Anda di halaman 1dari 8

SOALAN LATIHAN TOPIK 1: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN

1. Teori kewangan mengandaikan bahawa matlamat utama sesebuah syarikat adalah untuk
memaksimumkan kekayaan pemegang saham yang bermakna memaksimumkan harga
saham biasa syarikat.

2. Memaksimumkan keuntungan adalah matlamat jangka pendek yang mengabaikan beberapa


faktor seperti risiko dan pemasaan aliran tunai.

3. Salah satu kelemahan bentuk perniagaan syarikat adalah percukaian dua kali atas untung dan
dividen yang dibayar kepada para pemegang saham.

4. Perkongsian dibubarkan apabila salah seorang daripada rakan kongsinya menarik diri atau
meninggal dunia.

5. Dividen merupakan pengagihan untung syarikat kepada pemilik-pemilik korporat.

6. Masalah agensi adalah potensi konflik yang timbul antara prinsipal dan agen. Satu
perhubungan agensi dalam kewangan adalah antara pemilik dan pengurus.

7. Saham biasa baru akan dijual oleh syarikat di pasaran peringkat pertama dan para pelabur
menjual dan membeli sekuriti kewangan ini di pasaran peringkat kedua.

8. Harga pasaran saham biasa ditentukan oleh individu atau para pelabur yang menjual dan
membeli saham di pasaran.

9. Ciri utama yang membezakan antara pasaran wang dan pasaran modal adalah tempoh
matang sekuriti yang diniagakan.

10. Tujuan pasaran kewangan adalah untuk menyediakan sistem untuk menggerakkan tabungan
atau dana dengan cekap.

11. Sekuriti utama yang diniagakan dalam pasaran modal adalah __________ dan ___________.

12. Anda mungkin memiliki saham Bumi Armada Berhad, namun anda tidak boleh memasuki ibu
pejabat syarikat itu pada bila-bila masa anda terasa untuk berbuat demikian. Jika begitu,
dalam erti kata apakah kedudukan dan hak anda sebagai seorang pemilik Bumi Armada
Berhad. Huraikan secara ringkas.
Pengasingan pemilikan dan pengurusan bererti anda tidak boleh berinteraksi dengan
pengurus mengikut kehendak anda. Namun begitu, anda merupakanpemilik bersama
syarikat; anda berkongsi dalam kejayaan atau kegagalan syarikat melalui dividen yang dibayar
oleh syarikat dan harga pada masa syer diniagakan; anda boleh mengundi dalam pemilihan
lembaga pengarah yang mengawal dan melantik pihak pengurusan.

1
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
SOALAN LATIHAN TOPIK 2: PENYATA KEWANGAN

1. Merujuk kepada Penyata Aliran Tunai, manakah yang berikut dianggap sebagai
aktiviti pembiayaan?
I. Peningkatan dalam hutang jangka panjang
II. Pengurangan dalam akaun belum bayar
III. Faedah yang dibayar kepada penghutang
IV. Dividen dibayar kepada pemegang saham

A. I dan IV sahaja
B. III dan IV sahaja
C. II dan III sahaja
D. I, III, dan IV sahaja

2. Antara berikut yang manakah mewakili aset semasa?


A. Kereta syarikat
B. Bangunan syarikat
C. Sekuriti bolehpasar
D. Peralatan

3. Firma ABC mempunyai keuntungan operasi sebanyak RM100,000, cukai RM17,000,


perbelanjaan faedah RM34,000, dan dividen saham utama RM5,000. Apakah
keuntungan bersih firma selepas cukai?
A. RM66,000
B. RM49,000
C. RM44,000
D. RM83,000

4. Berikut adalah beberapa item yang tercatat dalam penyata kunci kira-kira bagi
Syarikat XYZ: jumlah liabiliti semasa sebanyak RM805,000; jumlah aset RM2,655,000;
aset tetap dan lain-lain RM1,770,000; dan hutang jangka panjang RM200,000.
Berapa jumlah modal kerja bersih syarikat itu?
A. RM25,000
B. RM80,000
C. RM325,000
D. RM770,000

5. Yang mana satu di antara kenyataan berikut yang berkaitan dengan penyata
pendapatan adalah BENAR?
A. Faedah adalah perbelanjaan bukan tunai.
B. Susutnilai mengurangkan pembayaran cukai.
C. Penambahan pendapatan tertahan adalah bersamaan dengan pendapatan
bersih ditambah dividen yang dibayar.
D. Jualan kredit dicatatkan pada penyata pendapatan apabila wang tunai dari
jualan berjaya dikutip secara keseluruhan.

2
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
6. Penyata kewangan yang menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah syarikat pada
suatu tarikh tertentu adalah
A. penyata aliran tunai
B. penyata pendapatan
C. penyata imbangan
D. penyata perubahan ekuiti

7. Antara berikut yang manakah BUKAN di kategorikan sebagai aktiviti operasi?


A. Pengambilalihan anak syarikat.
B. Pembayaran cukai pendapatan secara tunai.
C. Kutipan tunai dari pelanggan.
D. Faedah yang dibayar.

8. Antara item berikut yang manakah BUKAN aliran keluar tunai bagi sesebuah firma?
A. susutnilai
B. dividen
C. faedah
D. cukai

9. Keuntungan bersih selepas cukai adalah ________.


A. keuntungan kasar tolak perbelanjaan operasi
B. pendapatan jualan tolak kos barangan yang dijual
C. pendapatan sebelum faedah dan cukai tolak faedah
D. pendapatan operasi tolak faedah dan cukai

10. Pendapatan tertahan adalah jumlah kumulatif semua pendapatan yang tidak
diagihkan kepada para pemegang saham sebagai dividen tetapi dilaburkan semula ke
dalam syarikat.

11. Saham biasa merupakan sekuriti yang melambangkan pemilikan dalam syarikat.

12. Akaun belum bayar adalah obligasi syarikat kepada pembekal apabila syarikat
membeli bahan mentah dan barang siap secara kredit.

3
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
SOALAN LATIHAN TOPIK 3: ANALISIS KEWANGAN SYARIKAT
1. Neslo Berhad merancang untuk menjual 1,000 unit pada 20XX dengan harga jualan purata
RM45 setiap satu. Kos barangan yang dijual akan menjadi 40% daripada harga jualan.
Perbelanjaan susut nilai adalah RM3,000, perbelanjaan faedah RM2,500, dan perbelanjaan
operasi ialah RM4,000. Kadar cukai adalah 20%. Apakah pendapatan bersih bagi Neslo
Berhad untuk tahun 20XX?
2. NI = (1,000*45)-(45,000*0.4)-3,000,-4,000-2,500-(17,500*0.2)
3. = RM14,000
A. RM6,800
B. RM14,000
C. RM16,400
D. RM28,400

4. Untuk menjadikan perbandingan lebih bermakna, kita perlulah menukarkan penyata


kewangan syarikat kepada
A. penyata penyeragaman untung tertahan
B. penyata aliran tunai
C. penyata kewangan sama saiz
D. penyata kewangan berkelompok

5. Nisbah yang mengukur kecekapan syarikat mengurus aset dan operasi untuk menjana
pendapatan bersih disebut sebagai nisbah ___________.
A. pengurusan aset
B. kesolvenan jangka panjang
C. kesolvenan jangka pendek
D. keberuntungan

6. PKP Group Berhad mempunyai pengganda atau pekali ekuiti sebanyak 1.45, pusing ganti
jumlah aset sebanyak 1.4, dan margin keuntungan sebanyak 6.5 peratus. Apakah Pulangan
atas Ekuiti (ROE)?
= .065 x 1.4 x 1.45 = 13.19 %
A. 8.94 %
B. 10.87 %
C. 12.69 %
D. 13.19 %

