Anda di halaman 1dari 15

SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)

Nama:…………………………………………… Kelas:………………………
ARAHAN: Setiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan. Bagi setiap soalan, pilih satu
UJIAN BULAN MAC 2020
jawapan yang tepat atau yang paling sesuai.
PERNIAGAAN SPM
1. Pilih pernyataan yang tepat tentang
SHG maksud pengurusan sumber manusia.
KENINGAU
A MASA : 2 JAM
Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap

C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

2 Mengapakah pengurusan sumber manusia penting untuk sesebuah organisasi

perniagaan?

I Dapat mengekalkan tahap motivasi pekerja

II Dapat mengurangkan kadar pengangguran pekerja

III Dapat mengatasi persaingan yang dihadapi pasaran

IV Dapat memastikan tenaga pekerja sentiasa mencukupi

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan iv

3 Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kumpulan untuk

memastikan hasil kerja yang ditetapkan dapat dicapai.

Apakah peranan pengurusan sumber manusia?

A Menentukan deskripsi tugas

B Pemantapan budaya profesional

C Menggalakkan kreativiti dan inovasi

D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

1
4 Rajah yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia dalam

organisasi perniagaan.

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan


X

Pemantapan budaya profesional

Kecemerlangan Beretika

Apakah X ?

A Kreatif C Kepakaran

B inovatif D Berintegriti

5 Maklumat yang berikut menunjukkan dua peranan pengurusan sumber manusia.

 Menggalakkan kreativiti dan Inovasi

 Menyediakan program latihan peningkatan

Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka

panjang?

A Produktiviti meningkat

B Pekerja bertambah mahir

C Motivasi pekerja meningkat

D Pemantapan budaya profesional

2
6 Salah satu peranan pengurusan sumber manusia ialah memantapkan budaya profesional.

Bagaimanakah pemantapan budaya profesional dapat membantu organisasi?

I Dapat meningkatkan imej organisasi

II Dapat meningkatkan jualan perniagaan

III Dapat menggalakkan kreativiti dan inovasi

IV Pekerja dapat menjalakan tugas dengan cekap

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

7 Maklumat yang berikut boleh diperoleh dalam satu dokumen formal perancangan sumber

manusia.

 Tajuk kerja

 Ringkasan kerja

 Tanggungjawab kerja

 Hubungan autoriti

Apakah dokumen berkenaan?

A Kontrak kerja

B Analisis kerja

C Deskripsi tugas

D Struktur tugas

8 Antara yang berikut, manakah yang betul tentang kepentingan struktur organisasi?
3
I Melatih sumber manusia

II Menetapkan visi dan misi

III Mewujudkan rantaian arahan

IV Mengagihkan sumber organisasi dengan berkesan

A I dan II C II dan III

B I dan IV D III dan IV

9 Yang berikut merupakan rekod kesalahan Encik Ahmad, seorang kerani akauan.

Lewat datang kerja sebanyak dua kali

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?

A Dipecat kerja C Ditahan kenaikan gaji

B Amaran bertulis D Tiada kenaikan pangkat

1 Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Syarikat Lever’s Tech Berhad.

Syarikat Lever’s Tech Berhad adalah sebuah syarikat yang menghasilkan dan

memasarkan pelbagai barangan elektrik dan elektronik. Syarikat ingin mengeluarkan

sejenis produk baharu. Untuk itu, syarikat membentuk satu kumpulan khas seramai

lima orang untuk menyediakan konsep produk.

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada ahli dalam kumpulan berkenaan?

I Berdikari

II Kerja berpasukan

III Kemahiran berkomunikasi

IV Penggunaan teknologi terkini

A I dan II C II dan IV

4
B II dan III D III dan IV

1 Mengapakah pelbagai jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal

1 graduan?

A Majikan berminat menawarkan kerja

B Dapat merancang dan mengurus diri

C Dapat berkomunikasi dengan berkesan

D Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

1 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan keperluan kemahiran kebolehkerjaan untuk

2 melaksanakan kerja dengan cekap

Encik Amir berumur 45 tahun dan bertugas sebagai jurujual kereta dengan Syarikat Z-

Motors Sdn. BHd. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai juruteknik menguji kereta di

kilang pengeluaran kereta selama 25 tahun setelah menamatkan pengajian di peringkat

diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal.


Kereta ini dapat
menjimatkan kos
minyak

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan berkenaan?

I Berpengalaman

II Kelayakan yang sesuai

III Berpengetahuan tentang produk

IV Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan

A I dan II C II dan IV

5
B I dan III D III dan IV

1 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri sejenis struktur organisasi.

 Pengelompokan tugas mengikut kemahiran individu dalam bidang

pengeluaran, pemasaran dan kewangan

 Kebanyakkan perniagaan kecil mengamalkan struktur organisasi ini

kerana mudah dibentuk.

Apakah struktur organisasi berkenaan?

A Struktur organisasi berdasarkan fungsi

B Struktur organisasi berdasarkan produk

C Struktur organisasi berdasarkan matriks

D Struktur organisasi berdasarkan geografi

1 Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

A Pengeluar kereta

B Institusi kewangan

C Kilang roti dan kek

D Agensi pengiklanan

1 Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

A Bilangan pelanggan bank adalah ramai

B Bank mempunyai cawangan di merata-rata tempat

6
C Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan

D Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

1 Apakah maksud gaji?

A Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat

B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada 8 jam

C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja

D Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

1 Apakah tujuan penggajian yang diamalkan oleh sesebuah organisasi perniagaan?

I Menarik pekerja yang sesuai untuk bekerja dengan organisasi

II Memotivasikan pekerja agar dapat memaksimumkan produktiviti

III Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk terus berkhidmat

IV Dapat memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan gaji minima

A I, II dan III C I, III dan IV

B I, II dan IV D II, III dan IV

1 Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Syarikat Ez-fly berhad.

Keadaan ekonomi yang meleset antara tahun 2008 dan tahun 2013 menyebabkan

beberapa syarikat penerbangan yang menjadi pesaing kepada Syarikat Ez-Fly

Berhad terpaksa mengurangkan operasi dan menamatkan perkhidmatan

juruterbang mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Ez-Fly Berhad, Encik Joe Fernandez

mengambil keputusan menawarkan perkhidmatan kepada juruterbang ini dengan

7
pakej penggajian yang jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh majikan

asal. Kebanyakkan mereka bersetuju menerima tawaran Ez-Fly Berhad.

Apakah faktor penentu sistem penggajian Syarikat Ez-Fly Berhad?

A Bentuk dan jenis tugas

B Kemampuan organisasi

C Permintaan dan penawaran buruh

D Undang-undang dan peraturan kerajaan

1 Maklumat yang berikut berkaitan dengan penggajian

Encik Chan, Encik Bakar dan Cik Jaya bekerja di sebuah syarikat pengeluaran
biskut dan kek. Encik Chan ialah jurujual syarikat berkenaan. Beliau dibayar
sebanyak 15 % daripada jumlah jualan yang dilakukannya. Encik Bakar ialah
pekerja sambilan syarikat dan beliau dibayar sebanyak RM 100 sehari setiap kali
hadir kerja. Sementara Cik Jaya pula ialah kerani akaun syarikat dan beliau dibayar
amaun tetap sebanyak RM 500 sebulan.
Apakah bentuk penggajian Encik Chan, Encik Bakar dan Cik Jaya?

Encik Chan Encik Bakar Cik Jaya

A Gaji Elaun Upah

B Upah Komisen Elaun

C Komisen Upah Gaji

D Elaun Gaji Komisen

2 Faktor manakah yang bukan penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah
organisasi?
0

A Kos sara hidup setempat

B Undang-undang dan peraturan kerajaan

C Latihan dan pembangunan yang disediakan organisasi

8
D Kemampuan organisasi dari segi kedudukan kewangan

KERTAS JAWAPAN SOALAN OBJEKTIF

1 6 1 16

2 7 1 17

3 8 1 18

4 9 1 19

5 10 1 20

SOALAN ESEI (30 MARKAH)

Arahan: Jawab soalan-soalan berikut:

1(a) Terangkan maksud pengurusan sumber manusia. [3 markah]

1(b) Pada pendapat anda bagaimana seseorang pengurus sumber manusia dapat

meningkatkan tahap motivasi pekerjanya? [3 markah]

1(c) Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Encik Alex

Encik Alex bekerja sebagai mekanik di Veh -Tech Motors dengan gaji tetap

sebanyak RM 3500 sebulan.

Terangkan dua jenis faedah kepada pekerja yang wajib diberikan oleh majikan

Encik Alex mengikut undang-undang di Malaysia. [4 markah]

9
2 Situasi di bawah ini menunjukkan seorang usahawan produk minyak wangi.

Puan Salmah bercadang mengeluarkan minyak wangi beraroma serai wangi untuk kegunaan
remaja. Produk tersebut akan dijual di pasar raya di seluruh Semenanjung Malaysia. Beliau
juga bercadang untuk menjual produk tersebut secara jualan langsung.

2(a) Nyatakan tiga sumber fizikal yang diperlukan oleh Puan Salmah [3 markah]

2(b) Jelaskan prosedur mengurus sumber fizikal yang dilaksanakan oleh Puan [6 markah]

Salmah

2(b) Baca kes di bawah dengan teliti.

Encik Jamal memulakan perniagaan kilang kasut FZ-Wear Sdn. Bhd. Pada tahun 2006 dan

memegang jawatan sebagai pengurus besar. Kilang kasutnya hanya mengeluarkan kasut sekolah

dan keluarannya dipasarkan di seluruh Negara. Pada tahun 2016, setelah perniagaan maju dalam

pengeluaran kasut sekolah, Encik Jamal mengambil keputusan untuk menghasilkan kasut sukan,

kasut wanita, kasut lelaki dan kasut kanak-kanak.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan yang berikut.

i. Nyatakan dan lakarkan struktur organisasi yang paling sesuai bagi

perniagaan Encik Jamal pada tahun 2006. [4 markah]

ii. Nyatakan dan lakarkan struktur organisasi yang paling sesuai bagi

perniagaan Encik Jamal pada tahun 2016. [4 markah]

10
iii. Syarikat FT Motors yang mengeluarkan pelbagai model kereta menggunakan struktur

organisasi berdasarkan matriks.

Pada pendapat anda, mengapakah Syarikat FT Motors menggunakan struktur

organisasi sedemikian? [3 markah]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

SKEMA PEMARKAHAN

SOALAN OBJEKTIF (20 MARKAH)

1 D 6 A 1 A 16 D

2 B 7 C 1 B 17 A

3 D 8 D 1 A 18 C

4 D 9 B 1 A 19 C

5 A 10 C 1 D 20 C

11
5

SOALAN ESEI (20 MARKAH)

1 (a) Pengurusan sumber manusia ialah satu usaha pembangunan tenaga 3 markah

kerja dalam organisasi untuk menarik, membangun dan mengekalkan

pekerja yang berprestij tinggi

Pengurusan sumber manusia yang berkaitan dengan penjawatan,

latihan dan pembangunan, penilaian prestasi, pengurusan pampasan,

perhubungan industri dan sebagainya.

(b) Cara seseorang pengurus sumber manusia dapat meningkatkan tahap

motivasi pekerjanya

i. Menyediakan latihan yang mencukupi dan sesuai bagi pekerja

ii. Menjaga kebajikan pekerja dari aspek kesihatan dan

keselamatan

iii. Menyediakan ganjaran yang setimpal dengan kelayakan, 3 markah

pengalaman dan prestasi kerja.

(c) Dua jenis faedah kepada pekerja yang wajib diberikan oleh majikan

Encik Alex mengikut undang-undang di Malaysia ialah

i. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

- Ordinan KWSP 1955 (Akta KWSP 1991) mewajibkan

caruman dibuat oleh majikan (12%) dan pekerja (11%) pada

setiap bulan. 2 markah

12
ii. Caruman PERKESO

- Akta Keselamatan Sosial (PERKESO) 1969 mewajibkan


2 markah
pihak majikan mengambil insurans pampasan pekerja

2 (a)Sumber fizikal yang diperlukan oleh Puan Salmah ialah:

i. Kilang dan mesin

ii. Bahan mentah

iii. Produk siap 3 markah

(b) Prosedur mengurus sumber fizikal yang dilaksanakan oleh Puan Salmah

ialah

1. Perlindungan insuran dan keselamatan

- insuran kebakaran bagi melindungi kilang, mesin serta stok daripada

kebakaran

-insurans kecurian melindungi perniagaan daripada kehilangan akibat

rompakan atau kecurian

-perniagaan juga mengambl insurans untuk risiko seperti perlindungan wang

dan jaminan kesetiaan pekerja

2. Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

-mesin, perlatan teknologi maklumat dan komunikasi perlu diselenggara

secara berkala bagi memastikan operasi berjalan lancar

-pengurusan baik pulih peralatan perlu sentiasa dirancang bagi memastikan

jika berlaku kerosakan dapat diselesaikan dengan segera. 6 markah

13
bi) Struktur organisasi yang paling sesuai bagi perniagaan Encik Jamal pada tahun

2006 ialah struktur organisasi berdasarkan fungsi (1 markah )


Pengurus Besar
(Encik Jamal)

Pengurus Pengurus Pengurus Pengurus Pentadbiran


Pembelian Pengeluaran Pemasaran & Kewangan

(3 markah)

b ii) Struktur organisasi yang paling sesuai bagi perniagaan Encik Jamal pada tahun

2016 ialah struktur organisasi berdasarkan produk (1 markah )

Pengurus Besar
(Encik Jamal)

Pengurus Pengurus Pengurus


(Kasut Sekolah) (Kasut Sukan) (Kasut Wanita)

Pengurus Pengurus
(Kasut Lelaki) (Kasut Kanak-kanak)
(3 markah)

a) Syarikat FT Motors menggunakan struktur organisasi sedemikian kerana

i. dapat menjimatkan kos operasi ( 1 markah)

- kemahiran pada pekerja syarikat dapat digemblengkan sepenuhnya

untuk membangunkan pelbagai model kereta di sampimg melakukan

tugas fungsian ( 1 markah)

14
ii. memudahkan kawalan dalam organisasi ( 1 markah)

- dapat meningkatkan proses penyelarasan dan pengawalan di mana

kesilapan dan penyelewengan dapat dikesan dengan cepat ( 1 markah)

iii. keputusan boleh diambil dengan cepat ( 1 markah)

- staf syarikat akan memberikan laporan kepada dua orang ketua, iaitu

ketua jabatan projek dan ketua jabatan fungsian ( 1 markah)

15

Anda mungkin juga menyukai