Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2016
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN (KEDAH)

MODUL 1

PERDAGANGAN
Kertas 1

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Modul ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C dan D. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian
hitamkan jawapan yang baharu.

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

____________________________________________________________________________________

Modul ini mengandungi 15 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.


2

1 Rajah 1 berikut menunjukkan Model Hierarki Keperluan Maslow.

Keperluan Y

Keperluan sosial

Keperluan fisiologi

Rajah 1

Situasi manakah yang menerangkan tentang keperluan Y ?

A Puan Su menyediakan makanan untuk keluarganya


B Cik Ani telah dianugerahkan Pingat Setia DiRaja
C Puan Aida mengadakan majlis hari lahir anaknya
D Cik Lisa menerima ijazah dengan Anugerah Dekan

2 Apakah pengeluaran langsung?


A Pengeluaran yang dilakukan secara besar-besaran
B Pengeluaran yang dilakukan dengan bantuan pihak lain
C Pengeluaran yang dilakukan untuk memenuhi keperluan sendiri
D Pengeluaran yang dilakukan dengan mengamalkan pengkhususan

3 Apakah pekerjaan yang terlibat dalam industri ekstraktif?


A Pendandan rambut
B Pemetik buah kelapa sawit
C Penjual makanan
D Pemandu van

4 Pengkhususan dalam pengeluaran di sesebuah kilang akan


A menambah minat pekerja kerana melakukan kerja yang sama
B menyebabkan pekerja bangga terhadap hasil kerjanya
C meningkatkan daya kreativiti seseorang pekerja
D mewujudkan kerjasama dan saling bergantung
3

5 Antara yang berikut, situasi manakah yang berkaitan dengan peranan


usahawan kepada masyarakat?
I Encik Ahmad mengupah 120 orang pekerja

II Encik Rajan mengubah suai keluaran mengikut cita rasa pelanggan

III Encik Tong membelanjakan RM1.5 juta untuk mempromosikan


produknya
IV Encik Simon membeli insurans liabiliti am untuk melindungi premis
perniagaannya
A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6 Rajah 2 berkaitan cabang perdagangan.

Perdagangan

X Bantuan Perniagaan
Rajah 2

Pernyataan manakah menerangkan tentang X?

A Menghantar barang dengan lori

B Membekalkan beras kepada pengusaha restoran

C Menyampaikan maklumat perniagaan

D Menghubungi pembekal untuk mendapat bekalan


4

7 Gambar 1 berkaitan dengan sebuah perniagaan.

Gambar 1

Apakah jenis saluran agihan yang sesuai ?

A Pengeluar → Ejen → Peruncit → Pengguna

B Pengeluar → Peruncit → Pengguna

C Pengeluar → Ejen → Pengguna

D Pengeluar → Pengguna

8 Pernyataan berikut berkaitan dengan fungsi seorang peruncit.

Encik Mazlan menjual barang keperluan harian seperti


makanan dalam tin, minuman ringan dan lain-lain barangan
di kedainya. Semua barang disusun dengan kemas di atas
rak dan dilabelkan dengan tanda harga.

Apakah fungsi Encik Mazlan?

I Memperagakan barang

II Menyediakan pelbagai jenis barang

III Memberi kemudahan kredit

IV Memberi khidmat selepas jualan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV
5

9 Rajah 3 berkaitan dengan jenis perniagaan runcit.

Peruncit Berkedai

Kedai Am Kedai X

Rajah 3

Perniagaan manakah yang mewakili Kedai X ?

A Kedai Runcit Pak Adi

B Pasar Mini Mesra

C Perniagaan Alatan Sukan Busyra

D Pasar Raya Zamzam Bersaudara

10 Rajah 4 berkaitan dengan jenis pemborong berfungsi terhad.

Pemborong Berfungsi Terhad

Pemborong Pemborong Pemborong


Pemborong
Pesanan Perkhidmatan Q Bayar dan
Pesanan Mel
Berwakil Pengangkutan Bawa
Rajah 4

Apakah ciri Q?

A Memperagakan barang di atas rak

B Menjalankan urus niaga melalui pos

C Menyediakan kemudahan menghantar barang

D Menyampaikan pesanan pembeli terus kepada pengeluar


6

11 Maklumat berikut berkaitan dengan urus niaga antara Syarikat Putra dengan
Kedai Bersatu.

1 Januari 2015 Syarikat Putra menghantar invois kepada Kedai Bersatu


berjumlah RM1 200.

3 Januari 2015 Kedai Bersatu memulangkan barang yang tersalah


jenama berjumlah RM500.

Apakah dokumen yang perlu dihantar oleh Syarikat Putra pada 3 Januari
2015?
A Nota makluman

B Nota serahan

C Nota kiriman

D Nota kredit

12 Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi dokumen.

Dokumen Keterangan

I Menerima barang belian secara kredit

II Menerima ringkasan urusniaga setiap bulan

III Menyelesaikan bayaran dengan mengeluarkan cek

Apakah dokumen tersebut?

I II III

A Invois Penyata akaun Resit

B invois Penyata akaun Nota kredit

C Nota kredit Invois profoma Nota debit

D Nota debit Invois profoma Resit


7

13 Maklumat berikut berkaitan dengan eksport Malaysia.

Nilai
Butiran
(RM Juta)
Pertanian 5.2

Insurans 0.8

Pelancongan 3.4

Pelaburan 2.9

Petroleum 7.2

Berapakah nilai eksport tak nyata?

A RM7.1 juta

B RM9.4 juta

C RM12.4 juta

D RM19.5 juta

14 Rajah 5 menunjukkan jenis dokumen dalam perniagaan antarabangsa.

Invois
Invois Konsular
Eksport

Dokumen Perniagaan

Sijil Asal Usul X

Rajah 5

Apakah X?

A Inden

B Bil muatan

C Polisi insurans

D Nota perkapalan
8

15 Encik Anuar seorang pengimport batik dari Indonesia telah menghadapi


masalah kuota dalam urusniaganya.
Apakah halangan tersebut?

A Prosedur kastam

B Kesukaran mendapat maklumat

C Mata wang yang berbeza

D Dokumentasi yang rumit

16 Pasangan manakah yang menerangkan kegiatan Industri Kecil dan


Sederhana (IKS)?

Industri Produk yang dihasilkan

A Komponen automotif Kereta

B Berasaskan logam Alat ganti kereta

C Berasaskan sumber Botol ubat

D Komponen elektronik Papan litar

17 Pemilik Industri Kecil dan Sederhana (IKS) selalu menghadapi masalah modal
kerana bank tidak meluluskan permohonan pinjamannya.
Apakah yang menyebabkan permohonan itu ditolak?

A Tidak mempunyai lokasi yang strategik

B Tidak mengemukakan cagaran yang kukuh

C Tidak memiliki tahap teknologi yang tinggi

D Tidak mengupah pekerja yang berkemahiran tinggi

18 Milikan perniagaan manakah yang berkemungkinan sahamnya disenaraikan


di Bursa Saham?

A Syarikat Maju berhad

B Perniagaan Amin dan Azmi

C Syarikat Mesra Sendirian Berhad

D Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan


9

19 Mengapakah kerajaan mewujudkan dasar penswastaan?


I Menjaga kepentingan awam
II Mengurangkan perbelanjaan kerajaan
III Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
IV Membolehkan kuasa pengurusan diberikan sepenuhnya kepada swasta
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

20 Pernyataan di bawah merujuk kepada suatu jenis syer.

 Kadar dividen tetap


 Pemegang syer berhak mendapat dividen tunggakan tahun
sebelumnya

Apakah jenis syer itu?

A Syer keutamaan kumulatif

B Syer keutamaan penyertaan

C Syer keutamaan boleh tebus

D Syer keutamaan boleh tukar

21 Andalusia Berhad mempunyai modal sebanyak 1 000 000 unit syer bernilai
RM0.50 seunit. Bagi tahun 2015, syarikat itu membayar dividen interim 7%
dan dividen akhir 8%.
Berapakah jumlah dividen yang dibayar bagi tahun 2015 ?
A RM35 000

B RM40 000

C RM75 000

D RM150 000
10

22 Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bank yang terdapat di Malaysia.

 Menanggung jaminan terbitan syer


 Mengurus pelaburan
Apakah jenis bank tersebut?
A Bank badan berkanun

B Bank saudagar

C Bank koperasi

D Bank pusat

23 Puan Argashini telah menyimpan sebanyak RM10 000 di sebuah bank


perdagangan di Gurun pada 10 April 2015 dan simpanannya telah matang
pada 10 Januari 2016. Beliau telah menerima faedah sebanyak RM247.50.
Berapakah kadar faedah yang ditawarkan oleh bank tersebut?

A 3.10%

B 3.20%

C 3.30%

D 3.50%

24 Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ramzi.

Encik Ramzi yang sentiasa sibuk dengan urusan perniagaan perlu


membayar ansuran kereta dan premium insurans kesihatan setiap
bulan.

Apakah perkhidmatan pembayaran yang paling sesuai digunakan?


A Draf bank

B Arahan tetap

C Pindahan kredit

D Pindahan telegraf
11

25 Pernyataan yang manakah berkaitan dengan overdraf?

A Pinjaman jangka panjang

B Kadar faedah dikira secara tahunan

C Pemohon mesti memiliki akaun semasa

D Pendahuluan kepada pemilik kad kredit

26 Maklumat berikut merupakan jenis insurans.

 Insurans motor
 Insurans liabiliti am
 Insurans liabiliti majikan
Apakah jenis insurans tersebut?
A Insurans endowmen

B Insurans kemalangan

C Insurans kebakaran

D Insurans marin

27 Maklumat berikut berkaitan dengan satu situasi.

Osman : Pemilik lori KBG 2014

Syarikat Insurans FA : Insurer untuk lori KBG 2014

Alia : Pemilik dan pemandu kereta KDD 6782

Syarikat Insurans RJ : Insurer untuk kereta KDD 6782

Dalam satu kemalangan, kereta Alia dilanggar oleh lori KBG 2014 yang
dipandu oleh Osman. Siapakah pihak ketiga?

