Anda di halaman 1dari 35

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

LATIHAN PDPR
MEI-JUN 2021

EKONOMI
TINGKATAN 4
100soalan objektif (Kertas 1)

DISEDIAKAN OLEH:
PANITIA EKONOMI
SMK SUBANG

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 4

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA EKONOMI

1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi?


A Kajian tentang bagaimana manusia mengatasi masalah kos lepas
B Kajian tentang bagaimana manusia memaksimumkan keuntungan
C Kajian tentang tindakan manusia untuk memenuhi kehendak yang tidak terhad
D Kajian tentang tindakan manusia untuk mengurangkan pembaziran sumber alam

2. Masalah pilihan dalam ekonomi berlaku kerana


A faktor pengeluaran dalam ekonomi adalah terhad
B kadar pertumbuhan penduduk yang tidak terkawal
C kehausan dan kepupusan sumber alam semulajadi
D faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi

3. Antara yang berikut, pilihan manakah yang tepat mengambarkan masalah kekurangan dalam ekonomi.
A Kerajaan berhasrat menyediakan semua kemudahan awam dengan kutipan hasil cukai yang diperoleh
B En. Husaini dapat membeli semua barang yang disukainya dengan pendapatan yang tinggi hasil
daripada keuntungan perniagaannya
C Syarikat Ali Bhd mampu mengeluarkan semua barang yang diminta pengguna kerana mempunyai
sumber ekonomi yang banyak
D Puan Aisyah hanya mampu membeli sepasang kasut sukan sahaja untuk anaknya setelah menerima
wang Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300

4. Antara berikut yang manakah betul?


A Sebuah firma terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan buruh mahir untuk mengeluarkan barang
dan perkhidmatan
B Seorang suri rumah terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan modal untuk berbelanja bagi
keperluan keluarganya
C Seorang petani terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan sumber pendapatan untuk menghasilkan
keluaran pertanian
D Sebuah kerajaan negeri terpaksa membuat pilihan akibat kekurangan faktor pengeluaran untuk
melaksanakan projek pembangunan

5. Rajah di bawah menunjukkan sumber-sumber ekonomi yang diperlukan firma untuk mengeluarkan barang dan
perkhidmatan.

Apakah ganjaran bagi faktor pengeluaran X?


A Untung C Upah
B Sewa D Faedah

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

6. Gambar berikut menunjukkan sejenis faktor pengeluaran.

Pernyataan manakah yang menggambarkan faktor pengeluaran tersebut?


A Input produktif yang dicipta oleh manusia untuk meningkatkan pengeluaran
B Sumber semulajadi yang mempunyai penawaran terhad
C Berperanan menyelaras dan menggabungkan faktor pengeluaran
D Membenarkan orang lain mengurus keuntungannya

7. Pernyataan di bawah menunjukkan satu masalah ekonomi.

Siapakah yang mungkin menghadapi masalah ekonomi di atas?


A Syarikat Silika Sdn Bhd
B Jabatan Pengangkutan Jalan
C Encik Zamarul
D Pemilik Amani Enterprise

8. Maklumat berikut berkaitan dengan satu unit ekonomi.

Pernyataan manakah yang betul tentang unit ekonomi X?


A Meningkatkan keuntungan dengan meminimum kos pengeluran
B Mengutamakan kebajikan rakyat daripada projek pembangunan
C Memaksimumkan kepuasan melalui perbelanjaan berhemah
D Membekalkan keperluan demi keselesaan pengguna

9. Pernyataan di bawah berkaitan faktor pengeluaran X.

Apakah X?
A Tanah C Buruh
B Usahawan D Modal
3

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

10. Pernyataan manakah benar tentang faktor pengeluaran?


A Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan
B Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan
C Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
D Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara
fizikal dan mental

11. Antara berikut yang manakah benar tentang keluk kemungkinan pengeluaran?
A Pengeluaran kedua-dua barang di sepanjang keluk kemungkinan pengeluaran dapat ditambah secara
serentak dengan menggunakan semua sumber ekonomi
B Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap berlaku pada salah satu titik di sepanjang keluk kemungkinan
pengeluaran
C Sumber ekonomi yang tidak digunakan sepenuhnya akan menyebabkan masalah ketidakupayaan
ekonomi
D Untuk menambah kuantiti pengeluaran suatu barang terpaksa mengorbankan kuantiti pengeluaran
barang yang lain

12. Rajah di bawah menunjukkan satu keluk kemungkinan pengeluaran.

Barang A

.M

0 Barang B

Firma dikatakan tidak dapat mengeluarkan produk pada titik M. Namun, pengeluaran masih boleh dicapai
sekiranya
A Firma memaksimumkan guna tenaga penuh
B Firma hanya mengeluarkan satu jenis barang sahaja
C Firma memberi hadiah kepada pekerja yang paling produktif
D Firma membawa masuk lebih banyak mesin dan teknologi baharu

13. Jadual di bawah menunjukkan dua barang yang dikeluarkan oleh satu firma.

Kaedah Pengeluaran Meja (unit) Kerusi (unit)

M 100 35
N 70 40
P 40 60
Q 20 75

Jika pihak pengurusan firma tersebut mengambil keputusan untuk mengubah kaedah pengeluaran daripada P
kepada Q, berapakah unit meja yang terpaksa dilepaskan?
A 15 unit C 40 unit
B 20 unit D 75 unit

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

14. Antara yang berikut yang manakah merupakan analisis keluk kemungkinan pengeluaran?
I Ekonomi mengeluarkan 2 jenis barang sahaja
II Tingkat teknologi sentiasa berubah
III Sumber ekonomi tidak terhad
IV Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

15. Maklumat berikut berkaitan dengan kaedah pengeluaran bagi Firma Sejahtera untuk
mengeluarkan barang X dan barang Y.

Kaedah Pengeluaran Barang X (unit) Barang Y (unit)

P 80 45
Q 50 70

Berapakah kos lepas jika firma tersebut mengubah kaedah pengeluaran daripada P ke Q.
A 20 unit X C 30 unit X
B 25 unit Y D 35 unit Y

16. Rajah di bawah berkaitan dengan Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP).

Pernyataan manakah yang betul berkaitan dengan KKP di atas?


