Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGARAH

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Yang Berusaha Dr Mohd Isa Bin Azis, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus
Bahasa Melayu,

Yang Berusaha , Tuan Haji Khalid Bin Jonit Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Pendidikan
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu,

Yang Berbahagia Prof Madya Dr. Roslan Bin Mohd Nor, Pensyarah Jabatan Sejarah Islam
dan Ketamadunan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Yang Berusaha, Ustaz Mohd Lutfi Bin Ahmad,

Ketua Unit Pendidikan Islam dan Moral,

Ketua-ketua jabatan,

Ketua-ketua unit,

Para pensyarah dan seterusnya siswa siswi pendidik dari IPG Kampus Zon Tengah.

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Pengajian
Pendidikan khususnya Yang Berusaha Tuan Haji Khalid Bin Jonit selaku Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu dan juga kepada Unit
Pendidikan Islam dan Moral kerana telah berjaya mengadakan Seminar Tamadun Islam dan
Peradaban Melayu pada tahun ini.

Ucapan setinggi-tinggi penghargaan juga saya tujukan khas kepada jawatankuasa


pensyarah dan pelajar yang bertungkus lumus melaksanakan dan menjayakan seminar ini.
Selain itu, saya juga mengucapkan terima kasih kepada wakil-wakil pelajar IPG Kampus Zon
Tengah kerana sudi hadir dalam seminar kali ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya
ucapkan kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa kerana sudi
menghantar keseluruhan pelajar PISMP Semester 2 bagi menyertai seminar ini.

Hadirin yang dihormati,

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk menyuburkan pengetahuan dalam
kalangan pelajar terutamanya para pelajar yang mengikuti kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia. Bukan itu sahaja, seminar ini juga diadakan bertujuan untuk memenuhi apa
yang tekandung dalam ringkasan maklumat kursus ini. Dalam pada itu, maklumat yang
diperoleh melalui seminar ini dapat diimplementasikan dalam kehidupan seharian para
pelajar terutamanya apabila berhadapan dengan pelbagai jenis masyarakat kelak.

Seminar ini juga diadakan bagi memperkayakan ilmu dan maklumat kepada bakal guru
untuk mengenali rumpun masyarakat khususnya di Malaysia dengan lebih terperinci

SEMINAR TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU


TEKS UCAPAN PENGARAH

berkaitan kebudayaan, kepercayaan dan adat resam yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Pengetahuan sebegini perlu dipelajari oleh bakal guru agar bakal guru sentiasa bersedia
untuk berhadapan dengan pelbagai budaya dan kepercayaan masyarakat.

Selain itu, seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada bakal
guru tentang isu-isu semasa berkaitan ketamadunan masyarakat setempat dan
antarabangsa. Para pelajar juga perlu peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku sama ada
di dalam atau luar negara untuk membentuk pemikiran guru yang lebih kompeten dan
berdaya saing melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan
bertaraf antarabangsa seperti yang dihasratkan dalam Misi Institut Pendidikan Guru
Malaysia.

Warga dewan sekalian,

Menerusi seminar ini juga para pelajar dapat mendalami sejarah dan kehebatan
ketamadunan Melayu khususnya sekitar Nusantara terutamanya dari segi bahasa, sastera
dan budaya. Pengetahuan tentang sejarah dan kehebatan ketamadunan ini penting bagi
membentuk satu hubungan dan interaksi yang positif dalam kalangan masyarakat tanpa
mengira agama, bangsa dan negara. Hubungan yang baik akan membentuk satu pemikiran
masyarakat yang sentiasa berganjak ke hadapan untuk membina kemajuan bagi sesebuah
tamadun.

Akhir sekali, seminar ini juga diadakan bertujuan untuk menerapakan nilai-nilai murni
bagi melahirkan bakal guru yang mempunyai akhlak yang baik dan boleh dicontohi oleh anak
didik kelak. Akhlak seorang bakal guru merupakan lambang atau cerminan dalam
pembentukan anak didik yang berguna. Nilai-nilai murni ini perlu diterapkan supaya sikap
yang baik sering menjadi teladan dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
peserta, pembentang kertas utama, ahli jawatankuasa pensyarah dan murid dan seluruh
warga yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.

Saya sudahi ucapan ini dengan serangkap pantun,

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh kita menumpang mandi,

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

SEMINAR TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU


TEKS UCAPAN PENGARAH

SEMINAR TAMADUN ISLAM DAN PERADABAN MELAYU

Anda mungkin juga menyukai