Anda di halaman 1dari 53

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : Sumithra Devi A/P Gunasegaran


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelajar
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : -
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif


Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria & Husna
2. Pengarang:
Hassan
3. Tahun diterbitkan: 2007

4. Diterbitkan oleh: Telaga Biru Sdn.Bhd

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini membicarakan tentang ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita
untuk mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia
dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana
anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli
motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi akan


datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses untuk


menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan lahiriah
yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang dinamakan
“latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula merupakan aplikasi
sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran bermasyarakat”.
Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan
penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al
Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di samping
itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT, kemahiran
seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran berfikir,
kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai haiwan dan
alam sekitar.

Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu


didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti besama-
sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang baik.

Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita


motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak
positif berjaya.

6. Manfaat/
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak
pengajaran yang
diperoleh menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu
daripada buku
yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama,
yang dibaca:
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai
dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar
biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu
mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang
teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah
amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.
Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada ibu
bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa positif.
Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana jiwa positif
akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum anak-anak itu
cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu kerana “ bagaimana
acuan begitulah kuihnya”.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU


 
a. Nama :Mohamad Amirul Husni Bin Mohd Nasir
b. Sektor / Unit/ Organisasi :Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu
c. Kumpulan Perkhidmatan :Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2 (Pelajar)
d. Tarikh & Masa Pembentangan :(jika berkaitan)
e. Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
1. Tajuk Buku: Pengajaran dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi:
Teori dan Amalan
2. Pengarang: N.S Rajendran
3. Tahun 2017
diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: Universiti Pendidikan Sultan Idris
5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan berkaitan bagaimana untuk menjadikan
Yang Dibaca: proses pengajaran dan pembelajaran ke arah Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Hal ini dikatakan demikian kerana
KBAT merupakan salah satu elemen penting yang perlu
diterapkan pada masa kini. Selain itu, pada masa ini juga hampir
semua pemikir reformasi pendidikan mengesyorkan supaya
kemahiran berfikir diajarkan kepada semua pelajar.

Buku ini juga banyak memberi pengetahuan yang baharu


yang perlu diketahui. Selain itu, buku ini juga ada menerangkan
berkaitan strategi-strategi dan kemahiran-kemahiran yang perlu
ada bagi menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Strategi-
strategi ini penting bagi menjadikan sesuatu pengajaran lebih
berkesan dan berlaku dengan lebih efisien. Oleh yang demikian,
bagi meningkatkan penguasaan kemahiran ini, setiap orang
perlu diberi galakan, dibantu dan diajar.

Buku ini mengandungi tiga bahagian. Bahagian pertama


mengandungi latar belakang, teori dan tinjauan tentang
pengajaran berfikir. Bahagian kedua mengandungi kurikulum,
pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang perlu diketahui
untuk mengajar dan menilai penguasaan berfikir. Bahagian
ketiga mengandungi  peranan guru dan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir dan bahan
sumber serta cadangan.
Buku ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru.
6. Manfaat/ Hal ini dikatakan demikian kerana melalui pembacaan buku ini,

pengajaran yang saya mengetahui apakah strategi-strategi yang perlu digunakan


diperoleh bagi menggalakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam
daripada buku kalangan murid.
yang dibaca:
Selain itu, buku ini juga amat sesuai kepada saya kerana
ia banyak memberikan ilmu berkaitan pengajaran abad ini. Oleh
itu, buku ini amatlah sesuai untuk dijadikan bahan bacaan
semua guru pelatih dan warga pendidik bagi menambahkan lagi
pengetahuan berkaitan kemahiran berfikir ini.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a. Nama : NOR FARIHAH BINTI MOHD ARSHAD


b. Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
c. Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
d.Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
e.Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR
1. Tajuk Buku:
ZAHIRUDDIN ZABIDI
2. Pengarang:

3. Tahun
2012
diterbitkan:
PTS LITERA UTAMA SDN. BHD.
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Buku ini menceritakan tentang kisah srikandi-srikandi Islam yang dapat
Yang Dibaca:
diteladani oleh umat manusia pada zaman ini lebih-lebih lagi kepada
manusia yang bergelar wanita. Dalam buku ini telah menghimpunkan
tiga kisah indah berkenaan seindah-indah perhiasan dunia, iaitu wanita
yang solehah. Tiga kisah dalam satu buku ini adalah kombinasi kisah
yang mampu menerbitkan air mata, melahirkan kesyukuran, dan
menyuntik ketenangan dalam diri pembaca. Kisah mereka juga dapat
melahirkan inspirasi dan iktibar tentang makna pengorbanan serta
mengajar kita erti cinta. Sesungguhnya betapa agungnya cinta mereka
kepada ALLAH SWT.
Sekiranya emas dan permata adalah dambaan seluruh wanita di dunia
ini, begitu juga dengan buku ini. Ceritanya indah dan nilai
pengajarannya sangat berharga seperti emas. Ibarat permata yang
berkilau indah, buku ini juga menerbitkan kilauan inspirasi buat para
wanita. Seandainya kita menatap cermin untuk melihat kecantikan
wajah kurniaan Allah pada setiap hari, tataplah juga buku ini untuk
menyerlahkan lagi keindahan peribadi kita. 

Aminah adalah ibu kepada junjungan agung kita, Muhammad bin


Abdullah. Aminah dianugerahkan dengan setinggi-tinggi kemuliaan dan
Allah memilihnya untuk mengandung dan melahirkan Rasullah.
Kisahnya mencoretkan erti cinta seorang isteri kepada suami dan kasih
seorang ibu kepada anak. Fatimah pula adalah puteri kesayangan
Rasulullah dan menjadi isteri kepada sahabat agung, Ali bin Abi Talib.
Fatimah seorang yang ayu dan memiliki akhlak yang mulia. Fatimah
diasuh oleh semulia-mulia bapa dan sentiasa bersama Rasulullah pada
saat suka ataupun duka. Kedua-dua wanita agung ini mempunyai
hubungan darah yang paling akrab dengan Rasulullah.

Rabiatul Adawiyah pula hidup selepas zaman Rasulullah.


Kehidupannya dipenuhi dengan kerinduan dan kecintaan kepada Allah.
Hidupnya hanya untuk Allah dan cukuplah Allah bagi. Rabiatul
Adawiyah tenang dalam keasyikan cintanya kepada Allah dan tidak
pernah berumah tangga sepanjang hayatnya.

Aminah, Fatimah, dan Rabiatul Adawiyah adalah srikandi pada zaman


mereka. Kecantikan peribadi mereka tiada bandingan dan ketokohan
mereka tiada tandingan. Kisah mereka melahirkan inspirasi, memberi
makna pengorbanan, dan mengajar erti cinta.

6. Manfaat/ Buku ini sangat banyak manfaatnya kepada kita sebagai seorang
pengajaran yang muslim yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT. Kita juga
diperoleh dapat menjadikan kisah-kisah mereka sebagai petunjuk dan pedoman
daripada buku dalam kita sentiasa bersabar dan kuat dalam menempuhi ujian dunia.
yang dibaca: Sebagai seorang pendosa hanya pada Allah SWT sahaja tempat kita
bergantung dan letakkanlah cinta utama kepadaNya dalam hidup kita
demi meraih Mardhatillah serta sentiasalah Istiqamah dalam jalan
Islam.

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

a. Nama : MUHAMAD NABIL BIN ROMZI


b. Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
c. Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
d. Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
e. Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


THE MALAY DANCE
1. Tajuk Buku:
MOHD GHOUSE NASURUDDIN
2. Pengarang:
1995
3. Tahun diterbitkan:
DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
4. Diterbitkan oleh:
Buku ini mengisahkan dalam memperkenalkan tarian Melayu kepada
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: pembaca dan orang awam. Dalam buku ini juga terdapat pelbagai jenis
tarian Melayu yang ditarikan oleh orang ramai pada masa dahulu. Hal ini
bermaksud, pengarang telah menyetakan pelbagai jenis tarian Melayu
yang telah dimainkan sejak beberapa tahun sebelumnya. Antara jenis
tarian yang dinyatakan oleh pengarang ialah Mak Yong, Mek Mulung,
Joget Gamelan, Tarian Asyik, Kuda Kepang, Barongan, Dabus, Rodat,
Hadrah dan Tarian Inai. Setiap tarian ini ditarikan mengikut tempat dan
situasi yang tersendiri. Sebagai contoh, tarian Mak Yong dan Mek
Mulung ditarikan untuk drama tarian dan Joget Gamelan dan Tarian
Asyik ditarikan di gelanggang. Pengarang juga mengupas lebih banyak
ilmu pengetahuan tentang cara untuk menarikan bagi setiap tarian
dengan betul dari permulaan sehingga tamat. Sememangnya, terdapat
sejarah tarian Melayu yang tersendiri. Oleh itu, para pembaca akan
mendapat ilmu yang baharu tentang tarian Melayu yang selama ini
hanya didengari oleh mulut orang dan multimedia. Akhir sekali, buku
Tarian Melayu merupakan sebuah buku yang memberi pengenalan dan
pendedahan tarian-tarian Melayu yang ditarikan oleh orang-orang
Melayu sejak zaman dahulu dan para pembaca akan dapat mengetahui
cara-cara tarian yang betul dan langkah-langkah yang boleh diambil dan
dipraktikkan dalam membuat sesuatu tarian.

