Anda di halaman 1dari 6

25 SOALAN BAB 1 TING 5

1. Pilih pernyataan yang tepat tentang maksud pengurusan sumber manusia.

A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara cekap
C Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

2. Maklumat yang berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia.

“Pengurus menetapkan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kumpulan untuk memastikan hasil kerja
yang ditetapkan dapat dicapai”

Apakah peranan pengurusan sumber manusia?


A Menentukan deskripsi tugas
B Pemantapan budaya profesional
C Menggalakkan kreativiti dan inovasi
D Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran

3. Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?
I Menjamin kesetiaan pekerja
II Dapat meningkatkan imej syarikat
III Dapat meningkatkan motivasi pekerja
IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

4. Maklumat yang berikut menunjukkan dua peranan pengurusan sumber manusia.

Menggalakkan kreativiti dan inovasi .


Menyediakan program latihan peningkatan

Bagaimanakah peranan di atas dapat membantu kemajuan organisasi dalam jangka panjang?
A Produktiviti meningkat
B Pekerja bertambah mahir
C Motivasi pekerja meningkat
D Pemantapan budaya professional

5. Antara yang berikut, manakah fungsi ganjaran kepada pekerja?


I Meningkatkan motivasi
II Meningkatkan kreativiti
III Meningkatkan kesetiaan
IV Meningkatkan kemahiran
A I dan II
B 1 dan III
C II dan III
D III dan IV
6. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu aspek pengelolaan sumber manusia dalam
organisasi.

Syarikat M-Force merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan keselamatan di


seluruh negara dengan bilangan kakitangan seramai 1 500 orang. Pengurus sumber manusia
mengutamakan keselamatan pekerja dalam melaksanakan tugas harian mereka. Setiap pagi, setiap
penyelia di semua cawangan diwajibkan untuk memberi taklimat tentang kaedah dan peraturan
serta langkah-langkah keselamatan semasa menghadapi sebarang situasi yang boleh menyebabkan
kecederaan atau kematian.

Apakah aspek berkenaan?

A Struktur organisasi
B Penempatan pekerja
C Penyelesaian masalah
D Standard prosedur operasi

7. Antara yang berikut, manakah yang betul tentang kepentingan struktur organisasi?
I Melatih sumber manusia
II Menetapkan visi dan misi
III Mewujudkan rantaian arahan
IV Mengagihkan sumber organisasi dengan berkesan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

8. Antara yang berikut, kesalahan manakah yang dilakukan oleh kakitangan yang boleh disiasat dan
diambil tindakan oleh organisasi?
I Ingkar arahan penyelia
II Merompak orang awam
III Menyalahgunakan aset syarikat
IV Menerima rasuah daripada pembekal

A I, II, dan III C I, III, dan IV


B 1, II, dan IV D 11, 111, dan IV

9. Yang berikut merupakan rekod kesalahan Encik Malik Kudus, seorang kerani akaun.

Lewat datang kerja sebanyak dua kali

Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?


A Dipecat kerja
B Amaran bertulis
C Ditahan kenaikan gaji
D Tiada kenaikan pangkat
10. Berhubung dengan aspek pengelolaan sumber GZ manusia. pernyataan manakah vang betul tentang
sistem penggajian?

A Sistem penggajian yang adil dapat mengurangkan kadar lantik henti


B Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan kemahiran pekerja
C Pekerja vang telah berkhidmat lama akan dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding
pekerja mahir
D Perniagaan yang mengamalkan sistem penggajian yang menarik dapat
menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi

11. Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.

A Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja


B Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi
C Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi
D Kemahiran yang dimiliki olch pekerja dalam organisasi

12. Mengapakah pelbagai jeniss kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?
A Majikan berminat menawarkan kerja
B Dapat merancang dan mengurus diri
C Dapat berkomunikasi dengan berkesan
D Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah

13. maklumat dibawah ini berkaitan dengan keperluan kemahiran kebolehkerjaan

JAWATAN KOSONG

TEKNIKAl
Pegawai Stor (Store Officer) Setara Gred N27

Syarat Lantikan
• Diploma dalam bidang yang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf dengannya

Deskripsi Tugas
• Menguruskan dan memastikan bilik stor penyimpanan bahan kimia, makanan haiwan (rodent
pellet), alas (bedding) dan bilik pembuangan sisa berada dalam keadaan optimum mengikut
piawatan OECO-GLP atau AAALAC

Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang diutamakan oleh pengiklan?


A Kelayakan
B Berpengalaman
C Berpengetahuan tentang produk
D Keberkesanan mencapai sasaran pasukan
14. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri sejenis struktur organisasi.

• Pengelompokan tugas mengikut kemahiran individu dalam bidang pengeluaran, pemasaran


dan kewangan.
• Kebanyakan perniagaan kecil mengamalkan struktur organisasi ini kerana mudah dibentuk.

Apakah struktur organisasi berkenaan?

A Struktur organisasi berdasarkan fungsi


B Struktur organisasi berdasarkan produk
C Struktur organisasi berdasarkan matriks
D Struktur organisasi berdasarkan geografi

15. Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?

A Pengeluar kereta
B Institusi kewangan
C Kilang roti dan kek
D Agensi pengildanan

16. Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi berdasarkan pelanggan?

A Bilangan pelanggan bank adalah ramai


B Bank mempunyai cawangan di merata-rata
C Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan
D Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan

17. Maklumat dibawah ini berkaitan dengan Syarikat Nisley Berhad.

Syarikat Nisley Berhad adalah sebuah syarikat tempatan bersaiz besar memasarkan pelbagai
keluaran pengguna yang terdiri daripada makanan dan minuman seperti biskut, bijirin, mi segera,
sos, dan minuman kesihatan. Keluaran syarikat diedarkan di Malaysia, Negara ASEAN, Timur
Tengah, dan China. Pada masa terdekat, syarikat bercita cita untuk mengedarkan hasilnya ke Asia
Barat dan Amerika Selatan.

Struktur organisasi manakah yang paling sesuai untuk Syarikat Nisley Berhad untuk mencapai
matlamat perniagaan?

A Struktur organisasi berdasarkan fungsi


B Struktur organisasi berdasarkan produk
C Struktur organisasi berdasarkan matriks
D Struktur organisasi berdasarkan geografi
18. Apakah maksud gaji?

A Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat
B Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam
C Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
D Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga

19. Apakah tujuan penggajian yang diamalkan oleh sesebuah organisasi perniagaan?

I Menarik pekerja yang sesuai untuk bekerja dengan organisasi


II Memotivasikan pekerja agar dapat memaksimumkan produktiviti
III Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk terus berkhidmat
IV Dapat memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan gaji minima

A I, II, dan III C I, III, dan IV


B I, II, dan IV D II, HI, dan IV

20. Antara yang berikut, item manakah yang digolongkan sebagai komponen gaji?

I Upah
II Bonus
III Komisen
IV Gaji asas

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

21. Maklumat berikut berkaitan dengan penggajian.

Encik Mat Lentok, Encik Man Sembang, dan Cik Fazleen bekerja di sebuah syarikat pengeluaran
biskut dan kek. Encik Mat Lentok ialah jurujual syarikat berkenaan. Beliau dibayar sebanyak 15%
daripada jumlah jualan yang dilakukannya. Encik Man Sembang ialah pekerja sambilan syarikat
dan beliau dibayar sebanyak RM100 sehari setiap kali hadir kerja. Sementara Cik Fazleen pula
ialah kerani akaun syarikat dan beliau dibayar amaun tetap sebanyak RM2 500 sebulan.

Apakah bentuk penggajian Encik Mat Lentok, Encik Man Sembang, dan Cik Fazleen?

Mat Lentok Encik Man Sembang Cik Fazleen


A gaji elaun upah
B upah komisen elaun
C komisen upah gaji
D elaun gaji komisen
22. Apakah contoh faedah yang diterima oleh pekerja daripada majikan?
I Elaun
II Insurans
III Gaji asas
IV Pinjaman kewangan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV

23. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Kilang Pakaian Qhayla.

Kilang Pakaian Qhayla mempunyai seramai 150 orang pekerja di bahagian operasi yang dibayar
gaji antara RM1 200 dan RM4 000.

Apakah faedah kepada pekerja yang diwajibkan oleh undang-undang?


A Bonus Tunai
B Caruman PERKESO
C Kemudahan perubatan
D Kemudahan keselamatan

24. Faktor manakah yang bukan penentu sistem penggajian yang diamalkan oleh sesebuah organisasi?

A Kos sara hidup setempat


B Undang-undang dan peraturan kerajaan
C Latihan dan pembangunan yang disediakan organisasi
D Kemampuan organisasi dari segi kedudukan

25. Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Syarikat Ez-fly Berhad.

Keadaan ekonomi dunia yang meleset antara tahun 2008 dan tahun 2013 menyebabkan beberapa
syarikat penerbangan yang menjadi pesaing kepada Syarikat Ez-fly Berhad terpaksa mengurangkan
operasi dan menamatkan perkhidmatan juruterbang mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Ez-fly
Berhad, Encik Joe Fernandez mengambil keputusan untuk menawarkan perkhidmatan kepada
juruterbang ini dengan pakej penggajian yang jauh lebih rendah daripada yang ditawarkan oleh
majikan asal. Kebanyakan mereka bersetuju menerima tawaran Ez-fly Berhad.

Apakah faktor penentu sistem penggajian Syarikat Ez-fly Berhad?


A Bentuk dan jenis tugas
B Kemampuan organisasi
C Permintaan dan penawaran buruh
D Undang-undang dan peraturan kerajaan

Anda mungkin juga menyukai