I Titik X menunjukkan kombinasi pengeluaran yang cekap
II Titik C menunjukkan berlaku kos lepas terhadap baju sebanyak 10 000 unit
III Titik Z menunjukkan ketidakupayaan ekonomi dalam mengeluarkan baju dan kasut
IV Titik ABCDE menunjukkan masalah pilihan di sepanjang KKP
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

17. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan masalah asas ekonomi?
A Menentukan jenis input yang hendak digunakan
B Menentukan jenis barang yang hendak dikeluarkan
C Menentukan kualiti barang yang hendak dikeluarkan
D Menentukan jangka masa sesuatu barang dikeluarkan

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

18. Pernyataan di bawah berkaitan dengan teknologi moden dalam pembuatan makanan.

Pernyataan tersebut berkaitan dengan masalah asas ekonomi


A Apa dan untuk siapa dikeluarkan
B Bagaimana dan untuk siapa dikeluarkan
C Apa dan bagaimana hendak dikeluarkan
D Berapa dan bagaimana hendak dikeluarkan

19. Maklumat yang berikut berkaitan dengan Encik Awie.

Antara yang berikut, masalah asas ekonomi manakah yang telah diselesaikan oleh Encik Awie?
I Untuk siapa dikeluarkan
II Apa yang hendak dikeluarkan
III Bagaimana hendak dikeluarkan
IV Berapa yang hendak dikeluarkan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

20. Maklumat di bawah berkaitan dengan system ekonomi negara X.

Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara X?


A Ekonomi Islam C Ekonomi Pasaran Bebas
B Ekonomi Campuran D Ekonomi Perancangan Pusat

21. Maklumat di bawah menunjukkan ciri sistem ekonomi sebuah negara.

Pernyataan manakah yang mewakili S?


A Wujud mekanisme harga
B Kebajikan masyarakat diutamakan
C Persaingan yang bebas antara pengeluar
D Motif pengeluaran adalah memaksimumkan keuntungan
6

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

22. Apakah sistem ekonomi yang menggunakan mekanisme pasaran untuk menentukan jenis barang yang
dikeluarkan?
I Sistem ekonomi sosialis
II Sistem ekonomi campuran
III Sistem ekonomi laissez-faire
IV Sistem ekonomi perancangan pusat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

23. Apakah kelebihan sistem ekonomi campuran berbanding dengan sistem ekonomi pasaran bebas?
A Kestabilan penawaran
B Keadilan agihan pendapatan
C Tiada persaingan antara firma
D Keuntungan firma lebih tinggi

24. Bagaimanakah masalah “apa yang hendak dikeluarkan” diselesaikan dalam sistem ekonomi campuran?
A Kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen perniagaan kepada pihak swasta
B Kerajaan mengawalkan barang dengan cara mengenakan cukai terhadap pihak swasta
C Pihak swasta mengeluarkan barang ekonomi manakala kerajaan pula mengeluarkan barang awam
D Pihak swasta mengagihkan barang mengikut kuasa beli manakala kerajaan mengagihkan barang untuk
semua rakyat

25. Pilih pasangan yang benar tentang sistem ekonomi dan ciri-cirinya.

Sumber ekonomi Keterangan


Sistem Ekonomi • Kebajikan masyarakat diutamakan
A Islam • Individu dan firma bebas tanpa kawalan kerajaan bagi memiliki sumber
ekonomi
Sistem Ekonomi • Terdapat persaingan yang sihat
B
Campuran • Pihak swasta dan awam saling melengkapi output dipasaran
Sistem Ekonomi • Tiada persaingan antara firma
C
Perancangan Pusat • Kuasa permintaan dan penawaran menentukan harga sesuatu barang
Sistem Ekonomi • Harga ditentukan oleh mekanisme harga
D
Pasaran Bebas • Individu, swasta dan kerajaan bebas memiliki faktor pengeluaran

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 4

BAB 2 : PASARAN

26. Pernyataan manakah benar tentang hukum permintaan?


A Sofea akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
B Fauzan akan membeli lebih banyak barang apabila harga barang meningkat
C Syarikat Amir akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang jatuh
D Syarikat Wafi akan mengeluarkan lebih banyak barang apabila harga barang meningkat

27. Antara yang berikut, yang manakah mungkin menyebabkan pergerakan di atas keluk permintaan kereta?
A Penurunan harga petrol C Kenaikan tambang bas
B Penurunan harga kereta D Kenaikan harga motosikal

28. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran bagi kereta tempatan.

Pergerakan keluk dari S0S0 ke S1S1 adalah disebabkan


A Pemberian subsidi oleh kerajaan
B Penurunan harga faktor pengeluaran
C Firma bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan
D Firma bermatlamat untuk memaksimumkan jualan

29. Maklumat di bawah berkaitan kuantiti permintaan dan penawaran bagi suatu barang.

Harga Kuantiti diminta Kuantiti ditawar


(RM) (unit) (unit)
10 30 5
15 25 10
20 15 15
25 10 20
30 5 25

Pernyataan manakah yang betul tentang maklumat di atas?


A Harga cenderung turun pada tingkat harga RM15
B Harga cenderung naik pada tingkat harga RM20
C Berlaku lebihan penawaran pada tingkat harga RM30
D Keseimbangan pasaran tercapai pada tingkat harga RM25

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

30. Maklumat di bawah berkaitan dengan hubungan dua jenis barang.

Apakah kemungkinan barang S dan barang T.


A Bas dan petrol C Kereta Honda dan Kereta Vios
B Gula dan garam D Mesin pencetak dan katrij dakwat

31. Maklumat di bawah menunjukkan penentu permintaan bagi barang P.

Keluk manakah yang menunjukkan perubahan permintaan bagi barang P?

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

32. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

Antara berikut, yang manakah betul tentang perubahan titik di dalam rajah di atas?
I A ke B ialah peralihan keluk penawaran
II A ke C ialah pergerakan di sepanjang keluk penawaran
III A ke B berlaku disebabkan oleh penurunan kadar upah
IV B ke C berlaku disebabkan oleh kenaikan harga barang itu
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

33. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan telefon bimbit jenama OPPAH.

Apakah faktor yang menyebabkan pergerakan titik A ke titik B?


A Harga telefon bimbit OPPAH menurun
B Citarasa pengguna terhadap telefon bimbit OPPAH meningkat
C Jangkaan harga masa depan telefon bimbit jenama OPPAH menurun
D Kecanggihan teknologi dalam pembuatan telefon bimbit jenama OPPAH

34. Antara berikut, faktor manakah yang boleh menyebabkan keluk permintaan seseorang pengguna akan beralih
ke kanan?
A Harga barang penggenap meningkat
B Harga barang pengganti meningkat
C Pendapatan bolehguna menurun
D Harga barang itu turun

10

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

35. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti ditawar terhadap penghawa dingin.

Bulan Harga (RM) Kuantiti ditawar (unit)


Januari 2019 1500 5000
Mac 2019 1500 8000

Faktor manakah yang mempengaruhi keadaan tersebut?


A Pengguna semakin suka menggunakan alat tersebut
B Kerajaan memberi Bantuan Khas kepada penjawat awam
C Berlaku fenomena El Nino di dalam negara
D Penggunaan buruh mahir yang ramai

36. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi suatu barang.

Pernyataan manakah yang benar berkaitan rajah di atas?


I Merupakan kuantiti diminta individu terhadap barang dan perkhidmatan pada setiap tingkat harga
dalam pasaran
II Diperoleh dengan menjumlahkan secara mendatar semua kuantiti diminta setiap individu pada setiap
tingkat harga dalam pasaran
III Pada RM2 jika kuantiti diminta individu A ialah 9 unit, maka kuantiti diminta individu B ialah 13 unit
IV Berbentuk landai dan mencerun ke atas dari kiri ke kanan kerana hubungan negatif diantara harga dan
kuantiti
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

37. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti penawaran seluar oleh tiga buah firma.

Kuantiti penawaran (helai)


Harga (RM)
Firma R Firma S Firma T
20 100 120 140
22 120 140 160
24 140 160 180
26 160 180 200

Jika kuantiti permintaan pasaran seluar ialah 480 helai, berapakah tingkat harga keseimbangan pasaran?
A RM 20 C RM 24
B RM 22 D RM 26
11

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

38. Apakah kesan terhadap pasaran barangan apabila lebihan penawaran berlaku?
I Tingkat harga barang akan menurun
II Kuantiti diminta barang meningkat
III Tingkat harga barang akan meningkat
IV Kuantiti diminta barang akan menurun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

39. Rajah di bawah menunjukkan perubahan keseimbangan pasaran kereta tempatan.

Tindakan kerajaan manakah yang menyebabkan perubahan tersebut?


A Melonggarkan syarat sewa beli
B Menaikkan kadar faedah pinjaman
C Melaksanakan kempen perkongsian kereta
D Mengurangkan pelepasan cukai pendapatan

40. Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A (D ADA) dan B (DBDB) terhadap suatu barang.

Jadual manakah yang menunjukkan permintaan pasaran bagi barang tersebut.

A Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) C Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 28 8 11

B Harga (RM) Kuantiti diminta (unit) D Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)
4 40 4 20
8 22 8 10

12

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

41. Jadual berikut menunjukkan permintaan empat individu bagi Barang Q.

Kuantiti Permintaan (unit)


Harga
(RM) Pasaran
Individu R Individu S Individu T Individu U
Barang Q
3 450 560 520 780 2 310
9 380 460 480 Y 1 990

Hitungkan jumlah permintaan Barang Q bagi Individu S dan Individu U pada harga RM9.
A 1130 unit C 1340 unit
B 1320 unit D 1800 unit

42. Pernyataan berikut berkaitan satu situasi yang berlaku di dalam pasaran.

Apakah kesan terhadap keseimbangan pasaran akibat peristiwa di atas?


I Harga keseimbangan cenderung untuk menurun
II Harga keseimbangan cenderung untuk meningkat
III Keluk permintaan beralih ke kanan
IV Berlaku pertambahan penawaran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

43. Penawaran biskut bertambah daripada 160 unit kepada 220 unit apabila harga biskut meningkat daripada RM
1.50 kepada RM 2.00. Berapakah nilai keanjalan harga penawaran untuk biskut tersebut?
A 0.53 C 1.13
B 0.89 D 1.88

44. Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran barang W.

Berapakah nilai keanjalan penawaran barang W?


A 0.3 C 1.0
B 0.5 D 3.0

13

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

45. Maklumat di bawah mengenai permintaan suatu majalah.

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


20 60
16 X

Sekiranya harga telah jatuh dan nilai keanjalan harga permintaan ialah 1.5, berapakah nilai X?
A 55 unit C 72 unit
B 65 unit D 78 unit

46. Jadual di bawah ini menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (unit)


8 70
12 90

Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM8 ke RM12?
A 0.57 C 0.80
B 0.75 D 2.50

47. Maklumat berikut merujuk kepada nilai pekali keanjalan harga permintaan bagi barang S dan M.

Barang S Barang M
Nilai pekali keanjalan 1.4 0.6

Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh peniaga untuk meningkatkan hasil jualan bagi barang berikut?

Barang S Barang M
A Naikkan harga Turunkan harga
B Turunkan harga Naikkan harga
C Turunkan harga Turunkan harga
D Naikkan harga Naikkan harga

48. Permintaan sesuatu barang itu cenderung menjadi tidak anjal jika
A Perbelanjaan merupakan sebahagian kecil daripada pendapatan
B Barang itu ialah barang kehendak
C Barang itu mempunyai banyak kegunaan
D Barang itu mempunyai banyak pengganti

49. Penawaran sesuatu barang menjadi anjal apabila


A Berlaku tambahan kos pengeluaran yang sangat besar
B Bilangan firma yang sedikit dalam pasaran
C Mobiliti faktor pengeluaran yang rendah
D Pengeluaran berlaku dalam jangka masa panjang

14

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

50. Jadaul di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi dua jenis barang.

Jenis Barang Peratus Perubahan Harga Peratus Perubahan Kuantiti


Y 100 20
Z 50 100

Yang manakah betul berkaitan dengan barang Y dan barang Z berdasarkan jadual di atas.
I Contoh barang Y ialah beras
II Pengguna sangat responsif terhadap barang Z
III Pengeluar perlu menaikkan harga barang Z untuk meningkatkan hasil jualan
IV Kecerunan keluk permintaan barang Y ialah landai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

15

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 4

BAB 3 : PENDAPATAN INDIVIDU

51. Situasi manakah yang menerangkan fungsi wang sebagai alat ukuran nilai?
A Encik Ali membayar RM5000 sebagai deposit untuk kereta baharu
B Cik Amri membayar RM250 setiap bulan untuk motosikalnya selama dua tahun
C En Azam mengunjungi lebih daripada 10 kedai komputer untuk membandingkan harga komputer
sebelum membeli
D Puan Maimum membeli barang kemas pada harga diskaun 70% sempena jualan penghabisan stok
oleh Intan Jewel Sdn Bhd

52. Mengapakah wang boleh digunakan sebagai alat bayaran tertunda?


A Wang mempunyai nilai yang stabil
B Wang merupakan alat pertukaran yang sah
C Wang boleh digunakan untuk pembahagian nilai
D Wang dapat mengatasi masalah keperluan dan kehendak serentak

53. Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu fungsi wang.

Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan maklumat tersebut?


I Alat perantaraan pertukaran
II Alat bayaran tertunda
III Alat ukuran nilai
IV Alat penyimpanan nilai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

54. Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?
A Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad
B Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia
C Proses menjelaskan bayaran ansuran kereta dalam tempoh 9 tahun
D Pembelian komputer riba baru berharga mahal

55. Antara berikut, yang manakah menunjukkan perbezaan antara bank pusat dengan bank perdagangan?

Bank Pusat Bank Perdagangan


A Menerima deposit daripada orang ramai Menerima deposit daripada firma
B Memberi kemudahan pinjaman kepada firma Memberi pinjaman kepada masyarakat
C Menguruskan akaun kerajaan Menguruskan akaun semasa
D Penasihat kewangan kepada syarikat korporat Penasihat kewangan kepada agensi kerajaan

16

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

56. Apakah kelebihan menggunakan perkhidmatan overdraf dalam sesuatu urusniaga?


A Boleh mengeluarkan wang tanpa had
B Pendeposit di bank perdagangan layak ditawarkan kemudahan ini
C Dapat digunakan oleh peniaga yang menghadapi masalah aliran tunai
D Faedah yang dikenakan tidak tertakluk terhadap wang yang dikeluarkan

57. Pernyataan manakah menunjukkan persamaan antara deposit tabungan dengan deposit semasa di bank
perdagangan?
I Disediakan buku akaun simpanan
II Pengeluaran wang pada bila-bila masa
III Kemudahan menggunakan kad ATM
IV Boleh memohon kemudahan overdraf
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

58. Pemilik akaun simpanan tetap


A dibayar kadar faedah lebih tinggi
B menerima penyata bank setiap bulan
C diberi kemudahan menggunakan cek
D boleh menggunakan kad juruwang elektronik (ATM)

59. Gambar di bawah berkaitan dengan sejenis kemudahan simpanan di bank perdagangan.

Kaedah ini membolehkan saya menikmati kadar faedah yang lebih


tinggi jika saya membuat simpanan dalam jangka panjang.

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kemudahan simpanan di atas?
I Dikenakan caj perkhidmatan
II Wang tidak boleh dikeluarkan sesuka hati
III Tidak boleh menggunakan cek
IV Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan overdraf
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

17

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

60. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah sampingan?


I Cuti bersalin
II Suasana tempat kerja
III Jaminan kerja
IV Kemudahan pinjaman kereta
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

61. Gambar di bawah berkaitan sebuah institusi kewangan dalam negara.

Antara berikut, manakah yang merupakan fungsi institusi kewangan tersebut?


A Menerima deposit daripada orang ramai
B Menyediakan pinjaman peribadi
C Mendiskaunkan bil pertukaran
D Mengawal kestabilan ekonomi

62. Setiap hari, Amin memperoleh wang daripada ayahnya untuk perbelanjaan di sekolah. Jenis pendapatan yang
diperoleh Amin dikenali sebagai….
A Upah C Bayaran pindahan
B Nafkah D Komisen

63. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang upah benar?


I Upah yang diterima dalam bentuk wang
II Digunakan untuk meningkatkan taraf hidup individu
III Merujuk kepada kemampuan upah wang untuk membeli barang
IV Keupayaan menghasilkan barang dan perkhidmatan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

64. Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilihan pekerjaan individu.

18

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

Antara berikut, yang manakah mungkin merupakan faktor yang menarik En Lee untuk memohon jawatan
tersebut?
I Upah wang
II Waktu bekerja
III Faedah sampingan
IV Kelayakan akademik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
65. Kolej komuniti di seluruh negara menyediakan pelbagai kursus jangka pendek kepada orang ramai.
Apakah faktor pemilihan pekerjaan yang berkaitan dengan pernyataan tersebut?
A Jaminan kerja C Pengalaman dan kemahiran
B Prospek pekerjaan D Suasana tempat kerja

66. Rumus berikut menunjukkan rumus pendapatan individu.

Pendapatan individu = Upah + Sewa + Faedah + Z + Untung + Bayaran pindahan

Z merujuk kepada
A Kerja lebih masa C Dividen
B Bantuan Prihatin Nasional D Pencen

67. Apakah aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor kedua?


A Penanaman kelapa sawit dan pembinaan jalan raya
B Pembinaan rumah dan perusahaan perabot
C Perusahaan tekstil dan perkhidmatan hotel
D Perlombongan dan perkhidmatan insurans

68. Cik Munirah menerima gaji bulanan RM5 000. Sekiranya kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP pekerja
daripada 11% kepada 12%, keadaan yang manakah akan berlaku?

Potongan Wajib Pendapatan Boleh Guna Gaji Bulanan


A Meningkat Menurun Tetap
B Tetap Menurun Meningkat
C Menurun Meningkat Tetap
D Tetap Meningkat Menurun

69. Syakila mempunyai idea yang kreatif dalam mengubah suai dan menghias barangan hantaran perkahwinan
dan cenderahati untuk semua jenis majlis. Beliau telah mula mengambil tempahan melalui laman sesawang
Facebook dan Instagram.
Apakah kaitan pernyataan di atas dengan matlamat pendapatan peribadi beliau?
I Pilihan pendidikan
II Keadaan ekonomi
III Keusahawanan
IV Kemahiran
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

19

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

70. Maklumat berikut adalah mengenai Puan Aliya.

Hitungkan perbelanjaan penggunaan Puan Aliya jika tabungan adalah RM 4 600.


A RM37 220 C RM41 820
B RM37 520 D RM43 400

71. Maklumat di bawah berkaitan sejenis kaedah pembayaran.

Mengapakah Encik Malek memilih kaedah pembayaran tersebut?


I Harga lebih murah
II Menikmati diskaun harga
III Meringankan beban kewangan
IV Menikmati barang walaupun harga penuh belum dijelaskan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

72. Maklumat manakah yang betul tentang kaedah pembayaran?

Bayaran Tunai Bayaran Kredit


Mudah mendapatkan perkhidmatan selepas
A Dapat menikmati barangan mewah
jualan
Boleh menggunakan barang yang dibeli untuk
B Tidak dapat melindungi diri daripada inflasi
menjana pendapatan
Barang menjadi hak milik selepas membayar
C Menikmati harga yang lebih murah
pendahuluan
D Dapat meningkatkan taraf hidup Mendorong pengguna berjimat cermat

73. Maklumat berikut berkaitan dengan pendapatan Cik Halimah.

Butiran RM
Gaji 1 800
Dividen 350
PERKESO 8.50
KWSP 198
Bayaran sewa rumah 400

Berapakah pendapatan boleh guna Cik Halimah pada bulan tersebut?


A RM 1 193.50 C RM 1 543.50
B RM 1 243.50 D RM 1 943.50

20

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

74. Antara yang berikut yang manakah merupakan pasangan pernyataan yang tepat?

Keperluan Kehendak
Harga barang keperluan biasanya dikawal Harga barang kehendak ditentukan oleh kuasa
A
oleh kerajaan permintaan dan penawaran
Barang keperluan mempunyai banyak Barang kehendak adalah terhad kepada
B
pilihan beberapa jenis barang sahaja
Barang keperluan adalah penting untuk Barang kehendak bertujuan untuk mencapai
C
mencapai kehidupan yang selesa keselesaan hidup yang minimum
D Dipengaruhi oleh pendapatan individu Tidak dipengaruhi oleh pendapatan individu

75. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan belanjawan peribadi?
I Mengelakkan inflasi
II Meningkatkan pendapatan
III Membolehkan individu membeli barang mewah
IV Membolehkan individu mendahulukan perbelanjaan yang penting
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

21

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 4

BAB 4 : PENGELUARAN

76. Pernyataan manakah yang betul tentang kos tetap?


A Kos yang ditanggung untuk mengeluarkan seunit output
B Wujud dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang
C Pembelian untuk mendapatkan bahan mentah dalam proses pengeluaran
D Pembayaran yang perlu dilakukan walaupun pengeluaran belum bermula

77. Pilih pernyataan yang benar mengenai hukum pulangan berkurangan dalam pengeluaran firma.
A Berlaku kemajuan yang berterusan dalam tingkat teknologi pengeluaran
B Jumlah keluaran firma semakin meningkat apabila penggunaan input bertambah
C Jumlah keluaran semakin menurun jika input berubah ditambah berterusan ke atas input tetap
D Gabungan yang paling cekap antara input berubah dan input tetap untuk menambah output

78. Pilih pernyataan yang benar mengenai pengeluaran jangka panjang.


A Semua input yang digunakan dalam pengeluaran ialah input tetap
B Firma dapat mengubah tingkat output dengan menjalankan aktiviti R&D
C Wujudnya sekurang-kurang satu input tetap dalam pengeluaran
D Pertambahan output dapat dilakukan dengan menambah input tetap

79. Jadual di bawah menunjukkan input dan keluaran sebuah firma.

Input Tetap Input Berubah Jumlah Keluaran


15 3 1 100
15 6 1 500
15 9 2 100
15 12 2 400

Antara yang berikut, yang manakah benar tentang jadual tersebut?


I Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa pendek
II Proses pengeluaran adalah dalam jangka masa panjang
III keluaran purata untuk input berubah ke-12 ialah 300 unit
IV keluaran marginal untuk input berubah ke-9 ialah 200 unit
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

80. Jadual menunjukkan jumlah kos bagi sebuah firma.


Keluaran (unit) 0 2 4 6
Jumlah kos (RM) 80 110 150 180

Hitungkan kos sut untuk mengeluarkan 6 unit keluaran.


A RM15 C RM30
B RM20 D RM75

22

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

81. Jadual di bawah menunjukkan kos yang ditanggung oleh Firma Hasnim.

Jumlah output (unit) Kos tetap (RM) Kos berubah (RM)


5 10 20
10 10 40
15 10 55
20 10 65

Berapakah kos purata yang ditanggung oleh Firma Hasnim apabila jumlah output ialah 15?
A RM2.00 C RM3.70
B RM3.00 D RM4.30

82. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sesuatu barang.

Kos berubah RM200


Kos purata RM10
Jumlah output 50 unit

Berapakah kos tetap?


A RM100 C RM300
B RM200 D RM400

83. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kos berubah dalam proses pengeluaran?
A Bil air dan elektrik C Sewa bangunan kilang
B Premium insurans D Faedah pinjaman modal

84. Jadual di bawah menunjukkan kos berubah bagi sebuah firma.

Output (unit) Kos Berubah (RM)


1 20
2 30
3 40
4 50

Jika kos tetap ialah RM20, kos purata firma tersebut


A semakin menurun
B semakin meningkat
C paling tinggi pada 4 unit output
D paling rendah pada 1 unit output

85. Kos tetap bagi firma X ialah RM650. Jika kos berubah untuk mengeluarkan 45 unit output ialah RM2 500,
berapakah kos purata firma tersebut?
A RM41.11 C RM70.00
B RM55.56 D RM14.44

23

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

86. Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran suatu barang oleh Firma X.

Kos berubah RM550


Kos tetap RM900
Kos purata RM5

Berapakah jumlah keluaran firma tersebut?


A 290 unit C 110 unit
B 180 unit D 100 unit

87. Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pada pelbagai tingkat keluaran.

Keluaran Jumlah kos


(unit) (RM)
0 28
2 36
4 48
6 76

Berapakah jumlah kos tetap pada tingkat keluaran ke 4?


A RM28 C RM48
B RM36 D RM76

88. Maklumat di bawah berkaitan dengan kos pengeluaran sebuah firma.

Berapakah kos sut firma ABC?


A RM133.33 C RM195.34
B RM186.04 D RM200.00

89. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran Syarikat Jana Utama.

Berapakah jumlah untung Syarikat Jana Utama pada bulan tersebut?


A RM169 900 C RM350 800
B RM286 100 D RM456 000

24

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

90. Puan Suraya telah meletakkan jawatannya sebagai pegawai bank yang diberi gaji RM3 000 sebulan dan
memulakan perniagaan kedai bakeri dengan wang simpanan di bank RM12 000 dengan kadar faedah 4%
setahun. Jumlah hasil perniagaan kedai bakeri dalam tempoh sebulan ialah RM10 000.

Berikut adalah kos-kos yang terlibat dalam tempoh sebulan:

Bahan mentah RM3000


Gaji pembantu RM900
Bil elektrik dan air RM1000

Hitung jumlah untung ekonomi perniagaan kedai bakeri Puan Suraya dalm tempoh sebulan.
A RM7000 C RM2100
B RM5100 D RM2060

91. Maklumat berikut berkaitan rumus untung.

T dan S ialah
A Jumlah hasil dan kos tetap
B Harga dan jumlah kos
C Harga dan kos berubah
D Jumlah hasil dan kos sut

92. Maklumat berikut berkaitan dengan pengeluaran sebuah firma.

Output 600 unit


Harga jualan seunit RM12.00
Kos purata RM7.00

Berapakah untung firma tersebut?


A RM3 000 C RM7 200
B RM4 200 D RM11 200

93. Apakah kos implisit yang ditanggung oleh pengusaha dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan?
A Bayaran upah buruh
B Faedah atas pinjaman bank
C Bayaran perkhidmatan pengangkutan
D Bayaran sewa atas bangunan milik pengusaha

94. Antara yang berikut, faktor yang manakah akan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi?
I Prosedur kerja yang fleksibel dan ringkas
II Proses membuat keputusan yang rumit
III Persekitaran kerja yang sempit dan berbahaya
IV Tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

95. Pilih faktor yang akan membantu meningkatkan tahap produktiviti sesebuah organisasi.
A Gaya kepimpinan pengurusan yang autokratik
B Sistem dan prosedur kerja yang rumit
C Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif
D Penggunaan kelengkapan modal yang membazir

96. Antara berikut, yang manakah menunjukkan peningkatan produktiviti?

Input Output

A Tambah 5% Kurang 10%


B Kurang 10% Kurang 15%
C Tetap Kurang 10%
D Tetap Tambah 15%

97. Apakah faedah sosial yang akan timbul apabila kerajaan negeri menggalakkan penggunaan lebih banyak
basikal di Pulau Pinang?
A Kos pengangkutan yang lebih tinggi
B Kadar pengangguran yang rendah
C Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah
D Kadar pencemaran udara yang lebih tinggi

98. Pernyataan di bawah berkaitan dengan eksternaliti.

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah kos sosial yang wujud kesan daripada situasi tersebut?
A Taraf hidup masyarakat meningkat
B Keuntungan syarikat pengedar kereta meningkat
C Masalah pencemaran udara semakin meningkat
D Pendapatan boleh guna masyarakat meningkat

99. Apakah faedah sosial jika kerajaan membina Pusat Zon Perdagangan Bebas di Padang Besar?
A Peningkatan pendapatan kerajaan negeri
B Peluang pekerjaan yang tinggi
C Kos pengangkutan yang murah
D Kadar jenayah meningkat

100. Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar?
A Mngurangkan modal pengeluar
B Mengawal harga barang yang dijual
C Mengawal kualiti barang yang dikeluarkan
D Mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran

26

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 5

BAB 1 : EKONOMI DAN KERAJAAN

101. Antara yang berikut, pilih pernyataan yang tepat menggambarkan barang awam yang disediakan oleh
kerajaan.
A Alip membeli sebuah motosikal berharga RM 9500
B Puan Siti Noor menggunakan air mineral yang bersih untuk memasak gulai ikan
C Ikhwan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana dijangkiti virus Covid-19
D Tandas di Pusat Red Gym hanya disediakan untuk ahli yang membayar yuran keahlian

102. Pernyataan manakah yang benar berkaitan peranan kerajaan?

Peranan Kerajaan Matlamat

A Sebagai pengeluar Mencipta peluang pekerjaan kepoada masyarakat


B Mencapai objektif pertumbuhan ekonomi Merancakkan aktiviti pengeluaran dalam negara
C Mencapai objektif imbangan Pengaliran keluar wang lebih tinggi daripada
pembayaran lebihan pengaliran wang masuk
D Mengawal selia pengeluar dan Memastikan guna tenaga penuh dapat dicapai
eksternaliti negatif

103. Indah Water Konsortium Sendirian Berhad di Malaysia dianggap sebagai syarikat monopoli semula jadi kerana
A dimiliki oleh sektor swasta
B mengenakan harga yang tinggi
C disenaraikan di Bursa Malaysia
D menanggung kos modal yang tinggi

104. Mengapakah pihak kerajaan menyediakan kemudahan asas di desa?


A Meningkatkan taraf hidup C Meningkatkan pendapatan negara
B Meningkatkan kadar upah D Meningkatkan peluang pekerjaan

105. Maklumat yang berikut berkaitan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

Tahun Keluaran Dalam Negara Kasar (RM Juta)


2015 1 063 355
2016 1 108 227

Apakah objektif makroekonomi tersebut?


A Kestabilan harga C Pertumbuhan ekonomi
B Guna tenaga penuh D Kestabilan imbangan pembayaran

106. Apakah kesan dasar harga maksimum terhadap pengguna?


A Kebajikan pengguna dapat dijaga
B Meningkatkan penawaran pengeluar
C Memaksimumkan pendapatan kerajaan
D Memastikan semua rakyat mendapat barang kehendak
27

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

107. Peningkatan pertumbuhan ekonomi di Malaysia akan membawa kepada


I peningkatan infrastruktur fizikal
II peningkatan kadar pengangguran
III peningkatan bilangan kakitangan awam
IV peningkatan taraf pendidikan penduduk
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

108. Manakah yang menyebabkan inflasi tolakan kos?


A Pertambahan kos bahan api
B Pengembangan kredit bank perdagangan
C Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan
D Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan

109. Situasi manakah yang menyebabkan pengangguran kitaran?


A Pekerja yang hilang pekerjaan kerana terlalu memilih pekerjaan
B Pekerja yang meletakkan jawatan untuk mengharapkan pekerjaan lain
C Pekerja yang hilang pekerjaan semasa kemelesetan ekonomi
D Pekerja yang menghadapi kekurangan kemahiran

110. Apakah kesan yang akan berlaku jika kadar inflasi meningkat daripada 1.2% kepada 2.0%?
I Peluang pekerjaan menurun
II Kuasa beli masyarakat meningkat
III Pendapatan benar masyarakat menurun
IV Nilai wang yang dipegang oleh masyarakat merosot
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

111. Maklumat berikut berkaitan sejenis pengangguran.

Pernyataan yang manakah menggambarkan sebab berlakunya masalah tersebut?


A Peningkatan dalam gaji pekerja
B Isi rumah membuat kerja sambilan
C Terlalu bergantung kepada bidang pertanian
D Menggantikan penggunaan buruh kepada mesin dalam pengeluaran

112. Maklumat di bawah menunjukkan keadaan sesebuah ekonomi.

Antara yang berikut, jenis inflasi manakah yang berkaitan?


A Inflasi bermusim C Inflasi tolakan kos
B Inflasi diimport D Inflasi tarikan permintaan

28

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

113. Apakah ciri-ciri inflasi tarikan permintaan?


I Kos pengeluaran meningkat
II Upah buruh meningkat
III Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
IV Proses penciptaan kredit yang pesat
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

114. Bekalan wang dalam ekonomi berkurang sekiranya bank pusat


I Menaikkan kadar faedah
II Melonggarkan syarat sewa beli
III Membeli surat jaminan kerajaan
IV Menaikkan nisbah rizab berkanun
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

115. Antara yang berikut, tindakan kerajaan yang manakah akan menyebabkan permintaan barang dan
perkhidmatan berkurang?
A Melonggarkan syarat sewa beli
B Membeli surat jaminan kerajaan
C Menambahkan perbelanjaan kerajaan
D Menaikkan kadar faedah

116. Bagaimanakah dasar kewangan mengatasi masalah pengangguran yang tinggi dan lambakan stok dalam
ekonomi ?
I Menurunkan kadar cukai
II Menurunkan kadar faedah
III Membeli surat jaminan kerajaan
IV Menurunkan perbelanjaan kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

117. Dasar fiskal menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui


I kenaikan cukai
II penurunan cukai
III pertambahan perbelanjaan kerajaan
IV pengurangan perbelanjaan kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

118. Langkah kerajaan menurunkan kadar faedah dalam menangani kelembapan ekonomi akibat Covid-19 telah
memberi impak kepada pengguna kerana
A Kos pinjaman pengguna meningkat
B Pengguna akan mengurangkan jumlah pinjaman ke atas barangan mewah
C Perbelanjaan pengguna dalam ekonomi meningkat
D Pengguna perlu menyediakan lebihan wang semasa membuat perbelanjaan

119. Antara yang berikut, yang manakah cukai progresif?


A Cukai perjudian C Cukai pendapatan syarikat
B Cukai pendapatan individu D Cukai barang dan perkhidmatan
29

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

120. Dasar fiskal mengembang digunakan oleh kerajaan untuk


A Mengurangkan masalah inflasi
B Mengurangkan permintaan agregat
C Menambahkan peluang pekerjaan
D Menambahkan permintaan wang

121. Manakah yang merujuk kepada perbelanjaan perkhidmatan ekonomi?


A Membina kuarters kediaman kesihatan
B Membina pusat pelabuhan kapal
C Membina pusat kegiatan guru
D Membina ibu pejabat polis

122. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang perbelanjaan mengurus?
I Puan Siti Hajar menerima pencen bulanan sebanyak RM2500
II Kerajaan membesarkan pelabuhan perikanan di Tok Bali Kelantan
III Kementerian Pendidikan membina sebuah sekolah menengah di Taiping, Perak
IV Encik Kumar yang bekerja sebagai pegawai polis menerima gaji setiap bulan sebanyak RM3500
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

123. Antara yang berikut, yang manakah hasil bukan cukai?


I Tarif
II Duti Setem
III Bayaran denda dan penalti
IV Royalti petroleum
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

124. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?


A Koperasi SMKS Berhad membayar cukai ke atas keuntungannya
B Syarikat Anda Deebaak Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan
C Puan Nurul Iman membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia
D Kedai Runcit Syafiqah dikenakan denda kerana melanggar undang-undang pematuhan SOP

125. Jadual di bawah menunjukkan sebahagian sumber hasil kerajaan pada tahun 2015.

Hasil cukai RM juta


Cukai pendapatan individu 26 321
Duti eksport 1 039
Duti import 2 732
Cukai pendapatan koperasi 80
Cukai barang dan perkhidmatan 27 012
Cukai pendapatan syarikat 63 679
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, tahun 2017)
Hitung jumlah hasil cukai tak langsung kerajaan pada tahun tersebut.
A RM 29 773 juta C RM 89 990 juta
B RM 30 783 juta D RM 117 092 juta

30

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

TINGKATAN 5
BAB 2 : MALAYSIA DAN EKONOMI GLOBAL

126. Syarikat multinasional merujuk kepada


A Firma yang terlibat dengan pelbagai aktiviti pengeluaran
B Firma yang menggunakan pekerja daripada pelbagai negara
C Firma yang beroperasi di beberapa buah negara pada masa yang sama
D Firma yang mengeluarkan pelbagai barang dan perkhidmatan di peringkat antarabangsa

127. Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?


A Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu
B Pelupusan duti import untuk semua barang import
C Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia
D Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia

128. Manakah yang merupakan kepentingan perdagangan antarabangsa?


A Menimbulkan lambakan
B Mengurangkan mobiliti tenaga buruh
C Meneruskan kebergantungan terhadap sektor eksport
D Menggalakkan pemindahan dan penggunaan teknologi

129. Syarikat Multinasional Amerika Syarikat yang mengeluarkan peralatan komunikasi berpindah dari Malaysia ke
China.
Apakah faktor yang mendorong firma tersebut berpindah operasinya?
I Tenaga buruh yang lebih banyak di China
II Saiz pasaran yang lebih luas di China
III Upah yang lebih rendah di Malaysia
IV Kecekapan kemudahan asas di Malaysia
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

130. Apakah faktor yang menggalakkan globalisasi?


I Menambahkan syarat permohonan visa
II Kemajuan internet dan ekonomi digital
III Rangkaian pengangkutan yang cekap
IV Sekatan perdagangan antarabangsa
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

131. Maklumat yang berikut berkaitan dengan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.

Apakah faktor tersebut?


A Harga faktor
B Iklim dan tanih
C Sumber semulajadi
D Tingkat kecekapan pengeluaran

31

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

132. Kesatuan Eropah (EU) merupakan blok ekonomi yang jumlah nilai urus niaganya adalah paling tinggi di dunia.
Antara berikut, yang manakah objektif penubuhan Kesatuan Eropah?
A Menghapuskan duti kastam untuk semua negara anggota
B Menyelaraskan dasar kewangan dan dasar fiskal negara luar
C Menggalakkan perkembangan aktiviti ekonomi antara negara luar
D Memberi kebebasan pengaliran modal dalam kalangan negara luar

133. Penglibatan sesebuah negara dalam blok ekonomi atau perjanjian perdagangan akan mempengaruhi ekonomi
dalam negara. Antara berikut yang manakah memberikan keburukan kepada ekonomi dan sosial negara?
A Menggalakkan pemindahan teknologi dan kepakaran
B Peluasan pasaran
C Corak penjajahan baharu ekonomi
D Perkongsian sumber tenaga dan bahan mentah

134. Apakah risiko yang dihadapi oleh syarikat multinasional?


A Peningkatan modal insan
B Peningkatan eksternaliti negatif
C Kesukaran menghantar balik keuntungan
D Pembangunan dalam infrastruktur digital

135. Apakah kesan negatif daripada wujudnya pelaburan asing di Malaysia?


A Negara yang menerima pelaburan asing senang mengawal aliran keluar untung
B Syarikat-syarikat gergasi akan menguasai sektor-sektor yang menguntungkan
C Penerokaan dan pengeluaran sumber alam yang boleh dikawal
D Imbangan pembayaran memberi kesan positif

136. Kuota memberi kebaikan kepada negara kerana dapat


A meningkatkan pendapatan negara
B mempelbagaikan pilihan barangan kepada pengguna
C menggalakkan persaingan yang sihat
D memperbaiki imbangan pembayaran

137. Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi dalam perdagangan antarabangsa?
A Menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia
B Sumber hasil negara
C Mengehadkan pembelian pertukaran asing
D Menggalakkan perkembangan industri penggantian import negara

138. Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

Antara yang berikut, yang manakah tujuan cukai tersebut dikenakan?


I Melindungi industri muda tempatan
II Meningkatkan kecekapan pengeluaran
III Menggalakkan pemindahan teknologi
IV Meningkatkan sumber hasil kerajaan
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
32

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

139. Antara berikut, yang manakah menunjukkan kesan pelaksanaan kuota terhadap perdagangan antarabangsa?

33

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

140. Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang akaun perkhidmatan?
I Nilai import barang tak nampak
II Nilai import barang nampak
III Nilai eksport barang nampak
IV Nilai eksport barang tak nampak
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

141. Situasi manakah merupakan komposisi eksport tak nampak Malaysia?


A Syarikat NRS menghantar pekerjanya berkursus dalam bidang elektrik di Jepun
B Encik Albert dari United Kongdom membeli tiket untuk menonton perlumbaan kereta Formula One (F1)
di Litar Antarabangsa Sepang
C Syarikat TR Travel dari bandar Klang menyewa syarikat penerbangan Kuwait untuk membawa
rombongan umrah ke Arab Saudi
D Encik Ismail sekeluarga melancong sambil menonton pertandingan bola sepak piala dunia di Brazil

142. Situasi manakah yang direkod dalam Akaun Perkhidmatan?


A Firma Bersatu Berhad mengeksport buah buahan segar ke Timur Tengah
B Pelabur Malaysia meningkatkan pelaburan dalam sektor pembinaan di India
C Pasukan bola sepak Terengganu menggunakan khidmat jurulatih dari England
D Kerajaan Malaysia memberi sumbangan kewangan kepada mangsa gempa bumi di pakistan

143. Maklumat berikut berkaitan dengan perdagangan antarabangsa Malaysia.

Pasangan manakah yang betul?

Eksport Import

A Eksport barang nampak Import barang tak nampak


B Eksport barang tak nampak Import barang nampak
C Eksport barang nampak Import barang nampak
D Eksport barang tak nampak Import barang tak nampak

144. Situasi yang manakah dapat memperbaiki imbangan pembayaran Malaysia?


A Atlet negara menyertai Temasya Sukan Sea di Thailand
B Pekerja Malaysia di Singapura mengirim wang ke Malaysia
C Firma Malaysia membuat pelaburan dalam bidang hartanah di Malaysia
D Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia membiayai pelajar melanjutkan pelajaran ke luar negara

145. Situasi manakah yang menyebabkan berlaku permintaan ke atas Ringgit Malaysia?
I Kemasukan pelaburan Australia ke Malaysia
II Jepun membeli petroleum mentah dari Malaysia
III Syarikat Malaysia melabur di China
IV Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Palestin
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

34

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021


KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN 2020

146. Situasi manakah yang akan menyebabkan imbangan perkhidmatan menjadi bertambah baik?
A Persatuan Badminton Malaysia mengambil lebih ramai jurulatih dari luar negara
B Syarikat pelancongan tempatan menggunakan kapal terbang Qatar untuk lawatan ke Abu Dhabi
C Ramai pesakit dari Indonesia menggunakan pusat kesihatan di Pulau Pinang
D Syarikat pengeksport Malaysia mengambil insurans perkapalan dari Jepun

147. Jadual di bawah menunjukkan imbangan dagangan Malaysia bagi tempoh empat tahun.

Eksport Import Imbangan Dagangan


Tahun
(RM Juta) (RM Juta) (RM Juta)
2016 9.1 8.4 0.7
2017 0.8 5.5 - 4.7
2018 2.3 6.5 - 4.2
2019 8.4 6.7 1.7

Pernyataan manakah yang betul tentang jadual di atas?


A Eksport meningkat dari tahun 2017 hingga 2019
B Nilai import melebihi nilai eksport pada tahun 2019
C Berlaku imbangan dagangan lebihan pada tahun 2018
D Import perlu ditambah pada tahun 2016 untuk memperbaik keadaan

148. Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia dengan negara asing.

Mata Wang Harga Belian (RM) Harga Jualan (RM)

1 Euro 4.9258 4.9795

Seorang pelancong dari Itali ingin menukarkan 400 Euro kepada Ringgit Malaysia. Berapakah Ringgit
Malaysia yang diterima olehnya?
A RM1315.88 C RM1991.80
B RM1596.00 D RM1970.32

149. Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan permintaan terhadap Ringgit Malaysia?
A Kenaikan kadar faedah dalam Malaysia
B Pertambahan dalam jumlah eksport negara Malaysia
C Nilai Ringgit Malaysia dijangka meningkat pada masa hadapan
D Kegemaran rakyat Malaysia membeli barang buatan tempatan

150. Maklumat di bawah menunjukkan kadar pertukaran antara Ringgit Malaysia (RM) dengan Dollar Singapura
(SGD).

Berapakah nilai dalam Ringgit Malaysia jika seorang pelajar membeli sebuah buku berharga SGD120 melalui
sebuah portal atas talian?
A RM200 C RM265
B RM255 D RM300

35

PANITIA EKONOMI SMK SUBANG 2021

Anda mungkin juga menyukai