Anda di halaman 1dari 8

EKONOMI TINGKATAN 4

MODUL AMANJAYA SPM 2018


KERTAS 1

TAJUK : 1.0 PENGENALAN KEPADA EKONOMI


Standard Kandungan : 1.1 Konsep Kekurangan

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu ekonomi?


A Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
B Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
C Menggunakan wang bagi meningkatkan tabungan
D Mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang
tidak terhad

2. Apakah yang dikaji dalam ekonomi?


A Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran
B Menggunakan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak yang tidak
terhad
C Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
D Menyelesaikan masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan

3. Mengapakah masih wujud masalah kekurangan walaupun kerajaan melaksanakan


pelbagai dasar ekonomi dari semasa ke semasa?
A Berlakunya bencana alam
B Wujudnya ketidakseimbangan pembangunan bandar dan desa
C Terdapat ketidakseimbangan antara kehendak masyarakat dengan sumber ekonomi
D Terdapat jurang perbezaan antara golongan kaya dan golongan miskin

4. Puan Siti Nasyitah ialah seorang guru. Namun demikian, beliau masih menghadapi
masalah kekurangan kerana
A beliau sering membeli barang yang mahal
B beliau terlalu mementingkan kualiti barang yang dibeli
C kehendaknya tidak terhad berbanding pendapatan yang dimiliki adalah terhad
D beliau suka meminjam wang di bank perdagangan

5. Pasangan manakah yang benar tentang sumber ekonomi?

Sumber Keterangan
Ekonomi
A Modal Input produktif yang dicipta oleh manusia yang membantu dalam
proses pengeluaran
B Tanah Sumber semula jadi yang mempunyai penawaran tidak terhad
C Buruh Individu yang melakukan inovasi
D Usahawan Individu yang membenarkan orang lain menguruskan untungnya

6. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan masalah kekurangan
dalam ekonomi.
A Puan Anis membeli baju kesukaan anaknya setelah menerima BR1M sebanyak RM300
B Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan hasil yang
diperoleh
C Cik Diyana dapat membeli semua barang dapur dengan pendapatan bulanannya
D Syarikat Jentera Hanafi Sdn Bhd mampu mengeluarkan semua keluarannya kerana
mempunyai sumber modal yang banyak

1
7. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang pilihan?
I Isi rumah membuat pilihan untuk menaikkan taraf hidup
II Firma membuat pilihan untuk memaksimumkan keuntungan
III Firma membuat pilihan output akibat kekurangan faktor pengeluaran
IV Kerajaan memilih projek pembangunan yang dapat memaksimumkan kepuasan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

8. Rajah di bawah berkaitan dengan sumber ekonomi

Sumber ekonomi

Anugerah alam Menggunakan faktor Memberi sumbangan


semula jadi dan pengeluaran untuk X tenaga fizikal dan mental
penawaran mengeluarkan barang dalam pengeluaran
terhad

Apakah yang diwakili oleh X di atas?


A Tanah yang digunakan untuk penanaman buah delima manis
B Mesin yang digunakan untuk memproses hasil laut
C Encik Nur Iman yang bekerja di Pejabat Tanah Daerah Kuala Kangsar
D Encik Danial, seorang usahawan dalam industri batik dan kraf tangan

9. Sebuah firma pengeluaran kereta telah menggunakan lebih banyak mesin robotik dalam
aktiviti pengeluarannya. Keadaan ini menjelaskan
A Firma menambahkan bilangan pekerjanya
B Firma membuka cawangan baru di kawasan bandar
C Firma menambahkan sumber modal dalam pengeluaran
D Firma meningkatkan kadar upah pekerja

10. Kerajaan memperuntukkan RM680 juta bagi membina hospital dan klinik di kawasan
bandar dan luar bandar adalah bertujuan untuk
A Meminimumkan kos pengeluaran
B Memaksimumkan kepuasan pengguna
C Memaksimumkan kebajikan masyarakat
D Meminimumkan keuntungan

11. Antara yang berikut, yang manakah melibatkan kos lepas?


A Menyedut udara segar
B Menikmati pemandangan di tepi laut
C Mendengar ceramah motivasi selama dua jam
D Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga

12. Berikut merupakan faktor pengeluaran dan bentuk ganjaran yang diperoleh. Padanan yang
manakah tidak benar?

Faktor Pengeluaran Ganjaran


A Pemilik tanah Sewa
B Buruh Upah
C Pemilik modal Bayaran pindahan
D Usahawan Untung

2
13. Antara yang berikut, yang manakah faktor pengeluaran dalam pengeluaran biskut?
I Hasil jualan biskut
II Ketuhar pembakar biskut
III Pengurus besar kilang biskut
IV Peruncit yang menjual biskut
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

14. Pernyataan di bawah menunjukkan suatu masalah ekonomi.

Pengeluaran kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mencapai keuntungan


yang maksimum.
Unit ekonomi yang manakah mengalami masalah ekonomi tersebut?
A Encik Aqil Aminuddin
B Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan
C Pengusaha Batik Mak Pija Sdn Bhd
D Kementerian Pertanian Malaysia

15. Rajah di bawah menunjukkan unit-unit ekonomi.

Unit-unit ekonomi

Isi rumah Z Firma

Apakah Z?
A Puan Zarini
B Syarikat Kosmetik Anggun
C Kementerian Pertanian Malaysia
D Kilang Pemprosesan Arang Haji Arip

16. Mengapakah kerajaan wajar merancang perbelanjaan dengan cermat?


A Kekurangan teknologi
B Kekurangan sumber hasil
C Kekurangan sumber alam
D Kekurangan kakitangan awam

17. Pernyataan di bawah berkaitan dengan faktor pengeluaran.

Faktor pengeluaran X Faktor pengeluaran Y


Menyumbangkan tenaga Menyelaraskan faktor
mental dan fizikal dalam pengeluaran lain dalam aktiviti
aktiviti pengeluaran pengeluaran

Apakah faktor pengeluaran X dan Y?

X Y
A Modal Usahawan
B Usahawan Buruh
C Buruh Usahawan
D Buruh Modal

3
18. Andaikan Amirul membeli sebatang raket badminton baharu, apakah kos lepasnya?
A Harga raket badminton
B Barang lain yang boleh dibeli dengan jumlah wang yang sama
C Masa yang digunakan oleh Amirul untuk bermain badminton
D Alatan lain yang perlu dibeli untuk permainan badminton

19. Kerajaan telah membina sebuah politeknik baharu di Negeri Sembilan. Kos lepasnya ialah
A Pembinaan hospital baharu di negeri Pahang yang terpaksa ditangguhkan
B Kos upah yang ditanggung oleh kerajaan untuk membina politeknik tersebut
C Kos bahan binaan yang ditanggung oleh kerajaan untuk membina politeknik tersebut
D Yuran pengajian yang perlu dibayar oleh pelajar yang mengikuti kursus di polteknik
tersebut

20. Intan ingin membeli sepasang kasut baru. Harga kasut untuk jenama Niko ialah RM119.90
manakala jenama Adidus berharga RM89.90.
Apakah kos lepasnya jika dia cuma mempunyai RM100?
A Kos lepas ialah kasut Adidus
B Kos lepas ialah kasut Niko
C Kos lepas ialah kasut Adidus dan Niko
D Tiada kos lepas

21. Yang manakah antara di bawah bukan merupakan faktor-faktor pengeluaran?


A Modal C Sumber tanah tanih
B Barang pengguna D Pegawai pengurusan

22. Sewa merupakan pulangan kepada sumber ekonomi yang


A Sanggup menanggung risiko ketidakpastian
B Membenarkan orang lain menguruskan keuntungannya
C Merupakan anugerah alam semula jadi dan penawarannya adalah tetap
D Menawarkan tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan barangan

23. Pernyataan berikut berkaitan dengan satu masalah ekonomi.

Kekurangan faktor pengeluaran mewujudkan pilihan.

Matlamat pilihan tersebut dibuat untuk memaksimumkan


A keluaran C kebajikan
B kepuasan D keuntungan

24. Sebahagian besar tanah pertanian di kawasan luar bandar negeri Perak kini bertukar
menjadi kawasan perumahan.
Apakah kos lepas masyarakat tempatan mengenai pertukaran ini?
A Pengurangan pengeluaran barang pertanian
B Peningkatan taraf hidup masyarakat
C Pengurangan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar
D Peningkatan bilangan rumah untuk dijual

25. Antara yang berikut, manakah andaian yang digunakan semasa membentuk keluk
kemungkinan pengeluaran?
I Tingkat teknologi tetap
II Tingkat harga tetap
III Terdapat tiga jenis barang
IV Sumber ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4
26. Jadual di bawah menunjukkan dua pilihan teknik pengeluaran sebuah firma.

Teknik Radio Televisyen


Pengeluaran (unit) (unit)
A 120 20
B 40 60

Sekiranya firma tersebut menukarkan teknik pengeluaran daripada A kepada B, berapakah


kos lepas pengeluaran televisyen?
A 40 unit radio C 40 unit televisyen
B 80 unit televisyen D 80 unit radio

27. Seorang penganggur telah menerima tawaran kerja di sebuah syarikat swasta. Kos lepas
bagi keputusan tersebut adalah
A Latihan yang perlu dihadiri
B Masa lapang untuk aktiviti hiburan
C Perbelanjaan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja
D Pendapatan yang diperoleh daripada pekerjaan tersebut

28. Sebarang titik di dalam keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan


A Titik kecekapan
B Titik ketidakcekapan
C Titik yang tidak akan dicapai
D Kombinasi output maksimum

29. Keluk kemungkinan pengeluaran menunjukkan


A Tingkat keluaran adalah cekap dan berpotensi dalam ekonomi
B Tingkat keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh
C Tingkat keluaran sebenar yang dapat dikeluarkan dengan penggunaan sumber
ekonomi yang berkualiti
D Tingkat keluaran yang dapat dikeluarkan melalui penggunaan sumber ekonomi yang
tidak terbatas
.
30. Maklumat yang berikut berkaitan dengan kombinasi keluaran oleh firma X.

Kombinasi Pakaian Kasut


keluaran (unit) (unit)
R 100 60
S 75 85

Berapakah kos lepas sekiranya firma X menukar kombinasi keluaran dari R ke S?


A 15 unit kasut C 25 unit pakaian
B 60 unit kasut D 100 unit pakaian

31. Antara yang berikut, yang manakah digambarkan oleh titik di sepanjang keluk
kemungkinan pengeluaran?
I Sumber ekonomi terhad
II Mencapai guna tenaga penuh
III Teknologi berubah dengan cepat
IV Wujud ketidakcekapan ekonomi
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5
32. Apakah yang ditunjukkan oleh titik A?

A Lebih banyak input digunakan untuk menghasilkan barang X


B Lebih banyak input digunakan untuk menghasilkan barang Y
C Semua input dalam ekonomi digunakan untuk menghasilkan barang X
D Semua input dalam ekonomi digunakan untuk menghasilkan barang Y

33. Bagi keluk kemungkinan pengeluaran yang mengalami kos lepas meningkat, pertambahan
1 unit barang modal akan menyebabkan
A Pengurangan yang sama bagi barang pengguna
B Pengurangan yang semakin kecil bagi barang pengguna
C Pengurangan yang semakin besar bagi barang pengguna
D Pertambahan yang semakin besar bagi barang pengguna

34. Rajah di bawah menunjukkan peralihan keluk kemungkinan pengeluaran sebuah negara
yang menghasilkan barang perkilangan dan barang pertanian.

Barang pertanian

Barang perkilangan

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan peralihan keluk kemungkinan


pengeluaran dari PQ ke PR?
A Kenaikan kos pengeluaran
B Kenaikan permintaan
C Berlaku peningkatan buruh
D Berlaku peningkatan teknologi

6
35. Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran kerusi dan meja oleh sebuah firma.

Kombinasi Kerusi Meja


output (unit) (unit)
W 0 60
X 3 54
Y 6 33
Z 9 0
Berapakah kos lepas bagi 1 unit kerusi jika kombinasi output berubah dari X ke Y?
A 7 unit meja C 21 unit meja
B 18 unit meja D 33 unit meja

36. Jadual di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran ekonomi Negara A yang
menghasilkan barang pertanian dan barang perkilangan.

Keluaran Kombinasi Kombinasi Kombinasi Kombinasi Kombinasi


(unit) A B C D E
Barang
0 5 10 20 30
Pertanian
Barang
60 50 35 25 0
Perkilangan
Berapakah kos lepas untuk mengeluarkan 20 unit barang pertanian?
A 10 unit barang perkilangan
B 25 unit barang perkilangan
C 35 unit barang perkilangan
D 60 unit barang perkilangan

37. Dalam gambar rajah di bawah, AB ialah keluk kemungkinan pengeluaran.

Barang Perkilangan

Barang Pertanian
0 B

Pertambahan satu unit barang perkilangan akan menyebabkan


A Pengurangan pengeluaran barang pertanian menjadi sifar
B Pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang pertanian
C Pengurangan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang pertanian
D Pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang pertanian

38. Antara yang berikut, yang manakah diandaikan tetap apabila melukis suatu keluk
kemungkinan pengeluaran?
A Tingkat harga umum dalam negara tersebut
B Jumlah import dan eksport
C Tingkat upah buruh
D Jumlah faktor pengeluaran yang digunakan

7
39. Keluk kemungkinan pengeluaran dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi
I Untuk siapa dikeluarkan
II Berapa hendak dikeluarkan
III Apa yang hendak dikeluarkan
IV Bagaimana hendak dikeluarkan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

40. Dalam gambar rajah di bawah, PQ ialah keluk kemungkinan pengeluaran.

Barang Perkilangan

P
R

Barang Pertanian
0 Q

Pengeluaran di titik R dapat dicapai jika berlaku pertambahan


A harga bahan api C tempoh masa rehat pekerja
B pusat latihan kemahiran D bayaran levi pekerja asing

Anda mungkin juga menyukai