6. Manfaat/ Antara manfaat yang saya peroleh daripada buku yang dibaca ialah saya
pengajaran yang
dapat mengetahui sejarah Tarian Melayu itu sendiri. Hal ini kerana, pada
diperoleh
daripada buku pendapat saya, orang Melayu perlu mengetahui sejarah dan asal usul
yang dibaca:
tarian Melayu supaya dapat melahirkan rasa bangga terhadap tarian
Melayu. Selain itu, saya dapat mengenali jenis-jenis tarian yang ditarikan
oleh orang-orang Melayu pada ketika dahulu. Sememangnya, terdapat
jenis tarian yang saya sendiri tidak ketahui. Jadi, dengan membaca buku
ini saya dapat mengetahui jenis tarian yang tidak saya ketahui tersebut.
Akhir sekali, dapat mempelajari cara menarikan tarian dengan betul dan
langkah-langkah yang diajar. Hal ini kerana, dalam buku ini terdapat juga
menjelaskan cara untuk menarikan tarian dengan betul dari segi
kelembutan, langkah tari, bunga tari dan sebagainya.
7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR AINI ANISATIRAH BINTI MOHAMAD NOOR AZAM


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Israk dan Mikraj menurut keterangan Al-Quran dan Hadis
1. Tajuk Buku:
Dr Ismail Lutfi (penyusun)
2. Pengarang:

3. Tahun
2009
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
Perniagaan Jahabersa
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca:
Buku ini menghuraikan secara terperinci mengenai israk dan
mikraj berdasarkan perkataan-perkataan yang terdapat pada surah
Al-Israk ayat 1. Terdapat empat kata kunci untuk memudahkan kita
mengingati apa yang terkandung dalam ayat tersebut iaitu yang
menjalankan, yang dijalankan, waktunya, perjalanannya dari dan
hingga ke. Buku ini juga mengatakan terdapat pendapat ulam
mengenai keadaan Nabi Muhammad SAW semasa berlaku
peristiwa ini. Antaranya ialah, berlaku dengan roh Nabi
Muhammad SAW, berlaku dalam mimpi baginda dan berlaku
dengan roh dan badan baginda. Kesemua pendapat ini boleh
dipercayai kerana dinasabkan kepada Siti Aishah r.a, dinasabkan
kepada Muawiyah dan Al Hasan Al Basri dan pendapat ulama As
Salaf dan Muta’kharin. Pendapat-pendapat ini boleh membetulkan
khilaf yang wujud mengenai jumlah hari berlakunya Israk dan
Mikraj. Tarikh berlakunya israk dan mikraj ini perlu diketahui oleh
semua umat Islam kerana ada pendapat yang masyhur di
kalangan orang tetapi tidak sahih dan dianggap dusta oleh
sesetengah ulama hadis. Contohnya, berlaku pada malam yang
kedua puluh tujuh daripada bulan Rejab , berlaku pada malam
Jumaat daripada bulan Rejab yang dikenali sebagai malam ghaib
dan terdapat solat ghaib serta diuar-uarkan oleh ahli Sejarah
bahawa israk dan mikraj berlaku pada bulan Rejab. Terdapat kisah
dan bukti mengenai israk dan mikraj iaitu kedatangan mailakat,
dada Nabi Muhammad SAW telah dibelah, menaiki buraq, berisrak
(berjalan malam ke Masjidil Aqsa, Baitul Maqdis, Mikraj (naik ke
langit), langit dunia, An Nil, Al Furat dan Al Khauthar, langit kedua,
langit ketiga, langit keempat, langit kelima, langit keenam, langit
ketujuh, suara catitan Al Qalam, di sidratul Muntaha untuk
menerima solat fardu, baginda turun untuk berunding, baginda
naik berjumpa Allah untuk meminta keringanan solat fardu,
baginda dapat melihat Allah dan meihat syurga. Berdasarkan
kesemua kerajinan, rasa sayang baginda kepada umatnya dan
ketabahannya, baginda telah memperolehi solat fardu lima waktu,
ayat akhir bagi surah Al Baqarah dan pengampunan dosa-dosa
besar bagi umatnya yang tidak bersyikrik dengan Allah. Ketiga-
tiga perkara itu dianggap sebagai suatu penerimaan yang cukup
besar kepada Nabi Muhammad dan umatnya kerana kaum-kaum
sebelumnya tidak memperolehinya. Hal ini demikian kerana, Nabi
Muhammad SAW merupakan kekasih Allah. Cara solat yang
dilakukan oleh kita pada hari ini merupakan tunjuk ajar yang
diberikan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW dan
sahabat-sahabatnya. Solat ini telah dilakukan pada malam israk
selepas gelincir matahari. Solat yang diajarkan ialah solat zohor
empat rakaat, asar empat rakaat, maghrib tiga rakaat membaca
jehar pada dua rakaat pertama, isya’ empat rakaat membaca jehar
pada dua rakaat pertama dan subuh dua rakaat membaca jehar
pada kedua-duanya. Sewaktu penyampaian kisah israk mikraj
kepada kaumnya oleh Nabi Muhammad saw, terdapat yang
mengatakan kisah itu dusta dan ada yang bertepuk tangan kerana
mempercayainya. Terdapat soalan yang diajukan kepada baginda
iaitu bentuk Masjidil Aqsa dan mengenai perjalanan kumpunan
bani Polan. Kesemua jawapan yang diberi oleh baginda betul dan
diakui oleh mereka tetapi terdapat juga segelintir yang sukar
mempercayainya sehingga meminta kepastian daripada Abu
Bakar As Siddiq.

6. Manfaat/ Buku ini akan menambahkan keimanan seseorang kepada Allah


pengajaran yang
kerana memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran
diperoleh
daripada buku Allah Taala kepada hambanya. Selain itu, buku ini menambahkan
yang dibaca:
kepercayaan seseorang kepada ghaib kerana buku ini ada
menerangkan bahawa terdapat kehidupan yang lain daripada
manusia dan dibukti lagi bahawa Nabi Muhammad SAW pernah
pergi kepada kehidupan tersebut. Seterusnya, kita dapat
mengetahui bahawa mukjizat merupakan suatu perkara yang tidak
dapat ditangkap kebenarannya oleh pemikiran akal semata-mata.
Di samping itu, kita dapat membuktikan bahawa Nabi Muhammad
SAW merupakan suri teladan yang terbaik dan semulia-mulia
makhluk Allah. Kita juga mestilah menyucikan hati dahulu dengan
melakukan perkara-perkara yang dituntut oleh Allah seperti
banyakkan solat sunat dan sedekah kerana perbuatan itu
merupakan syarat bagi kejayaan dalam bermunajat kepada Allah
Taala buktinya dada Nabi dibelah. Akhir sekali, kita mestilah
melengkapkan solat fardu lima waktu kerana solat merupakan
tiang agama Islam dan kunci syurga serta tanda terima kasih
kepada Rasullah kerana bersusah dalam mengurangkan jumlah
solat fardu untuk kita.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(f) Nama : NURLIYANA BINTI JAAFAR


(g) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKBM
(h) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(i) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif
1. Tajuk Buku:
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Hj Muhammad Zakaria dan Husna
2. Pengarang:
Hassan
3. Tahun
2007
diterbitkan:
Telaga Biru Sdn. Bhd
4. Diterbitkan oleh:
Buku ini mengisahkan ibu bapa yang berhasrat dan bercita-cita untuk
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: mendidik anak-anaknya menjadi insan positif. Insan positif yang
dicadangkan adalah mengikut kerangka Islam iaitu cemerlang di dunia
dan akhirat. Namun realitinya, ramai ibu bapa yang kecewa kerana
anak-anak mereka tidak menjadi orang yang diharap-harapkan. Ahli
motivasi ada berkata “Mendidik anak-anak bermula 20 tahun sebelum
ibu dan ayahnya berkahwin”. Ini menunjukkan faktor keturunan amat
penting dalam menentukan sifat generasi akan datang.

       Justeru, siapa yang harus memulakan kecemerlangan generasi


akan datang. Apakah datuk, nenek, ibu, bapa atau masyarakat?

       Buku ini menyarankan dua pembahagian besar dalam proses


untuk menjadikan anak-anak positif. Ianya bermula dengan latihan
lahiriah yang merangkumi kognitif, psikomotor, dan kerohanian yang
dinamakan “latih anak kemahiran diri” dan aspek kedua pula
merupakan aplikasi sosiologi yang dinamakan” latih anak kemahiran
bermasyarakat”.

       Menerusi “latih anak kemahiran diri” ianya harus dimulai dengan


penghayatan keagamaan seperti bersyahadah, solat, membaca al
Quran, berzikir, dan amalan-amalan yang lainnya. Anak-anak perlu
ditunjangi dengan aspek kerohanian  jika ingin dilihat positif. Di
samping itu, anak-anak perlu dilengkapkan dengan kemahiran ICT,
kemahiran seni & budaya, kemahiran fotografi, aktiviti lasak, kemahiran
berfikir, kemahiran dalam pasukan, public speaking, dan mencintai
haiwan dan alam sekitar.

     Melalui “latih anak kemahiran bermasyarakat” anak-anak perlu


didedahkan dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti bergotong-
royong, mengikuti kem dan seminar, membantu masyarakat dan rakan
sebaya, semangat berpasukan dalam permainan, latihan komunikasi,
kerja sosial & sukarela, membantu kerjaya ibu bapa, beraktiviti
besama-sama keluarga dan menanamkan minat komitmen sosial yang
baik.

