Anda di halaman 1dari 10

International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 3(2),

Zurakintan Abdul2015:
Razak & -Che
121 129Ibrahim Salleh 121

Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional

Malay Thought on Knowledge and Propriety in Traditional Malay Literature

Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan konsep pemikiran Melayu yang bersangkutan dengan ilmu dan adab yang secara tersiratnya
dikupas melalui puisi Melayu tradisional, iaitu pantun, peribahasa dan syair. Perbahasan tentang aspek pemikiran
ini sebenarnya telah bermula sejak zaman Plato dan Aristotle lagi yang berjaya menyingkap pelbagai rahsia yang
berkait rapat dengan kehidupan manusia, haiwan, dan seluruh isi alam ini. Pemikiran Melayu berasaskan puisi Melayu
tradisional ini merupakan keseluruhan pandangan atau fikiran seseorang individu yang merangkumi segala aspek
pengetahuan, pemerhatian atau pendirian yang menjadi dasar keilmuan atau pegangan. Dalam pengkajian karya
sastera khususnya puisi, pemikiran merangkumi aspek-aspek persoalan atau mesej pengajaran yang cuba disampaikan
secara tersurat dan tersirat melalui karya untuk dijadikan panduan atau teladan dan pengajaran yang berkaitan
dengan kehidupan individu atau masyarakat dalam sesebuah negara. Selain itu, pemikiran ialah sesuatu yang terbuku
di fikiran dan cuba diluahkan dengan menggunakan wahana yang tertentu. Dalam konteks penulisan ini, wahana yang
digunakan ialah puisi Melayu tradisional yang diharapkan agar terus dapat menjadi wadah ke arah pembentukan
pemikiran yang kritis dan kreatif, cendekia, dan seiringan dengan aliran pemikiran Islam yang bersandarkan wahyu
dari Allah SWT untuk menjadi petunjuk kepada manusia di bumi ini.

Kata kunci: pemikiran Melayu, ilmu, adab, puisi Melayu tradisional

ABSTRACT

This article discusses the Malay thought, concerning its knowledge and culture which thoroughly explained through
traditional Malay prose forms, including rhymes, proverbs and poetry. The aspect of thought have long been debated
since the period of Plato and Aristotle who managed to reveal the secrets associated with human life, animals, and the
entire universe. Malay thought based on the traditional Malay prose is perceptually an overall view or thoughts of an
individual which encompasses aspects of knowledge, observation or principle underlying the knowledge or belief. In
literary research, particularly poetry, thought encompasses all aspects of question or message which is explicitly and
implicitly conveyed through the works, thus acting as a teaching guide to the life event of an individual or society in a
country. Moreover, the thought is mentally stored in mind and expressed through a particular medium. In the context
of this study, a medium used is traditional Malay prose forms. This medium expects to continuously become an avenue
towards the development of critical and creative thinking, intellectuality, and at a time, being able to stand in line with
the Islamic thought which is clearly developed based on Allahs guidance to mankind.

Key words: Malay thought, knowledge, manners, traditional Malay prose forms

PENGENALAN SWT telah memberikan satu anugerah yang tidak


terhingga nilainya dan amat besar manfaatnya kepada
Prof. Dr. Hamka, seorang penulis dan ulama terkenal makhluknya yang bernama manusia iaitu anugerah
Indonesia ada menyatakan bahawa Kecantikan yang ilmu pengetahuan. Untuk menjadi insan yang beriman
abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian dan bertakwa, Islam menganjurkan agar kita memiliki
ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaiannya. ilmu yang dapat diperoleh melalui pendidikan yang
Kata-kata ini memberikan gambaran yang sangat sempurna ke arah pembinaan adab dan akhlak yang
bermakna kepada kita bahawa ilmu pengetahuan dan terpuji. Sehubungan dengan itu, baginda Rasulullah
adab yang mulia sangat penting dalam kita menjalani SAW ada bersabda yang bermaksud:
kehidupan ini. Ilmu pengetahuan merupakan inti Dari Anas bin Malik ia berkata: Sabda Rasulullah
pati utama bagi pembangunan bangsa yang kuat Sallallahu Alaihi Wasallam: Menuntut ilmu adalah
dan dihormati dengan disertai oleh adab yang baik satu kefarduan ke atas setiap muslim. (Riwayat Al-
untuk saling melengkapi. Sesungguhnya Allah Imam Ibnu Majjah)
122 Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

