Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS MESYUARAT AGUNG KALI 36 2011

SEK. KEB SIMPANG LIMA DARAT


TARIKH : 4 Mac 2011 (Jumaat 2.30ptg)

KETIBAAN PERASMI

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Haji Ir Hamim bin Samuri


Ahli Parlimen Ledang

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat diiringi oleh Tuan Haji
Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK Simpang Lima Darat dan Tuan Haji Mohd Noh bin
Montalib YDP PIBG SK Simpang Lima Darat untuk masuk ke dalam Dewan.

PERSEMBAHAN ZAPIN 1

Terbang bebas si rama-rama


Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah seiring irama
Tarian Zapin kini dipersembah

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Majlis mengucapkan Terima Kasih di atas persembahan itu tadi.

Kumpulan zapin yang disaksikan sebentar tadi ialah kumpulan sua tari yang telah
dipimpin oleh Pn Nor Adielah bt Hassan.

MUKADIMAH
‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬
‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara

Yang Berhormat Tuan Hj Ir Hamim bin Samuri


Ahli Parlimen Ledang

Yang Berusaha,
Tuan Haji Mazlan bin Ahmad
Guru Besar SK Simpang Lima Darat

Yang Berbahagia
Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib
Yang Dipertua PIBG SK Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
En Rosli bin Saring
Naib Yang Dipertua PIBG SK Simpang Lima Darat

Yang Berbahagia
Tuan Haji Misnan bin Haji Jalal
Ketua Kampung Kg Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
En Jupri bin samad
Imam Masjid Jamek Kg Simpang Lima Darat

Yang Dihormati
Tuan Haji Supian b Haji Kusnin
Imam Masjid Jamek Kg Simpang Lima Darat

Guru-guru penolong Kanan


Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2010/2011
Guru-guru
Ibubapa dan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmatnya
dapat sama-sama kita berada dalam majlis yang mulia ini, iaitu Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke 36 SK Simpang Lima Darat 2011

Bagi pihak jawatankuasa sambutan majlis ini dan seluruh warga SK Simpang Lima Darat,
kami mengalu-alukan kedatangan tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke majlis
ini.

BACAAN DOA

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Para hadirin sekalian

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah
kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah sempena Majlis
Mesyuarat Agung PIBG ini

Majlis mempersilakan _______________________________ ,


___________________________________________________untuk memimpin bacaan
doa.

Majlis Dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Amin amin Ya Robbanalamin.


Terima kasih diucapkan kepada ___________________________atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN ALUAN YDP

Adat berbahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan aluan

Para hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib, YDP PIBG SK Simpang Lima Darat untuk
menyampaikan ucapan aluannya.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib atas ucapan aluan itu
tadi.

UCAPAN ALUAN GB

Para hadirin sekalian,

Bagi meneruskan majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang
Berusaha Tuan Haji Mazlan bin Ahmad Guru Besar SK Simpang Lima Darat untuk
menyampaikan ucapan aluannya.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mazlan bin Ahmad atas ucapan aluan itu tadi.

UCAPAN ALUAN PERASMI

Cempaka sari warisan sejati


Menjadi Kebanggaan seisi negeri
Ucapan Perasmi memang dinanti
Berilmu tinggi bijak bestari

Para hadirin sekalian,

Untuk menyerikan lagi majlis pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berhormat Tuan Haji Ir Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen Ledang untuk
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 36
SK Simpang Lima Darat.
Dipersilakan.

Ucapan YB menyerikan majlis


Warga sekolah tampak ceria
Kesudian YB merasmikan majlis
Bangganya kami tidak terkira

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tn Hj Ir Hamim bin Samuri atas ucapan
perasmian itu tadi.

MAJLIS PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Tuan-tuan dan puan-puan

Untuk makluman, sk Simpang Lima Darat telah mencapai 96% kelulusan dalam UPSR
pada tahun 2010. Seramai & orang murid telah mendapat 5A dalam UPSR tersebut.

Pelajar-pelajar ini telah pun menerima seutas jam tangan daripada Yang Berhormat Tuan
Haji Ir Hamim bin Samuri.

Majlis pada petang ini akan diteruskan dengan acara Penyampaian Cenderahati
Sumbangan ikhlas dari Yang Berhormat Senator Tuan Haji Ahamat bin Yusof, Ahli
Dewan Negara kepada Pelajar-pelajar Cemerlang UPSR 2010

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya, menjemput


________________________________________________________________________
_____________________________________________________diiringi oleh
______________________________________________________________ dan
___________________________________________________untuk Menyampaikan
cenderahati tersebut.
 Dipersilakan

Dipersilakan
1. Adik Aileena binti Osman
2. Adik Fatin Imani binti Abdul Aziz
3. Adik Halimatun Saidah binti Aminuddin
4. Adik Mohamad Fazwan bin Zamrey
5. Adik Muhammad Danial Afiq bin Mohd Ghazali
6. Adik Nur Fahadah binti Md Haruji
7. Adik Ummi Haziqah binti Mohd Jumari

Seterusnya ialah acara penyampaian cenderahati bagi Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2010/2011

1. Penasihat PIBG Tuan Haji Mazlan bin Ahmad

2. YDP PIBG Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib

3. NYDP PIBG Encik Rosli bin Saring

Seterusnya dipersilakan
Ahli-ahli Jawatankuasa:

4. Encik Abdul Razak b Sari

5. Encik Jamil b Samaon


6. Encik Tukiran b Musa

7. Encik Jasman bin Tukiran

8. Puan Junainah bt Johari

9. Puan Siti Arbain bt Haji Ali

10. Puan Norlela bt Ithnin

11. Puan Nor zila bt Mohd Amin

Pemeriksa Kira-Kira:

12. Encik Khairudin b Haji Suratman

13. Puan Tumiah bt Loso

Seterusnya dipersilakan Tuan Haji Mohd Noh bin Montalib untuk menyampaikan
cenderahati kepada Yang Berhormat Tuan Haji Ir Hamim bin Samuri, Ahli Parlimen
Ledang

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat kerana sudi menerima cenderahati itu
tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan

Terima kasih diucapkan kepada


___________________________________________________ kerana penyampaian
cenderahati itu tadi.

JAMUAN MAKAN

Tuan-tuan dan puan-puan

Seterusnya, majlis menjemput tuan-tuan dan puan-puan, tetamu jemputan, guru-guru


murid-murid untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan di kantin.

Dengan ini majlis berehat sebentar.


Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan didalam peti
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Sekian, Sehingga kita bertemu lagi di tahun hadapan. Salam bahagia dan salam hormat.
Assalamualaikum WBt....
TABUNG DERMA
Tuan-tuan dan puan-puan

Sebentar lagi akan diedarkan tabung derma ikhlas untuk tabung PIBG. Pihak PIBG
memohon sumbangan ikhlas daripada tuan-tuan dan puan-puan. Dipersilakan dua orang
pelajar membawa tabung berkenaan untuk masuk ke dalam dewan.

Anda mungkin juga menyukai