       Selain daripada itu, menerusi buku ini disertakan juga cerita-cerita


motivasi, potongan ayat al Quran dan al Hadis yang menjadi dalil untuk
mendidik anak-anak menjadi positif. Terdapat juga doa-doa yang
disarankan untuk menjadi amalan sekeluarga supaya dapat
diperkenankan oleh Allah SWT agar cita-cita menjadikan anak-anak
positif berjaya.
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mendidik anak-anak
6. Manfaat/
menjadi insan positif. Nilai positif merupakan nilai dalam diri individu
pengajaran yang
diperoleh yang dimiliki oleh semua manusia sejagat tanpa mengira agama,
daripada buku
bangsa, dan keturunan. Oleh sebab itu, orang yang dapat menguasai
yang dibaca:
dirinya dengan sifat-sifat positif boleh mencapai kecemerlangan luar
biasa. Manusia mampu mencapai cita-cita sekiranya cita-citanya itu
mampu dicapai oleh minda. Di samping itu, manusia yang berpegang
teguh pada tali agama akan mampu menempa kecemerlangan. Allah
amat bersikap adil untuk memberikan pembahagian rezeki kepada
hamba-hamba yang terikat kepadaNya.

Selain itu, buku ini berupaya menjadi petunjuk dan panduan kepada
ibu bapa untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang dan berjiwa
positif. Saranan didikan anak-anak adalah berpaksikan Islam kerana
jiwa positif akan memacu kejayaan di dunia dan akhirat. Sebelum
anak-anak itu cemerlang, ibu bapanya haruslah cemerlang dahulu
kerana “ bagaimana acuan begitulah kuihnya”.

“Setiap anak itu dilahirkan mengikut fitrah (suci bersih), maka ibu
bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Nasrani atau
Majusi” maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Oleh itu, ibu bapa
merupakan pencorak dalam mendidik anak-anak.

Buku ini juga banyak menyalurkan idea bagaimana cara dan


pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia dari negatif
kepada positif. Tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga
masih di usia anak-anak. Apatah lagi guru-guru merupakan ibu bapa
kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping menyalurkan ilmu
adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk mendidik
pelajarnya dengan nilai keagamaan dan moral.

Kita boleh meniru pendekatan yang diamalkan oleh Lukman Hakim


dalam mendidik anak-anaknya. Pertamanya anak-anak perlu diajar
takut dan mentaati Allah, diikuti Rasul dan menghormati ibu bapa.
Inilah kunci jiwa positif. Pelajar yang tertanam sifat mentaati Allah
pastinya akan mentaai semua perintah Allah dan makhluk-makhluk
ciptaanNya.
Di samping itu, buku ini juga mengingatkan kita tugas mendidik ini
bukannya mudah seperti menyediakan makanan malam. Ianya proses
berterusan yang memakan masa yang agak lama. Kadang-kadang
hasilnya dapat dilihat setelah pelajar ini menamatkan bangku
persekolahannya.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(k) Nama : Norisma binti Mohamad Noor


(l) Sektor / Unit/ Organisasi : IPGKBM
(m) Kumpulan Perkhidmatan : Pelajar
(n) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(o) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Menangani sifat marah
1. Tajuk Buku:
Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Mumtazah Tumian dan Mahfuzah
2. Pengarang:
Omar
3. Tahun
2006
diterbitkan:
Telaga Biru sdn. bhd
4. Diterbitkan oleh:
Buku ini membincangkan panduan untuk individu menangani sifat
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: marah yang ada dalam diri. Sifat marah ini ditamsilkan seperti seekor
singa yang berada dalam diri manusia. Seekor singa yang lepas bebas
boleh membahayakan ramai orang. Seseorang itu akan menjadi anti
sosial, ego, dan garang dan akan digelar raja binatang.
Namun sebaliknya, seekor singa yang telah dijinakkan mampu
menjadi penghibur seperti singa sarkas. Ia juga mampu menjadi hero
dalam filem, pergerakannya lemah lembut sehingga kanak-kanak pun
mampu terpikat kepadanya,
Begitulah sifat marah dalam jiwa manusia, jika tidak terkawal
mampu mengundang musibah. Marah harus dikawal seperti penjaga
zoo melatih singa. Makanannya tetap daging mentah tetapi tidak
menyerang sesuka hati seperti singa di hutan ketika mencari makanan.
Sifat marah yang terkawal akan mengubah manusia menjadi
makhluk “super” seperti yang terjadi kepada Khalifah Umar Al Khatab.
Sebelum Islam dia umpama singa setelah Islam juga dia tetap singa.
Malah singanya Umar setelah Islam telah menjadikan Islam itu
bertambah kuat serta menjadi dalil sejarah yang menjadi contoh
mukmin sejati sehingga ke hari ini.
Antara cadangan buku ini untuk mengawal sifat marah ialah
mengamalkan sift-sifat terpuji, mencintai Allah dan Rasul dan hidup
berkeluarga dengan mewujudkan suasana tenteram dan harmonis.
Seterusnya, buku ini juga disertakan cerita-cerita motivasi,
potongan ayat al-Quran dan al-Hadis yang menjadi panduan untuk
mengawal sifat marah. Terdapat juga doa-doa yang disarankan untuk
menjadi amalan hidup yang sesuai diamalkan semua ahli keluarga.

6. Manfaat/
Buku ini mengajar pembacanya bagaimana untuk mengawal sifat
pengajaran yang
diperoleh marah. Sifat marah yang tidak terkawal akan mengundang pengaruh
daripada buku
negatif terhadap individu dan masyarakat di sekelilingnya. Marah yang
yang dibaca:
tidak terkawal akan mencetuskan pergaduhan, mengundang
kemurungan, menjadikan diri dibenci, mengganggu kesihatan minda,
menjejaskan kesihatan seperti cepat tua, sakit jantung, darah tinggi
dan jangkitan kuman.
Di samping itu, pembaca juga turut disertakan dengan kaedah-
kaedah untuk mengawal kemarahan seperti beristighfar, kurang
menimbulkan provokasi, jangan menambahkan kemarahan orang lain
yang sedang marah, benarkan atau menidakkan hujah orang yang
sedang marah, segera mengingati diri bahawa marah bukan
penyelesaian masalah, segera ingat marah bukan tindakan manusia
bertamadun, memperlahankan intonasi suara ketika di khalayak,
jangan memandang muka orang yang sedang marah, lepaskan
kemarahan dengan menjerit di tempat sunyi dan segera berwuduk dan
bersembahyang sunat.
“Firman Allah SWT “Sesungguhnya solat itu akan mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar”. (Al Ankabut : 45)
Seterusnya, buku ini banyak menyalurkan idea bagaimana kaedah
dan pendekatan yang sesuai untuk mengubah tabiat manusia yang
sering marah kepada sikap yang positif. Sebagai seseorang yang akan
menjadi guru, tugas guru berhadapan dengan pelajar yang juga masih
di usia anak-anak yang banyak karenah. Pelajar sekolah seringkali
melakukan salah laku dan acap kali menimbulkan provokasi kepada
guru. Oleh itu, guru perlulah bijak mengawal emosi supaya
permasalahan pelajar ini dapat ditangani dengan berkhemah dan
bijaksana. Guru perlu mengawal kemarahan kerana marah yang tidak
terkawal akan mengakibatkan tindakan yang kurang bijak seperti
menampr dan memukul di luar batasan manusia. Guru-guru
merupakan ibu bapa kepada pelajar-pelajar ini di sekolah. Di samping
menyalurkan ilmu, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru untuk
mendidik pelajarnya dengan nilai-nilai murni. Oleh itu, buku ini banyak
memberi manfaat kepada pembacanya.

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(p) Nama : PAVITRA MARAN A/P SUGUMARAN


(q) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(r) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(s) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(t) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
1. Tajuk Buku:
INDIRAWATI ZAHID & MARDIAN SHAH OMAR
2. Pengarang:
2006
3. Tahun
diterbitkan:
PTS PROFESSIONAL PUBLISHING SDN.BHD
4. Diterbitkan oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Buku ini menghuraikan pengenalan tentang bidang Fonetik dan

Fonologi serta jenis-jenis Fonetik. Selain itu, penulis juga

membincangkan alat artikulasi dan daerah artikulasi serta pelabelan

bunyi bahasa dengan menggunakan gambar rajah yang lebih tepat.

Buku ini dapat memberi fahaman yang lebih luas dan mendalam
terhadap bidang Fonetik dan Fonologi. Tambahan pula, penulis juga

menghuraikan penghasilan bunyi dengan jelas dan baik. Beliau

membincangkan tiga alat yang memainkan peranan penting, iaitu alat

dalam tubuh, alat artikulasi dan daerah artikulasi. Bagi menghasilkan

bunyi dengan cara yang baik, pengetahuan tentang alat dan daerah

artikulasi sangat diperlukan. Seterusnya, penulis telah menulis

penerangan yang jelas dan padat berkenaan analisis spektrografi vokal

dan konsonan. Spektrografi ini dapat menunjukkan perbezaan bunyi-

bunyi vokal dan konsonan dan ia juga menjelaskan aspek sosial

penutur yang mengujarkan bunyi-bunyi tersebut. Data-data pada

spektrogram ini dapat membantu ahli fonetik akustik menilai kualiti

bunyi seorang penutur itu. data spektrogram juga dapat disimpan

dengan lebih selamat dan teratur bagi membolehkan kajian diteruskan

pada masa depan. Buku ini juga menghuraikan prosodi, iaitu

membicarakan intonasi. Akhir sekali, penulis tidak lupa untuk memberi

penjelasan tentang fonem vokal dan konsonan Melayu. Buku ini telah

menyediakan banyak contoh perkataan bagi menjelaskan fonem vokal

dan konsonan Melayu. Bahasa Melayu mempunyai 34 buah fonem

Melayu yang terdiri daripada 24 fonem asli dan 10 fonem pinjaman.

Buku ini sangat baik bagi semua pelajar untuk meningkatan kualiti

bahasa masing-masing dalam bahasa Melayu.

6. Manfaat/
Buku ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai seorang bakal guru
pengajaran yang
diperoleh bahasa Melayu. Saya dapat memperkukuh kefahaman terhadap jenis-
daripada buku
jenis Fonetik, perbezaan antara bidang Fonetik dan Fonologi, alat yang
yang dibaca:
terlibat dengan penghasilan bunyi yang tepat dan juga fonem vokal dan
konsonan bahasa Melayu. Selain itu, buku ini memberi dan
meningkatkan minat saya terhadap pembelajaran Fonetik dan Fonologi
bahasa Melayu kerana penulis telah menghuraikan dengan lebih jelas,
tepat dan padat dengan menggunakan bahasa yang mudah.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(u) Nama : NURUL SYAFIQAH BINTI AHMAD


SHUHAIMI
(v) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(w) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(x) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(y) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK
1. Tajuk Buku:
HAMKA
2. Pengarang:

3. Tahun
2015
diterbitkan:
PTS PUBLISHING HOUSE
4. Diterbitkan
oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Zainuddin ialah seorang anak yatim. Bapanya berketurunan
Minang meninggal dunia dalam buangan; ibunya pula bukan
keturunan Minang juga telah meninggal dunia. Beliau kini hidup
dengan rakan bapanya Mak Base di Batipuh, Sumatera.
Sebagai seorang yang berketurunan campuran, beliau
menghadapi banyak diskriminasi daripada konservatif Minang.
Walaupun dia mencintai Hayati, anak seorang bangsawan
tempatan, beliau tidak dibenarkan untuk bersama dengan
beliau. Dia memutuskan untuk bergerak ke padang Panjang.
Walau bagaimanapun, dia masih menulis surat kepada Hayati.
Suatu hari, Hayati pergi ke Padang Panjang untuk melihat
Zainuddin dan tinggal di rumah rakannya, Khadijah. Walau
bagaimanapun, abang sulung Khadijah, Aziz jatuh cinta dengan
Hayati. Aziz, yang berketurunan Minang dan latar belakang
yang mulia, disukai oleh keluarganya. Hal ini menyebabkan
mereka memandang rendah terhadap Zainuddin yang miskin
dan tidak mempunyai keturunan yang jelas. Walaupun
Zainuddin menerima warisan yang besar dari Mak Base, dia
terlalu lewat untuk memberitahu keluarga Hayati, dan Aziz
berkahwin dengan beliau.
Zainuddin berputus asa untuk mendapatkan cinta Hayati dan
berhijrah ke Jawa bersama rakannya, Muluk. Semasa di
Surabaya, Zainuddin dikenali sebagai seorang penulis dan
dermawan. Aziz dan Hayati juga bergerak ke Surabaya,
selepas Aziz dipindahkan. Walau bagaimanapun, hubungan
mereka telah bertambah buruk. Selepasmenghadapai konflik,
Aziz melarikan diri ke Banyuwangi, meninggalkan Hayati
kepada Zainuddin; dalam satu surat, Aziz menulis bahawa
Zainuddin adalah lebih layak untuk bersama Hayati.
Zainuddin telah membuat keputusan untuk menyuruh Hayati
kembali ke Sumatera. Keesokan harinya dia menaiki Van der
Wijck, yang tenggelam di luar pantai utara Jawa. Mendengar
berita itu, Zainuddin dan Muluk tergesa-gesa menuju ke Tuban
untuk mencari beliau. Mereka mencari beliau di sebuah
hospital. Zainuddin menemui Hayati dalam keadaan tenat dan
akhirnya Hayati mati dalam pangkuannya. Kesihatan Zainuddin
tidak menjadi lebih teruk lama selepas itu. Selepas
kematiannya, dia dikebumikan bersebelahan dengan Hayati.

6. Manfaat/ Buku ini sangat bermanfaat kepada saya kerana saya dapat
pengajaran mengenali budaya dan adat kaum-kaum lain. Selain itu, buku ini
yang diperoleh juga mempamerkan gaya bahasa yang sangat halus dan
daripada buku menarik. Hal ini telah menunjukkan peranan gaya bahasa yang
yang dibaca:
sangat berperanan untuk menarik minat pembaca. Buku ini
telah banyak menambah penggunaan kosa kata saya dalam
bahasa Melayu.

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(z) Nama : Muhammad Hakimi Bin Abd Naser


(aa) Sektor / Unit/ Organisasi : D2
(bb) Kumpulan Perkhidmatan : Pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
(cc) Tarikh & Masa Pembentangan : -
(jika berkaitan)
(dd) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


Kematian dan Pengurusan Jenazah
1. Tajuk Buku:
Selamat Hashim
2. Pengarang:
2007
3. Tahun
diterbitkan:
Universiti Teknologi Malaysia Press
4. Diterbitkan oleh:
Buku ini membincangkan pandangan ulama mengenai pengendalian
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: urusan jenazah. Pelbagai isu tentang pengurusan jenazah tidak
diketahui dan sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat
Islam pada hari ini. Mereka ingin mendapatkan penjelasan dari segi
syarak dan tidak melanggar peraturan-peraturan dalam Islam. Buku ini
juga menyingkap masalah pembedahan mayat untuk tujuan
penyiasatan dan pembelajaran. Perbincangan mengenai pemindahan
anggota mayat kepada orang yang masih hidup dari semasa ke
semasa terus menarik perhatian umum. Terdapat pendapat yang
menyokong dan tidak kurang yang menentang telah dikemukakan dari
pelbagai pihak. Bagi umat Islam, mereka memerlukan suatu
penyelesaian yang tidak bercanggah dengan kehendak syarak.
Perbincangan mengenai jenazah tidak membantutkan hasrat
masyarakat untuk berkembang maju, sebaliknya memberikan nilai
yang amat bermakna kepada kemajuan

6. Manfaat/ Apa yang saya dapat ialah nilai keinsafan, di mana saya mempelajari
pengajaran yang apabila kita menguruskan jenazah akan terlahirnya sifat keinsafan
diperoleh terhadap diri sendiri dan kepada orang yang terlibat. Sesungguhnya
daripada buku mati itu pasti.
yang dibaca:

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(ee) Nama : AIMI RAHIMAH BINTI DARASID


(ff) Sektor / Unit/ Organisasi : GURU PELATIH SEMESTER 2
(gg) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(hh) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(ii) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


JANJI
1. Tajuk Buku:
NOOR AZLIN
Pengarang:
2017
3. Tahun
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh:
VINLIN PRESS SDN BHD
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: Novel ini mengisahkan tentang janji seorang gadis terhadap kanak-
kanak kecil yakni jiran sebelah rumahnya, Laila. Gadis tersebut
bernama Ameera dan bekerja di sebuah hospital swasta. Beliau
memang nekad dalam melaksankan sesuatu perkara, malangnya
perkara yang telah dilakukan mengundang pelbagai musibah buat
pihak yang tidak bersalah. Dr Ameera menunaikan janji terhadap
jirannya meskipun berhadapan dengan pelbagai risiko. Beliau telah
membunuh wanita yang telah merosakkan rumah tangga keluarga
Laila dan melakukan reinkarnasi sebagai wanita tersebut. Reinkarnasi
merupakan salah satu elemen kepercayaan agama Hindu . Dr. Ameera
meneliti satu per satu sifat mangsa sebelum bertindak membunuh dan
menggantikan tempatnya. Kewujudan Dr. Ameera telah memporak
perandakan keluarga Laila, sehingga Laila kehilangan semua ahli
keluarganya. Pada akhirnya, Laila juga menyedari bahawa ibubapanya
sebenarnya telah lama menjalankan kegiatan jenayah dan sewajarnya
telah lama menerima hukuman.

6. Manfaat/ Manfaat yang diperoleh daripada buku ini ialah matlam tidak
pengajaran yang menghalalkan cara. Meskipun keluarga Laila ukanlah orang yang baik,
diperoleh mereka tidak selayaknya dibunuh oleh pihak yang tidak
daripada buku
bertanggungjawab. Selain itu, manfaat yang diperoleh dari novel ini
yang dibaca:
ialah kita seharusnya profesional dalam menjalankan karier. Hal ini
kerana Ameera bertugas sebagai doktor, namun sikap beliau
menunjukkan seolah olah beliau tidak mempunyai pendidikan.

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(jj) Nama : NUR DALILA BINTI MOHD ROSDI

(kk) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU


(ll) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(mm)Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(nn) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
BUKAN DUNIAKU
1. Tajuk Buku:
AIDA SHAHIRA
2. Pengarang:

3. Tahun
2006
diterbitkan:
HARTAMAS
4. Diterbitkan
oleh:

5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca:   Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja
sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram,iaitu Abang
Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu.
Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram
seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta. 
            Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya
ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka
menghabiskan masa pada waktu malam. Halim bermimpi
bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim
memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan
Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan
Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh
terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan
ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya.
Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi
membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi
mangsa Abang Joe.  Saleh pernah diugut dan dipukul kerana
cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa
Saleh. 
            Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda
yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim.
Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah.
Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang
keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-
kalau Fariz merupakan orang bawahan  Abang Joe. Oleh sebab
itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu
Fariz bahawa  dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang
susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang
kurang upaya. 
            Hubungan saleh dengan Halim semakin akrab. Saleh
meminta Halim menceritakan perkara sebenarnya sehingga dia
terperangkap di pondok usang itu. Halim pun mula bercerita.
kembali peristiwa dia lari dari rumah. Halim berkecil hati atas
sikap ayah dan ibunya. Halim berasa sangat kecewa apabila
ayah dan ibunya terlupa akan hari jadinya. Bagi Halim, ayah
dan ibunya terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikannya.
Halim nekad untuk keluar dari rumah. Ketika merayau-rayau di
ibu kota, Halim hampir-hampir disamun tetapi dia telah
diselamatkan oleh Abang Joe. Walau bagaimanapun, Abang
Joe bukanlah sebaik yang disangka oleh Halim. Halim kesal
kerana bertindak terburu-buru.           
            Pada suatu hari, Halim telah dipukul oleh konco-konco
Abang Joe kerana Abang Joe tidak suka Halim berhubung
dengan orang luar. Dia bimbang rahsianya mengedar dadah
terbongkar. Namun begitu, akhirnya Abang Joe dan konco-
konconya telah ditangkap oleh polis. Fariz yang kononnya
seorang kerani di syarikat swasta sebenarnya adalah pegawai
polis dari bahagian narkotik dan jenayah. Halim dan kawan-
kawannya yang menjadi mangsa Abang Joe kembali ke
pangkuan keluarga masing-masing. Halim mengutus surat
kepada Saleh dan memberitahu kawan baiknya itu bahawa
ayahnya akan menanggung belanja persekolahan Saleh.

6. Manfaat/ Buku ini sangat bermanfaat kepada saya kerana saya dapat
pengajaran mengetahui tentang kehidupan remaja. Novel ini menceritakan
yang diperoleh tentang remaja yang lari dari rumah dan kemudiannya dia
daripada buku menyesal.
yang dibaca:

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
 

e. Nama :Sarhan Razi bin Rosli


f. Sektor / Unit/ Organisasi :Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu
g. Kumpulan Perkhidmatan :Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2 (Pelajar)
h. Tarikh & Masa Pembentangan :(jika berkaitan)
i. Maklumat Buku Yang Dibaca :

Bil Perkara Catatan


.
1. Tajuk Buku: Balqis Di mata kami, di sisi-Nya
2. Pengarang: Ummu Naufal
3. Tahun 2015
diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
5. Sinopsis Buku Buku ini mengisahkan kesusahan yang melanda sepasang
Yang Dibaca: suami isteri yang masih baru dalam dunia kekeluargaan.
Sepasang suami isteri ini sangat gembira menyambut kehadiran
cahaya mata sulung, Balqis. Namun, kegembiraan mereka
bertukar kesedihan yang sangat perih bak mimpi terburuk dalam
kehidupan mereka. Puteri sulung kesayangan mereka telah
ditimpa satu penyakit (sawan) pada usia dua bulan.
Sebenarnya, semasa di dalam kandungan lagi Balqis dijangka
menghidap penyakit syndrome down. Namun, ibu bapa Balqis
memutuskan untuk tidak menggugurkan kandungan demi
menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Sang
Pencipta.

Hati insan yang bergelar ibu bapa bak kaca dihentak batu.
Kehidupan mereka seolah-olah gelap bagaikan tiada langsung
cahaya apabila melihat badan puteri kesayangannya itu
dipenuhi dengan wayar-wayar ketika ditahan di dalam wad.
Namun, mereka tabah untuk menjalani dugaan Yang Maha Esa
yang menjanjikan kemanisan di akhirnya. Dalam usaha mencari
ikhtiar bagi merawat Balqis, pasangan suami isteri ditimpa
banyak kesusahan antaranya mereka disyorkan untuk berubat
dengan bomoh (syirik). Mereka sangat berasa bersalah kepada
Balqis kerana tidak peka dalam berubat Balqis. Setelah
bermacam dugaan yang dialami, Balqis akhirnya berjaya
menjalani kehidupan yang normal seperti orang lain walaupun
mempunyai penyakit syndrome down.
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada karya Ummu
6. Manfaat/ Naufal ini ialah berfikiran positif. Setiap manusia yang hidup di

pengajaran yang muka bumi ini perlu berfikiran positif dengan segala cabaran
diperoleh yang melanda. Hal ini adalah kerana segala cabaran yang
daripada buku melanda itu mendidik mental dan fizikal seseorang untuk lebih
yang dibaca:
kuat dan tabah.

Selain itu, kisah sebenar dalam novel ini juga memberi


kesan positif iaitu peka. Dalam usaha mencari sesuatu perkara
atau ikhtiar, seseorang perlu peka dari pelbagai perspektif. Hal
ini adalah kerana sikap cuai seseorang boleh membawa
keburukkan atau kemudaratan kepada diri sendiri mahupun
orang tersayang.

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(oo) Nama : FARAH ALYA BINTI MOHD AZAHARI


(pp) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(qq) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(rr) Tarikh & Masa Pembentangan :
(jika berkaitan)
(ss) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan


BIOGRAFI AGUNG SALAHUDIN AL AYUBI
1. Tajuk Buku:
SYED ALWI ALATAS
2. Pengarang:

3. Tahun
2014
diterbitkan:
GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD
4. Diterbitkan oleh:
Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam,
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah
keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada
buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian
karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan
mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta
dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian
menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa
mengambil pengajaran daripadanya.
Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-
mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada
pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang
dihadapi oleh kaum Muslimin pada zaman sekarang. Kaum
Muslimin pada masa Nuruddin dan Salahuddin telah melewati
masalah itu dan mereka mampu merespons cabaran dengan
sangat baik.Ini adalah pelajaran yang berharga bagi kita yang
hidup pada hari ini. Jika kita memahami dengan baik apa yang
telah terjadi pada masa itu – kemunduran kaum Muslimin,
penguasaan al-Quds oleh musuh, serta konflik Sunni-Syi’ah – dan
kita dapat menggunakan contoh-contoh sebagai model untuk
diterapkan pada masa sekarang ini, maka ia dapat menyelesaikan
sebahagian besar masalah umat yang ada pada hari ini
sebagaimana kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin pada masa
itu.

6. Manfaat/ Buku ini banyak memberi pengajaran tentang pengorbanan dan


pengajaran yang kekuatan pejuang islam dalam menegakkan agama Allah. Kita
diperoleh perlulah berjuang dalam menghadapai cabaran.
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU


(a) Nama : NURSYIFA ADIBA BINTI RAMLI
(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(d) Tarikh & Masa Pembentangan
: ....................................................................................
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bi Perkara Catatan
l.
1. Tajuk Buku: CURI-CURI CINTA
2. Pengarang: SITI ROSMIZAH
3. Tahun
diterbitkan: 2013
4. Diterbitkan SR PUBLICATION
oleh:
5. Sinopsis Novel ini mengisahkan tentang kisah
Buku Yang percintaan yang tidak diduga yang berlaku
Dibaca: antara Daniel Hakim dan Intan Raihana…

“Kalau dah susah sangat, hantar aje rumah


orang tua! Lagipun bila adik kahwin nanti
suami adik tu mestilah orang kaya jangan
haraplah adik nak kahwin dengan orang
miskin. Orang kaya nak ke terima mak
mentua macam tu? Abang Is, doa ajelah
setiap hari biar Tuhan panjangkan umur
Abang Is. Kalau boleh biar mak yang mati
dulu dari Abang Is. Jalankan tanggungjawab
dulu jangan senang aje nak lepaskan beban
kat orang lain!”.

Ya Allah! Terkedu Iskandar mendengarnya.


Kenapa perangai adiknya sampai sebegitu
rupa? Biadap! Kurang ajar! Berlagak!
Sombong! Itulah Intan Raihana. Buang emak,
buang saudara, dan kerana duit dia sanggup
lakukan apa saja. Perancangan diatur. Daniel
Hakim harus menjadi miliknya!

“Hei! Kalaulah niat awak nak tackle saya,


sebab berangan nak jadi bini orang kaya.
Mulai hari ni! Detik ni! Awak campak terus
niat awak tu! Sebab saya akan pastikan,
sampai saya mati pun awak tak akan jadi
isteri saya!” Itu kata Daniel pada Intan.
Namun perancangan Tuhan tiada siapa boleh
menghalangnya.

“Saya akan bertanggungjawab, Is. Saya akan


bernikah dengan Intan. Itu janji saya.” Tegas
jawapan Daniel. Namun jelas kelukaan pada
setiap patah katanya. Dendam Daniel
berlingkar di hati. Janjinya! Intan Raihana
akan memamah segala perbuatannya nanti!

“Kau ingat aku nak percaya lagi cerita


bohong kau tu! Aku tau kau dah terdesak nak
ikat aku! Kau goda aku! Kau buat aku jatuh
cinta dengan kau dan akhirnya aku
tersungkur di kaki kau! Aku akui memang
aku dah cintakan kau! Tapi dengan apa yang
kau dah buat dekat aku! Mulai saat ini, cinta
aku dah mati buat kau! Aku tak akan terima
anak tu! Sebab perempuan macam kau bukan
saja tak layak jadi bini aku! Tapi kau juga tak
layak nak jadi ibu kepada anak aku! Aku tak
nak anak aku lahir dari rahim perempuan
macam kau! Hambur Daniel sepuas hatinya.

Ya Allah! Luluh hati Intan mendengarnya.


Kejamnya lelaki ini? Tanpa dapat dikawal air
mata menitis tanpa henti.

“Adik tahu memang manusia tu tak sempurna


mak. Sebab adik pun pernah buat kesilapan
yang cukup besar dalam hidup adik. Adik
kecewakan mak, adik kecewakan Abang Is.
Tapi akhirnya adik berubah mak. Dia janji nak
mulakan hidup baru dengan adik. Tapi mana
janji dia mak? Dia campak adik macam kucing
kurap! Adik benci dia mak! Adik benci dia!
Dia tak layak jadi suami adik! Lelaki ini dah
mati dalam hidup adik!

Kini Daniel Hakim memamah perbuatannya


pula. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata inilah padahnya! Curi-curi cinta, hanya
itu yang mampu dilakukannya. Hati Intan
telah mati buatnya! Berdoalah moga cinta
Intan Raihana akan menjadi miliknya jua…

Namun begitu, akhirnya mereka berdua


bersatu semula.

6. Manfaat/ Kita perlulah sentiasa menghargai setiap


pengajaran insan yang berada di sekeliling kita dan kita
yang perlulah sentiasa bermuhasabah dengan
diperoleh kesilapan yang telah kita lakukan. Kita juga
daripada perlulah sentiasa berfikiran terbuka dan
buku yang bersedia memaafkan orang lain dengan
dibaca: mengetepikan ego.

7. Tandatanga
n:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : NUR NAJIHA BINTI MOHAMED MAZRI


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)

(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
DIBAWAH LINDUNGAN KA’ABAH
1. Tajuk Buku:
HAMKA
2. Pengarang:

3. Tahun
2015
diterbitkan:
PUBLISHING HOUSE
4. Diterbitkan
oleh:

5. Sinopsis
Novel yang berjudul “Di bawah Lindungan Ka’bah” karya
Buku Yang
Hamka ini menceritakan tentang kisah cinta yang tak sampai
Dibaca:
antara Hamid dan Zainab, yang mereka bawa sampai liang
lahat.

Awal cerita dimulai dari keberangkatan “Aku” ke Mekah guna


memenuhi rukun Islam yang ke-5 yaitu menunaikan ibadah haji.
Alangkah besar hati “Aku” ketika melihat Ka’bah dan Menara
Masjidil Haram yang tujuh itu, yang mana sudah menjadi
kenang-kenanganku. “Aku” menginap di rumah seorang syekh
yang pekerjaan dan pencaariannya semata-mata memberi
tumpangan bagi orang haji. Di sinilah “Aku” bertemu dan
mendapat seorang sahabat yangmulia dan patut dicontoh yang
bernama Hamid. Hidupnya amat sederhana,tiada lalai dari
beribadat,tiada suka membuang-buang waktu kepada yang
tiada berfaedah, lagi amat suka memperhatikan kehidupan
orang-orang yang suci, ahli tasawuf yang tinggi. Bila “Aku”
terlanjur membicarakan dunia dan hal ihwalnya, dengan amat
halus dan tiada terasa pembicaraan itu telah dibelokkannya
kepada kehalusan budi pekerti dan ketinggian kesopanan
agama.

Baru dua bulan saja, pergaulan kami yang baik itu tiba-tiba
telah terusik dengan kedatangan seorang teman baru dari
Padang, yang rupanya mereka adalah teman lama. Ia bernama
Saleh, menurut kabar ia hannya tinggal dua atau tiga hari di
Mekah sebelum naik haji, ia akan pergi ke Madinah dulu dua
tiga hari pula sebelum jemaah haji ke Arafah. Setelah itu ia
akan meneruskan perjalanannya ke Mesir guna meneruskan
studinya. Namun kedatangan sahabat baru itu, mengubah
keadaan dan sifat-sifat Hamid.

Belakangan Hamid lebih banyak duduk termenung dan berdiam


seorang diri, seakan-akan “Aku” dianggap tidak ada dan idak
diperdulikannya lagi. Karena merasa tidak nyaman, maka “Aku”
memberanikan diri mendekati dan bertanya kepadanya, kabar
apakah gerangan yang dibawa sahabat baru itu sehingga
membuatnya murung. Ia termenung kira-kira dua tiga
menit,setelah itu ia memandangku dan berkata bahwa itu
sebuah rahasia. Namun setelah dibujuk agak lama, barulah ia
mau berbagi kedukaannya kepadaku. Dan ternyata rahasia
yang ia katakan ialah tentang masa lalu dan kisah cintanya
dimasa itu. Saleh mengabarkan kalau dia sudah menikah
dengan Rosna yang kebetulan teman sekolahnya dan sahabat
Zainab juga.

Suatu ketika Rosna bertandang ke rumah Zainab, yang mana


Zainab itu adalah orang yang Hamid kasihi selama ini, namun
ia tiada berani untuk memberitahukan perasaannya itu kepada
Zainab,mengingat jasa-jasa orang tua Zainab kepada Hamid
dan ibunya selama ini. Apalagi saat itu ibunya Zainab pernah
meminta Hamid untuk membujuk Zainab supaya mau
dinikahkan dengan kemenakan ayahnya. Padahal waktu itu
Hamid berniat unuk memberi tahukan tentang perasaannya
yang selama itu dia simpan kepada Zainab,namun niatnya itu
diurungkannya.

Betapa terkejutnya Hamid ketika ia dimintai tolong untuk


membujuk Zainab supaya mau dinikahkan dengan orang yang
sama sekali belum ia kenal. Hamid gagal membujuk Zainab,
karena Zainab menolak untuk dinikahkan. Hamid pulang
dengan perasaan yang kacau balau, sejak saat itu Hanid
memutuskan untuk merantau, sebelum pergi ia menulis surat
untuk Zainab. Setelah itu mereka tiada berhubungan lagi, dan
sampai sekarang pun ia masih menyimpan perasaanya itu. Dan
kedatangan Saleh kemarin memberitahukan bahwa ternyata
Zainab pun menyimpan perasaan yang sama, perasaan yang
selama ini disimpan oleh Hamid. Saleh memberitahukan bahwa
kesehatan Zainab memburuk dan ia ingin sekali tahu
bagaimana kabar Hamid.

Setelah Zainab mendengar keberadaan Hamid di Mekah, Ia


pun mengirim surat kepada Hamid sebagai balasan surat
Hamid yang dulu. Seminggu setelah itu, Zainab pun
menghembuskan nafasnya. Hamid tidak mengetahui kematian
Zainab karena pada saat itu iapun sedang sakit, sehingga
temannya tidak tega untuk memberitahukan kabar tersebut.
Ketika Hamid sedang melaksanakan tawaf dan mencium hajar
aswad ia berdoa dan menghembuskan nafas terakhirnya.

6. Manfaat/ Manfaat yang saya perolehi daripada cerita ini ialah, kita
pengajaran perlulah sentiasa mendekatkan diri dengan pencipta
yang makhluk supaya hidup sentiasa dirahmati.
diperoleh
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(f) Nama : LIYANA DALILA BINTI GHAFAR


(g) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(h) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(i) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)

(j) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
NUR
1. Tajuk Buku:
ROSE HARISSA
2. Pengarang:

3. Tahun
2018
diterbitkan:
KARYA SENI
4. Diterbitkan
oleh:

5. Sinopsis
Novel yang berjudul “Nur” karya Rose Harissa ini menceritakan
Buku Yang
tentang kisah cinta antara ustaz Adam dan Nur.
Dibaca:

Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana


ilmu, rupa paras dan anak lelaki sulung harapan keluarga
kepada penceramah bebas yang cukup terkenal bernama
Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam telah di hantar belajar
sehingga ke Jordan dan banyak tawaran pekerjaan Adam
terima sekembalinya beliau ke Malaysia. Adam juga turut
mempunyai seorang kakak yang bernama Aishah yang telah
berkahwin dengan seorang lelaki yang bergelar Ustaz Syed
Hamadi. Ayah Adam turut mengendalikan sebuah rumah anak
yatim dengan melantik menantu lelakinya (Ustaz Syed Hamadi)
sebagai pentadbir yang bertanggungjawab membayar gaji dan
mengendalikan makan minum anak-anak yatim. Dalam masa
yang sama, Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja,
seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan
terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin.
Qhadeeja sendiri sangat sukakan Adam dan sangat
mengimpikan sebuah keluarga sakinah yang bahagia bersama
Adam. Adam yang taat dengan keluarga cuba untuk menerima
Qhadeeja walau hatinya sedikit terkilan dengan tindakan ahli
keluarganya yang masuk merisik Qhadeeja secara tiba-tiba
tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu.

Ketika memberi kuliah di masjid, Adam telah mendapat soalan


daripada seorang 'penyoal' soalan yang agak misteri. Rupanya
soalan itu datang daripada Nur, seorang gadis muda yang
cantik. Suatu hari, Adam mengikut Nur dan rupa-rupanya Nur
adalah anak kepada seorang pelacur dan Nur sendiri telah di
paksa untuk menjual tubuh. Salah seorang pelanggan yang
amat ingin bersama Nur adalah abang ipar kepada Adam
sendiri. Ternyata, rupa-rupanya Ustaz Syed Hamadi bukanlah
seorang yang baik sebaliknya hanya seorang yang ingin
berselindung di sebalik topeng dengan nama agama semata-
mata.

Adam menceritakan tentang Nur kepada ayahnya dan ayah


Adam memberi galakan supaya Adam cuba membimbing dan
membantu Nur untuk keluar dari jalan tersebut. Lama-
kelamaan, Adam dan Nur mula jatuh cinta. Namun mana
mungkin hubungan mereka itu dapat diterima dengan mudah
disebabkan latar belakang mereka berdua yang ternyata sangat
berbeza. Masyarakat dan ahli keluarga sangat menegah
hubungan terbabit kerana Nur yang dikatakan amat tidak
sepadan dengan Adam, seorang ustaz muda yang mahu
bersama seorang bekas pelacur.

Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama


Adam? Apakah yang akan berlaku kepada Syed Hamadi yang
berpura-pura menjadi seorang ustaz?
6. Manfaat/ Manfaat yang saya perolehi daripada cerita ini ialah,
pengajaran seseorang yang berpakaian seperti ustaz atau orang alim
yang tidak semestinya menggambarkan sifat seperti pakaian
diperoleh yang dipakai. Jadi, kita haruslah sentiasa mengenali hati
daripada buku
budi seseorang bukan sahaja dari segi luaran atau
yang dibaca:
pemakaian.

7. Tandatangan:

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU


 

j. Nama :Nik Muhamad Nor Syazanis Bin Nik Syarman


k. Sektor / Unit/ Organisasi :Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu
l. Kumpulan Perkhidmatan :Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2 (Pelajar)
m. Tarikh & Masa Pembentangan :(jika berkaitan)
f. Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
1. Tajuk Buku: BELAJAR MELALUI BERMAIN
2. Pengarang: SHARIFAH NOR PUTEH DAN ALIZA ALI
3. Tahun 2013
diterbitkan:
4. Diterbitkan oleh: UTUSAN PUBLICATIONS DAN DISTRIBUTORS
5. Sinopsis Buku Buku ini mempunyai sebelas (11) bab dan dikupas dengan
Yang Dibaca: terperinci. Kandungan babbab tersebut ialah bermain adalah
fitrah kanak-kanak, kepentingan bermain, hubungan bermain
dengan perkembangan domain, jenis-jenis permainan, bermain
daripada perspektif teori, kurikulum berasaskan pendekatan
bermain, bermain dalam konteks pendidikan, guru sebagai
pelaksana pengajaran dan pembelajaran melalui bermain, Sari
Pustaka Bil 1/2014 2 ruang pembelajaran, bahan dan alat
permainan dan pelaksanaan dan aktiviti cadangan. Belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui
teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan
kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Aktiviti bermain akan menggalakkan kanak-kanak
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan
tatabahasa.

Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal


bagi kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada
keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah memikirkan
strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak.
Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus
memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa
memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak
harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat
kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar.
Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi
peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain.
Sehubungan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini
memerlukan kepakaran.

Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang


teliti. Kaedah belajar sambil bermain menyuburkan lagi
perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini jelas dapat
diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan
adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu
aktiviti akan membolehkan kanak-kanak itu melahirkan
perasaan mereka dengan cara yang paling optima.
Perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di
dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah dengan menggunakan
pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan
lokomotor kreatif. Pendekatan belajar sambil bermain amat
sesuai dilakukan dalam aktiviti fizikal. Hal ini kerana ia dapat
merangsang minat kanak-kanak dalam melakukan aktiviti fizikal.
Komponen perkembangan fizikal ini membolehkan murid-murid
menguasai beberapa perkara berikut. Aktiviti main ini sesuai
untuk kanak-kanak berusia di antara 4-6 tahun sama ada secara
individu atau pun berkumpulan. Di antara aktiviti menarik yang
dicadangkan bermain secara individu ialah Bilang dan Padan,
Konsep Sifar dan Bilang dan Tambah. Manakala permainan
secara kumpulan adalah seperti Menepuk Tikar, Istana Impian
dan Mari ke Pasar. Buku ini terhasil melalui kajian dan
disampaikan dengan cara yang mudah difahami dan
penerangan yang jelas. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan
oleh para pendidikan, pelajar kursus pendidikan awal kanak-
kanak dan prasekolah. Maklumat di dalam buku ini sesuai
dijadikan panduan kepada pendidik untuk melaksanakan aktiviti
belajar melalui permainan. Buku ini turut sesuai dimiliki oleh ibu
bapa yang tercari-cari idea untuk membina minda anak-anak
melalui permainan.
Buku ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai bakal guru.
6. Manfaat/ Hal ini dikatakan demikian kerana melalui pembacaan buku ini,

pengajaran yang saya mengetahui apakah strategi-strategi yang perlu digunakan


diperoleh bagi menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berlaku
daripada buku dengan berkesan.
yang dibaca:

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
 

Nama :Ahmad Shamir Bin Moh Jaafar


Sektor / Unit/ Organisasi :Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu
Kumpulan Perkhidmatan :Gred Utama / P&P / AKP1 /
AKP2 (Pelajar)
Tarikh & Masa Pembentangan :(jika berkaitan)
g. Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil Perkara Catatan
.
1. Tajuk Buku: MUDAH JANGAN SUSAHKAN
2. Pengarang: SYED ALWI AL ATAS
3. Tahun 2012
diterbitkan:
4. Diterbitkan GALERI ILMU
oleh:
5. Sinopsis Buku ini menggamit pembaca untuk merenung
Buku Yang semula segi-segi yang adakalanya kita terlepas
Dibaca: pandang ketika mencari dan mengimpi kemudahan
dalam segenap rentetan hidup. Ini kerana naluri
manusia sememangnya mencintai kemudahan dan
benci kepada kesusahan.
Bab pertama buku ini berjudul Manusia dan
Kesusahan Hidup, membawa pembaca merenung
mengenai hakikat kesusahan, sesuatu yang perlu
kita tempuh sebagai manusia. Hanya dengan
kesusahan maka hidup ini mempunyai makna, dan
kesusahan itu juga menjadi daya gerak ke hadapan.
Kesusahan jika dilihat dari persepsi berbeza,
mampu memberi impak yang berbeza dalam
kehidupan seharian. Jadi ia berbalik kepada cara
kita memandang sesuatu.
Dalam bab kedua Tuhan Tidak Ingin Menyusahkan
Kita, pengarang menambah nilai agama terhadap
makna kemudahan dan kesusahan, menjelaskan
lagi bagaimana seorang Muslim patut menimbang
kedua-duanya. Antara yang menarik adalah kisah
Nasruddin Hoja yang mencari barang yang hilang di
tempat yang tidak sepatutnya, menjadi sindiran
tajam dalam konteks mencari kemudahan biar
bertempat.
Bab ketiga Jangan Semua Dipandang Mudah
memperteguh lagi isi dalam bab kedua, yang
bercerita mengenai kepentingan tidak memandang
mudah semua perkara. Ini adalah antara bab yang
paling saya suka, kerana aspek inilah yang paling
sering terlupakan ketika naluri kita mendamba
kemudahan. Adakalanya dosa itu tampak mudah di
dunia, tetapi di akhirat menjadikan kita sangat
susah.
Namun, apabila tangan kesusahan mencengkam
kita dengan kuat, pesan pengarang adalah
Hadapilah Kesusahan Itu (Bab 5), dengan mencipta
kemudahan, berdoa, bertawakal, memanfaatkan
imaginasi, serta kekal positif secara praktis dan
teori. Cerita Abdul Ghafoor dan Soros memberi
gambaran lebih jelas bagaimana orang-orang yang
hebat menghadapi kesusahan.
Setelah melalui pelbagai kesusahan dan kesulitan,
Kemudahan Akan Menemui Jalannya (Bab 8), dan
inilah yang diyakini oleh pengarang serta
dimantapkan dalam bab ini. Manis sekali apabila
pengarang menyimpulkan bahawa apa yang dipilih
Allah untuk seseorang, adalah lebih baik daripada
pilihannya sendiri. Meskipun ada pengulangan yang
telah disentuh bab-bab di atas tetapi kisah-kisah
yang dihidangkan adalah penguat kepada
kenyataan-kenyataan terdahulu, menyokong judul
yang dibawakan pengarang.
Bab 9, Agar Menjadi Mudah menghidangkan lebih
banyak tips dan formula, bagaimana mencapai
kemudahan dalam setiap perkara yang diusahakan.
Niat yang baik, kemahuan yang kuat, persediaan
rapi, usaha yang keras dan sikap hati-hati dapat
membantu dalam banyak hal untuk menghindari
dan melepasi setiap kesusahan yang bakal datang.
Bab akhir sekali, Mudahkan Diri Mudahkan Orang
Lain, mengajak pembaca untuk turut menciptakan
kemudahan untuk orang lain, bukan hanya diri
sendiri. Secara tidak langsung, kemudahan yang
dicipta untuk orang lain itu, nescaya akan
membawa kemudahan berganda pula kepada yang
mencipta kemudahan itu.
Buku ini sendiri secara keseluruhannya adalah buku
yang mudah dihadam, kerana cara
penyampaiannya yang bersahaja dan tidak berat,
sesuai dengan judul dan konsepnya untuk
memotivasikan secara berhikmah. Buku ini sesuai
terutama kepada para pelajar yang sedang
mendaki tangga pengajian ke peringkat lebih tinggi
dan sedang memasuki dunia kerjaya, selain secara
umumnya untuk sesiapa sahaja yang mencari
kemudahan hidup, tetapi belum berasa puas, atau
yang bergelumang dengan kesusahan, dan berasa
sangat resah. Mungkin buku ini akan dapat
membuka beberapa aspek sudut pandang dan
memberi makna baru kepada susah senang
kehidupan.

Buku ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai


6. Manfaat/ bakal guru kerana kita perlulah pandai untuk
pengajaran melaksanakan sesuatu dengan mudah dan jangan
yang menyusahkan diri sendiri.
diperoleh
daripada
buku yang
dibaca:

7. Tandatangan
:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU
 

Nama :Muhammad Yusri Bin Ahmad


Sektor / Unit/ Organisasi :Institut Pendidikan Guru
Kampus Bahasa Melayu
Kumpulan Perkhidmatan :Gred Utama / P&P / AKP1 /
AKP2 (Pelajar)
Tarikh & Masa Pembentangan :(jika berkaitan)
h. Maklumat Buku Yang Dibaca:
Bil Perkara Catatan
.
1. Tajuk Buku: GURU SEBAGAI PENDORONG DALAM BILIK DARJAH
2. Pengarang: ABDULLAH HASSAN, AINON AHMAD
3. Tahun 2012
diterbitkan:
4. Diterbitkan PTS PUBLICATION DAN DISTRIBUTOR
oleh:
5. Sinopsis Buku ini adalah bacaan wajib bagi guru-guru yang
Buku Yang mengajar murid-murid yang malas belajar.
Dibaca:
Setiap guru mengetahui mereka perlu mendorong
murid-murid mereka supaya rajin belajar dan
menjadi individu-individu yang baik peribadinya
apabila dewasa nanti. Mereka juga sudah berusaha
bagi menjalankan tugas itu dengan niat yang baik
dan penuh semangat. Tetapi apabila sekolah perlu
mengadakan program motivasi oleh pakar luar,
menandakan guru-guru di sekolah itu tidak
menjalankan tugas mendorong murid-murid mereka
dengan cara yang berkesan.
Pakar-pakar motivasi dari luar datang sekali bagi
menyampaikan sesinya, kemudian mereka tidak
datang lagi, oleh yang demikian mereka tidak
mungkin dapat mendorong murid dengan berkesan
disebabkan proses mendorong murid tidak dapat
dilakukan sekali, sebaliknya ia adalah proses yang
perlu dilakukan sepanjang masa bagi setiap murid.

Program motivasi bukan hanya tidak berkesan


malah ia adalah mahal, terutamanya bagi ibu bapa
yang kurang berada, khususnya ibu bapa di
kawasan luar bandar. Program-program motivasi
bagi murid-murid sekolah adalah fenomena baru di
negara ini di mana ia bermula sejak lewat tahun 70-
an dan menjadi popular pada tahun 90-an. Selepas
itu, seperti cendawan tumbuh pada musim hujan,
negara menyaksikan begitu ramai individu-individu
yang digelar pakar-pakar motivasi dan syarikat-
syarikat swasta yang mengendalikan program-
program motivasi.

Perkataan motivasi disukai oleh guru-guru dan ibu


bapa tetapi ia sering kali ditakuti oleh murid-murid
sekolah. Mereka mengalami perasaan takut apabila
guru memberitahu pihak sekolah mengadakan
program motivasi bagi murid-murid. Mereka juga
takut apabila ibu bapa mereka memberitahu
mereka dihantar mengikuti kem motivasi.

Murid-murid sekolah mengaitkan sesi motivasi


dengan pelbagai pengalaman negatif dan
menyakitkan jiwa. Mereka mengaitkannya dengan
pengalaman dikritik, di marah, dinasi-hati, dipaksa
dan seumpamanya oleh motivator-motivator yang
mengendalikan program itu.

Tanggapan negatif murid-murid sekolah pada


perkataan motivasi itu bukanlah tanpa asasnya.
Tidak dapat dinafikan majoriti sesi motivasi yang
dijalankan bagi murid-murid sekolah menggunakan
teknik-teknik yang salah sehingga menimbulkan
kesan psikologi yang negatif kepada murid-murid
itu.

Majoriti mereka yang digelar pakar motivasi itu


tidak mempunyai latar belakang ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan sains motivasi bagi
melayakkan mereka menggunakan gelaran itu, oleh
sebab yang demikian mereka tidak berupaya
menggunakan sebarang teori motivasi dalam
aktiviti mereka. Inilah punca utama mengapa
aktiviti memotivasikan murid-murid sekolah
dipenuhi dengan isi kandungan yang menimbulkan
kesan-kesan negatif pada jiwa murid-murid yang
mengikutinya.

Masyarakat sendiri tidak mengetahui sains motivasi


adalah sains yang sudah lama diterokai oleh pakar-
pakar psikologi, iaitu semenjak tahun 40-an lagi.
Daripada sudut yang lain, pakar-pakar psikologi
negara ini, yang berada di universiti-universiti
tempatan, tidak muncul ke depan dan
menerangkan kepada masyarakat apa yang
dikatakan teori-teori dan teknik-teknik motivasi.
Akhirnya kekosongan ini diisi oleh individu-individu
yang pandai bercakap tetapi tidak mempunyai
pengetahuan dalam bidang sains motivasi itu
sendiri.
Buku ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai
6. Manfaat/ bakal guru kerana ia menerangkan bagaimana guru
pengajaran dapat membina konsep diri yang positif dalam diri
yang murid
diperoleh
daripada
buku yang
dibaca:

7. Tandatangan
:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(k) Nama : KHAIRUNNAJIHAH BINTI ABDUL HALIM


(l) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(m) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(n) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)

(o) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil Perkara Catatan


.
KASUT KELOPAK JANTUNG
1. Tajuk Buku:
KAMALKHALID KAMARLUDIN
2. Pengarang:

3. Tahun
2015
diterbitkan:
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
4. Diterbitkan
oleh:
Kamal berasa gembira apabila menerima sepucuk
5. Sinopsis
Buku Yang surat Abe yang mahu kembali ke Kuantan semula.
Dibaca: Dalam suratnya, Abe menyatakan bahawa dia akan
berpindah dan bersekolah di Kuantan. Sementara
itu, Abe akan tinggal dengan keluarganya.
Menyingkap kenangan silam, Abe dan Kamal
berkawan baik sejak kecil. Tiga tahun yang lalu,
Abe kembali ke negeri asalnya, Kelantan. Sejak itu,
dia dan Abe hanya berhubung melalui telefon dan
surat. Sejak berada di Kuantan, Kamal banyak
menghabiskan masa dengan membawa Abe
berjalan-jalan di sekitar bandar Kuantan. Dia
sanggup ponteng latihan badminton dan
meminjam wang daripada ibu semata-mata untuk
menggembirakan Abe. Cuma, dia berasa runsing
melihat Abe yang murung dan adakalanya sakit
perut. Kamal mahu membongkar rahsia Abe, tetapi
tidak berpeluang berbuat demikian.
Keluarga Abe pulang ke Kelantan setelah selesai
mengurus perpindahan sekolah Abe. Abe
ditempatkan di kelas yang bersebelahan dengan
kelas Kamal kerana keputusan peperiksaannya
lebih baik. Sepanjang Abe tinggal dan bersekolah
di Kuantan, mereka banyak menghabiskan masa
bersama-sama. Keakraban mereka menyebabkan
rakan-rakan Kamal yang lain berasa cemburu.
Dalam pada itu, keadaan kesihatan Abe kian serius.
Kamal bertanyakan masalahnya, namun Abe hanya
menyatakan bahawa suatu hari nanti, Kamal akan
tahu juga. Setelah keputusan PMR diumumkan,
mereka berdua berjaya mencatat kejayaan yang
cemerlang. Namun, Kamal berasa sedih kerana Abe
akan kembali bersama keluarganya di Kelantan.
Sebelum pergi, Abe sempat surat itu dibacanya
sampai habis, adiknya telah merampas surat itu
dan mencampakkannya ke dalam unggun api.

6. Manfaat/  Kita haruslah jujur dalam persahabatan.


pengajaran  Kita perlu berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
yang  Kita haruslah prihatin dengan orang sekeliling.
diperoleh
daripada buku
yang dibaca:

7. Tandatangan:
BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(tt) Nama : MAISARAH BINTI SABRI


(uu) Sektor / Unit/ Organisasi : IPG KAMPUS BAHASA MELAYU
(vv) Kumpulan Perkhidmatan : PELAJAR
(ww) Tarikh & Masa Pembentangan : ....................................................................................
(jika berkaitan)
(xx) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: HERO

2. Pengarang: HILAL ASYRAF

3. Tahun
2011
diterbitkan:

4. Diterbitkan oleh: HILAL ASYRAF RESOURCES


Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak
5. Sinopsis Buku
Yang Dibaca: dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang
dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Namun, Hero mempunyai musuh
dalam mempertahankan kota raya yang diusahakan oleh jutawan Islam
iaitu Syaitan Bertopeng. Syaitan bertopeng, satu organisasi
penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama
Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini,
enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya
bahawa Syaitan Bertopeng merupakan dalang di sebalik keenam-enam
kematian jutawan tersebut. Namun, Hero tidak mampu mencari bukti
dan menyelesaikannya.
Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang
menghuru-harakan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin
terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah
dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin
dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk
menyelamatkan harta warisan bapanya. Amir Faheem terpaksa
berkahwin dengan pilihan ayahnya kerana wasiat ayahnya yang
terakhir. Amir Faheem terperangkap kerana dia merupakan perokok
tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat namun perlu
mengahwni seorang perempuan yang solehah.
Pada akhirnya, Amir Faheem mengakui keputusan arwah ayahnya
untuk mengahwini Husna merupakan keputusan yang betul. Beliau
mampu berubah kea rah lebih baik dan menjalankan tugas sebagai
Hero kota raya dengan baik. Organisasi Syaitan Bertopeng mampu
ditumpaskan oleh Hero dengan bantuan satu unit khas polis. Akuma
juga berjaya dijejaki dan ditangkap oleh Hero yang kemudiannya
dipenjarakan oleh pihak polis. Akhir sekali,kejayaan terbesar Hero ialah
mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan
sehingga kewujudan Hero mampu memberi kelegaan kepada
penduduk Kota Angsana.

6. Manfaat/
Buku ini sangat bermanfaat kepada saya kerana saya dapat menyemai
pengajaran yang
diperoleh sikap rendah hati di dalam diri untuk bekerjasama dengan orang lain.
daripada buku
Selain itu, buku ini juga mengajar saya supaya bertanggungjawab
yang dibaca:
dalam mengusahakan sesuatu pada kadar kemampuan masing-
masing dan memanfaatkan setiap kelebihan yang ada pada diri sendiri
untuk memberi manfaat kepada orang lain.

7. Tandatangan:

Anda mungkin juga menyukai