


A pilihan C sumber hasil
B pendapatan D sumber ekonomi

8 Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi.

Unit ekonomi X membuat pilihan kerana kekurangan sumber hasil

Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi X?


A Meningkatkan keuntungan dengan meminimum kos pengeluran
B Mengutamakan kebajikan rakyat daripada projek pembangunan
C Memaksimumkan kepuasan melalui perbelanjaan berhemah
D Membekalkan keperluan demi keselesaan pengguna

9 Jadual yang berikut menunjukkan anggaran perbelanjaan kerajaan bagi dua buah projek.

Anggaran
Projek
Perbelanjaan
Membina jambatan di Kampung
RM14 juta
Sentosa, Senai
Membina sekolah menengah di
RM13.8 juta
Kampung Peta, Mersing

Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan jika peruntukan yang ada ialah
RM15 juta?
I Pilihan
II Kos pengeluaran
III Kekurangan sumber ekonomi
IV Kehendak yang tidak terhad
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

10 Apakah yang menyebabkan wujudnya masalah kekurangan dalam ekonomi?


A Kehendak manusia yang terhad dan sumber ekonomi juga terhad
B Kehendak manusia yang terhad tetapi sumber ekonomi tidak terhad
C Kehendak manusia yang tidak terhad tetapi sumber ekonomi yang terhad
D Kehendak manusia yang tidak terhad dan sumber ekonomi juga tidak terhad
3 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

11 Maklumat di bawah berkaitan dengan masalah ekonomi yang dihadapi oleh pihak
kerajaan.

Peruntukan kerajaan : RM4.8 juta

Pilihan :
• Membina jalan raya di Kampung Melur - perlukan RM4.2 juta
• Membina balai raya di Pekan Selising - perelukan RM4.0 juta

Sekiranya kerajaan membina projeknya di Pekan Selising, apakah kos lepas yang
terlibat?
A Membina balai raya di Pekan Selising
B Membina jalan raya di Kampung Melur
C Bahan mentah diperlukan untuk membina jalan raya
D Bahan mentah diperlukan untuk membina balai raya

12 Maklumat berikut berkaitan dengan masalah ekonomi satu unit ekonomi.

Masalah kekurangan sumber hasil menyebabkan unit ekonomi X


terpaksa membuat pilihan.

Pilihan yang dibuat oleh unit ekonomi X adalah bertujuan untuk memaksimumkan
A keuntungan C keselesaan masyarakat
B kebajikan masyarakat D kepuasan

13 Mengapakah isi rumah perlu membuat pilihan perbelanjaan dengan cekap?


A Berjimat-cermat dalam membuat perbelanjaan
B Mengagihkan sumber ekonomi dengan cekap
C Mengelakkan pembaziran sumber ekonomi
D Memperoleh kepuasan yang maksimum

14 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.

Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan.

Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan


A keluaran C kebajikan
B kepuasan D keuntungan

15 Situasi berikut berkaitan dengan masalah ekonomi.

Zaidi seorang siswazah pertanian yang menceburkan diri dalam bidang


pertanian. Beliau mengusahakan tanaman herba secara komersial.

Antara berikut yang manakah masalah ekonomi yang di hadapi oleh Zaidi?
A Kekurangan pendapatan
B Kekurangan tenaga buruh
C Pilihan yang dibuat berdasarkan kepuasan maksimum dan kos yang minimum
D Kos lepas yang dihadapi ialah keluaran terbaik yang dilepaskan
4 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

16 Pernyataan di bawah adalah berkenaan dengan masalah asas ekonomi.


Kenaikan kadar upah dalam sektor perkilangan telah menyebabkan sebuah
syarikat perkilangan menggunakan lebih banyak mesin dan kurang buruh
dalam pengeluaran

Pernyataan tersebut merujuk kepada masalah


A Jenis barang yang hendak dikeluarkan
B Kuantiti barang yang hendak dikeluarkan
C Cara barang yang hendak dikeluarkan
D Untuk siapa barang dikeluarkan

17 Apakah tujuan kerajaan membuat pilihan terhadap pelbagai projek pembangunan yang
akan dijalankan?
A Memaksimumkan kepuasan
B Memaksimumkan keuntungan
C Meminimumkan kos pengeluaran
D Memaksimumkan kesejahteraan masyarakat

18 Maklumat berikut berkenaan dengan masalah ekonomi.


Dewan serbaguna masyarakat merupakan projek pembangunan
kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih pembinaan
sekolah menengah.
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan dengan unit ekonomi tersebut?
A Pilihan oleh firma C Kos lepas oleh kerajaan
B Kos lepas oleh firma D Pilihan oleh isi rumah

19 Jadual berikut menunjukkan kombinasi keluaran kilang elektrik Encik Hairul.

Kombinasi keluaran Radio Televisyen


R 0 95
S 30 75
T 65 35
U 80 15

Jika kombinasi keluaran berubah dari S ke U, berapakah kos lepas untuk mengeluarkan
80 unit radio?
A 15 buah televisyen C 65 buah televisyen
B 60 buah televisyen D 80 buah televisyen

20 Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang P dan barang Q dalam
sebuah ekonomi.
Kombinasi R S T U V
Barang P (unit) 10 8 5 1 0
Barang Q(unit) 0 1 2 3 4

Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar daripada S ke U?


A 3 unit barang P C 7 unit barang P
B 3 unit brang Q D 7 unit barang Q
5 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

21 Jadual berikut menunjukkan kombinasi pengeluaran kerusi dan meja oleh sebuah firma.

Kombinasi Meja Kerusi


keluaran (unit) (unit)
W 90 0
X 80 20
Y 55 40
Z 0 60

Berapakah kos lepas jika kombinasi berubah dari X ke Y?


A 25 unit meja C 20 unit kerusi
B 55 unit meja D 40 unit kerusi

22 Jadual berikut menunjukkan kemungkinan pengeluaran bagi barang P dan barang Q dalam
sebuah ekonomi.
Kombinasi R S T U V
Barang P (unit) 10 8 5 1 0
Barang Q(unit) 0 1 2 3 4

Berapakah kos lepas apabila kombinasi pengeluaran bertukar daripada S ke U?


A 3 unit barang P C 7 unit barang P
B 3 unit brang Q D 7 unit barang Q

23 Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.

Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan.

Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan


A keluaran C kebajikan
B kepuasan D keuntungan

24 Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan untuk membentuk keluk
kemungkinan pengeluaran?
I Tingkat harga tetap
II Tingkat teknologi tetap
III Terdapat tiga jenis barang
IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

25 Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan


A titik kecekapan
B titik ketidakcekapan
C titik yang tidak akan tercapai
D kombinasi output maksimum
6 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

26 Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran.


Pakaian (unit)

I
II III

IV

V
0
Kasut (unit)

Kombinasi manakah yang dapat dikeluarkan oleh firma pada faktor pengeluaran yang
cekap?
A I, II dan III C II, III dan IV
B I, II dan V D III, IV dan IV

27 Rajah berikut menunjukkan KKP bagi barang pertanian dan barang pembuatan

Barang pertanian

P

R
Q• •

0
Barang pembuatan

Pergerakan dari titik Q ke titik P atau R menyebabkan kos lepas


A sifar C menurun
B malar D meningkat

28 Antara berikut, manakah andaian yang digunakan semasa membentuk keluk kemungkinan
pengeluaran?
I Tingkat harga tetap
II Sumber ekonomi yang dimiliki tak terhad
III Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
IV Tingkat teknologi tetap
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

29 Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan


A titik kecekapan
B titik ketidakcekapan
C titik yang tidak akan tercapai
D kombinasi output maksimum
7 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

30 Rajah berikut menunjukkan KKP bagi barang A dan barang B.


Barang A

P
A2 •
A1 •Q

0 B2 B1
Barang B

Pergerakan titik dari P ke Q mewujudkan kos lepas bagi


A barang B sebanyak 0B2 C barang A sebanyak 0B1
B barang B sebanyak B2B1 D barang A sebanyak B1B2

31 Rajah berikut menunjukkan TS ialah keluk kemungkinan pengeluaran bagi sebuah


ekonomi.
Makanan(tan metrik)

T
Q

0 S Pakaian(ribu helai)

Pilih pernyataan yang benar tentang kombinasi pengeluaran di titik Q.