Oleh itu, kedudukan ilmu pengetahuan yang tinggi termasuk dalam bidang ilmu. Secara tidak langsung,
perlulah disertai dengan akhlak yang mulia yang ajaran agama terkeluar daripada tafsiran tersebut
akan menjadi tunjang kepada kekuatan ummah
dan hanyalah berbentuk kepercayaan semata-mata.
keseluruhannya.
Walau bagaimanapun, pengertian dan konsep
ilmu ini agak berbeza jika dilihat menurut pandangan
Islam. Menurut perspektif Islam, ilmu dikenali
PENGERTIAN ILMU DAN ADAB sebagai sifat, proses, dan hasil. Secara mendalamnya
lagi perkataan ilmu itu sendiri berasal dari perkataan
PENGERTIAN ILMU Arab iaitu ilm yang bermaksud pengetahuan dan
alimun yang bermaksud mengetahui. Prof. Syed
Perkembangan sains dan teknologi, ketamadunan Muhammad Naquib Al-Attas (2007) mentakrifkan
bangsa, budaya dan sebagainya berkait rapat dengan ilmu secara epistemologi, iaitu sebagai ketibaan
ketinggian ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh dalam kalbu seseorang tentang makna sesuatu
masyarakat hari ini. Sememangnya kita tidak dapat perkara, atau ketibaan oleh kalbu tentang makna
menafikan bahawa ilmu pengetahuan adalah sangat sesuatu. Menurutnya, ilmu dari perspektif Islam
penting dalam kehidupan manusia. Tradisi keilmuan adalah sesuatu yang:
merupakan prasyarat dominan ke arah pembinaan
dapat memberitahu serta menjelaskan tempat
suatu tamadun bangsa yang tinggi akhlaknya, yang tepat dan betul dan benar bagi sesuatu; dapat
bersahsiah unggul, dan berperibadi mulia. Sejarah menjelaskan batasan dan had dan kegunaan dan
telah membuktikan juga bahawa tamadun Yunani, maksud sesuatu; dapat menjelaskan perbezaan di
Islam, Barat, Jepun dan Korea Selatan berkembang antara yang benar dan hak dengan yang palsu dan
dan terbina hasil kegigihan dan ketinggian ilmu para batil, yang dapat membimbing ke arah kebenaran
ilmuannya.
Ilmu atau knowledge dalam bahasa Inggeris
bermaksud tahu atau proses mengenal yang didapati PENGERTIAN ADAB
atau diperoleh melalui pengalaman seseorang,
benda, atau fakta. Ilmu adalah hasil daripada Apabila kita menyentuh berkaitan adab, kita
kajian terhadap sesuatu perkara yang terangkum sememangnya tidak dapat memisahkan pengertian
di dalamnya pengetahuan berdasarkan teori- perkataan ini dari sudut Islam kerana perkataan
teori yang telah disepakati melalui uji kaji yang adab itu sendiri berasal daripada bahasa Arab
sistematik. Ilmu merupakan pemahaman bermakna yang bererti kesopanan, tingkah laku yang baik,
ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada kehalusan budi bahasa dan tatasusila. Pada peringkat
diri individu apabila datangnya sesuatu sumber awal Islam, kata adab bererti akhlak yang baik,
maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu pengajaran dan pendidikan yang baik. Dalam
kajian ataupun memerlukan kefahaman. konteks penggunaannya dalam masyarakat sekarang
Gagne (1985), merujuk ilmu sebagai semua maksud adab juga berkait dengan etika atau tatacara
fakta yang telah dipelajari dan semua pengalaman yang baik untuk melakukan sesuatu pekerjaan
yang diperoleh. Confucius pula menjelaskan sama ada ibadah ataupun muamalah sesuai dengan
bahawa ilmu adalah kebenaran yang bermaksud tuntutan Al-Quran dan al-Hadis.
mengetahui, mengenali, memahami, mengenal pasti Perihal adab yang dihuraikan dalam http://prpm.
dan menyakini. Ilmu menurut pandangan Barat ini dbp.gov.my/ sebagai tingkah laku serta tutur kata
secara ringkasnya ialah pengetahuan yang diperoleh yang halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yang
melalui pengalaman, perolehan maklumat secara halus, kesopanan. Dalam pengertian yang lebih
empirikal dan pemikiran tentang sesuatu melalui luas, aspek adab sangat berkait rapat dengan akal
kaedah tertentu, yang membolehkan manusia dan budi. Aspek akal akan berkait pula dengan
meneroka dan mengeksploitasi alam. Hubungan ilmu dan perkaitan inilah yang terangkum dalam
antara sistem nilai dengan keilmuan masih kabur. pemikiran masyarakat yang dizahirkan melalui puisi
Bagi mereka, ilmu merujuk kepada pengenalan warisan Melayu yang menjadi topik perbincangan
atau persepsi yang jelas tentang fakta yang merujuk dalam penulisan ini.
kepada perkara-perkara yang boleh ditanggapi oleh
pancaindera zahir dan bersifat empiris. Oleh itu,
pandangan Barat ini melihat sesuatu yang di luar
keupayaan pancaindera bukanlah fakta dan tidak
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 123

KONSEP ILMU DAN ADAB Nabi Muhammad SAW turut menganjurkan


umatnya mencari dan menuntut ilmu. Antara hadis
Ketamadunan bangsa bermula dengan penghayatan riwayat Abu Hurairah r.a. yang menyebut berkaitan
terhadap ilmu pengetahuan. Bangsa yang berjaya perkara ini ialah yang bermaksud:
bermula dengan tradisi ilmunya yang utuh. Sejarah Dan sesiapa yang menjalani (mencari) suatu
telah membuktikan bahawa kemajuan sesuatu bangsa jalan yang boleh mendapatkan suatu ilmu,
berkait rapat dengan kemajuan ilmu pengetahuan maka Allah akan mempermudahkan baginya
yang terdapat pada sesuatu bangsa. Dunia dan suatu jalan yang membawanya ke syurga.
(Abu Taariq Said: 2006)
masyarakat hari ini amat menyanjung tinggi orang
yang berilmu serta mempunyai akhlak yang terpuji. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993)
Hal ini bererti, seseorang yang berilmu pengetahuan pula menegaskan bahawa ilmu adalah prasyarat
seharusnya mengimbangi dirinya dengan sifat-sifat ke arah menjayakan cita-cita membangunkan
terpuji agar benar-benar menjadi insan yang kamil. sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan
Dari perspektif Islam, orang yang berilmu mendapat cemerlang. Konsep adab juga amat berkait rapat
pengiktirafan dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah dengan ajaran Islam. Sebagai masyarakat Melayu
SWT, seperti firman-Nya yang bermaksud: yang mengamalkan ajaran agama Islam, kehidupan
Allah memberikan hikmah (ilmu pengetahuan) mereka sememangnya tidak terpisah dengan gesaan
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan yang mewajibkan setiap umat Islam mengamalkan
orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan ajaran dan cara hidup yang berlandaskan ajaran
bererti ia telah diberikan kebaikan yang banyak. daripada Al-Quran dan al-Hadith. Adab dalam
(Al-Baqarah: 269)
kehidupan mencakupi aspek pergaulan, tingkah
Selain itu, bangsa Melayu yang beragama laku,tutur kata, budi bahasa dan kesopanan yang
Islam amat menitikberatkan kepentingan ilmu kesemuanya mempunyai kaitan dengan pendidikan
pengetahuan untuk membentuk dan menyuburkan dan etika manusia itu sendiri. . Pengertian dan
fikiran bangsanya. Ilmu adalah inti pati yang huraian berkaitan adab begitu meluas sekali, di
terpenting dalam pembangunan insan, apatah lagi mana adablah yang menggambarkan sifat-sifat
dalam mengesahkan ibadah terhadap yang Maha adil, kebijaksanaan dan hikmah, sekali gus adab
Esa. Seruan agar menuntut ilmu ini turut terkandung menjadikan manusia sentiasa mengutamakan
di dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah keadilan yang dicetuskan melalui hikmah dan
dalam wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi kebijaksanaan. Hal ini sebenarnya melibatkan
Muhammad SAW dalam surah al-Alaq ayat 1-5 yang pengakuan dan amalan yang terpamer secara
bermaksud: langsung dalam kehidupan seharian. Adab tertentu
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah
yang dimaksudkan adalah seperti adab makan
menciptakan (sekelian makhluk). Ia telah menciptakan dan minum, adab semasa di dalam majlis, adab
manusia daripada segumpal darah. Bacalah dan perkahwinan, adab memberi salam, adab terhadap
Tuhanmu amat pemurah. Yang mengajarkan kepada ibu bapa, guru, mahu pun jiran tetangga.
manusia apa-apa yang tiada diketahuinya. Masyarakat Melayu juga kerap kali mengaitkan
Hukum menuntut ilmu ini adalah fardu Ain, iaitu orang yang beradab dengan orang yang tidak beradab
satu kewajipan kepada setiap umat Islam. Mengikut melalui tingkah laku yang ditunjukkan. Hal inilah
ajaran Islam, konsep ilmu adalah berasaskan tauhid sebenarnya yang membezakan antara kejahatan
iaitu kepercayaan kepada Allah yang bersumberkan dengan kebaikan, keindahan dengan keburukan,
Al-Quran dan al-Hadith. Penjelasan ilmu yang sesuatu yang berharga daripada yang tidak berharga,
terkandung di dalam kedua-dua sumber utama umat dan sesuatu yang benar dan yang palsu. Masyarakat
Islam ini mencakupi perihal dunia dan akhirat. Melayu menerima nilai-nilai yang disepakati seperti
Sesungguhnya Islam amat memandang tinggi orang jujur dan amanah, berakhlak mulia, tidak berbohong
yang berilmu serta meletakkan ilmu di tempat dan banyak lagi sebagai nilai yang mencerminkan
tertinggi dalam sistem nilai hidup manusia. Melalui ketinggian adab dalam masyarakat itu sendiri. Oleh
surah al-Mujadalah ayat yang ke-11, Allah berfirman itu, jelaslah kepada kita bahawa konsep ilmu adalah
yang bermaksud: tentang akal dan fikiran dan adab pula ialah akhlak
yang terpuji yang kedua-duanya saling melengkapi
Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman
dari golongan kamu, dan begitu pula orang-orang
ke arah pembentukan jati diri yang dikehendaki.
yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.
124 Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN Masyarakat kita menekankan kepentingan ilmu
BAHASA DAN PEMIKIRAN YANG TERDAPAT pengetahuan yang perlu dituntut sejak kecil kerana
DALAM PUISI MELAYU dengan ilmulah seseorang itu akan menjadi orang
yang berguna dan mendapat kesenangan hidup. Ilmu
Terdapat hubungan yang sangat erat antara ilmu dan pengetahuan perlu dituntut oleh setiap orang kerana
adab dengan bahasa dan pemikiran yang terdapat ilmu diibaratkan cahaya yang akan menerangi hidup
dalam puisi-puisi Melayu. Antara puisi Melayu di samping matlamat utamanya supaya manusia
yang banyak mengungkapkan aspek kehidupan dapat membezakan di antara kebenaran dengan
masyarakat Melayu, sama ada untuk tujuan gurauan, kebatilan. Hal ini bertepatan dengan firman Allah
hiburan, di dalam upacara perdukunan, adat istiadat, SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 269 yang
dan sebagainya ialah pantun, peribahasa, mantera, bermaksud:
syair, nazam, masnawi, perbilangan, dan sajak. Dia (Allah) memberikan hikmah kepada sesiapa
Puisi yang terhasil ini bukan sahaja menjadi bahan yang dikehendakinya, dan sesiapa yang diberikan
kolektif yang amat tinggi nilai seninya, malah hikmah itu, maka sesungguhnya dia telah diberikan
mencerminkan pemikiran yang menampakkan kebajikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat
mengambil pengajaran melainkan orang-orang
kekreatifan masyarakatnya dan menjadi panduan
yang mempunyai akal yang dapat memikir dan
dan pedoman yang begitu bermanfaat sekali. Di memahaminya.
dalam puisi tersebut, terdapat ungkapan yang
berkaitan dengan pandangan masyarakat Melayu Selain itu, ilmu yang dituntut perlulah diamalkan
terhadap ilmu dan adab. Semuanya ini terzahir sebagai bekalan hidup di dunia dan di akhirat
melalui wahana bahasa yang berperanan dalam sebagaimana yang tersirat dalam pantun ini:
menyampaikan maksud yang dikehendaki.
Andainya sagu terus diparut,
Banyaklah bekal ke mana pergi;
HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA Andainya ilmu terus dituntut,
DAN PEMIKIRAN DALAM PANTUN MELAYU Banyaklah bekal hidup dan mati.

Pantun merupakan salah satu bentuk tradisi lisan Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu
Melayu yang masih hidup dan digunakan oleh pengetahuan atau malas untuk belajar, terdapat
masyarakat Melayu pada masa ini. Seperti puisi beberapa kesan yang akan menimpa dirinya, seperti
Melayu yang lain, pantun bukan sahaja diungkapkan akan diperlekehkan oleh orang lain sampai tua
untuk tujuan hiburan semata-mata, malahan atau dipandang rendah dan mendapat kesusahan
pantun juga digunakan sebagai alat sindiran, dalam hidup. Sebaliknya, masyarakat melihat orang
jenaka, gurauan, cara seseorang menyatakan rasa yang berilmu kehidupannya akan lebih senang dan
rindu dan yang paling penting pantun berperanan perangai atau tingkah lakunya juga menggambarkan
sebagai media dalam menyampaikan nasihat dan ketinggian ilmu yang dimilikinya. Hal ini jelas
pengajaran kepada khalayaknya. Ternyata dalam memperlihatkan kepada kita bahawa masyarakat
rekaan pantun-pantun Melayu terdahulu, mereka Melayu amat mementingkan ilmu dan ilmu pula
begitu kreatif menyampaikan sesuatu hasrat atau akan mempengaruhi perangai atau adab seseorang
tunjuk ajar dengan cara yang berhemah dan di seperti pantun berikut:
dalamnya sarat dengan nilai agama, budaya, dan
norma-norma sosial serta unsur moral dan akhlak Ramailah orang membawa labu,
yang mulia. Di samping itu, persoalan kepentingan Labu perisa digulai lemak;
ilmu dan pengamalan nilai budi atau adab tidak Pandai orang kerana berilmu,
ketinggalan dipaparkan melalui sesebuah pantun. Ilmu ada perangaipun bijak.
Kita lihat dahulu melalui serangkap pantun yang di
dalamnya membicarakan perihal kepentingan ilmu Kelebihan orang yang berilmu terbukti melalui
pengetahuan. maksud pantun di atas dan sekiranya seseorang itu
tidak memiliki ilmu di dada, terdapat beberapa kesan
Angin barat ombaknya besar, negatif yang berkait dengan adab pula. Antaranya:
Mau ke laut berhati-hati;
Ingin selamat banyak belajar, Apabila pelita tidak bersumbu,
Ilmu dituntut bekal dicari. Tidakkan dapat dibuat suluh;
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 125

Apabila dada tidak berilmu, Daripada maksud ayat di atas, tidak dapat
Banyaklah sifat tidak senonoh. dinafikan bahawa orang yang berilmu akan beriman
dengan sebenar-benarnya kepada Allah Taala
Dalam memilih pemimpin, ilmu pengetahuan dan perkara ini turut terpancar melalui pemikiran
dan ketinggian adab seseorang itu juga sangat Melayu yang terdapat dalam pantun berikut:
dititikberatkan. Seseorang pemimpin perlulah
mempunyai ilmu dan berakhlak mulia supaya Kalau perahu tak ada pedoman,
dapat menjadi contoh dan ikutan kepada orang Tidak siang malam kan larat;
bawahannya. Perkara ini turut terkesan melalui Kalau berilmu tidak beriman,
pemikiran Melayu yang terdapat dalam pantun di Banyak orang karam di darat.
bawah:
Ilmu yang diperoleh oleh seseorang itu juga
Kalau hendak memilih cincin, perlulah diamalkan untuk kesejahteraan hidup di
Pilihlah cincin yang sejudu; dunia dan di akhirat. Orang Melayu menyifatkan
Kalau awak memilih pemimpin, ilmu yang tidak diamalkan umpama pokok yang
Pilih pemimpin yang berilmu. tidak berbuah yang tidak mendatangkan manfaat
kepada orang tersebut khasnya dan masyarakat
Apabila seseorang itu hendak menuntut ilmu, amnya. Hal ini diungkapkan melalui pantun:
sifat-sifat keji seperti sombong dan meninggi
diri hendaklah dijauhi. Masyarakat Melayu Kemumu di tengah pekan,
menganjurkan agar seseorang yang ingin menuntut Dihembus angin jatuh ke bawah;
ilmu dengan bimbingan seorang guru dan tidak Jika ilmu tidak diamalkan,
bersikap besar kepala seperti pantun ini: Bagai pohon tidak berbuah.

Bila berburu tidak beranjing, Kelebihan orang yang berilmu turut diperkatakan
Tentulah sulit mendapat rusa; dalam pantun yang memancarkan pemikiran Melayu
Bila berguru tidak dibimbing, mengenainya. Kelebihan ilmu jelas membawa mesej
Ilmu sedikit manfaat tak ada. menuntut ilmu dan kepentingan ilmu merupakan
pegangan dan panduan dalam hidup yang membawa
Dalam menuntut ilmu juga kita disarankan agar kebajikan dunia dan akhirat.
tidak mudah berputus asa dan berusaha bersungguh-
sungguh supaya tidak menyesal kemudian hari. Sungguh tinggi batang kekabu,
Pemikiran ini terdapat dalam pantun di bawah: Bunganya putih bagaikan kapas;
Sungguh terpuji orang berilmu,
Bukan mudah memarut sagu, Mukanya bersih hati pun ikhlas.
Sebelum diparut batang dibelah;
Bukan mudah menuntut ilmu, Selanjutnya, persoalan adab juga menjadi
Sebelum dapat pantang menyerah. perkara yang penting dan diutamakan dalam
masyarakat Melayu. Hal ini juga selari dengan
Setelah ilmu penuh di dada, kita hendaklah ajaran Islam yang menuntut umatnya agar sentiasa
menyeimbangkannya dengan iman. Hal ini beradab dan mengamalkannya dalam kehidupan.
dikatakan demikian kerana masyarakat Melayu Banyak pantun yang memancarkan pemikiran
telah lama memahami konsep ilmu dan iman yang Melayu tentang kepentingan adab yang menjadi
perlu diselarikan. Pemikiran yang jelas di sini ialah dasar kepada pembentukan bangsa yang tinggi
ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan nilai budinya. Marilah kita telusuri contoh-contoh
menjadikan seseorang itu bertakwa dan cinta kepada pantun di bawah yang memperjelaskan ketinggian
Allah dan rasul-Nya seperti firman Allah SWT yang martabat budi. Sebenarnya, aspek budi dan adab
bermaksud: mempunyai hubungan yang sangat unik dengan
Sesungguhnya orang yang takut (taat) kepada Allah bahasa sebagaimana yang terkandung dalam pantun
di kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang yang berikut:
berilmu). (Surah al-Fathir :28)
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
126 Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

Tegak bangsa kerana budi, ialah adab makan dan minum. Lazimnya, masyarakat
Runtuh budi hilanglah bangsa. kita makan menggunakan tangan kanan dan
memulakannya dengan bacaan basmalah. Berkaitan
Menurut Mana Sikana (2005: 131), dalam adab makan juga, masyarakat Melayu diingatkan
konteks budaya, aspek berbudaya sering dihubungkan agar tidak makan hingga terlalu kenyang dan
dengan perihal budi dengan daya, yakni upaya tetap mengingati orang lain yang kelaparan. Kita
bagi tujuan menjelaskan hubungan budi dengan perhatikan pantun berikut:
amalan dan keupayaan akal yang bersifat material
dan kerohanian yang diseimbangkan secara teratur, Andainya laut sudah tenang,
beradab, bersopan, dan bijaksana, manakala bahasa Cepat-cepat memasang layar;
yang berkaitan dengan tutur kata dan tingkah laku Andainya perut sudah kenyang,
diletakkan pada paras yang setara, sama nilai dan Ingat-ingat orang yang lapar.
penting, saling membentuk peribadi, peradaban dan
tamadun dalam kalangan masyarakat tradisional Masyarakat Melayu amat menitikberatkan adab
Melayu seluruhnya. sopan terhadap golongan yang lebih tua atau ibu
Masyarakat Melayu juga tidak melihat adab bapa. Terdapat pantun berbentuk nyanyian yang
sekadar apa-apa yang dizahirkan, sebaliknya turut diberi nama Pantun Burung Kanak-Kanak yang
menyerap dan membentuk keperibadian secara menyentuh perihal adab terhadap ibu bapa atau
kerohanian dalam kalangan mereka. Siti Zainon orang yang lebih tua. Anak-anak diingatkan supaya
Ismail:http://kakiseni.com/ mengungkapkan perkara mendengar teguran dan nasihat ibu bapa, Pantun
yang sama secara kreatif melalui pantun di bawah: nyanyian ini berbunyi:

Asam kandis mari dihiris, Burung kanak-kanak,


Manis sekali rasa isinya; Terbang pucuk tebu;
Dilihat manis dipandang manis, Pesan datuk nenek,
Lebih manis hati budinya. Jangan durhaka pada ibu.

Berdasarkan pantun di atas juga, orang Melayu Siri pantun di atas diteruskan dengan nasihat
melihat keindahan fizikal sebagai sesuatu yang berkaitan membalas budi kerana dalam masyarakat
bersifat sementara dan hanya untuk dipandang Melayu, apabila anak-anak menjadi dewasa, mereka
menarik sahaja, sebaliknya budi yang baik jauh diharapkan agar dapat menjaga kedua-dua ibu bapa
lebih penting berbanding kecantikan yang akan yang telah mendidik mereka hingga berjaya.
musnah apabila tiba masanya. Masyarakat kita akan
lebih melihat kepada bentuk kerohanian, kesopanan Apa tanda tepak berisi,
tingkah laku dan budi pekerti yang mulia yang Cukup dengan sirih pinangnya;
dimiliki oleh seseorang. Apa tanda anak berbudi,
Selain itu, agama Islam tidak memisahkan Ayah bondanya disayangi.
antara iman dan adab. Hal ini terbukti melalui
pantun berikut yang memperkatakan seseorang Sifat hormat menghormati merupakan adab
yang beramal dengan penuh keimanan bermakna yang telah lama dipraktikkan dalam masyarakat
telah sempurnalah adabnya, manakala masyarakat Melayu. Salah satunya ialah menghormati orang tua
Melayu juga mengaitkan perasaan malu yang perlu yang merupakan satu amalan yang penting dalam
dimiliki oleh setiap orang supaya tidak menjejaskan masyarakat Melayu dan hal ini sangat ditekankan
iman mereka. serta bermula dalam keluarga. Pantun-pantun
berikut menjelaskan pentingnya menghormati orang
Apabila kaki kena sembilu, tua. Orang tua, termasuk ibu bapa yang telah tua,
Dibawa berjalan tidak menelap; selalu dilihat mempunyai kedudukan yang istimewa
Apabila hati tiada bermalu, dalam keluarga. Mereka biasanya menjadi tempat
Binasa iman rosaklah adab. untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar kerana
merekalah yang makan garam lebih dahulu.
Selain persoalan adab di atas, masyarakat
Melayu turut memaparkan pemikiran mereka Tumbuk kacang sampai lumat,
tentang beberapa adab melalui pantun, antaranya Buat inti bingka seloyang;
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 127

Orang tua kita hormat, muka bumi ini. Sejajar dengan itu, kandungan
Generasi muda kita sayang. pemikiran ini diungkapkan dalam perumpamaan
Melayu sebagai pengajaran dan teladan untuk orang
Akhlak yang mulia terpancar melalui tingkah Melayu menimba ilmu pengetahuan. Antaranya:
laku, tutur kata, budi bahasa dan kesopanan
seseorang. Orang Melayu akan lebih menghormati Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
seseorang yang beradab dan baik budinya. Hal ini
terakam juga melalui pantun berikut: Masyarakat kita menyarankan agar ibu bapa
memberikan pendidikan kepada anak-anak sejak
Alangkah elok kembang di hutan, kecil lagi dengan mengambil kira aspek rebung
Banyaklah kumbang datang menyeri; yang sifatnya lembut berbanding buluh yang
Memanglah elok orang budiman, sudah keras yang sukar untuk dilentur. Sekiranya
Dihormati orang petang dan pagi. perkara ini dikaitkan dengan adab, mendidik anak-
anak yang masih kecil adalah lebih mudah kerana
jiwa mereka bersih dan suci. Hal ini bertepatan
HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA dengan nasihat yang dilontarkan oleh Hamka yang
DAN PEMIKIRAN DALAM PERIBAHASA MELAYU berbunyi:

Peribahasa itu ialah segala susunan cakap yang Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk
pendek yang telah melekat di mulut orang ramai sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk
semenjak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat
perkataannya, luas dan benar tujuannya. Dipakai kebiasaan yang sukar ditinggalkan
akan dia jadi sebutan-sebutan oleh orang sebagai
bandingan, teladan, dan pengajaran (Zaba: 2002). Jika kita teliti juga terbukti di sini bahawa aspek
Terdapat pemikiran Melayu yang diungkapkan bahasa jelas berhubungan erat dengan pemikiran
melalui peribahasa sama ada simpulan bahasa, dan budaya masyarakat Melayu yang memandang
bidalan, pepatah dan perumpamaan yang menyentuh tinggi terhadap usaha mempelajari sesuatu ilmu
aspek ilmu dan adab. Peribahasa yang lahir ini dengan sempurna dan bijaksana sebagai panduan
menyeru bangsa Melayu supaya menuntut ilmu dan pedoman dalam kehidupan. Peribahasa isi
pengetahuan dan mengamalkan adab yang terpuji dada bekal berjalan menyokong pendapat dan
dalam kehidupan. Antara peribahasa tersebut ialah pemikiran bangsa Melayu yang mengatakan bahawa
perumpamaan yang mengungkapkan kepentingan dengan ilmu, ke mana sahaja kita pergi boleh
ilmu pengetahuan seperti: mendapat kehidupan dan sesuatu kesempurnaan
telah diperlakukan oleh empat orang iaitu orang
Biduk kalau tidak berkemudi bagaimana ia akan laju yang berilmu, berakal, mahir, dan berusaha seperti
peribahasa empat sudah bersimpul satu.
Perumpamaan ini membawa maksud suatu Walau bagaimanapun, seseorang yang berilmu
pekerjaan yang dikerjakan tanpa ilmu tentu tidak hendaklah menyampaikan atau mengajarkan
akan tercapai. Berdasarkan makna perumpamaan ilmunya, seperti kata peribahasa alim yang kikir
ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa akan ilmunya itu seumpama senjata yang berkarat
pemikiran masyarakat Melayu yang mengutamakan di dalam sarungnya. Pemikiran Melayu yang
kepentingan menuntut ilmu pengetahuan dan terkandung di sebalik dengan orang lain kerana
menggunakan ilmu yang telah dipelajari dengan sikap ini bertentangan dengan adab dan budaya
sebaik-baiknya. masyarakat Melayu.
Ilmu merupakan teras dalam sistem agama Sebaliknya, terdapat juga orang Melayu yang
Islam dan Allah SWT meletakkannya di tempat tidak mahu belajar atau menuntut ilmu seperti
yang tertinggi. Pemikiran masyarakat Melayu yang peribahasa:
beragama Islam meletakkan ilmu sebagai satu nilai
luhur bersesuaian dengan kepentingannya yang dapat Si jahil yang enggan belajar seumpama si buta
membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan malu bertongkat.
seseorang itu lebih mulia daripada makhluk yang
lain. Hakikat ilmulah yang menyebabkan manusia Orang yang jahil sudah tentu hidupnya tidak
diamanahkan oleh Allah sebagai khalifah di atas sempurna kerana pada zaman ini, sekiranya
128 Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh

seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan Ia penerang jalan ke syurga,
ketinggalan dan mengalami kesusahan dalam Ia pemuas tekak yang dahaga;
kehidupan. Untuk memperoleh serta mendalami Ialah sungai ia telaga,
ilmu, kita perlu berusaha dengan gigih kerana ilmu Laut yang luas ialah juga.
tidak datang sendiri, bak kata peribahasa:
Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana;
Yang bulat tidak datang menggolek dan yang
Hamparnya luas amat saujana,
pipih tidak datang melayang.
Tepinya ajal sempadannya fana.

(Zaba dalam Pengasuh 13 Januari 1922)


HUBUNGAN ILMU DAN ADAB DENGAN BAHASA
DAN PEMIKIRAN DALAM SYAIR MELAYU
Syair di atas memberikan gambaran dan
Perkataan syair terbit daripada bahasa Arab yang pemikiran Zaba yang mewakili bangsa Melayu
bererti perasaan yang menyedari. Menurut istilah tentang kelebihan seseorang yang berilmu
perkataan, syair ialah suatu karangan yang tersusun pengetahuan. Kerap kali diulang bahawa ilmu
rapi perkataannya secara berangkap-rangkap dan sangat berguna kerana dengan ilmu pengetahuanlah
seimbang serta mempunyai pertentangan bunyi yang yang dapat menerangi hidup dan dijadikan panduan.
sama pada hujung tiap-tiap barisnya (Alwi Salim Ilmu yang diperoleh oleh individu tersebut sudah
1983). tentu dapat dimanfaatkan sepanjang hayat.
Zaba berpendapat syair berasal daripada bahasa Rangkap kedua syair di atas meletakkan
Arab syir yang membawa maksud perasaan dan ketinggian ilmu yang tidak terhingga nilainya.
pengenalan dengan pancaindera kerana karangan Zaba membuat perbandingan bahawa nilai ilmu
syair selalu membangkitkan perasaan dan pengalaman tidak dapat ditukar ganti walaupun dengan sebuah
yang hanya terasa menerusi gambaran yang indah. dunia. Selanjutnya, pemikiran yang cuba diberikan
Terdapat banyak syair yang hebat yang telah oleh beliau ialah faedah atau manfaat bagi orang
dihasilkan oleh tokoh bahasa yang hebat seperti yang berilmu tiada hadnya dan dapat digunakan di
Raja Ali Haji dengan syair Nasihat, syair Hukum mana-mana sahaja.
Faraid, syair Siti Sianah dan banyak lagi. Zaba Selanjutnya, kita melihat sifat ilmu yang
sendiri banyak menulis syair dan antara syairnya yang menjadi penghias diri seseorang, menjadi sahabat
terkenal iaitu syair Kelebihan Ilmu. Di dalam syair yang memberikan panduan semasa mengembara,
ini, kita dapat melihat sebuah pemikiran Melayu yang dan ilmulah juga yang membezakan diri seseorang
meletakkan kepentingan ilmu pengetahuan. daripada seseorang yang lain. Perkara ini turut
disokong dengan kata-kata yang pernah diluahkan
Syair Kelebihan Ilmu oleh Aristotle iaitu:
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan
Ilmu itulah gemala sakti, adabnya, bukan asal keturunannya.
Sinarnya cerah cahaya sejati;
Aristotle mengaitkan akal dan adab di mana
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati. seseorang yang mempunyai ilmu sudah pasti disertai
dengan adab yang terpuji yang akan meletakkan
Harganya tidak dapat ternilaikan, dirinya di tahap yang jauh lebih baik daripada orang
Sebuah dunia belinya bukan; yang tidak berilmu.
Kuasanya besar sukat digunakan, Dengan ilmu seseorang itu dapat menghiburkan
Di laut di darat di rimba di pecan. hati yang gundah serta membantunya memahami
sesuatu perkara dengan lebih jelas. Pemikiran
Masa seorang ialah taulan, yang terkandung dalam rangkap keempat ini cuba
Teman berbeka, suluh berjalan; menjelaskan kepada masyarakat bahawa ilmu tetap
Masa berhimpun ia pengenalan. berguna walaupun seseorang itu sudah meninggal
Hias penyata polan si polan.
dunia dan hidup akan lebih bahagia bagi setiap orang
yang berilmu.
Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur; Kelebihan ilmu terus digarap oleh Zaba
Ialah kandil di dalam kubur, dalam dalam rangkap kelima syair di atas. Sebagai
Lamun dengannya beramal subur. pembaca, kita melihat pemikiran beliau yang
Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh 129

menegaskan lagi tentang orang yang berilmu akan melambangkan diri seseorang itu berilmu atau
memperoleh ganjaran pahala. Dengan ilmu juga, sebaliknya. Pemikiran bangsa Melayu sesungguhnya
seseorang itu berupaya mencapai cita-citanya dan melihat hubungan antara ilmu dan adab adalah saling
ilmu itu luas sekali bidangnya. melengkapi yang membentuk suatu hubungan yang
sentiasa bergerak seiringan. Dalam konteks hubungan
yang berkaitan dengan pemikiran atau minda Melayu
KESIMPULAN ini, ilmu dan adab dipersepsikan sebagai amat
penting dan diutamakan. Ketinggian ilmu dan adab
Melalui kajian puisi Melayu di atas, dapatlah adalah tunggak kepada ketamadunan sesuatu bangsa.
disimpulkan bahawa warisan puisi Melayu tradisional Ketandusan ilmu dan keruntuhan nilai budi atau adab
yang diwakili oleh pantun, peribahasa, dan syair akan memungkinkan kerendahan bangsa itu sendiri
ini menyentuh hampir seluruh aspek kehidupan menurut pandangan masyarakat Melayu.
orang Melayu. Puisi yang diutarakan berfungsi
dalam masyarakat Melayu dan tumpuan diberikan
terhadap aspek pemikiran Melayu tentang ilmu dan RUJUKAN
adab. Sama ada pantun, peribahasa, mahupun syair
banyak merakamkan dan sekali gus menggambarkan Al-Quran. 2001. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur:
Darul Fikir.
minda masyarakat Melayu yang diungkapkan
Abu Taariq Said. 2006. 40 Hadis Motivasi Ilmu. Batu Caves:
untuk mengungkapkan kepentingan ilmu dan adab Edusystem Sdn.Bhd.
melalui medium bahasa yang indah. Fungsinya yang Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 2007. Tinjauan Ringkas
bersifat didaktif dan isi kandungannya yang sarat Peri Ilmu dan Pandangan Alam. Pulau Pinang: Penerbit
mengandungi maksud tersirat sangat menyumbang Universiti Sains Malaysia.
ke arah menyuburkan adab dan budaya ilmu dalam Alwi Salim. 1983. Puisi Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Fajar
Bakti Sdn.Bhd.
kalangan masyarakat. Gagne, R. 1985. The Conditions of Learning. 4th Ed. New
Selain itu, melalui media puisi ini juga ditegaskan York: Holt, Rinehart & Winston.
sekali lagi bahawa masyarakat Melayu amat Mana Sikana. 2005. Teori dan Kritikan Sastera Malaysia.
mementingkan ilmu pengetahuan dan dalam masa Bandar Baru Bangi: Pustaka Karya.
yang sama perihal adab atau budi pekerti tidak Siti Zainon Ismail. Mengukir Budi Melayu.http://kakiseni.
com/articles/people/MDIxOQ.html [20 Disember 2013].
dilupakan sama sekali. Tidak dapat dinafikan lagi
Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin. 1993. Pendidikan Islam Era
Islam amat mementingkan ilmu pengetahuan dan 2020: Tasawur dan strategi. Dlm. Khailani Abdul Jalil &
kedudukan ilmu serta orang yang berilmu amat Ishak Ali Shah. Pendidikan Islam Era 2020: Tasawur dan
tinggi kedudukannya bukan sahaja dalam kalangan Strategi. Kajang: Tekno Edar.
masyarakat tetapi juga di sisi agama Islam. Begitu Zainal Abidin Ahmad (Zaba). 2002. Ilmu Mengarang Melayu.
juga dengan adab sopan atau budi bahasa yang Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zurakintan binti Abdul Razak


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: zurawy@yahoo.com.my

Che Ibrahim bin Salleh, Ph.D.


Prof. Madya
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM, Serdang, Selangor, MALAYSIA.
E-mail: cikrahim@upm.edu.my

Anda mungkin juga menyukai