A Syarikat Insurans FA

B Osman

C Alia

D Syarikat Insurans RJ
12

28 Maklumat berikut berkaitan dengan jenis pengangkutan.

Malaysia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan


yang canggih seperti kapal terbang, keretapi laju
(ETS) dan jaringan lebuhraya di seluruh negara.

Bagaimanakah pernyataan di atas dapat membantu pengaliran modal ke


dalam negara?
I Menggalakkan ciptaan dan penemuan baru
II Memindahkan barang yang cepat rosak
III Menggalakkan kemasukan pelabur asing
IV Memudahkan kemasukan pelancong
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

29 Seorang pengeksport papan bergergaji menerima pesanan sebanyak 1 000


tan metrik daripada pengimport di Taiwan.
Apakah jenis kapal yang sesuai?
A Kapal kargo pukal
B Kapal pesisir
C Kapal kontena
D Kapal kerentan

30 Maklumat berikut berkaitan dengan peranan komunikasi.

Seorang pengimport perlu membuat bayaran dengan


segera kepada pengeksport di luar negara.

Apakah peranan komunikasi terlibat?

A Memperluaskan pasaran
B Menyebarkan maklumat
C Melicinkan aktiviti perniagaan
D Mempertingkatkan urusan perbankan dan kewangan
13

31 Gambar 2 merupakan salah satu perkhidmatan pos.

Gambar 2
Apakah kelemahan perkhidmatan tersebut?
A Harga lebih mahal berbanding pos laju
B Tandatangan penerima diperlukan
C Tiada serahan pintu ke pintu
D Tidak boleh diinsuranskan

32 Apakah ciri-ciri gudang yang akan dipilih oleh seorang pengimport yang
menerima barang pesanan melalui pengangkutan kereta api?

I Lokasi yang berhampiran dengan stesyen kereta api

II Kawasan sekitar gudang tidak terlalu luas

III Gudang yang berdinding dan berbumbung sahaja

IV Peralatan yang digunakan adalah moden dan canggih

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

33 Ramzi seorang pengimport alat sukan. Beliau mengimport pelbagai jenama


kasut sukan dalam secara pukal dan tidak mampu membayar semua cukai
import sekaligus.

Nyatakan jenis gudang yang boleh membantu beliau menyimpan kasut yang
belum dijelaskan cukai tersebut.
A Gudang kastam

B Gudang peruncit

C Gudang pemborong

D Gudang pengimport
14

34 Pernyataan berikut berkaitan dengan sejenis promosi.

 Wujud interaksi dua hala di antara penjual dengan pembeli


 Demonstrasi cara penggunaan produk ditunjukkan kepada
bakal pembeli

Apakah jenis promosi tersebut?


A Promosi jualan

B Pengiklanan

C Jualan langsung

D Publisiti

35 Farhan akan memulakan perniagaan pasar mini di Taman Aman Jaya. Beliau
mencetak risalah dan mengedarkannya kepada penduduk setempat.
Apakah tujuan beliau berbuat demikian?
A Meningkatkan jualan
B Mengekalkan pasaran sedia ada

C Mengadakan jualan murah

D Mewujudkan permintaan

36 Apakah tujuan penggunaan logo SIRIM pada barangan buatan tempatan?


A Menyediakan barangan untuk pasaran luar negara
B Menunjukkan barangan tersebut hasil ciptaan tempatan

C Mempromosikan barangan keluaran tempatan

D Memastikan sesuatu barangan menepati piawai yang ditetapkan

37 Perbualan berikut adalah antara dua orang pelanggan.

Rahim : Saya rasa harga susu di sini lebih murah jika dibandingkan
dengan Pasar Mini JCB.
Jamal : Memang betul pun, tapi kita perlu semak juga tarikh luput
sebelum membeli.
Apakah prinsip yang diamalkan Rahim dan Jamal semasa membeli?
A Membeli barang yang murah

B Membeli dengan bijak

C Membeli di tempat pilihan ramai

D Membeli berdasarkan nasihat kawan


15

38 Apakah peranan Tribunal Tuntutan Pengguna

A Menyebarkan maklumat kepada pengguna

B Memudahkan pengguna menuntut gantirugi

C Merancang aktiviti kepenggunaan masyarakat

D Membuat pemeriksaan di premis perniagaan

Soalan 39 dan soalan 40 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A Betul Salah

B Salah Betul

C Betul Betul

D Salah Salah

39 I Pemegang akaun simpanan tetap dibayar kadar faedah yang tinggi


II Pemegang akaun simpanan tetap boleh menggunakan kad juruwang
elektronik

40 I Rakan kongsi nominal menguruskan perniaggaan


II Rakan kongsi lelap menyumbang modal perniagaan sahaja

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai