Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MALAM MANIFESTO 2019

Masa MC Tajuk

KETIBAAN VIP
Mengumumkan ketibaan

Yang Dihormati
En Tarmizi bin Salleh
Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam

Serta para tetamu jemputan


Masuk ke dewan.

PERARAKAN CALON AMM

Mengumunkan perarakan masuk bagi Calon AHLI MAJLIS


MESYUARAT SESI 1 untuk masuk ke dewan.

SALUTASI
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera

1) Yang Berusaha
En Ahmad Tarmizi bin Salleh
Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam

2) Yang Dihormati
Mohd Asyraf Rasyidi bin Zulkefli
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Kampus
IPG Kampus Pendidikan Islam
TEKS PENGACARA MALAM MANIFESTO 2019

Yang Dihormati
Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihanraya Kampus
IPG Kampus Pendidikan Islam 2019
Para pelajar
Serta hadirin sekalian.

ALU-ALUAN MC
Dari Johor hendak ke Pekan,
Singah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan;
Buat bingkisan salam pertemuan.

Dari Dewan Besar Nik Mohd Mohyideen Musa, majlis mengalu-


alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke PIDATO
MANIFESTIO PILIHANRAYA KAMPUS 2019

BACAAN DOA

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, seterusnya, majlis


mempersilakan SAUDARA ALIF QHUWARIEZMEY BIN
KAMAREZAN
dari kuliah PISMP 8.02 untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Amin-amin ya rabbal ‘alamin. Majlis mengucapkan terima kasih.

PERATURAN PIDATO MANIFESTO

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Majlis pada malam ini diteruskan dengan PIDATO MANIFESTO
CALON AHLI MAJLIS MESYUARAT SESI 1. Berikut merupakan
Peraturan Pidato Manifesto. Mohon semua calon dan penyokong
untuk cakna.
TEKS PENGACARA MALAM MANIFESTO 2019

Peraturan pertama
Masa bagi setiap calon untuk menyampaikan pidato ialah
maksimum 3 minit. Loceng/gong akan dibunyikan 2 kali iaitu pada
minit ke-2 dan minit ke-3.

Seterusnya, kandungan pidato mestilah tidak menyentuh isu-isu


sensitive, peribadi, perkauman, agama dan organisasi.

Calon dan penyokong dilarang menyerang peribadi, menjatuhkan


calon lain secara langsung mahupun tidak langsung ketika pidato
manifesto

Calon AMT bertanding atas kerusi jawatan tertentu dalam JPP


manakala AMM tidak dibenarkan bertanding atas kerusi jawatan
tertentu dalam JPP.

PERKENALKAN PENCATAT DAN PENJAGA MASA

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya, majlis memperkenalkan pencatat pidato manifesto dan
penjaga masa/pemukul gong pada malam ini.

Yang Dihormati
Nur Atikah binti Ab Aziz
Pencatat Pidato Manifesto

Yang Dihormati
Wafa’ Husna binti Mohd Kashfi
Pencatat Pidato Manifesto

Yang Dihormati
Siti Norshashabilla binti Salleh
Penjaga Masa bagi Pidato Manifesto
TEKS PENGACARA MALAM MANIFESTO 2019

MC TIDAK FORMAL

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Seterusnya, majlis akan diteruskan oleh pengacara majlis


seterusnya iaitu saudari Nur Shafiqah binti Jasmi dan saudara
Muhammad Amirul Hakim bin Azahar. Dipersilakan.

VIP MENINGGALKAN MAJLIS

Hadirin yang dikasihi, dengan berakhirnya calon AMM ___, maka,


berakhirlah sudah pidato manifesto kita pada malam ini.

Majlis dengan ini mempersilakan

Yang Dihormati
En Tarmizi bin Salleh
Ketua Jabatan
Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Pendidikan Islam

Serta para tetamu jemputan untuk meninggalkan majlis.


Dipersilakan.

CALON AMM MENINGGALKAN MAJLIS

Majlis mempersilakan Calon AMM untuk perarakan keluar dewan.

BERSURAI

Majlis megucapkan terima kasih kepada hadirin yang memeriahkan


majlis pada malam ini. Majlis bersurai.
TEKS PENGACARA MALAM MANIFESTO 2019

PENGUMUMAN:

1)

2)

Anda mungkin juga menyukai