A Faktor pengeluaran digunakan secara maksimum tanpa membazir
B Mencapai kecekapan pengeluaran dalam proses mengeluarkan barang
C Tingkat pengeluaran barang tidak tercapai akibat kekurangan faktor pengeluaran
D Tingkat pengeluaran tidak cekap kerana faktor pengeluaran tidak digunakan
sepenuhnya

32 Pernyataan berikut berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.

Barangan dikeluarkan berdasarkan keperluan pengguna

Apakah masalah asas ekonomi tersebut?


A Apa yang hendak dikeluarkan?
B Berapa yang hendak dikeluarkan?
C Bagaimana hendak dikeluarkan?
D Untuk siapa hendak dikeluarkan?
8 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

33 Antara berikut yang manakah dianggap sebagai masalah asas ekonomi?


I Menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
II Menentukan kualiti barang yang perlu dikeluarkan
III Menentukan harga barang supaya berdaya saing di pasaran
IV Menentukan pengguna yang akan menikmati barangan yang hendak dikeluarkan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

34 Makluma berikut berkaitan dengan pengeluaran baldi.


Seorang pengeluar baldi telah mensasarkan pengeluaran sebanyak
50 000 unit baldi pada setiap tahun dengan menggunakan mesin
yang diimport dari negara Jepun

Apakah masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh pengeluar baldi tersebut?
A Untuk siapa hendak dikeluarkan
B Apakah yang hendak dikeluarkan
C Berapa yang hendak dikeluarkan
D Bagaimana hendak dikeluarkan

35 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu situasi dalam ekonomi.

Penternak-penternak ayam telah menambahkan bilangan pekerja


untuk meningkatkan pengeluaran pada musim perayaan bagi
memenuhi permintaan orang ramai.

Apakah masalah asas ekonomi yang telah dapat diatasi dalam situasi tersebut?
I Apakah barang yang hendak dikeluarkan
II Berapakah barang yang hendak dikeluarkan
III Bagaimanakah barang hendak dikeluarkan
IV Untuk siapakah barang dikeluarkan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

36 Apakah kebaikan sistem ekonomi pasaran bebas?


A Kebajikan rakyat terjamin
B Wujud persaingan yang adil
C Individu bebas membuat pilihan
D Harga barang keperluan terkawal

37 Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan motif sistem ekonomi campuran?
I Memaksimumkan kos
II Memaksimumkan jualan
III Memaksimumkan keuntungan
IV Memaksimumkan kebajikan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
9 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

38 Antara berikut yang manakah kelemahan sistem ekonomi terancang?


I Masyarakat kurang berusaha kerana tiada persaingan
II Menghalang kebebasan rakyat memiliki sumber
III Agihan pendapatan tidak seimbang
IV Kebajikan rakyat terabai
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

39 Siapakah yang mengeluarkan barang dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi


perancangan pusat?
A Firma kerajaan dengan tujuan mencapai untung maksimum
B Firma kerajaan dengan tujuan menjaga kebajikan rakyat
C Firma swasta dengan tujuan mencapai untung maksimum
D Firma swasta dengan tujuan menjaga kebajikan rakyat

40 Pernyataan di bawah adalah berkenaan dengan masalah asas ekonomi.

Ciri-ciri sistem ekonomi Negara Z:


 Bebas memiliki faktor pengeluaran
 Bebas membuat keputusan
 Bebas mendapat untung

Bagaimanakah negara Z mengatasi masalah untuk siapakah dikeluarkan ?


A Menjalankan pencatuan
B Mengikut agihan pendapatan yang tidak setara
C Menggunakan kepakaran perancang ekonomi
D Mengikut kehendak kerajaan

41 Rajah berikut menunjukkan ciri bagi dua sistem ekonomi.

Sistem ekonomi X Sistem ekonomi


perancangan pusat campuran

Apakah X?
A Memaksimumkan utiliti
B Menyediakan barang awam
C Mewujudkan persaingan antara firma
D Mekanisme harga menentukan peruntukan sumber ekonomi
10 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

42 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi bagi dua buah negara.

Negara W Negara V
Firma memaksimumkan Kepentingan masyarakat melebihi
keuntungan manakala kerajaan kepentingan diri
memaksimumkan kebajikan rakyat

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh kedua-dua negara tersebut?


Negara W Negara V
A Sistem ekonomi pasaran bebas Sistem ekonomi Islam
B Sistem ekonomi perancangan pusat Sistem ekonomi pasaran bebas
C Sistem ekonomi Islam Sistem ekonomi campuran
D Sistem ekonomi campuran Sistem ekonomi Islam

43 Pilih pasangan yang benar tentang sistem ekonomi dan ciri-cirinya.

Sistem Ekonomi Ciri-ciri


A Sistem Ekonomi • Kebajikan masyarakat diutamakan
Islam • Individu dan firma bebas tanpa kawalan kerajaan bagi
memiliki sumber ekonomi
B Sistem Ekonomi • Terdapat persaingan yang sihat
Campuran • Pihak swasta dan awam saling melengkapi output di
pasaran
C Sistem Ekonomi • Tiada persaingan antara firma
Perancangan • Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga
Pusat sesuatu barang
D Sistem Ekonomi • Harga ditentukan oleh mekanisme harga
Pasaran Bebas • Individu, swasta dan kerajaan bebas memiliki faktor
pengeluaran.

44 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.

• Wujud persaingan yang adil antara firma


• Prinsip kesederhanaan amat dipentingkan

Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi


A Islam C campuran
B pasaran bebas D perancangan pusat

45 Golongan kaya berupaya memperoleh lebih banyak barangan dalam sistem ekonomi
pasaran bebas berbanding golongan miskin.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?
A Apa barangan yang hendak dikeluarkan
B Bagaimana barangan dikeluarkan
C Berapa barangan yang dikeluarkan
D Untuk siapa barangan dikeluarkan
11 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

46 Antara berikut, yang manakah merupakan penyelesaian masalah asas bagi sistem ekonomi
campuran?
Masalah asas ekonomi Cara penyelesaian
A Apa yang hendak dikeluarkan? Ditentukan oleh kerajaan sepenuhnya
B Berapa banyak hendak Ditentukan oleh mekanisme harga dan barang
dikeluarkan? awam dikeluarkan oleh kerajaan
C Bagaimana hendak Menggunakan kaedah intensif buruh untuk
dikeluarkan? tujuan kebajikan
D Untuk siapa hendak Ditentukan mengikut kemampuan membayar
dikeluarkan?

47 Antara berikut yang manakah benar tentang keluk permintaan?


A Hubungan antara harga dan kuantiti
B Penurunan harga menyebabkan permintaan berkurangan
C Keluk permintaan mencerun ke atas dari kiri ke kanan
D Menunjukkan kuantiti yang diminta pada setiap tingkat harga

48 Maklumat berikut adalah berkaitan dengan keluk permintaan.

Keluk permintaan mencerun ke bawah dari kiri ke kanan

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pernyataan tersebut?

Harga asal Permintaan Harga baru Permintaan


(RM) Asal (RM) Baru
(Unit) (Unit)
A 2.00 120 3.50 120
B 2.00 120 4.00 90
C 4.00 140 2.00 90
D 3.00 150 4.00 160

49 Keluk permintaan individu berbentuk cerun


A ke atas dari kiri ke kanan C ke bawah dari kiri ke kanan
B ke atas dari kanan ke kiri D ke bawah dari kanan ke kiri

50 Keluk permintaan individu akan beralih ke kiri kerana


I harga barang itu menurun
II harga barang itu meningkat
III harga barang penggenap meningkat
IV harga barang pengganti menurun
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV
12 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

51 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan suatu barang.


