Anda di halaman 1dari 8

UJIAN BULANAN 1

SEKOLAH HENRY GURNEY TAHUN 2022


PERNIAGAAN
KELAS SPM
2 JAM

NAMA : ____________________________________ KELAS:_________________

SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)


1. Butiran berikut diambil daripada peranan pengurusan sumber manusia dalam
sesebuah organisasi.

 Visi, misi, objektif dan moto perniagaan perlu difahami oleh setiap pekerja
 Nilai-nilai koporat perlu diterap dan diamalkan semasa melakukan tugas
 Konsep pengurusan Jepun ‘kaizen’ boleh diamalkan

Berdasarkan pernyataan di atas, yang manakah fungsi pengurusan sumber manusia


yang sesuai?
A Membangunkan persekitaran kerja yang positif dan
harmoni B Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran
C Pemantapan budaya profesional
llD Prestasi pasukan

2. Situasi di bawah menunjukkkan peranan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah


organisasi.

 Sebagai petunjuk atau penanda aras berkaitan sejauh mana pekerja mampu
bekerjasama untuk melaksanakan kerja dengan berkesan

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia dalam konteks di
atas?
A Prestasi pasukan
B Keperluan pekerja
C Pemberian insentif yang munasabah
D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

3. Pernyataan manakah menerangkan pemberhentikan pekerja?


A Encik Rajesh menamatkan perkhidmatan kerana melanjutkan pelajaran
B Cik Suzila menamatkan perkhidmatan disebabkan masalah di tempat kerja
C Encik Badrul menamatkan perkhidmatan kerana syarikatnya diisytiharkan
muflis
D Puan Mary menamatkan perkhidmatan kerana mencapai umur bersara wajib

1
4. Manakah merupakan kelebihan pengrekrutan sumber dalaman organisasi?
A Menggalakkan pembangunan
B Menjimatkan kos yang sedikit
C Meningkatkan prestasi
D Menggalakkan kreativiti
5. Antara yang berikut, manakah faktor penentu sistem penggajian?
I Permintaan dan penawaran majikan
II Ganjaran dibayar oleh pesaing
III Kos sara hidup setempat
IV Pencapaian organisasi

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

6. Manakah yang akan memastikan pekerja melaksanakan tugas dengan cekap?


A Sistem penggajian yang berkesan
B Kelayakan akademik yang
tinggi C Motivasi pekerja yang
tinggi
D Deskripsi tugas yang jelas

7. Manakah yang dapat memantapkan budaya professional di tempat kerja?


A Amalan kerja yang mementingkan kecekapan
B Motivasi pekerja yang tinggi
C Persekitaran kerja yang positif
D Pemberian gaji yang lumayan

8. Antara yang berikut, manakah fungsi Standard Prosedur Operasi (SOP)?


I Menjimatkan masa bekerja
II Memelihara keselamatan pekerja
III Meningkatkan kepuasan pekerja bekerja
IV Meminimumkan risiko dalam melaksanakan kerja

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

9. Syarikat Tinta Maju Bhd membayar premium untuk melindungi pekerja daripada
sebarang risiko semasa pekerja.
Apakah jenis faedah yang diberikan oleh syarikat tersebut kepada
pekerjanya? A Kemudahan penginapan
B Insurans berkelompok
C Kemudahan
2
keselamatan D Caruman
PERKESO
10. Syarikat Astana Sdn. Bhd sebagai majikan telah membayar X tanpa melibatkan
sebarang pembayaran tambahan. Apakah X?

A Komisen
B Gaji asas
C Elaun
D Bonus

11. Apakah tujuan Penyata Aliran Tunai disediakan?

A Menghitung untung bersih dan kasar syarikat


B Merekodkan wang masuk dan wang keluar
C Menghitung lebihan dan kurangan tunai
D Merekodkan segala penerimaan dan perbelanjaan

12. Antara yang berikut, apakah penyebab yang mengakibatkan sumber aliran keluar
tunai bagi sesebuah syarikat?
I Pinjaman daripada bank
II Bayaran kepada pembekal
III Pembelian perabot pejabat
IV Kutipan daripada penghutang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

13. Apakah kepentingan kadar pusingan ganti stok yang tinggi?

I Stok jualan amat laris


II Tukar ganti stok yang lambat
III Tidak cekap dalam mengurus stok
IV Berkemampuan menjelaskan hutang pembelian stok

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

14. Maklumat di bawah dipetik daripada akaun penamat sebuah firma.

Kos jualan RM9 000


Stok Awal RM2 000
Stok Akhir RM3 500

3
Hitung kadar pusing ganti stok?
A 1.64 kali
B 2.57 kali
C 3.27 kali
D 4.50 kali

15. Antara berikut, analisis yang manakah dapat digunakan untuk mengukur kemampuan
sesebuah firma membayar hutang jangka pendek?
A Kadar pusing ganti
stok B Pulangan atas modal
C Nisbah semasa
D Tokokon

16. Manakah yang merupakan nisbah kecekapan?


A Pulangan atas modal
B Margin untung kasar
C Pusing ganti stok
D Nisbah semasa

17. Maklumat yang berikut merupakan maklumat nisbah semasa Syarikat Zero untuk
tahun 2015 dan 2016.

Tahun Nisbah semasa


2015 3:1
2016 2:1

Tafsiran prestasi syarikat bagi tahun 2015 dan 2016 manakah yang
betul? A Pulangan pelaburan atas modal syarikat telah menurun
B Kemampuan syarikat membayar hutang telah meningkat
C Prestasi syarikat menurun tetapi mampu membayar
hutang
D Prestasi perniagaan telah merosot dan hanya mampu membayar hutang
jangka panjang

18. Nisbah manakah yang menunjukkan keberkesanan syarikat mengawal harga jualan
dan kos untuk memaksimumkan keuntungan?
a. Nisbah semasa
b. Pusing ganti stok
c. Peratusan untung tokokan
d. Peratusan pulangan atas modal

19. Maklumat yang berikut diperolehi daripada Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
Nisbah semasa Syarikat Gemilang Sdn. Bhd ialah 2:1

Apakah tafsiran yang tepat mengenai nisbah tersebut?

4
A ½ daripada jumlah aset adalah aset semasa
B Jumlah liabiliti melebihi dua kali jumlah asset
C Jika RM2 yang dilaburkan, syarikat memperoleh untung kasar sebanyak RM1
D Setiap RM2 nilai aset semasa dapat menjelaskan RM1 nilai liabiliti semasa

20. Antara yang berikut, manakah merupakan kegunaan analisis penyata kewangan?

I Mengukur prestasi perniagaan


II Meningkatkan jumlah keuntungan
III Mencatat nilai aset dan liabiliti perniagaan
IV Mengetahui hutang perniagaan kepada pihak luar

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

SOALAN ESEI (30 MARKAH)

Arahan: Jawab soalan-soalan berikut:

1(a) Terangkan maksud pengurusan sumber manusia. [3 markah]

1(b) Pada pendapat anda bagaimana seseorang pengurus sumber manusia dapat

meningkatkan tahap motivasi pekerjanya? [3 markah]

1(c) Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Encik Alex

Encik Alex bekerja sebagai mekanik di Veh -Tech Motors dengan gaji tetap

sebanyak RM 3500 sebulan.

Terangkan dua jenis faedah kepada pekerja yang wajib diberikan oleh majikan

Encik Alex mengikut undang-undang di Malaysia. [4 markah]

5
2. Berikut merupakan maklumat Akaun Perdagangan dan Untung Rugi diperoleh daripada
Perniagaan Boleh Berjaya.

BIL PERKARA NILAI (RM)


1 Jualan 766500
2 Pulangan Jualan (A)
3 Jualan Bersih 766250
4 Inventori Awal 400000
5 Belian 124300
6 Pulangan Belian (700)
7 Belian Bersih 123600
8 Angkutan masuk 1324
9 Upah atas belian B
10 Insurans atas belian 2300
11 Duti import 352
12 Kos Belian 128,365
13 Kos Barang untuk Dijual 528365
14 Inventori Akhir (34521)
15 Kos Jualan (C)
16 Untung Kasar D
17 Komisen Diterima 5422
18 Faedah Simpanan 1877
19 Sewa Dibayar 12322
20 Insurans 1789
21 Gaji 11990
22 Untung Bersih 253,604

6
Perniagaan Boleh Berjaya
Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember
2021

RM RM RM
Jualan
Tolak: Pulangan Jualan ( A)

Jualan Bersih
Tolak :
Inventori Awal
Belian
Tolak : Pulangan Belian

Belian Bersih
Tambah : Angkutan masuk
Upah atas belian B
Insurans atas belian
Duti import

Kos Belian

Kos Barang untuk Dijual


Tolak : Inventori Akhir

Kos Jualan (C)

Untung Kasar D
Tambah: Hasil
Komisen Diterima
Faedah Simpanan
E

Tolak : Belanja
Sewa Dibayar
Insurans
Gaji

Untung Bersih F

a) Kirakan :
i) Lengkapkan Akaun Perdagangan dan Untung Rugi berdasarkan maklumat
yang diberi [9 markah]
ii) nilai A,B,C,D,E, dan F [6 markah]

7
3. Soalan 3 adalah berdasarkan Penyata Aliran Tunai bagi 3 bulan pertama Syarikat
Saya Boleh Enterprise.

Syarikat Saya Boleh Enterprise


Penyata Aliran Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 September 2020

Julai Ogos September


RM RM RM
Baki b/b A 9118 28316

PENERIMAAN

Jualan Tunai B 74018 54


900
Pinjaman 17 368 - -

Jumlah Penerimaan 48280 74018 H

PEMBAYARAN

Kos Jualan 7 500 2 320 21000


Gaji 15 000 F 15 000
Perbelanjaan Sewa C 36 000 36 000
Faedah 500 1 500 1 500
Pembelian Aset 1200 - -

Jumlah Pembayaran 60200 54820 73500

Lebihan/(Kurangan) (D) G 9716

Baki h/b E 28316 I

a) Berdasarkan butiran dalam Penyata Aliran Tunai bagi Syarikat Saya Boleh Enterprise
yang dinyatakan dalam jadual diatas, Nilaikan A,B,C,D,E,F,G,H dan I [9 markah]
b) Terangkan 3 kegunaan Penyata Aliran Tunai. [6 markah]

-SOALAN TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai