Anda di halaman 1dari 4

SKRIP MAJLIS IKRAR & AKUR JANJI PT3/SPM 2018

BIL SKRIP NAMA


1
Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia Dr Mior Hamdan Bin Hj
Ghazali, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan dengan
diiringi para pentadbir sekolah ke Dataran Gemilang, SMK Malim
Nawar.

2 Nyanyian lagu negaraku dan lagu sekolah

Para hadirin dan pelajar t2 dan 4 dipersilakan duduk……

3
Lebat Kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Memohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput Saudara Saiful Bin ____________ untuk
bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal Alamin


Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Saudara Saiful __________
atas bacaan doa itu tadi.

4
1. Yang Berbahagia, Dr Mior Hamdan Bin Hj Ghazali, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan

2. Yang dihormati, Pn Azmera Binti Adam, Naib YDP PIBG SMK


Malim Nawar,

1
3. Yang Berusaha, En Ismail bin Ebrahim, AMN,AMP, Pengetua
SMK Malim Nawar,

4. En Zan Asri bin Tasir, Penolong kanan pentadbiran

5. Cik Rohana Bt Sulaiman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

6. En Azizul Khalili bin Yahaya, Penolong Kanan Kokurikulum.

7. Barisan Guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa dan

8. Rakan pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama dapat berkumpul


pada pagi ini untuk menjayakan majlis Ikrar & Akur Janji pelajar PT3
& SPM SMK Malim Nawar bagi tahun 2018.

5 Hadirin sekalian,

Upacara pagi ini diteruskan lagi dengan ucapan tuan pengetua, SMK
Malim Nawar.
Sehubungan dengan itu, majlis menjemput
Yang Berusaha, En. Ismail bin Ebrahim AMN, AMP tuan pengetua
SMK Malim Nawar untuk menyampaikan sepatah dua kata.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha, En. Ismail bin


Ebrahim AMN,AMP, tuan pengetua SMK Malim Nawar atas ucapan
sebentar tadi.

2
Menjemput tuan untuk berdiri,
Memberi ucapan kepada kami,
Kepada tuan ruang diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.
6
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
Dr Mior Hamdan Bin Hj Ghazali, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Kinta Selatan , untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
Majlis Ikrar & Akur Janji pelajar PT3 dan SPM SMK Malim Nawar
tahun 2018.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima


kepada Yang Berbahagia Dr Mior Hamdan Bin Hj Ghazali, Ketua
Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Selatan atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

7 Para hadirin sekalian,

kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu Upacara Ikrar dan Akur
Janji Pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang bakal menduduki peperiksaan
PT3 Dan SPM tahun 2018. . Bagi menyempurnakan upacara ikrar dan
akur janji ini, majlis dengan ini menjemput saudari Zalilawati Bt
Abdullah iaitu ketua pelajar SMK Malim Nawar untuk mempimpin
bacaan ikrar.

Terima kasih diucapkan kepada saudari Zalilawati bt Abdullah atas


kesudian memimpin bacaan ikrar dan akur janji sebentar tadi.

8
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun, maaf dipinta.

3
Pada kesempatan ini, majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan
penghargaan kepada semua pihak dan para hadirin yang terlibat
dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Maka selesailah sudah MAJLIS IKRAR DAN AKUR JANJI


PELAJAR TINGKATAN 3 DAN 5 SMK MALIM NAWAR TAHUN
2018. Saya mewakili seluruh warga SMK MALIM NAWAR
memohon maaf atas segala kekurangan atau kesilapan sepanjang
mengacarakan majlis ini. Wabillahhi taufik walhidayah
wassalammualaikum warahmatullahi

Anda mungkin juga menyukai