Harga(RM)
D1
D0

D1
D0
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)

Faktor manakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1


A Harga barang itu meningkat
B Jangkaan harga masa depan naik
C Pendapatan pengguna menurun
D Harga barang penggenap meningkat

52 Maklumat berikut berkaitan dengan satu jenis barang.

Apabila harga barang P meningkat, permintaan barang


terhadap Q akan berkurang

Apakah hubungan di antara barang P dan barang Q?


A Barang mewah C Barang pengganti
B Barang keperluan D Barang penggenap

53 Rajah berikut menunjukkan pergerakan titik B ke A di sepanjang keluk permintaan.


Harga(RM)
D
P0 B

P1 A

D
0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik dari B ke A ?


A Kenaikan harga barang penggenap
B Kejatuhan harga barang penggenap
C Kenaikan harga barang itu sendiri
D Kejatuhan harga barang itu sendiri
13 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

54 Apabila harga barang P meningkat, permintaan barang R akan jatuh.


Keadaan di atas menunjukkan bahawa barang P dan R ialah
A barang mesti C barang pengganti
B barang normal D barang penggenap

55 Rajah berikut menunjukkan keluk-keluk permintaan individu dan keluk permintaan pasaran
suatu barang.
Harga(RM)

DS DU
DT DP
DR

5 x x x

DP
DT
DS DU
DR
0 5 20 40
Kuantiti(unit)

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM5 jika DP ialah
keluk permintaan pasaran?
A 10 unit C 20 unit
B 15 unit D 35 unit

56 Maklumat berikut berkaitan dengan hubungan tiga jenis barang.


▪ Barang X dan Barang Y adalah barang pengganti
▪ Barang X dan Barang Z adalah barang penggenap

Jika harga Barang X turun, apakah kesan terhadap permintaan Barang Y dan Barang Z?

Barang Y Barang Z
A Meningkat Meningkat
B Meningkat Menurun
C Menurun Menurun
D Menurun Meningkat
14 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

57 Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang.

Harga(RM)
S0
D S1

S0 D
S1
0
Kuantiti(unit)

Apakah yang akan terjadi jika berlaku peralihan keluk penawaran dari S0S0 ke S1S1?
A Harga keseimbangan akan meningkat
B Kuantiti keseimbangan akan berkurang
C Harga dan kuantiti keseimbangan akan naik
D Harga keseimbangan akan turun

58 Rajah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barang.

Harga(RM)
D1 S
D0

D1
S D0
0
Kuantiti(unit)

Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan di atas?


A Wujud lebihan penawaaran dalam pasaran
B Harga keseimbangan akan meningkat
C Kuantiti keseimbangan tidak berubah
D Harga keseimbangan akan menurun
15 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

59 Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan dan keluik penawaran pasaran motosikal
sebelum dan selepas pengenaan cukai oleh kerajaan.
Harga(RM)
S1
D S0
S
P2 R
P1
T
P0 U
S1 D
S0
0 Q2 Q1 Kuantiti(unit)

Apakah kesan pengenaan cukai oleh kerajaan?


I Cukai per unit ialah P1P2
II Beban pengguna sebanyak P1P2SR
III Beban pengeluar sebanyak P0P1TU
IV Hasil pengeluar sebanyak P0P2SU
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

60 Jadual berikut menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Tahun Harga seunit Jumlah Permintaan


(RM) Komputer (unit)
2002 3 500 20 000
2003 3 000 40 000
2004 3 200 30 000

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada


RM3 000 kepada RM3 200.
A 3.13 C 5.30
B 3.75 D 6.67

61 Pilih pernyataan yang benar mengenai penentu keanjalan harga harga permintaan.
A Barang yang mempunyai banyak barang pengganti adalah tidak anjal
B Barang yang tak tahan lama adalah anjal
C Barang dalam jangka masa pendek adalah anjal
D Barang yang mempunyai ketagihan yang tinggi adalah tak anjal

62 Nilai keanjalan harga penawaran bagi sesuatu barang ialah 1.25.


Apakah tafsiran nilai keanjalan tersebut?
A Apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti ditawar meningkat sebanyak 1.25%
B Apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti ditawar menurun sebanyak 1.25%
C Apabila harga turun sebanyak 1.25%, kuantiti ditawar berkurang sebanyak 1%
D Apabila harga turun sebanyak 1.25%, kuantiti ditawar meningkat sebanyak 1%
16 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

63 Jadual berikut menunjukkan permintaan bagi empat individu bagi Barang Q.

Kuantiti Permintaan(unit)
Harga
(RM) Pasaran
Individu R Individu S Individu T Individu U
Barang Z
3 450 560 520 780 2 310
9 380 460 480 Y 1 990

Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada


harga RM9.
A 1 130 C 1 340
B 1 320 D 1 800

64 Antara berikut, manakah dapat menerangkan sifat keluk penawaran?


A Apabila harga naik, kuantiti ditawar bertambah
B Apabila harga jatuh, kuantiti ditawar bertambah
C Apabila harga naik, kuantiti ditawar tidak berubah
D Apabila harga jatuh,kuantiti ditawar tidak tentu

65 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi lima firma di pasaran.

Harga(RM)
SB SD
SA SC
SE
SD
20

SB
SE
SA SC

0 22 70 120 125
Kuantiti(unit)

Berapakah kuantiti penawaran pasaran pada tingkat harga RM20?


A 120 unit C 234 unit
B 212 unit D 337 unit

66 Pernyataan manakah menerangkan tentang keluk penawaran pasaran?


A Bentuk keluk adalah mencerun ke bawah dari kiri ke kanan
B Menunjukkan hubungan negatif antara harga dengan kuantiti ditawar
C Diperoleh dengan menggabungkan semua keluk penawaran individu
secara menegak
D Menunjukkan jumlah kuantiti barang ditawarkan oleh semua firma pada setiap
tingkat harga
17 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

67 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu permintaan ke atas suatu barang.

Kerajaan menaikkan cukai pendapatan

Rajah manakah yang menunjukkan kesan kepada permintaan pada masa sekarang?

A Harga(RM) C Harga(RM)
D D
D
a P1 b
P0 a
b a
P0
P1 b

DD D

0 Q0 Q1 Kuantiti(unit) 0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

B Harga(RM)
D Harga(RM)
D0 D1 D0
D1

a b P0 a b
P0

D1 D0
D0 D1
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit) 0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

68 Rajah di bawah menunjukkan hubungan antara harga dengan penawaran terhadap kereta
tempatan bagi Bulan Mac dan April 2014.
Harga(RM)
S0
S1
a
P0 b

S0
S1

0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)

Antara berikut, faktor manakah yang mempengaruhi penawaran terhadap kereta tempatan?
I Kadar faedah pinjaman dinaikkan
II Tingkat pendapatan pengguna dinaikkan
III Penggunaan teknologi terkini ditingkatkan
IV Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
18 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

69 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran padi.


Harga baja yang digunakan dalam penanaman padi murah

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan tersebut kepada penawaran getah?

A Harga(RM) C Harga(RM)

b S a S
P1 P0

a P1 b
P0
S S

0 Q0 Q1 Kuantiti(unit) 0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

B Harga(RM) D Harga(RM)

S1
S0
S1 S0
b a
a b P0
P0
S0 S1
S1 S0

0 Q1 0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)
Q0 Kuantiti(unit)

70 Jadual menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.

Penawaran (unit) Permintaan


Harga(RM)
Firma A Firma B Pasaran(unit)
2 8 12 70
4 12 18 60
6 24 26 50
8 25 35 40

Berapakah harga keseimbangan?


A RM2 C RM6
B RM4 D RM8
19 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

71 Pilih pasangan yang betul tentang perubahan penentu penawaran terhadap penawaran
sesuatu barang.
Penentu Penawaran Keluk Penawaran
A Harga barang itu
menurun Harga(RM)
S1
S0
P0
S1
S0

0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

B Kerajaan memberi
subsidi kepada pengeluar Harga(RM)
S0
S1
P0
S0
S1

0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)

C Kos pengeluaran
menurun Harga(RM)
S

P0

P1
S

0 Q1 Q0 Kuantiti(unit)

D Harga dijangka naik pada


masa hadapan Harga(RM)
S

P1

P0
S

0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)
20 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

72 Jadual berikut menunjukkan hubungan antara harga sejenis ikan dengan kuantiti yang
diminta oleh pemborong P, Q dan R.

Harga Kuantiti Permintaan (kg)


Ikan (RM) Pemborong Pemborong Pemborong
P Q R
10 60 80 100
20 50 70 80
30 40 60 60
40 30 50 40

Jika kuantiti penawaran pasaran ikan tersebut ialah 200 kg, berapakah tingkat harga
keseimbangan pasaran?
A RM10 C RM30
B RM20 D RM40

73 Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran

Harga Kuantiti Diminta (unit)


(RM) Pengguna A Pengguna B
10.50 80 70
20.50 70 65
30.50 60 60
40.50 55 55

Berapakah harga keseimbangan, jika kuantiti penawaran ialah 110 unit.


A RM10.50 C RM30.50
B RM20.50 D RM40.50

74 Jadual di bawah menunjukkan permintaan pasaran dan penawaran pasaran di pasaran


buruh.

Upah ( RM ) Kuantiti ( orang )


Permintaan Pasaran Penawaran Pasaran
20 30 60
30 50 50
50 60 30

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan jadual tersebut.


A Pada upah RM20, permintaan buruh adalah seramai 60 orang
B Lebihan penawaran buruh adalah seramai 60 orang
C Pada upah RM50, penawaran buruh melebihi permintaan buruh sebanyak
30 orang
D Upah cenderung turun pada kadar upah RM20 untuk mencapai keseimbangan
21 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

75 Rajah berikut menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang.


Harga(RM)
D S
x x
20 xE

10 x x
S D

0 20 40
Kuantiti(unit)

Apakah yang berlaku dalam pasaran pada tingkat harga RM10?


I Lebihan permintaan sebanyak 20 unit
II Lebihan penawaran sebanyak 20 unit
III Keseimbangan pasaran dicapai
IV Harga cenderung naik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

76 Rajah di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran bagi ubat gigi di pasaran.

Pilih pernyataan yang benar tentang permintaan dan penawaran ubat gigi tersebut
A Harga RM6, wujud lebihan penawaran sebanyak 160 unit.
B Harga RM6, wujud lebihan permintaan sebanyak 120 unit
C Harga RM2, wujud kekurangan permintaan sebanyak 80 unit.
D Harga RM2, wujud kekurangan penawaran sebanyak 80 unit.
22 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

77 Jadual menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.

Penawaran (unit) Permintaan


Harga(RM)
Firma A Firma B Pasaran(unit)
2 8 12 70
4 12 18 60
6 24 26 50
8 25 35 40

Berapakah harga keseimbangan?


A RM2 C RM6
B RM4 D RM8

78 Apakah kesan kepada pasaran kereta jika permintaan bertambah tetapi penawaran tetap?
I Lebihan permintaan
II Lebihan penawaran
III Harga akan jatuh
IV Harga akan naik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D II dan IV

79 Rajah berikut menunjukkan keluk permintan dan keluk penawaran bagi pasaran ayam.

Harga(RM)
D1
D0 S
E1
P1
E0
P0
D1
S D0
0 Q0 Q1 Kuantiti(unit)

Perubahan keseimbangan dari E0 ke E1 adalah kerana


A kenaikan makanan ayam
B peningkatan cukai pendapatan
C kenaikan harga ikan
D kejatuhan pendapatan pengguna

80 Keanjalan harga permintaan adalah


A mengukur perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan kuantiti
B mengukur perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan dalam harga
C mengukur perubahan kuantiti sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan
pengguna
D mengukur perubahan harga sebagai tindak balas daripada perubahan pendapatan
pengguna
23 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

81 Jadual berikut menunjukkan permintaan komputer dari tahun 2002 hingga 2004.

Harga seunit Jumlah Permintaan


Tahun
(RM) Komputer (unit)
2002 3 500 20 000
2003 3 000 40 000
2004 3 200 30 000

Hitungkan keanjalan harga permintaan komputer apabila harga meningkat daripada


RM3 000 kepada RM3 200.
A 3.13 C 5.30
B 3.75 D 6.67

82 Nilai keanjalan harga penawaran bagi sesuatu barang ialah 0.4.


Apakah tafsiran nilai keanjalan tersebut?
A Apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti ditawar meningkat sebanyak 0.4%
B Apabila harga meningkat sebanyak 1%, kuantiti ditawar menurun sebanyak 0.4%
C Apabila harga turun sebanyak 0.4%, kuantiti ditawar berkurang sebanyak 1%
D Apabila harga turun sebanyak 0.4%, kuantiti ditawar meningkat sebanyak 1%

83 Jadual menunjukkan peratus perubahan kuantiti yang ditawarkan dan peratus perubahan
harga bagi barang X dan barang Y.

Peratus perubahan Peratus perubahan


Barang
kuantiti harga
X 20 10
Y 15 15

Apakah jenis keanjalan harga penawaran bagi brang X dan barang Y?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak Anjal
B Tidak Anjal Anjal 1
C Anjal Anjal 1
D Tidak Anjal Anjal

84 Jika harga komputer turun daripada RM2 500 kepada RM2 000, kuantiti diminta
meningkat sebanyak 25%. Berapakah nilai keanjalan harga komputer tersebut?
A 0.20 C 1.00
B 0.80 D 1.25

85 Wang digunakan untuk mengatasi masalah kehendak serentak.


Apakah fungsi wang tersebut?
A Ukuran nilai C Bayaran tertunda
B Simpanan nilai D Perantaraan pertukaran
24 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

86 Gambar di bawah menunjukkan fungsi wang dalam ekonomi.

SIMPAN DUIT
BELI BAJU

Apakah fungsi wang berkaitan gambar di atas?


A Alat ukuran nilai dan bayaran tertunda
B Alat perantaraan pertukaran dan alat ukuran nilai
C Alat simpanan nilai dan alat perantaraan pertukaran
D Alat bayaran tertunda dan alat simpanan nilai

87 Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank
perdagangan. Puan Suraya mempunyai akaun semasa di bank CIMB Johor Bharu.
Berikut adalah transaksi akaun beliau pada 21 Jun 2017.

Butiran Jumlah ( RM )
Baki dalam akaun RM2 500
Overdraf diluluskan RM8 000
Pengeluaran dilakukan RM5 500

Berapakah jumlah overdraf yang telah digunakan oleh Puan Suraya pada tarikh
tersebut?
A RM2 500 C RM5 500
B RM3 000 D RM8 000

88 Encik Razak membeli sebuah rumah dengan bayaran ansuran sebanyak RM1 200
sebulan.
Apakah perkhidmatan bank perdagangan yang memudahkan Encik Razak untuk
membuat pembayaran ansuran kereta tersebut.
A Draf bank C Pindahan kredit
B Debit langsung D Perintah sedia ada

89 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.

Puan Fatiha telah menggunakan perkhidmatan kad kredit. Dia telah membeli
seutas rantai emas bernilai RM3 500 secara kredit. Kadar faedah harian yang
dikenakan oleh bank perdagangan ialah 0.5 peratus sehari

Berapakah jumlah bayaran balik yang perlu dilakukan oleh Puan Fatiha kepada bank
jika dia mengambil masa satu minggu untuk membayar balik?
A RM3 572.92 C RM3 675..00
B RM3 622.50 D RM5 250.00
25 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

90 Maklumat berikut berkaitan dengan suatu tindakan bank pusat.

Bank pusat telah mengubah kadar rizab tunai daripada 14 %


kepada 12 % untuk mengawal ketidakstabilan ekonomi.

Apakah tujuan tindakan tersebut?