7. Merujuk kepada penyata-penyata kewangan Syarikat PLK yang tertera di bawah, lakukan
analisis trend berserta dengan komen prestasi syarikat berdasarkan kepada nisbah-nisbah
berikut:

a) nisbah semasa
b) nisbah cepat
c) nisbah pusingganti inventori
d) nisbah pusingganti asset tetap
e) nisbah hutang atas asset
f) nisbah Bilangan faedah diperolehi
g) nisbah margin keuntungan atas jualan
h) pulangan atas jumlah aset

4
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
Penyata Pendapatan Syarikat PLK untuk tahun berakhir pada 31 Disember
Item 20X1 20X2 20X3
RM RM RM
Jualan 575300 569800 549800
-) Kos barang dijual 340600 337100 330700
Untung Kasar 234700 232700 219100
-) Kos operasi 115500 115500 106300
-) Susutnilai 30400 28400 26700
Untung operasi (EBIT) 88800 88800 86100
-)Belanja faedah 36400 33500 31100
Pendapatan sebelum 52400 55300 55000
cukai
-) Cukai 21000 22200 22000
Pendapatan bersih 31400 33100 33000

Lembaran Imbangan Syarikat PLK Pada 31 Disember


Item 20X1 20X2 20X3
RM RM RM
ASET
Tunai 1000 2000 1500
Sekuriti Boleh Pasar 5400 8800 3400
Akaun Belum Terima 37600 32500 32700
Inventori 31300 33000 31800
Akaun Prabayar 14500 14500 12000
Jumlah Aset Semasa 89800 90800 81400
Aset Tetap kasar 586400 569300 529500
-) Susutnilai terkumpul 211500 193000 169700
Aset Tetap Bersih 374900 376300 359800
Aset-aset lain 79500 59900 58200
Jumlah Aset 544200 527000 499400

LIABILITI & EKUITI


Akaun Belum Bayar 40600 36900 35500
Nota Belum Bayar 3500 23300 21900
Akaun Terakru 15100 12900 12800
Jumlah Liabiliti 90700 73100 70200
Semasa
Hutang Jangka Panjang 240800 222900 207300
Jumlah Liabiliti 331500 296000 277500

Saham Biasa 17100 17100 17100


Akaun Premium Modal 20100 16400 9700
Perolehan Tertahan 175500 197500 195100
Jumlah Ekuiti Pemilik 212700 231000 221900
Jumlah Liabiliti & 544200 527000 499400
Ekuiti

5
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
a) nisbah semasa
Tahun 20X1
0.99 kali Setiap ringgit hutang jangka pendek disandarkan dengan 0.99 sen
Tahun 20X2
0.80 kali Setiap ringgit hutang jangka pendek disandarkan dengan 0.80 sen
Tahun 20X3
0.86 kali Setiap ringgit hutang jangka pendek disandarkan dengan 0.86 sen
Nisbah semasa naik turun sepanjang tempoh perbandingan. Tahun 2006 adalah yang
terbaik antara tempoh 3 tahun penilaian.

b) nisbah cepat
Tahun 20X1

0.64 kali Dengan tidak mengambil kira inventori, yang mampu dibayar oleh syarikat kepada
pemiutang jangka pendek adalah 64 sen bagi setiap ringgit yang terhutang.

Tahun 20X2

0.79 kali Dengan tidak mengambil kira inventori, yang mampu dibayar oleh syarikat kepada
pemiutang jangka pendek adalah 79 sen bagi setiap ringgit yang terhutang.

Tahun 20X3

0.71 kali Dengan tidak mengambil kira inventori, yang mampu dibayar oleh syarikat kepada
pemiutang jangka pendek adalah 71 sen bagi setiap ringgit yang terhutang.

Tahap kecairan syarikat tidak begitu memberansangkan. Walaubagaimanapun, tahap


kecairan syarikat yang terbaik antara 3 tahun penilaian ialah pada tahun 2007.

c) nisbah pusingganti inventori


Tahun 20X1

10.88 kali Syarikat PLK mengisi dan mengosongkan gudangnya lebih kurang 10.88 kali setiap
tahun.

Tahun 20X2

10.22 kali Syarikat PLK mengisi dan mengosongkan gudangnya lebih kurang 10.22 kali setiap
tahun.

Tahun 20X3

10.40 kali Syarikat PLK mengisi dan mengosongkan gudangnya lebih kurang 10.40 kali setiap
tahun.

6
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
Nisbah pusingganti inventori Syarikat PLK tidak banyak berbeza sepanjang tempoh 3
tahun. Nisbah pusingganti inventori yang terbaik dalam tempoh perbandingan ialah
tahun 2006.

d) nisbah pusingganti aset tetap


Tahun 20X1

1.53 kali Bermaksud, bagi setiap ringgit asset tetap, sebanyak RM1.53 jualan dapat
dijanakan.

Tahun 20X2

1.51 kali Bermaksud, bagi setiap ringgit asset tetap, sebanyak RM1.51 jualan dapat
dijanakan.

Tahun 20X3

1.53 kali Bermaksud, bagi setiap ringgit asset tetap, sebanyak RM1.53 jualan dapat
dijanakan.

Nisbah pusingganti aset tetap Syarikat PLK agak stabil sepanjang tempoh tahun
perbandingan. Walaupun stabil, nisbah ini agak rendah yang mana menunjukkan asset
tetapnya tidak begitu digunakan dengan cukup efektif.

e) nisbah hutang atas asset


Tahun 20X1

0.61 % Syarikat PLK mendapat 61% daripada modalnya daripada kreditor

Tahun 20X2

0.56 % Syarikat PLK mendapat 56% daripada modalnya daripada kreditor

Tahun 20X3

0.56 % Syarikat PLK mendapat 56% daripada modalnya daripada kreditor

Perubahan bagi peratus asset yang dibiayai oleh hutang adalah adalah tidak begitu
ketara dalam tempoh 3 tahun penilaian.

f) nisbah bilangan faedah diperolehi


Tahun 20X1

2.44 kali Perolehan sebelum faedah dan cukai yang dihasilkan oleh Syarikat PLK mampu
membayar faedah kepada hutang sebanyak 2.44 kali.

Tahun 20X2

2.65 kali Perolehan sebelum faedah dan cukai yang dihasilkan oleh Syarikat PLK mampu
membayar faedah kepada hutang sebanyak 2.65 kali.

7
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
Tahun 20X3

2.77 kali Perolehan sebelum faedah dan cukai yang dihasilkan oleh Syarikat PLK mampu
membayar faedah kepada hutang sebanyak 2.77 kali.

Nisbah ini meningkat dari semasa ke semasa. Lebih tinggi nisbah ini membawa maksud
lebih rendah risiko syarikat ini dari segi keupayaan membayar faedah hutangnya.

g) nisbah margin keuntungan atas jualan


Tahun 20X1

5.45% Bagi setiap ringgit jualan yang telah dihasilkan, hanya 5.45 sen sahaja yang tinggal
aetelah kos-kos lain dibayar.

Tahun 20X2

5.81% Bagi setiap ringgit jualan yang telah dihasilkan, hanya 5.81 sen sahaja yang tinggal
aetelah kos-kos lain dibayar.

Tahun 20X3

6.00% Bagi setiap ringgit jualan yang telah dihasilkan, hanya 6.00 sen sahaja yang tinggal
aetelah kos-kos lain dibayar.

Nisbah margin keuntungan atas jualan agak meningkat dari semasa ke semasa.

h) pulangan atas jumlah aset


Tahun 20X1

5.77%

Tahun 20X2

6.28%

Tahun 20X3

6.61%

Nisbah pulangan atas jumlah aset agak meningkat dari semasa ke semasa.

8
This study source was downloaded by 100000863917214 from CourseHero.com on 03-18-2023 09:31:11 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/151009522/Jawapan-SOALAN-LATIHAN-1-JA201docx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai