Anda di halaman 1dari 14

SULIT 3767/1

SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL FALAH BATU


TALAM
27610 RAUB PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2021 3767/1


EKONOMI
Kertas 1
November

1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

4. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

Kertas soalan ini mengandungi 13 halaman bercetak

1 Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?


3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia [Lihat halaman sebelah
SULIT
2

A Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran


B Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat
C Menyelesai masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan
D Menggunakan factor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak tidak
terhad

2 Apakah tujuan firma membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran?


A Memenuhi kehendak manusia
B Meminimumkan kos pengeluaran
C Mengurangkan masalah pembaziran
D Memaksimumkan kepuasan pengguna

3 Pasangan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?


Sumber Keterangan
Ekonomi
A Modal Input produktif yang digunakan dalam proses pengeluaran
B Tanah Sumber yang diperlukan dalam pengeluaran dan
penawarannya tidak terhad
C Buruh Individu yang menggabungkan sumber ekonomi untuk
menghasilkan output
D Usahawan Individu yang memberi sumbangan produktif sama ada dalam
bentuk fizikal dan mental

4 Pernyataan manakah yang benar mengenai kos lepas yang semakin meningkat?
A Pengurangan satu unit barang perlu menambahkan kuantiti barang lain
B Tambahan satu unit barang perlu mengurangkan satu unit kuantiti barang lain
C Tambahan satu unit barang perlu mengurangkan kuantiti barang lain dengan
banyak
D Tambahan satu unit barang perlu menambahkan kuantiti barang lain dengan
banyak

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


3

5 Antara yang berikut, manakah ciri-ciri sistem ekonomi kapitalis?


I Pilihan pengguna terhad
II Sumber ekonomi dimiliki oleh firma
III Isi rumah membuat pilihan untuk kepuasan
IV Kerajaan akan campur tangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6 Golongan kaya memperoleh lebih banyak barangan berbanding golongan yang


berpendapatan rendah dalam sistem ekonomi kapitalis.
Apakah masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan?

A Apa yang hendak dikeluarkan


B Berapa yang hendak dikeluarkan
C Bagaimana hendak dikeluarkan
D Untuk siapa hendak dikeluarkan

7 Pernyataan manakah yang benar menurut hukum permintaan?


A Apabila harga naik, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
B Apabila harga turun, pengguna akan menambahkan kuantiti diminta
C Apabila harga turun, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta
D Apabila harga tetap, pengguna akan mengurangkan kuantiti diminta

8 Apakah penentu yang menyebabkan perubahan permintaan?


I Perubahan citarasa
II Perubahan pendapatan
III Perubahan harga barang pengganti
IV Perubahan barang itu sendiri
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
4

9 Situasi manakah yang akan meningkatkan penawaran terhadap sesuatu barang?


I Pemberian subsidi oleh kerajaan
II Peningkatan kadar upah
III Peningkatan kadar sewa kilang
IV Peningkatan teknologi pengeluaran
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Jadual di bawah ini menunjukkan permintaan bagi tiga orang individu.


Harga Permintaan Individu (unit)
(RM) G H J
50 100 80 55
60 90 60 45
70 80 40 35
80 70 20 25
Jika keseimbangan pasaran berlaku pada tingkat harga RM80 seunit, kuantiti
penawaran pasaran ialah
A 60 unit
B 90 unit
C 95 unit
D 115 unit

11 Maklumat yang berikut berkaitan dengan urusniaga kereta.


Encik Azmi membeli sebuah kereta berharga RM 60 000. Dia membayar
pendahuluan sebanyak RM 6000 dan ansuran bulanan sebanyak RM 600 selama 9
tahun.
Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
A Ukuran nilai
B Penyimpanan nilai
C Bayaran tertunda
D Perantaraan pertukaran

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


5

12 Gambar dibawah menunjukkan satu logo bank.

Apakah fungsi bank di atas dalam ekonomi?


I Mengurus akaun semasa
II Menerima deposit
III Memberi pinjaman kepada bank lain
IV Jurubank kepada kerajaan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13 Maklumat yang berikut berkaitan dengan satu kemudahan pembayaran yang disediakan
oleh bank perdagangan

 Puan Ana adalah pemegang akaun tabungan di Bank Raya Berhad


 Beliau membeli polisi insurans nyawa dari Syarikat Insurans Intan Berhad
 Jumlah bayaran premium yang perlu dibayar setiap bulan adalah sebanyak
RM200.
 Beliau mengarahkan pihak bank membuat bayaran tersebut pada setiap 25
hari bulan secara tetap dan berulang kepada syarikat insurans tersebut

Apakah kemudahan pembayaran tersebut?

A Draf bank

B Debit langsung

C Pindahan kredit

D Perintah sedia ada


6

14 Jadual di bawah menunjukkan peratus pekerjaan penduduk di Daerah Sri Merbok.

Pekerjaan Peratus
(%)
Guru 8
Nelayan 12
Polis 11
Penoreh Getah 20
Juruteknik Kilang 15
Pemaju perumahan 24
Jururawat 10

Berapakah peratus penduduk yang terlibat dalam sektor ketiga?


A 29%
B 32%
C 39%
D 56%
15 Encik Zharif berkelulusan Ijazah Kejuruteraan tetapi memilih untuk bekerja sebagai
seorang guru. Faktor pemilihan pekerjaan manakah yang mendorong beliau berbuat
demikian?

A Upah

B Faedah sampingan

C Prospek pekerjaan

D Kepuasan kerja

16 Maklumat yang berikut berkaitan dengan jenis pendapatan individu.

Encik Hamidy bekerja sebagai pegawai bank menerima RM3 000 sebulan.
Beliau membuat pinjaman perniagaan untuk menjalankan restoran tomyam
pada waktu malam. Beliau juga menyewa sebuah gerai dengan kadar bayaran
RM800 sebulan

Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Hamidy?

I Sewa

II Untung
III Upah
IV Faedah
A I dan II
3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT
7

B II dan IV
C II dan III
D III dan IV
17 Maksud pendapatan boleh guna ialah…

A pendapatan bersih yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib

B baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan

C jumlah pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib

D jumlah pendapatan yang boleh digunakan untuk membuat perbelanjaan


penggunaan

18 Apakah perbezaan antara keperluan dengan kehendak?

Keperluan Kehendak
A Harga tidak stabil Harga stabil
B Untuk meneruskan kehidupan Untuk keselesaan hidup
C Pelbagai pilihan barang Pilihan barang terhad
D Banyak barang pengganti Tiada barang pengganti

19 Mengapakah kaedah pembayaran kad kredit semakin popular?

I Meminimumkan risiko kecurian

II Meminimumkan bayaran tunai


III Meminimumkan risiko bankrupt
IV Individu berpeluang memiliki barang yang mahal dan mewah
A I, II dan III

B I, II dan IV

C I, III dan IV

D II, III dan IV


8

20 Maklumat di bawah menunjukkan kos pengeluaran Firma Roda yang mengeluarkan


basikal jenama Lasak

Jumlah keluaran 50 unit


Kos Tetap RM1500
Kos Purata RM100

Berapakah kos berubah yang ditanggung oleh firma tersebut?

A RM 1350
B RM 1600
C RM 3500
D RM 6500

21 Jumlah hasil Syarikat Bina Jaya ialah RM56 000. Berikut adalah kos-kos yang terlibat
dalam pengeluarannya.

Kos bahan mentah RM20 000


Kos upah buruh RM16 800
Sewa bangunan kilang RM5 600
Kos bahan api RM2 400

Hitung jumlah keuntungan Syarikat Bina Jaya.

A RM 11 200

B RM 10 800

C RM 15 500

D RM24 000

22 Berikut merupakan antara kepentingan produktiviti.

I Peningkatan output

II Peningkatan keuntungan atau daya saing firma


III Peningkatan upah pekerja
IV Peningkatan pendapatan Negara
A I dan II sahaja

B II dan III sahaja

C I, II dan III sahaja

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


9

D I, II , III dan IV

23 Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan
penggunaan lebih banyak basikal di Pulau Pinang?

A Kos pengangkutan yang tinggi.

B Kadar Pengangguran yang rendah

C Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

D Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

24 Pilih ciri yang berkaitan dengan monopoli semula jadi.

A Lebih daripada seorang pengeluar

B Berkuasa untuk menentukan harga

C Persaingan bukan harga amat penting

D Kebebasan firma untuk masuk dan keluar pasaran.

25 Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 0.58% kepada
2.50%?
I Peluang pekerjaan menurun
II Kuasa beli masyarakat meningkat
III Pendapatan benar masyarakat menurun
IV Nilai wang yang dipegang oleh isi rumah merosot
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

26 Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?


A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
B Pekerja yang meletak jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain
C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran

27 Jadual di bawah ini menunjukkan anggaran hasil kerajaan persekutuan bagi tahun 2016
Sumber Hasil Jumlah (RM Juta)
10

Cukai pendapatan individu 27 566


Duti eksais 11 705
Lesen/permit 12 307
Cukai pendapatan syarikat 63 625
Cukai barang dan perkhidmatan 41 206
Cukai pendapatan petroleum 8 422
Duti import 2 905
Pendapatan pelaburan 21 425

[Sumber: Diubah suai daripada Laporan Ekonomi 2017/2018]

Kira hasil cukai langsung, hasil cukai tak langsung, dan hasil bukan cukai.
Hasil Cukai Tidak
Hasil Cukai Langsung Hasil Bukan Cukai
Langsung
A 11 318 77 241 12 307
B 121 038 52 912 20 729
C 91 191 43 510 21 425
D 96 613 55 817 33 732