A Menggalakkan pinjaman di kalangan orang ramai
B Menggalakkan tabungan di kalangan orang ramai
C Meningkatkan keupayaan bank perdagangan dalam memberi pinjaman
D Mengurangkan keupayaan bank perdagangan dalam memberi pinjaman

91 Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi bank pusat sebagai jurubank kepada
bank perdagangan?
A Menjual dan membeli surat jaminan kerajaan
B Menjadi sumber pinjaman terakhir
C Memberi pendahuluan
D Mengurus pertukaran asing

92 Maklumat berikut berkaitan dengan kemudahan depopsit yang disediakan oleh


bank perdagangan.

 Boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa dengan cek


dan ATM
 Boleh memohon overdraf bank

Nyatakan jenis deposit yang mewakili pernyataan tersebut.


A Deposit tetap C Deposit Wadiah
D Deposit tabungan D Deposit semasa

93 Maklumat di bawah berkaitan dengan satu perkhidmatan bank perdagangan.


Setiap bulan Syarikat Harapan Berhad membayar gaji pekerja
dengan memasukkannya ke dalam akaun pekerjanya

Apakah perkhidmatan bank tersebut


A Pindahan kredit C Debit langsung
B Perintah sedia ada D Overdraf

94 Encik Amir membeli sebuah rumah yang berharga RM150 000 dengan bayaran secara
ansuran berasaskan satu prinsip dalam skim perbankan Islam.
Apakah prinsip tersebut?
A Musyarakah C Wadiah
B Mudharabah D Bai Bithaman Ajil
26 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

95 Jadual di bawah menunjukkan anggaran gaji bagi jawatan-jawatan tertentu.

Jawatan Upah (RM)


Pengetua sekolah 6 000
Penyelia kilang 2 500
Akauntan bank 7 800
Berdasarkan jadual di atas, yang manakah bukan disebabkan oleh perbezaan upah
mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut kecuali
A kelayakan akademik C lama berkhidmat
B kemahiran D minat

96 Pernyataan di bawah merujuk kepada faktor pemilihan pekerjaan.

Cik Salimah seorang graduan dalam jurusan seni bina daripada Universiti
Oxford, UK memilih menjadi seorang guru di sebuah tadika yang
berdekatan dengan rumahnya. Walau pun tidak menawarkan bonus, Cik
Salimah tetap menerima jawatan tersebut.

Apakah faktor yang mempengaruhi Cik Syuhada memilih kerjaya tersebut?


A Jarak C Faedah sampingan
B Upah wang D Kelayakan akademik

97 Encik Maniam membuat kajian tentang jenis pekerjaan isi rumah di sebuah kawasan.
Hasil kajian tersebut adalah seperti berikut :

Pekerjaan Peratus(%)
Kakitangan kerajaan 40
Penternak ayam 20
Bekerja di kilang elektronik 20
Berniaga 5
Pesara 10
Pemandu bas 5

Berapa peratuskah penduduk di kawasan itu bekerja dalam sektor ketiga?


A 50 C 60
B 55 D 65

98 Antara berikut, yang manakah bukan merupakan faedah sampingan?


A Kemudahan perubatan ahli keluarga
B Subsidi makanan
C Bayaran kerja lebih masa
D Kemudahan tempat tinggal
27 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

99 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu

Pendapatan individu - X = Pendapatan boleh guna

Apakah X ?
A Bayaran ansuran kereta
B Pelepasan cukai
C Perbelanjaan penggunaan
D Potongan wajib

100 Berikut adalah maklumat mengenai salah satu potongan wajib.


• Simpanan untuk hari tua
• Tidak diwajibkan ke atas
mereka yang bekerja sendiri

Apakah potongan wajib tersebut?


A Zakat C Cukai pendapatan
B Perkeso D Caruman KWSP

101 Maklumat berikut berkaitan dengan satu rumus dalam ekonomi.

Upah + Sewa Potongan Baki pendapatan


diterima + Untung wajib sebanyak RM1 800

Apakah yang boleh dibiayai oleh RM1 800?


I Bayar ansuran kereta
II Cukai pendapatan
III Zakat
IV Makanan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

102 Jadual di bawah menunjukkan upah wang dan harga purata barang dari tahun 2011
hingga 2014.

Tahun Upah wang (RM) Purata harga barang (RM)


2011 4 800 12
2012 5 200 18
2013 5 900 20
2014 6 200 25

Nyatakan tahun manakah upah benar meningkat?


A Tahun 2011 C Tahun 2013
B Tahun 2012 D Tahun 2014
28 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

103 Maksud pendapatan boleh guna ialah


A pendapatan bersih yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib
B baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan
C jumlah pendapatan sebenar yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib
D jumlah pendapatan yang boleh digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan

104 Rumus manakah yang betul tentang pendapatan boleh guna?


A Pendapatan Individu + KWSP + Zakat + Cukai + PERKESO
B Pendapatan Individu - KWSP - Zakat + Cukai + PERKESO
C Pendapatan Individu + KWSP + Zakat - Cukai - PERKESO
D Pendapatan Individu - KWSP - Zakat - Cukai - PERKESO

105 Rajah berikut menunjukkan pendapatan boleh guna.

Jumlah Pendapatan Individu - A Tabungan + B

Pendapatan Boleh Guna

Apakah A dan B?

A B
A Caruman KWSP Membayar zakat
B Potongan Tabung Haji Membayar cukai pendapatan
C Caruman PERKESO Membayar sewa rumah
D Potongan pinjaman koperasi Membayar cukai tanah

106 Persamaan berikut merupakan satu rumus dalam ekonomi.

Tabungan = Pendapatan Boleh Guna - U

Apakah U?
A Cukai pendapatan perseorangan
B Perbelanjaan penggunaan
C Pelaburan
D Zakat

107 Di antara berikut yang manakah menunjukkan pengiraan pendapatan individu yang tepat ?
A Upah + sewa + faedah + untung + dividen + bayaran pindahan
B Upah benar + sewa + faedah + untung + cukai pendapatan
C Upah + sewa + untung + bayaran pindahan + zakat
D Upah benar + sewa + faedah + untung
29 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

108 Jadual menunjukkan jumlah pendapatan dan pembayaran bagi satu tahun tertentu.

Butiran Jumlah ( RM )
Pendapatan tahunan 35 000
Caruman KWSP 3 850
Premium insurans nyawa 1 600
Cukai pendapatan 250
Bayaran zakat 400
Caruman PERKESO 525

Hitungkan pendapatan boleh guna.


A RM28 375 C RM29 300
B RM28 900 D RM29 975

109 Jadual berikut menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan tabungan Puan Noraini.

Bil Butiran RM
1 Pendapatan 20 000
2 Perkeso 350
3 Tabungan 1 200
4 Zakat 200

Hitungkan potongan wajib yang telah dikenakan ke atas Puan Noraini ?


A RM550 C RM1 550
B RM1 400 D RM1 750

110 Antara yang berikut, tindakan yang manakah meningkatkan pendapatan boleh guna
individu?
I Penurunan kadar caruman KWSP
II Kenaikan jumlah pelepasan cukai pendapatan individu
III Penurunan kadar caruman PERKESO
IV Kenaikan kadar cukai pendapatan individu
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

111 Jadual menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan simpanan Encik Kumar pada
suatu tahun.

Butiran RM
Pendapatan 50 400
Perbelanjaan penggunaan 32 000
Simpanan di bank perdagangan 6 000
Premium insurans nyawa 1 200

Berapakah pendapatan boleh guna Encik Kumar?


A RM38 000 C RM50 400
B RM39 200 D RM56 400
30 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

112 Apakah hubungan antara perbelanjaan penggunaan dengan pendapatan boleh guna ?
A Positif C Tidak tetap
B Negatif D Tiada hubungan

113 Rumus berikut digunakan adalam pengiraan suatu pendapatan.


Pendapatan - Potongan Wajib = X

Apakah X?
A Pendapatan boleh cukai C Pendapatan individu
B Pendapatan boleh guna D Pendapatan benar

114 Jadual di bawah menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan yang dilakukan oleh
Puan Raudah

Butiran RM
Gaji sebulan 5 000
Tabungan 150
KWSP 70
Cukai Pendapatan 60
Sewa Rumah 800
Zakat (Setahun) 1 200

Berapakah pendapatan boleh guna Puan Raudah untuk sebulan?


A RM2 720 C RM4 770
B RM4 920 D RM3 670

115 Encik Ghazalee mempunayi seorang isteri yang tidak bekerja dan lima orang anak yang
masih bersekolah. Pendapatan tahunan Encik Ghazalee ialah RM15 000 dan 10%
daripadanya dicarumkan ke dalam KWSP dan RM500 untuk bayaran Perkeso.
Jika jumlah cukai pendapatan Encik Ghazalee yang perlu dibayar ialah RM40, berapakah
pendapatan boleh guna Encik Ghazalee?
A RM12 960 C RM13 500
B RM13 040 D RM14 500

116 Jadual berikut menunjukkan pendapatan, perbelanjaan dan tabungan Encik Liew.

Butiran RM
Pendapatan 40 000
Perbelanjaan 28 000
Tabungan 5 000

Hitungkan jumlah potongan wajib yang telah dikenakan kepada Encik Liew?
A RM6 000 C RM12 000
B RM7 000 D RM33 000
31 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

117 Berikut ialah penggunaan pendapatan boleh guna kecuali


A membeli saham amanah
B menyimpan dalam Tabung Haji
C membeli barang dan perkhidmatan
D membayar cukai pendapatan

118 Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Encik Latif

Pendapatan tahunan Encik Latif ialah RM30 000. Beliau mencarum


11 % kepada KWSP, membayar RM150 untuk PERKESO, zakat
RM560 dan insurans nyawa RM600

Berapakah pendapatan boleh guna Encik Latif jika cukai pendapatan beliau RM75?
A RM25 315 C RM28 615
B RM25 915 D RM29 215

119 Antara berikut, yang manakah merupakan perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh
seseorang individu.
I Membayar cukai pendapatan
II Membayar caruman KWSP
III Membayar ansuran bulanan pembelian kereta
IV Membeli peti ais
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

120 Antara yang berikut, yang manakah merupakan penggunaan pendapatan boleh guna?
I Menjelaskan cukai pendapatan
II Membayar zakat
III Memberi derma
IV Melunaskan hutang
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

121 Pendapatan boleh guna boleh dibelanjakan untuk perkara-perkara berikut kecuali
A sewa rumah C premium insurans nyawa
B ansuran kereta D caruman KWSP

122 Sekiranya pendapatan boleh guna seseorang individu meningkat, apakah kesan ke atas
perbelanjaan penggunaan dan tabungan?
A Perbelanjaan penggunaan naik, tabungan turun
B Perbelanjaan penggunaan turun, tabungan naik
C Perbelanjaan penggunaan turun, tabungan turun
D Perbelanjaan penggunaan naik, tabungan naik
32 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

123 Pilih pasangan pernyataan yang betul berkaitan keperluan dan kehendak pengguna

Keperluan Kehendak
I Tidak menjadi keutamaan Sebahagiannya tidak tercapai
II Tidak dipengaruhi oleh tingkat Dipengaruhi oleh tingkat
pendapatan pendapatan
III Sama untuk semua pengguna Berbeza antara pengguna
IV Harga barang ditentukan oleh Harga barang dikawal oleh
mekanisme harga kerajaan

A I dan II C II dan IV
B II dan III D III dan IV

124 Manakah yang menerangkan tentang input tetap?


I Tetap wujud walaupun output sifar
II Tidak wujud dalam jangka pendek
III Bilangan berubah apabila output bertambah
IV Tidak mempengaruhi keluaran sut
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

125 Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran suatu barang.

• Kos Berubah = RM170


• Kos Tetap = RM80
• Kos Purata = RM5

Berapakah jumlah output?


A 50 unit C 250 unit
B 85 unit D 255 unit

126 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.

Jumlah kos Output


Teknik Input pengeluaran(unit)
(RM) (unit)
P 5 550 250
Q 7 850 350
R 4 650 180
S 8 950 320

Teknik pengeluaran manakah yang paling cekap?


A P C R
B Q D S
33 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

127 Pernyataan berikut berkaitan dengan pengeluaran jangka pendek.

Kilang X menggunakan 20 orang pekerja untuk mengeluarkan 280 pasang


kasut sehari. Tambahan 4 orang pekerja menyebabkan pengeluaran bertambah
kepada 380 pasang sehari.

Berapakah keluaran sut bagi pekerja yang ke 24?


A 10.0 C 20.0
B 15.0 D 25.0

128 Jadual di bawah menunjukkan kos pengeluaran sebuah firma dalam jangka pendek.

Keluaran ( Unit ) Jumlah Kos ( RM )


0 100
1 180
2 250
3 300
4 440

Hitungkan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit keluaran.


A RM100 C RM340
B RM140 D RM440

129 Pernyataan manakah yang menerangkan fungsi pengeluaran jangka pendek?


A Semua input pengeluaran adalah input berubah
B Kuantiti penawaran boleh ditambah dengan menambahkan input tetap
C Hubungan antara jumlah keluaran dengan jumlah kos pengeluaran
D Hubungan antara input berubah yang ditambah ke atas input tetap pada setiap tingkat
keluaran

130 Antara berikut yang manakah bukan kegiatan pengeluaran dalam ekonomi?
A Puan Mazafira membuat kuih karipap
B Encik Rafiq seorang pemandu lori
C Endik Rashid membeli set hi-fi di sebuah pasar raya
D Syarikat percetakan Buku Maju menyimpan stok di gudang
34 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

131 Gambar berikut menunjukkan sejenis input pengeluaran dalam firma membuat kopi.

Antara berikut, yang manakah benar tentang input tersebut?


I Tetap wujud walaupun output sifar
II Wujud dalam jangka masa pendek dan panjang
III Kuantiti tidak berubah mengikut perubahan output
IV Kuantiti berubah secara langsung dengan perubahan output
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

132 Antara langkah-langkah berikut,yang manakah tidak boleh dilakukan oleh firma untuk
menambahkan output dalam jangka pendek?
I Menambahkan bilangan pekerja
II Menambahkan saiz kilang
III Menambahkan bahan-bahan mentah
IV Menggunakan teknologi baru
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

133 Manakah yang menerangkan tentang input tetap?


I Tetap wujud walaupun output sifar
II Tidak wujud dalam jangka pendek
III Bilangan berubah apabila output bertambah
IV Tidak mempengaruhi keluaran sut
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
35 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

134 Gambar berikut menunjukkan input X dan input Y dalam pengeluaran.

Pasangan manakah yang benar?

Input X Input Y
A Tidak berubah secara langsung Berubah secara langsung dengan tingkat
dengan tingkat keluaran keluaran
B Wujud dalam jangka pendek sahaja Wujud dalam jangka masa pendek dan
jangka masa panjang
C Bilangannya tidak mempengaruhi Bilangannya mempengaruhi keluaran sut
keluaran sut
D Tidak wujud apabila output sifar Tetap wujud walaupun output sifar

135 Pilih pernyataan yang benar tentang input berubah.


A Contoh input berubah ialah kilang, jentera dan tanah
B Wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang
C Tidak berubah secara langsung dengan tingkat keluaran
D Wujud pada output sifar

136 Jadual berikut menunjukkan jadual pengeluaran sebuah firma.

Input tetap Input berubah Jumlah Keluaran


(unit) (unit) (unit)
50 1 5
50 3 15
50 8 35
50 10 52
50 13 75

Hitungkan keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-10 unit.
A 8.5 unit C 140 unit
B 17 unit D 240 unit
36 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

137 Jadual menunjukkan keluaran purata sebuah firma.

Bilangan Keluaran
buruh purata
22 orang 140 unit
27 orang 190 unit

Hitungkan keluaran sut untuk buruh ke-27.


A 5 unit C 410 unit
B 10 unit D 430 unit

138 Maklumat di bawah menunjukkan jenis-jenis keluaran sebuah firma.

Input tetap : 10 unit


Input berubah : 30 unit
Keluaran purata : 25 unit

Hitungkan jumlah keluaran jika 30 unit input berubah digunakan?


A 250 unit C 650 unit
B 300 unit D 750 unit

139 Jadual berikut menunjukkan keluaran sut sebuah firma.

Input berubah 1 2 3 4
Keluaran sut 5 9 11 10

Berapakah jumlah keluaran jika 4 unit input digunakan?


A 1 unit C 35 unit
B 2.5 unit D 40 unit

140 Firma ABC telah menggunakan 6 orang pekerja untuk menghasilkan 300 unit output.
Apabila firma menggunakan 10 orang pekerja, output yang dihasilkan meningkat sebanyak
45%. Kirakan keluaran sut bagi firma tersebut pada tingkat output yang baru.
A 22.5 unit C 43.5 unit
B 33.75 unit D 72.5 unit

141 jadual berikut menunjukkan pengeluaran Barang Z.

Mesin Buruh Jumlah


(unit) (orang) Keluaran(unit)
1 12 30
1 17 20

Berapakah keluaran sut apabila 17 orang buruh digunakan?


A 2.0 unit C 2.9 unit
B 2.5 unit D 4.0 unit
37 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

142 Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Firma Bloom.


Firma Bloom telah menggunakan 8 orang pekerja untuk menghasilkan 500 unit
output. Apabila firma Bloom menggunakan 12 orang pekerja, keluarannya
bertambah sebanyak 40%.

Berapakah keluaran purata bagi Firma Bloom pada keluaran yang baharu?
A 41.7 unit C 58.3 unit
B 50.0 unit D 62.5 unit

143 Jadual berikut menunjukkan input pengeluaran bagi sebuah firma.

Input Input Jumlah


tetap berubah Keluaran
20 4 1 000
20 6 1 400
20 8 2 000
20 10 2 300

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jadual tersebut?


I Proses pengeluaran adalah dalam jangka pendek
II Proses pengeluaran adalah dalam jangka panjang
III Keluaran sut untuk input berubah ke-8 ialah 600 unit
IV Keluaran purata untuk input berubah 10 unit ialah 230 unit
A I dan II C II dan III
B 1 dan IV D III dan IV

144 Jadual menunjukkan hubungan antara bilangan buruh yang digunakan dengan keluaran sut
sebuah firma.

Bilangan Keluaran
buruh sut
1 10
2 23
3 34
4 42

Hitungkan jumlah keluaran pada buruh ke-3.


A 10 unit C 67 unit
B 33 unit D 109 unit
38 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

145 Maklumat berikut menunjukkan jumlah input yang terlibat dalam proses pengeluaran
sebuah firma.

Jumlah input berubah : 40 unit


Jumlah keluaran : 1 000 unit
Jumlah Input tetap : 10 unit

Hitungkan keluaran purata bagi firma tersebut.


A 25 unit C 20 unit
B 15 unit D 33.3 unit

146 Jika bilangan pekerja sesebuah firma bertambah daripada 10 orang kepada 12 orang, kos
pengeluaran meningkat dari RM3 200 ke RM3 600. Sementara keluarannya bertambah
daripada 1 800 unit ke 2 400 unit. Hitungkan keluaran sut bagi keadaan tersebut.
A 200 unit C 400 unit
B 300 unit D 600 unit

147 Jadual menunjukkan jadual pengeluaran sebuah firma.

Input tetap Input Jumlah


(unit) berubah (unit) Keluaran(unit)
2 5 60
2 8 105
2 11 175

Hitungkan keluaran sut firma bagi input berubah yang ke-8?


A 15 unit C 45 unit
B 20 unit D 60 unit

148 Jadual menunjukkan keluaran sebuah firma bagi Barang X.

Bilangan Keluaran
buruh Purata(unit)
0 0
1 8
3 11

Hitungkan keluaran sut firma bagi buruh ke-3?


A 1.0 unit C 8.0 unit
B 1.5 unit D 12.5 unit
39 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

149 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran.

• Keluaran adalah sifar tetapi kos ini masih perlu ditanggung


• Perubahan dalam keluaran tidak mempengaruhi kos ini

Antara berikut yang manakah menepati ciri-ciri kos di atas?


I Kos bahan mentah
II Pembayaran gaji pekerja
III Pembelian jentera
IV Kos mendirikan kilang
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

150 Antara berikut yang manakah benar?

Kos penggunaan mesin Kos bahan mentah


A Perbelanjaan yang berubah-ubah Perbelanjaan yang tetap bagi firma
B Wujud dalam jangka pendek dan Wujud dalam jangka pendek
panjang
C Berubah mengikut tingkat keluaran Tidak berubah mengikut tingkat keluaran
D Tetap wujud walaupun output sifar Tidak wujud apabila output sifar

151 Maklumat berikut berkaitan ciri-ciri kos pengeluaran.

• Output sifar tetapi kos ini perlu ditanggung


• Perubahan output tidak mempengaruhi kos

Manakah berkaitan dengan kos tersebut?


I Kos mendirikan kilang
II Pembelian jentera
III Pembiayaan upah
IV Kos bahan mentah
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

152 Manakah menunjukkan pasangan yang betul dalam proses pengeluaran perabot?

Kos tetap Kos berubah


A Upah buruh Sewa kilang
B Kos penyelenggaraan Kos papan
C Bil utiliti Susut nilai mesin
D Bayaran faedah pinjaman Syelek
40 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

153 Jadual berikut menunjukkan keluaran, kos tetap dan jumlah kos bagi sebuah firma.

Keluaran Kos Tetap Jumlah Kos


(unit) (RM) (RM)
0 80 80
1 80 120
2 80 180

Antara berikut, pernyataan yang manakah benar berkaitan dengan firma tersebut?
I Firma beroperasi dalam jangka pendek
II Firma hanya menggunakan input tetap dalam operasinya
III Firma tidak menggunakan input berubah bila tiada keluaran
IV Firma menanggung kos tetap yang sama walaupun jumlah keluaran meningkat
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

154 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran suatu barang oleh Firma HJ Berhad.

Kos tetap - RM600


Kos berubah - RM450
Kos purata - RM6

Berapakah jumlah keluaran firma tersebut ?


A 120 unit C 175 unit
B 140 unit D 220 unit

155 Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam satu minggu oleh Firma X.

Kos tetap - RM50.00


Kos berubah - RM30.00
Kos purata - RM2.00

Berapakah jumlah output yang dihasilkan ?


A 30 unit C 50 unit
B 40 unit D 80 unit

156 Jadual berikut berkaitan dengan kos berubah yang digunakan dalam suatu pengeluaran
barang oleh Firma Y.

Kuantiti Jumlah kos berubah


(unit) (RM)
10 500
20 700
30 875
40 1 200

Diandaikan kos tetapnya ialah RM500. Pada tingkat keluaran berapakah kos purata
paling rendah?
A 10 unit C 30 unit
B 20 unit D 40 unit
41 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

157 Jadual menunjukkan kos pengeluaran yang terlibat dalam proses pengeluaran suatu barang.

Kos Pengeluaran Keluaran


Kaedah
(RM) (unit)
P 200 300
Q 150 300
R 300 300
S 320 300

Kaedah pengeluaran yang manakah paling cekap?


A P C R
B Q D S

158 Jadual menunjukkan jumlah kos pengeluaran bagi pengeluaran suatu barang.

Keluaran Jumlah Kos


(unit) (RM)
0 10 000
10 15 000
20 22 000
30 30 000
40 36 000

Kirakan kos berubah bagi tingkat keluaran 30 unit.


A RM8 000 C RM30 000
B RM20 000 D R 77 000

159 Maklumat berikut berkaitan kos pengeluaran Firma A.

Firma A menanggung kos pengeluaran sebanyak RM5 000 jika tidak beroperasi.
Apabila pengeluaran outputnya sebanyak 30 unit, jumlah kos pengeluaran bertambah
sebanyak RM400 manakala kos puratanya ialah RM180.

Berapakah kos tetap dan kos berubah Firma A jika tingkat keluaran ditetapkan pada 30 unit.
A RM5 000 dan RM400 C RM5 400 dan RM400
B RM5 000 dan RM180 D RM5 400 dan RM180

160 Berikut butiran perbelanjaan sebuah firma percetakan yang mengeluarkan 10 000
unit buku setahun.

Butiran RM
Bahan api 5 000
Gaji pekerja 50 000
Bahan mentah 10 000
Insurans 3 000
Sewa kilang 12 000

Berapakah kos tetap firma ini?


A RM12 000 C RM17 000
B RM15 000 D RM20 000
42 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

161 Untuk mengeluarkan 30 unit keluaran, kos purata sebuah firma ialah RM5. Hitungkan
kos berubah firma tersebut jika kos tetap adalah RM80.
A RM50 C RM80
B RM70 D RM150

162 Jadual menunjukkan keluaran, kos purata dan kos berubah bagi barang X.

Output Kos purata Kos berubah


(unit) (RM) (RM)
0 - 0
1 80.0 30.0
2 50.0 50.0
3 42.0 76.0
4 35.0 90.0
5 32.5 112.5

Hitungkan kos tetap bagi barang X.


A RM15 C RM50
B RM30 D RM80

163 jadual menunjukkan maklumat mengenai sebuah firma.

Keluaran(unit) Jumlah Kos(RM)


0 2 000
10 3 000
20 5 000
30 8 000
40 10 000

Hitungkan jumlah kos bagi firma tersebut pada tingkat keluaran ke-50 jika
diberi kos berubahnya RM12 000.
A RM12 000 C RM13 000
B RM14 000 D RM15 000

164 Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma.

Keluaran(unit) Jumlah Kos(RM)


0 150
2 200
4 350
6 500

Hitungkan jumlah kos tetap bagi keluaran ke-4.


A RM50 C RM150
B RM100 D RM200
43 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

Soalan 165 dan Soalan 166 berdasarkan jadual kos pengeluaran sebuah firma.

Output (unit) Jumlah kos (RM)


0 100
2 150
4 190
6 220
8 240

165 Berapakah kos sut bagi keluaran ke-6?


A 15 C 36.6
B 30 D 220

166 Berapakah kos tetap dan kos berubah untuk mengeluarkan 4 unit out put?

Kos tetap (RM) Kos Berubah (RM)


A 90 190
B 100 340
C 100 90
D 90 40

167 Maklumat berikut berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma.

Output : 10 unit
Kos tetap : RM300
Kos berubah : RM500

Hitungkan jumlah kos dan kos purata untuk mengeluarkan 10 unit output.
A RM800 dan RM80 C RM5 000 dan RM500
B RM3 000 dan RM300 D RM8 000 dan RM800

168 Jadual menunjukkan hubungan antara output dengan kos purata bagi sebuah firma.

Output (unit) Kos purata (RM)


20 32
24 30
26 28

Berdasarkan maklumat tersebut, hitungkan kos sut bagi output yang ke 24.
A RM20 C RM26
B RM24 D RM28
44 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

169 Jadual menunjukkan hubungan antara jumlah keluaran dengan kos pengeluaran sebuah
firma.
Jumlah Keluaran Kos Pengeluaran (RM)
(unit) Kos Tetap Kos Berubah
10 100 20
20 100 40
Berapakah kos purata pada tingkat keluaran 20 unit?
A RM3 C RM6
B RM5 D RM7

170 Jadual menunjukkan jumlah kos pengeluaran firma pada pelbagai tingkat output.

Kuantiti(unit) Jumlah Kos(RM)


0 300
10 400
20 450
30 500
40 520

Hitungkan kos purata bagi output 50 unit jika kos berubah ialah RM280.
A RM5.60 C RM11.60
B RM6.00 D RM16.00

171 Jadual menunjukkan jumlah kos pengeluaran firma dengan menggunakan pelbagai
kaedah pengeluaran.

Kos Pengeluara Keluaran


Kaedah
(RM) (unit)
P 350 500
Q 450 500
R 200 500
S 320 500

Kaedah pengeluaran manakah yang paling cekap?


A Kaedah P C Kaedah R
B Kaedah Q D Kaedah S

172 Jadual berikut berkaitan dengan kos pengeluaran dan tingkat keluaran Firma SS.

Teknik Kos tetap Kos berubah Jumlah ouput


Pengeluran (RM) (RM) (RM)
I 1 000 2 000 2 000
II 1 000 4 000 2 000
III 1 000 6 000 2 000
IV 1 000 8 000 2 000

Teknik pengeluaran manakah dipilih oleh Firma SS?


A I C III
B II D IV
45 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

173 Apakah kos implisit yang ditanggung oleh pengusaha dalam pengeluaran barang dan
perkhidmatan?
A Bayaran upah buruhn
B Faedah atas pinjaman
C Bayaran perkhidmatan pengangkutan
D Bayaran sewa atas tanah milik pengusaha

174 Pilih faktor yang akan membantu meningkatkan tahp produktiviti sesebuah organisasi.
A Gaya kepimpinanpengurusan yang autokratik
B Sistem dan prosedur kerja yang rumit
C Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif
D Penggunaan kelengkapan modal yang membazir

175 Apakah faedah sosial daripada kempen berkongsi kereta?


I Kadar penggunaan petrol yang tinggi
II Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
III Kadar pencemaran alam sekitar yang rendah
IV Kadar pengangguran yang rendah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

176 Apakah kos sosial yang timbul daripada pembinaan sebuah kilang pembuatan baja kimia di
kawasan perumahan Desa Cemerlang, Pasir Gudang?
A Pencemaran udara yang berleluasa
B Kadar kesesakan lalu lintas rendah
C Pembinaan jalan raya yang lengkap
D Peluang pekerjaan bertambah

177 Pernyataan manakah yang benar tentang produktiviti.


I Inovasi dan teknologi mempengaruhi produktiviti
II Peningkatan produktiviti menyebabkan kos per unit menurun
III Kemasukan buruh mahir dari luar negara menjejaskan produktiviti negara
IV Produktiviti sama dengan keluaran sut
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV
46 Koleksi Soalan Ekonomi K1 Tingkatan 4

Pilihan jawapan bagi soalan 178 hingga soalan 186 berdasarkan jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Salah Salah
D Betul Betul

178 I Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah songsang.


II Keluk permintaan mempunyai kecerunan negatif.

179 I Perubahan permintaan berlaku disebabkan oleh faktor pendapatan pengguna.


II Apabila pendapatan individu meningkatkan maka permintaan sesuatu barang akan
meningkat.

180 I Keanjalan harga permintaan tidak anjal apabila pekali keanjalan lebih daripada satu.
II Permintaan barang mewah adalah tidak anjal.

181 I Pengeluaran ialah proses menggabungkan faktor-faktor pengeluaran untuk


menghasilkan output.
II Contoh pengeluaran ialah membuat roti, karipap dan samosa.

182 I Input pengeluaran terdiri daripada input tetap dan input berubah.
II Input berubah tidak wujud pada outpu sifar.

183 I Contoh input berubah ialah bahan mentah dan buruh.


II Contoh input tetap ialah bangunan dan tapak kilang.

184 I Kos eksplisit ialah bayaran ke atas faktor pengeluaran tetapi tidak diambil kira
dalam kos pengeluaran.
II Contoh kos eksplisit ialah bayaran perkhidmatan dan pengangkutan.

185 I Tahap pengeluaran I berlaku pembaziran input tetap.


II Tahap pengeluaran III berlaku pembaziran input berubah.

186 I Gaya pengurusan pihak atasan yang berwibawa dan berdaya saing dapat
meningkatkan produktiviti.
II Penggunaan teknologi canggih akan meningkatkan kos dan membebankan syrikat.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai