Anda di halaman 1dari 18

SET 7 - KERTAS 1

TINGKATAN 5 3767/1
EKONOMI
Kertas 1
1 ¼ jam Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.
Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.
Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan

4. Jika anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baru

5. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang


tidak boleh diprogram.

1
Jawab semua soalan

1. Mengapakah Puan Aini , seorang guru harus membuat pilihan adalam menguruskan
perbelanjaan harian?

A Menjamin kualiti hidup yang lebih baik

B Memperoleh kepuasan yang maksimum

C Mencapai keselesaan hidup yang minimum

D Memuaskan semua kehendak ahli keluarga

2. Gambar di bawah menunjukkan suatu sumber ekonomi.

Pilih pernyataan yang tepat menerangkan sumber ekonomi tersebut.

I Sanggup menanggung risiko

II Mempunyai penawaran yang terhad

III Meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran

IV Merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

2
3. Rajah berikut menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam sesebuah
ekonomi.

Antara yang berikut,yang manakah menggambarkan kombinasi pengeluaran di titik G.

A Faktor pengeluaran tidak digunakan secara optimum

B Berlaku pembaziran dalam pengeluaran faktor pengeluaran

C Tingkat pengeluaran berlaku pada tingkat guna tenaga penuh

D Tingkat pengeluaran barang yang tidak berkeupayaan dicapai

4. Pilih padanan yang tepat antara ciri-ciri dengan sistem ekonomi di bawah.

Sistem Ekonomi Ciri-ciri


A Ekonomi Islam Sumber ekonomi dimiliki secara mutlak
oleh kerajaan
B Sistem ekonomi perancangan Harga barang ditentukan melalui
pusat mekanisme harga
C Sistem ekonomi campuran Individu bebas membuat pilihan tentang
barangan yang ingin dimiliki
D Sistem ekonomi kapitalis Keputusan ekonomi dibuat berdasarkan
hukum syarak

3
5. Pernyataan di bawah berkaitan dengan penyelesaian masalah asas ekonomi.

Masalah agihan barangan diselesaikan melalui mekanisme


harga dan segala ketidakadilan diuruskan oleh kerajaan.

Apakah sistem ekonomi yang digaambarkan oleh pernyataan tersebut?

A Ekonomi Islam

B Sistem ekonomi campuran

C Sistem ekonomi pasaran bebas

D Sistem ekonomi perancangan pusat

6. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri persamaan antara sistem ekonomi
campuran dengan sistem ekonomi perancangan pusat ?

A Persaingan antara firma

B Motif memaksimumkan keuntungan

C Mekanisme penentuan harga barang

D Mengutamakan kebajikan masyarakat

7. Antara yang berikut yang manakah adalah kelebihan sistem ekonomi pasaran bebas?

I Agihan pendapatan yang lebih setara

II Mewujudkan kuasa monopoli korporat besar

III Kecekapan dalam penggunaan sumber ekonomi

IV Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

4
8. Jadual di bawah berkaitan dengan permintaan individu dalam pasaran.

Kuantiti diminta (unit)


Harga (RM)
Individu X Individu Y
8 50 80
10 40 60
12 30 40
16 20 20

Berapakah jumlah permintaan pasaran pada tingkat harga RM12 seunit barang ?

A 40 unit

B 70 unit

C 100 unit

D 130 unit

9. Iklan di bawah merupakan suatu penentu permintaan.

Antara yang berikut, yang manakah akan berlaku kesan daripada iklan tersebut ?

A Harga pakej pelancongan tempatan akan menurun

B Penawaran pakej pelancongan luar negara akan meningkat.

C Keluk permintaan pakej pelancongan tempatan akan beralih ke kiri.

D Permintaan terhadap pakej pelancongan tempatan akan bertambah.

5
10. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran Firma X (SX), Firma Y (Sy) dan keluk
penawaran pasaran (Sp).

Berapakah nilai Q apabila harga pasaran dicapai pada RM60 ?

A 20 unit

B 30 unit

C 50 unit

D 70 unit

11. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi beg tangan.

Apakah penentu penawaran yang menyebabkan peralihan keluk penawaran tersebut?

A Kerajaan menaikkan cukai jualan

B Harga faktor pengeluaran telaah menurun


6
C Matlamat pengeluar memaksimumkan keuntungan

D Harga beg tangan dijangka naik pada masa depan

12. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan.

Apakah keadaan pasaran sekiranya harga dicapai pada RM60 seunit ?

A Pasaran telah mencapai keseimbangan

B Harga barangan akan cenderung turun

C Wujud lebihan penawaran dalam pasaran

D Wujud lebihan permintaan dalam pasaran

13. Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan dalam pasaran barangan.

Apakah akan terjadi jika berlaku peralihan keluk permintaan dari D0D0 ke D1D1.

A Harga keseimbangan akan menurun

B Harga keseimbangan akan meningkat

C Kuantiti keseimbangan akan meningkat

D Wujud kurangan penawaran dalam pasaran

7
14. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan raket badminton.

Hitungkan nilai keanjalan harga permintaan apabila berlaku perubahan harga di atas.

A 0.50

B 0.75

C 0.80

D 1.52

15. Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu fungsi wang dalam ekonomi.

Encik Hisham mendepositkan RM5 000 dalam bank


untuk kegunaan masa hadapan.

Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan pernyataan di atas?

A Sebagai alat ukuran nilai

B Sebagai alat simpanan nilai

C Sebagai alat bayaran tertunda

D Sebagai alat perantaraan pertukaran

8
16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan fungsi Bank Negara Malaysia sebagai
jurubank kepada kerajaan ?

I Mengawal rizab berkanun

II Menguruskan hutang negara

III Mentadbirkan akaun kerajaan

IV Memberikan kemudahan overdraf

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

17. Pilih ciri akaun deposit semasa yang disediakan oleh bank perdagangan.

A Simpanan mempunyai tempoh matang

B Menawarkan kadar faedah yang tinggi

C Pemegang akaun disediakan buku simpanan

D Boleh mengeluarkan wang pada bila-bila masa

18. Pernyataan di bawah berkaitan dengan suatu fungsi bank perdagangan.


Arahan pengurusan syarikat kepada bank untuk
membuat bayaran gaji terus ke akaun pekerja.

Apakah kemudahan pembayaran bank perdagangan tersebut?

A Kad kredit

B Debit langsung

C Pindahan kredit

D Perintah sedia ada

9

19. Maklumat di bawah menunjukkan suatu iklan yang dibaca oleh Cik Sunita ?

Syarikat Bumi Indah Bhd ingin mempelawa individu yang


berkelayakan dalam bidang pengurusan alam sekitar untuk
berkhidmat di syarikat ini. Kemudahan cuti dan pelbagai elaun
akan disediakan untuk menjaga kebajikan pekerja.

Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang harus dipertimbangkan oleh Cik Sunita?

I Jaminan kerja

II Prospek pekerjaan

III Faedah sampingan

IV Kelayakan akademik

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

20. Pilih pasangan yang benar.

Keperluan Kehendak
A Barang mewah yang boleh Barang mesti yang perlu dipuaskan
ditangguhkan pembeliannya terlebih dahulu

B Mempunyai banyak barang Tidak ada atau terhad barang


pengganti penggantinya

C Harga barang lebih stabil dan Harga barang adalah tidak stabil dan
terkawal berdasarkan kuasa pasaran

D Barang yang diperlukan untuk Barang yang diperlukan untuk terus


kehidupan yang lebih selesa hidup

10
21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan kaedah pembelian
barangan secara bayaran kredit ?

A Berlaku peningkatan dalam taraf hidup pengguna

B Pengguna akan membayar harga yang lebih rendah

C Menggalakkan pengguna berbelanja melebihi pendapatan

D Pengguna boleh menikmati diskaun harga yang lebih banyak

22. Jadual di bawah menunjukkan butiran kos pengeluaran Syarikat Maju Berhad.

Keluaran kasut Jumlah kos (RM)


(pasang)
0 100
10 280
20 450
30 600

Berapakah jumlah kos berubah Syarikat Maju Berhad untuk mengeluarkan 30 pasang
kasut?

A RM100

B RM300

C RM500

D RM600

23. Pilih pernyataan yang benar menjelaskan hukum pulangan berkurangan dalam
pengeluaran.

A Jumlah keluaran akan semakin berkurang apabila semakin banyak input


berubah ditambah

B Jumlah keluaran akan meningkat secara berterusan apabila semakin banyak


input tetap ditambah

C Jumlah kos pengeluaran akan semakin berkurang apabila semakin banyak


input berubah ditambah

D Jumlah keluaran akan meningkat dengan kadar yang semakin perlahan dan
11
kemudian merosot apabila semakin banyak input ditambah

24. Pilih faktor yang akan meningkatkan tahap produktiviti sesebuah syarikat.

A Persekitaran kerja yang kondusif

B Gaya kepimpinan yang autokratik

C Penggunaan jentera yang mundur

D Prosedur kerja yang rumit

25. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos sosial yang timbul daripada
pembinaan sebuah kilang petrokimia?

A Pencemaran alam sekitar yang serius

B Peningkatan dalam peluang pekerjaan

C Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

D Penyediaan kemudahan asas yang lengkap

26. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan kerajaan dalam ekonomi?

I Mengawal selia pengeluar

II Menyediakan barang awam

III Mengeluarkan barang kehendak

IV Menjamin tingkat harga umum yang tinggi

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

12
27. Pernyataan di bawah berkaitan dengan tingkat harga umum barangan.
Kadar inflasi telah meningkat sebanyak 1.5 peratus pada
suku ketiga tahun ini.

Apakah kesan yang akan timbul daripada fenomena tersebut?

A Jumlah tabungan masyarakat akan menurun.

B Pendapatan benar masyarakat akan meningkat

C Penawaran wang dalam ekonomi akan berkurang

D Harga barang eksport negara menjadi lebih murah

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan hasil bukan cukai kerajaan?

I Duti import

II Duti setem

III Royalti petroleum

IV Pendapatan pelaburan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

29. Perbelanjaan pembangunan dalam sektor perkhidmatan ekonomi adalah untuk

A menyelenggara dan membaiki harta

B membina bangunan sekolah dan hospital

C menyediakan prasarana dan kemudahan awam

D membeli peralatan pertahanan angkatan tentera dan polis

13
30. Apakah strategi kerajaan dalam melaksanakan belanjawan lebihaan semasa ekonomi
mengalami inflasi ?
A Menaikkan kadar cukai

B Mengetatkan syarat sewa beli

C Menambahkan perbelanjaan kerajaan

D Memberi pinjaman kepada orang ramai

31. Apakah dasar kewangan yang wajar diambil oleh bank pusat semasa ekonomi
mengalami kemelesetan?

I Menaikkan kadar faedah

II Menaikkan nisbah rizab tunai

III Membeli surat jaminan kerajaan

IV Menurunkan nisbah rizab berkanun

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

32. Bagaimanakah kemasukan pelaburan langsung asing dapat menggalakkan


pertumbuhan ekonomi?

A Kenaikan nilai ringgit Malaysia

B Pertambahan jumlah import negara

C Aliran keluar modal ke negara asing

D Peningkatan dalam produktiviti pekerja

14
33. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tujuan sekatan perdagangan
antarabangsa diadakan oleh sesebuah negara?

I Melaksanakan aktiviti lambakan

II Melindungi industri muda tempatan

III Memperbaiki imbangan pembayaran

IV Mewujudkan kuasa monopoli dalam pasaran

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

34. Antara yang berikut, yang manakah akan dicatatkan dalam akaun pendapatan\
negara?

I Perbelanjaan pelancong China di Malaysia

II Bayaran yuran pendidikan pelajar asing di Malaysia

III Pampasan pekerja Malaysia yang bekerja di luar negara

IV Pembayaran dividen atas pelaburan rakyat Malaysia di luar negara

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

15
35. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran asing antara Ringgit Malaysia
dengan Dolar Amerika.

USD1 = RM4.0862

Hitungkan jumlah Ringgit Malaysia yang diperlukan jika Syarikat YTT di Malaysia ingin
mengimport sebuah mesin yang bernilai USD88 600 dari Amerika Syarikat.

A RM21 682.73

B RM302 600.68

C RM362 037.32

D RM460 200.32

Soalan 36 hingga soalan 40 adalah berdasarkan pilihan jawapan seperti jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II


A Betul Salah
B Salah Betul
C Betul Betul
D Salah Salah

36. I Kehendak individu adalah tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi

yang terhad

II Buruh merujuk kepada individu yang menggabungkan dan menyelaraskan

faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan

37. I Pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar akan menyebabkan keluk

penawaran beralih ke kiri secara selari

II Harga barang yang dijangka akan meningkat pada masa depan akan

16
menyebabkan keluk penawaran beralih ke kiri pada masa kini

38. I Jangka masa panjang merujuk suatu tempoh di mana wujud sekurang

kurangnya satu input tetap dalam proses pengeluaran

II Jangka masa panjang membolehkan firma mengubah tingkat output dan

keupayaan pengeluaran dengan mengubah semua input yang digunakan

39. I Inflasi tolakan kos berlaku akibat daripada permintaan masyarakat yang tinggi

terhadap barang dan perkhidmatan

II Pengangguran kitaran berlaku apabila pekerja dalam proses mencari peluang

pekerjaan yang baharu

40. I Infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang berkembang maju

menggalakkan proses globalisasi

II Lebihan akaun semasa negara akan meningkatkan kadar pertukaran asing

Ringgit Malaysia

KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH GURU-GURU SMK NANING

17
18

Anda mungkin juga menyukai