28 Maklumat di bawah ini menunjukkan satu contoh komponen perbelanjaan


pembangunan.
Kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM1.3 bilion kepada Perbadanan
Perumahan Rakyat IMalaysia (PRIMA) untuk pembinaan rumah bagi isi rumah
berpendapatan sederhana antara RM2 500 dan RM 10 000
(Sumber Laporan Ekonomi 2015/2016)
Apakah komponen perbelanjaan tersebut?
A Sektor keselamatan
B Sektor pentadbiran am
C Sektor perkhidmatan sosial
D Sektor perkhidmatan ekonomi

29 Pilih pernyataan yang tepat tentang perbezaan antara dasar fiskal mengembang dengan dasar
fiskal menguncup.
Dasar fiskal mengembang Dasar fiskal mengembang
A Meningkatkan kadar cukai Menurunkan kadar cukai
B Meningkatkan permintaan agregat Mengurangkan permintaan agregat
C Menurunkan perbelanjaan kerajaan Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


11

D Digunakan semasa berlaku inflasi Digunakan semasa berlaku deflasi

30 Rajah di bawah ini menunjukkan kesan suatu tindakan yang dijalankan oleh kerajaan.

Apakah tindakan tersebut ?


A Menurunkan kadar faedah
B Menurunkan nisbah rizab tunai
C Menurunkan nisbah rizab berkanun
D Memendekkan tempoh pembiayaan

31 Rajah di bawah merupakan beberapa buah syarikat di dunia

Mc
Donalds
sime
Maybank
Darby

x
Apakah X ?

A Syarikat Sendirian Berhad

B Syarikat Koperasi

C Syarikat Kerajaan
D Syarikat Multinasional

32 Antara berikut, yang manakah merupakan faktor yang mempengaruhi globalisasi?

A kenaikan taraf perintis


B perkembangan ekonomi
C perkembangan teknologi maklumat
D kenaikan kadar pertukaran mata wang asing
12

33 Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengeluaran Malaysia dan Jepun


Malaysia mengkhusus dalam pengeluaran minyak kelapa sawit
manakala Jepun mengkhusus dalam pengeluaran komponen elektrik
Apakah kelebihan yang diperoleh oleh Malaysia dan Jepun?

I penawaran barang bertambah


II peningkatan kemahiran faktor
III kos seunit keluaran meningkat
IV salah peruntukan sumber berlaku
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

34 Antara yang berikut manakah merupakan tujuan kerajaan mengenakan kuota terhadap
barang import?

I meningkatkan pendapatan negara


II meningkatkan kadar pengangguran
III melindungi industri muda tempatan
IV meningkatkan daya saing barang tempatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

35 Antara yang berikut, manakah merupakan kesan positif daripada blok ekonomi?

A tidak wujud mobiliti buruh


B wujud kegawatan ekonomi negara
C peningkatan modal dan tenaga kerja
D Tidak wujud perkongsian teknologi moden

36 Antara yang berikut, yang manakah import Malaysia?

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


13

I Komoditi utama
II Barangan pengantara
III Barangan modal
IV Barangan pembuatan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

37 Apakah implikasi yang akan wujud sekiranya berlaku lebihan akaun semasa dalam
sesebuah Negara?
A Berlaku inflasi
B Harga barang murah
C Peningkatan kadar pertukaran asing
D Bilangan penyerapan guna tenaga dalam sektor ketiga menjadi rendah

38 Mengapakah Malaysia memerlukan pertukaran asing walaupun telah mempunyai


matawang sendiri?

I Untuk mengukur tahap kestabilan ekonomi Negara berbanding luar negara


II Untuk membolehkan rakyat Malaysia melabur di luar Negara
III Untuk mengimport barangan dari luar Negara
IV Untuk membiayai belanjawan defisit
A I dan II
B II dan III
C I dan IV
D III dan IV

39 Antara berikut, yang manakah akan menyebabkan nilai Ringgit Malaysia jatuh?
I Petronas Berhad menambahkan pelaburan di negeri China
II Malaysia meningkatkan import daging lembu dari Australia
III Malaysia menjadi destinasi yang semakin diminati pelancong asing
IV Syarikat Perkapalan Malaysia (MISC) mendapat lebih banyak kontrak
pengangkutan daripada firma asing
A I dan II
B I dan III
14

C II dan IV
D III dan IV

40 Kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dan Baht Thailand ialah RM1 = 10 Bath Thai
pada satu tarikh tertentu. Jika seorang pengimport Thailand telah mengimport barang
dari Malaysia bernilai 2750000 Bath, matawang manakah yang diperlukan oleh
pengimport Thailand untuk membayar pengeksport Malaysia dan berapakah nilainya?
A Bath Thailand 275 000
B Ringgit Malaysia RM 275 000
C Bath Thailand 27 500 000
D Ringgit Malaysia RM 27 500 000

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

3767/1 2016 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Anda mungkin juga menyukai