Anda di halaman 1dari 3

SMK SIMPANG PULAI

SYARAHAN LELAKI
TAJUK: AQIDAH UTUH NEGARA TEGUH





Terimakasih saudara pengacara majlis.
Yang dihormati barisan hakim, penjaga masa dan seterusnya hadirin dan hadirat sekelian.
Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah : Aqidah Utuh Negara Teguh
Aqidah bermaksud keyakinan yang bertapak di dasar hati tentang rukun-rukun iman.
Manakala utuh bermaksud kukuh.
Negara pula merujuk kepada kawasan yang dikuasai kerajaan tertentu.
Teguh pula bermaksud kuat.
Ringkasnya , Keyakinan yang kukuh terhadap rukun-rukun iman akan memperkuatkan negara.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Di sini saya akan huraikan impak aqidah yang kukuh terhadap negara.
PERTAMA : Aqidah utuh membina pemimpin bertaqwa
Negara pasti kukuh jika dipimpin oleh insan yang takutkan Allah dan sentiasa mematuhi perintahNya.
Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nabaa ayat 31:






Maksudnya:

Sesungguhnya

orang-orang

yang

bertaqwa

mendapat

kemenangan.

Teguhnya negara Islam di bawah pimpinan Khulafa Al-Rasyidin adalah kerana pemimpinnya
bertakwa.
Marilah kita berdoa agar usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerangi
rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat melahirkan pemimpin yang bertakwa.

Jelas, aqidah yang utuh membina pemimpin bertakwa.

KEDUA: Aqidah utuh benteng kebejatan sosial


Aqidah utuh adalah perisai yang ampuh dari segala penyakit sosial yang boleh mendatangkan
kepincangan kepada negara.
Firman Allah didalam surah Al-Anfal ayat 2:









Maksudnya : Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan
Sejarah telah merakamkan bagaimana umat Arab yang hanyut dalam kebejatan sosial menjadi
gemilang setelah mereka berpegang dengan aqidah Islam.
Lantaran itu, penerapan nilai murni melalui pengajaran aqidah dalam matapelajaran Pendidikan Islam
diharap dapat membendung salah laku sosial pelajar Islam di negara ini.
Jelas, aqidah utuh banteng kebejatan sosial.

KETIGA : Aqidah utuh menjana perpaduan


Kekuatan sesebuah negara bergantung kepada perpaduan rakyatnya.. Perpaduan yang diasaskan oleh
kesatuan aqidah tidak akan mudah terlerai dek kerana perbezaan warna kulit, keturunan dan darjat.
Firman Allah SWT di dalam Surah Aali Imran ayat 103:

Maksudnya: Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan
janganlah kamu bercerai-berai
Imbaulah dari sejarah, gahnya negara Islam Madinah adalah kerana umat Islam bersatu di bawah
payung akidah Islamiah.
Usaha gigih kerajaan menyatukan umat Islam rancangan keagamaan di media cetak dan elektronik
wajar di sokong.
Jelas, aqidah yang utuh menjana perpaduan.

KEEMPAT: AQIDAH UTUH PEMBENTUK BUDAYA KERJA CEMERLANG


Sesungguhnya aqidah utuh memacu budaya kerja cemerlang ke arah mencapai kemajuan negara.
Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh At-Tabrani :











Maksudnya: Sesungguhnya Allah mewajibkan kamu berusaha, maka hendaklah kamu rajin berusaha.
Jadikanlah kerajinan Saidina Abdul Rahman bin Auf bekerja sebagai contoh.
Justeru, konsep bekerja adalah ibadat patut dihayati oleh seluruh umat Islam.
Hadirin dan hadirat yang dikasihi,
Kesimpulannya. Aqidah umat yang kukuh mantap memperkukuhkan negara.

Anda mungkin juga menyukai