Anda di halaman 1dari 7

MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4

SMKTIS PERNIAGAAN 2021

BAB 3 : PENETAPAN VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERNIAGAAN

SOALAN OBJEKTIF : KERTAS 1

1. Apakah maksud misi?


A Satu perancangan jangka panjang
B Maklumat tentang tujuan perniagaan dengan tepat dan khusus
C Pernyataan ringkas tentang tujuan kewujudan sesebuah organisasi
D Sebagai hala tuju sesebuah organisasi dalam keputusan dan tindakan

2. Siapakah pihak yang terlibat dalam penetapan objektif?


A Pengurusan atasan
B Pengurusan bawahan
C Pengurusan pertengahan
D Semua peringkat pengurusan

3. Apakah kaedah yang terbaik dalam pembentukan objektif?


A Semua peringkat pengurusan berbincang
B Pengurusan bawahan berkuasa penuh menentukan objektif
C Objektif dibentuk setelah visi dan misi ditentukan
D Membuat kajian faktor dalaman

4. Yang manakah merupakan kepentingan misi di dalam sesebuah organisasi?


A Dijadikan garis panduan perancangan lain
B Dijadikan sebagai hala tuju sesebuah organisasi
C Menjelaskan aktiviti perniagaan yang dijalankan
D Sebagai sasaran perniagaan

5 Bilakah masa yang sesuai dalam membentuk visi, misi dan objektif (VMO) dalam sesebuah
organisasi?
A Semasa penubuhan organisasi
B Sebelum penubuhan organisasi
C Selepas proses penubuhan organisasi selesai
D Ketika menetapkan jenis barang dan perkhidmatan

6 Apakah perbezaan aspek organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan
untung?
I Tujuan
II Sumber kewangan
III Aktiviti
IV Pengurusan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

7 Bagaimanakah Syarikat Jasmin Sdn Bhd boleh memaksimumkan keuntungan?


A Memaksimumkan pengeluaran
B Meminimumkan kos perniagaan
C Memaksimumkan pengeluaran dan meminimumkan kos perniagaan
D Mengeluarkan kuantiti produk yang tertinggi
MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

8 Antara berikut, yang manakah pemilikan perniagaan


I Milikan tunggal
II Milikan perkongsian
III Syarikat Sdn. Bhd.
IV Kelab sukan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Teliti kes di bawah dan jawab soalan nombor 9, 10 dan 11.

Emir dan Erin bercadang membuka perniagaan


menternak kambing di tanah milikan bersama.
Keuntungan yang diperoleh diagih sama rata
9 Apakah entiti perniagaan yang sesuai ditubuhkan oleh Emir dan Erin?

A Milikan tunggal
B Perkongsian
C Koperasi
D Syarikat

10 Apakah sumber kewangan yang boleh diperoleh oleh Emir dan Erin untuk menjalankan perniagaan
Ternakan ikan air tawar?

I Modal sendiri
II Pinjaman bank
III Pemegang saham
IV Pinjaman rakan kongsi

A I, II dan III C I, III dan IV


B I, II dan IV D II, III dan IV

11 Bagaimanakah kaedah terbaik Emir dan Erin lakukan untuk membuat pinjaman wang dengan
pihak bank?

A Membuat permohonan pinjaman dengan disertakan kertas kerja perniagaan


B Mencari penjamin yang mempunyai kedudukan kewangan yang mantap
C Mencagarkan tanah sebagai jaminan kepada pihak bank
D Membuat pinjaman peribadi

12 Apakah antara ciri perniagaan yang ada pada pertubuhan sukarela?

A Tujuan organisasi pertubuhan suka rela


B Menjalankan aktiviti perkhidmatan
C Mencari sumber kewangan
D Mengambil pekerja
MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

Soalan Kertas 2
1.(a)Terangkan ciri-ciri SMART yang perlu ada dalam spesifik dan jangka masa. ( 4 markah )

(b) Encik Ali seorang pemilik kedai buku rujukan yang terkenal. Beliau sedar bahawa
Permintaan terhadap buku-buku tersebut pada masa kini semakin berkurangan kerana
terdapatnya banyak laman sesawang yang boleh dirujuk untukmendapatkan
maklumat.

Terangkan tiga ciri objektif yang boleh membantu meningkatkan jualan buku rujukan
kedai En Ali.
( 6
markah )

2. Rajah menunjukkan titik pulang modal Perniagaan Pastri Mantap yang beroperasi
di My Town, Kuala Lumpur.

a) Apakah X dan Y? (2 markah )

b) Jelaskan kesan kepada Perniagaan Pastri Sedap sekiranya pengeluaran pastri berada di kawasan
berlorek (4 markah )

c) Jelaskan ciri-ciri fizikal sesuatu produk yang menarik perhatian pembeli


(4 markah )

3. Perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd telah menetapkan objektif seperti berikut.

• Menubuhkan seberapa banyak cawangan yang mampu di seluruh negara


• Mencapai keuntungan sekurang-kurangnya RM3 juta
• Produk pengeluaran akan menjadi produk kesukaan penduduk Malaysia

a) Berikan dua kelemahan perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd dalam penetapan objektif
perniagaannya. (2 markah )

b) Kegagalan mencapai objektif perniagaannya telah memberikan kesan kepada keseluruhan


Perniagaan PastiUntung. Apakah kesan tersebut?
(4 markah )
MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

c) Apakah tindakan yang wajar diambil oleh pihak pengurusan perniagaan Pasti Untung Sdn Bhd
untuk menangani kegagalan tersebut? (4 markah )

BAB 2 (2.3 &2.4)

SOALAN OBJEKTIF

1. Perpindahan tenaga mahir ke syarikat yang lain merupakan analisis

A Peluang
B ancaman
C kekuatan
D kelemahan

2. Yang manakah contoh analisis faktor luaran?

I Simpanan bahan mentah yang cukup


II Pengguna yang berpotensi membeli
III Kejatuhan nilai mata wang tempatan
IV Penggunaan teknologi yang canggih
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Bagaimanakah penyelidikan dan pembangunan (R&D) dapat membantu dalam mewujudkan


kepelbagaian sektor ekonomi bagi sebuah negara yang sedang membangun?

A Menjadi negara industri


B Menghasilkan produk baharu
C Boleh menggunakan teknologi terkini
D Menggunakan bahan mentah untuk menghasilkan barang industri

4. “Syarikat ABC membeli bahan mentah secara pukal dengan kos yang rendah supaya dapat
menjual produk dengan harga yang paling murah di pasaran dengan persaingan yang sengit”.
Nyatakan analisis SWOT yang terlibat.

A Kekuatan (S) dan Peluang (O)


B Kekuatan (S) dan Ancaman (T)
C Kelemahan (W) dan Peluang (O)
D Kelemahan (W) dan Ancaman (T)

5. Pilih pernyataan yang benar berkaitan analisis SWOT.

A Kekuatan dan ancaman ialah komponen analisis luaran


B Kekuatan dan kelemahan ialah komponen analisis luaran
C Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis luaran
D Peluang dan ancaman ialah komponen untuk analisis dalaman

6. Bagaimanakah faktor ekologi memberi peluang kepada perniagaan?

A Masyarakat prihatin dengan kesan operasi perniagaan


MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

B Penggantian bahan mentah dalam proses pengeluaran


C Campur tangan kerajaan dalam isu pencemaran alam
D Kerajaan menguatkuasakan undang-undang berkaitan alam sekitar

7. Maklumat yang berikut berkaitan dengan analisis SWOT.

DALAMAN X Kelemahan

LUARAN Peluang Ancaman

Penyataan manakah yang mewakili X?


A Jenama syarikat sudah dikenali di seluruh dunia kerana bermutu tinggi
B Para pesaing bercadang mengurangkan operasi kerana peningkatan kos
C Perkembangan ekonomi meningkatkan permintaaan untuk produk syarikat
D Undang-undang baharu diluluskan oleh kerajaan untuk meningkatkan gaji minimum

8. Maklumat di bawah ini diambil daripada satu petikan surat khabar.


Palantir rakan kerjasama sains data AirAsia
KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini menjalin kerjasama dengan Palantir Technologies yang berpangkalan
di California untuk melaksanakan projek di platform Palantir dalam pelbagai fungsi perniagaan syarikat
penerbangan itu bagi tempoh lima tahun akan datang.
Dalam satu kenyataan, AirAsia berkata, fungsi-fungsi itu termasuklah keselesaan pelanggan, jualan dalam
penerbangan, perolehan laluan, kewangan, keselamatan, operasi penerbangan, perancangan rangkaian, kargo,
pengurusan rantaian bekalan,komersial dan pembangunan pekerja.

Berhubung dengan penggunaan matriks SWOT, pasangan manakah yang betul?

A Kelemahan - Peluang (W O)
B Kelemahan - Ancaman (W T)
C Kekuatan - Ancaman (S T)
D Kekuatan - Peluang (S O)

9. Tujuan menjalankan penyelidikan dan pembangunan ialah

A menjana idea baharu


B mengubah suai produk sedia ada
C mengenal pasti pengguna baharu
D menyelesaikan masalah peningkatan kos

10 Yang manakah merupakan faktor yang boleh memberi peluang kepada sesebuah perniagaan?
I Ekonomi berada fasa melambung
II Jenama produk terkenal
III Teknologi yang terkini
IV Penerimaan pengguna terhadap produk halal
A I, II dan III
B I, II dan IV
MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

C I, III dan IV
D II, III dan IV
SOALAN KERTAS 2
1. (a) Gambar yang berikut menunjukan satu contoh akta dalam pemiagaan.

Berdasarkan gambar di atas, terangkan kesan perubahan persekitaran perniagaan


dari Aspek Undang-undang. [6markah]

(b) Terangkan tiga gaya pengurusan dalam faktor dalaman yang membawa
perubahan kepada persekitaran perniagaan. [ 9markah]

2 (a) Soalan yang berikut berdasarkan rajah di bawah.

• Akta Kontrak 1950


• Akta Persaingan 2010
• Akta Hak Cipta 1987

Apakah kesan kepada perniagaan atas penggubalan undang-undang di atas.


[9 markah]
(b) Jelaskan analisis SWOT. [6 markah]

3 (a) Maklumat yang berikut berkaitan dengan beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
perniagaan

• Politik
• Ekonomi
• Sosiobudaya
• Teknologi

Terangkan bagaimana faktor-faktor berkenaan boleh mempengaruhi prestasi


perniagaan dalam negara [8 markah]

(b) Apakah yang dimaksudkan dengan pemasaran. [1 markah]

(c) Terangkan tiga elemen campuran pemasaran. [6 markah]


MODUL PDPR /LATIHAN TOPIKAL TING 4
SMKTIS PERNIAGAAN 2021

Anda mungkin juga menyukai